Selasa, Julai 28, 2026

Bayangan Hitam di Hakodate

Hakodate, Mac 2026. Angin dingin dari arah Selat Tsugaru bertiup kencang, membawa kepingan salji halus yang menyapu pipi. Perjalanan ke Hokkaido kali ini bukan semata-mata percutian, melainkan sebuah detik bersejarah yang paling dinantikan menyaksikan kejayaan anak tercinta, Zaidatul Husna, yang akan menerima ijazahnya di pentas graduasi.

Namun, di sebalik keindahan panorama Hakodate yang megah dengan Menara bersejarahnya dan rasa bangga seorang ayah, ada bayangan ketidakpastian yang datang mengekori. 

Beberapa bulan sebelum berlepas, penulis diserang minor stroke. Penyakit yang datang tanpa diundang itu memaksa tubuh ini bergantung penuh pada himpunan ubat-ubatan harian: ubat pencair darah, ubat kolesterol, dan ubat darah tinggi. Nyawa dan kesihatan kini dipaku secara ketat oleh jadual pil.

Tragedi yang hampir meragut ketenangan perjalanan ini berlaku di lapangan terbang ketibaan.

Akibat kepenatan perjalanan yang panjang dan tumpuan yang terganggu, satu kesilapan asas telah berlaku. Penulis terlupa mengisytiharkan  bekalan ubat-ubatan peribadi di dalam borang kastam. Kalau declare pun tak guna juga, undang-undang jepun telah diperketatkan. Surat pengesahan Dr dari Malaysia sudah tidak sah. Beberapa jenis ubat perlu dibeli di Jepun, tak boleh lagi diimport masuk. Keadaan menjadi semakin cemas apabila proses ketibaan mengambil masa yang lama. Penulis dan anak bujang, menjadi penumpang terakhir yang berjalan lesu menuju ke kaunter pemeriksaan kastam dan biosekuriti Jepun, sebelum lapangan terbang itu ditutup. 

Di kawasan ketibaan yang semakin sunyi itu, pegawai imigresen dan kastam Jepun kelihatan sudah keletihan dan mahu menyelesaikan tugas untuk bersiap pulang. Penulis membawa dua tempat simpanan ubat:

 1. Bagasi Besar: Mengandungi lebihan ubat-ubatan yang berbaki sedikit di dalam peket asal.

 2. Beg Pinggang Kecil (Pouch Bag): Mengandungi bekalan ubat harian yang sentiasa diikat rapat pada tubuh.

Ketika bagasi besar diletakkan di atas meja pemeriksaan, pegawai kastam membuka bagasi tersebut. Matanya yang tajam terus tertumpu pada sebotol ubat darah tinggi yang terletak di celah-celah pakaian. Tanpa dokumen preskripsi doktor yang rasmi dalam bahasa Inggeris atau pengisytiharan awal, pegawai tersebut menggelengkan kepala dengan raut wajah tegas.

Natijahnya, bekalan ubat itu dirampas serta-merta mengikut garis panduan ketat kawalan farmaseutikal Jepun. Penulis hanya mampu mendiamkan diri, terpaku dalam kaku. Tak cukup dengan itu, team CSI datang dan menyapu sisa bag dengan pelekat cuba mengesan bahan terlarang seolah-olah kami berdua pengguna dadah merbahaya!

movie ni dibuat berlatar belakangkan Kota Hakodate. Homstay kami betul depan Goryokaku Tower.

Namun, di sebalik debaran dada yang kencang, pegawai tersebut tidak memeriksa beg kecil yang terikat di pinggang. Bekalan ubat harian di dalam beg pinggang itu terlepas daripada pandangan. Penulis dibenarkan berlalu keluar melepasi pintu kastam untuk menyaksikan detik bersejarah Zaidatul Husna.

IKTIBAR PENGALAMAN: RISIKO Bawa UBAT-UBATAN

KESILAPAN : Terlupa declare ubat-ubatan kronik (cair darah, darah tinggi).

KESAN SERTA-MERTA  : Ubat dalam bagasi besar DIRAMPAS oleh kastam Jepun.

RISIKO TERSEMBUNYI : Terlepas pemeriksaan beg pinggang BUKAN kemenangannya, tetapi nasib yang amat berbahaya.

Boleh didenda berat, ditahan di lokap, atau DIPENJARA di bawah Akta Kawalan Ubat-Ubatan & Biosekuriti Jepun.

Langkah kaki keluar dari lapangan terbang menuju ke angin malam Hakodate terasa amat berat. Terlepas daripada pemeriksaan bukanlah satu kejayaan atau kelicikan, melainkan satu kesilapan besar yang sangat berisiko. Maghrib telah berlalu dan kami berbuka puasa dengan sebotol air teh jepun yang tawar. 

Jika pegawai kastam membuat pemeriksaan fizikal (body search) atau mengesan ubat di dalam beg pinggang tersebut selepas bekalan di bagasi besar dirampas, tindakan itu boleh dianggap sebagai cubaan menyembunyikan barangan terlarang secara sengaja. Di negara yang mempunyai undang-undang ketat seperti Jepun, perbuatan tersebut boleh menyebabkan seseorang ditahan, disoal siasat di bilik gelap, dikenakan denda ribuan yen, atau paling membimbangkan, dimasukkan ke dalam penjara dan diusir keluar dengan rekod jenayah antarabangsa.

Majlis graduasi Zaidatul Husna berjalan dengan penuh kesyukuran dan keindahan, tetapi pengajaran di Hakodate itu terpahat mati di dalam sanubari penulis.

Persediaan travel bukan sekadar menyusun sambal dan pes retort, tetapi melibatkan setiap butir pil yang menyokong nyawa kita. Kejujuran dan ketelitian dalam adalah perisai sebenar seorang pengembara.

Tiada ulasan: