Monday, July 16, 2018

Berusaha Sendiri diberkati Illahi



Seorang saudagar kaya berangkat ke negeri seberang yang jauh untuk berdagang. Sebelum berangkat, ia bertemu dengan sahabatnya Ibrahim bin Adham. Namun, belum lama meninggalkan tempat kediamannya, tiba-tiba ia mendatangi Ibrahim.

Ibrahim yang kehairanan bertanya “Mengapa engkau pulang cepat wahai sahabatku, bukankah jarak tempatmu mahu berdagang itu sangat jauh?”

Sahabatnya menceritakan apa yang telah saksikan: “Dalam perjalanan tadi, aku melihat suatu keanehan, jadi aku membatalkan perjalanan.”

“Keanehan apa yang kamu maksudkan?” tanya Ibrahim.

“Ketika aku sedang beristirahat di sebuah bangunan tua yang telah rosak, aku melihat seekor burung yang cacat, matanya buta dan kakinya pincang. Aku pun bertanya-tanya dalam hati, bagaimana burung ini dapat bertahan hidup dengan keadaan begitu?”

Tanya Ibrahim kepada sahabatnya, “Bagaimana burung yang tidak dapat melihat dan pincang dapat bertahan hidup di bangunan tua itu?”

Sahabatnya melanjutkan ceritanya. “Aku berasa hairan dan mengamati gerak-geri burung cacat tersebut. Burung yang cacat dibantu oleh seekor burung yang lain. Burung tersebutlah yang bersusah payah menghampirinya sambil membawa makanan.”

Sahabat burung yang cacat tadi, sangat baik dan menyedari dirinya sihat, maka dia berusaha mencarikan makanan untuk sahabatnya yang cacat agar sahabatnya tidak mati kelaparan.

Ibrahim bertanya: “Apa hubungannya burung cacat itu dengan kepulanganmu?”

“Setelah melihat kejadian tadi, aku membuat kesimpulan bahwa Sang Pemberi Rezeki telah memberi rezki yang cukup kepada seekor burung cacat melalui temannya. Dengan begitu, Allah yang Maha Pemberi pasti juga memberiku kecukupan rezeki sekalipun aku tak berdagang atau bekerja. Oleh sebab itu baik aku segera pulang sahaja.”

“Wahai sahabatku, mengapakah engkau memiliki pemikiran yang cetek seperti itu? Mengapa engkau memilih untuk  menyamakan dirimu dengan seekor burung yang cacat!”

“Sewajarnya engkau berusaha kuat seperti burung yang sihat tetapi engkau memilih untuk bergantung kepada bantuan orang lain seperti burung yang cacat? Apakah kamu tidak malu? Tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima.”

Hikmah:

Jangan berpeluk tubuh mengharapkan rezeki dari orang lain. Berusaha sendiri walupun sukar adalah perkara mulia disamping dapat dan membantu orang lain yang benar-benar susah dan memerlukan bantuan. Allah memberikan akal dan kudrat kepada hamba-hambanya. Sayang sekali sesetengah orang cukup serba-serbi tetapi …. (isikan sendiri).

Model gambar: Black, anak gagak yang tidak mempunyai keupayaan untuk terbang dan menumpang tinggal buat sementara di rumah penulis.

Monday, July 02, 2018

Mengetam sempena tersingkirnya Argentina

Orang lain masih sibuk tengok bola... alang-alang argentina kalah, habis aje game, diri ini ditemani ahli keluarga, terus menyarungkan jersey argentina dan terus ke pantai...  bulan terang malam itu memudahkan untuk aktiviti crabbing kami di PD ni.

Hanya kami dan sebuah kereta aje yang buat kerja masa ni. Hajat asal adalah untuk memancing jaring... tetapi tak sesampaian apabila air surut jauh ke tengah... redah ajelah dengan bertemankan lampu suluh untuk menyiasat lokasi... tup-tup banyak pulak ketam malam tu...........ingat dah nak balik aje, so setelah menyimpan pancing jaring, aktiviti crabbing dimulakan...nak buat macam mana... semuanya kena cekup dengan tangan....

It was such an interesting thing to do for the kids yang semuanya exited ya amat walaupun dah dinihari. Ada kalanya penulis kena sepit... hadoooiii.... dan tak semena-mena setelah hampir sejam menyuluh ke sana ke sini memberi arahan macam mana nak handle ketam-ketam, penulis berhadapan dengan sepasang ketam sebesar kotak kasut yang merangkak dalam air perlahan-lahan..steady aje macam kereta kebal..

"Wei... kalau ko pendekar sangat, haah ..berani...masuklah!" ugut Raja dan Ratu Ketam sambil menayangkan sepit gergasi mereka...quite menacingly.. dihadapan penulis...

Prudent is the better part of valor.. teringat peritnya kesakitan kena sepit tak lama sebelum tu oleh askar Mr Crab (Gulp!) maka penulis tak berani nak hulur tangan atau pijak dengan kaki... Terlupa pula kat pisau rambo cap mata yang setia menemani penulis setiap kali pergi memancing lebih dari 2 dasawarsa lamanya yang ada dalam backpack kecil yang dibawa bersama. Kalau ingat pisau tu, sudah pastilah Raja dan Ratu ketam tewas dengan mata pisau rambo cap pisau terpacak dibelakangnya... takpelah takde rezeki namanya. Sauk, tempuling/serampang takde...crabbing rambo stylelah katakan....

Sampai ke apartment dah pukul 4 pagi rupanya, sempat sambung tengok bola ...Arggg... another pasukan pilihan, Portugal kecundang, sebelum aku sendiri kecundang, tertidur didepan tv Akhirnya... pagi kesokkan harinya dapatlah kami merasa hasil tangkapan ketam yang laziz jiddan!

Battleplans untuk aktiviti crabbing seterusnya terus dirancang. Kali ni akan dilaksanakan dengan lebih teratur.

Peralatan untuk mengetam:

Kepala/tengkuk ayam sebagai umpan or kepala sotong masuk dalam stoking yang berikat. Buat beberapa lokasi. Untuk lokasi yg paling jauh pasang tajur rotan, cangkuk tengkuk ayam pada mata kail; pasang loceng memancing. Kalau loceng berbunyi semasa kita buat setup kat tempat lain, maka sah dah ada malaun yang berminat dengan umpan pertama kita tu…..

Since waktu paling best waktu malam. Masa laut dah nak surut ketam tengah banyak. Ketam ikut air laut yg surut. Maka perlu ada lampu suluh yang berfungsi.

Baldi/raga kecil untuk letak ketam-ketam hasil tangkapan.

Tengkuk ayam kepala sotong dalam stoking dicucuk pada kayu/buluh/chopsticks, kayu tu diletakkan dalam air sedalam paras lutut. Biarkan dulu, ketam tidak akan tahan godaan bau umpan tu. lepas beberapa minit suluh kayu tu guna torch light.

Bagi yang cuba nak lari….suluh dan pastikan lokasi dia timbus badannye, kita gi amik aje – pegang ketam dari belakang untuk mengelakkan kena sepit. Atau tekan ke pasir dengan Serampang/tempuling utk immobilise ketam untuk diambil dengan selamat atau sauk dengan penyauk jaring.

Alternatif lain: pancing jaring.