Memaparkan catatan dengan label Sumatra Barat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sumatra Barat. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 05, 2009

Bantuan Kemanusiaan ke Padang, Sumatera Barat



Baru-baru ini, Padang, Sumatera Barat dilanda gempabumi yang berukuran 7.6 pada skala richter, melanda Pariaman yang mengakibatkan kemusnahan yang teruk dan mengakibatkan korban nyawa dan harta benda yang dahsyat. Sehingga kini angka korban sebenar bencana tersebut masih tidak diketahui.

Sebagai tambahan kepada bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia yang telah menghantarkan 3 buah kapal terbang pengangkut  tentera untuk menyampaikan khidmat bantuan, sularelawan, Unit SMART, pakar perubatan dan ubat-ubatan dan peralatan pembedahan dan bantuan dari pihak swasta dan orang perseorangan juga disalurkan ke Padang, Sumatera Barat dengan bantuan kewangan dari Bank Muamalat Malaysia. Kira-kira seramai 18 orang petugas sukarelawan serta pakar perubatan dari Malaysia dikejarkan ke Padang menaiki sebuah pesawat Fireflyz yang dibiyayai oleh para dermawan.


Ustaz Firdaus Sulaiman, yang berasal dari Pariaman, Padang kini menetap di Mutiara Damansara dan sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Phd Ilmu AlQuran di Universiti Malaya mengetuai misi pembekalan bantuan ini. Beliau juga adalah tunangan kepada adik penulis, dan sekarang ini aktif membabitkan diri dengan bantuan kemanusiaan bencana Padang. Menurut beliau, rumah ibunya di Pariaman yang baru direnovasi terbelah dua dan sebahagiannya runtuh. Yang pasti, kawasan yang terbabit kini telah terputus bekalan elektrik. Oleh kerana Indonesia tidak mempunyai bendungan untuk merawat air bersih seperti di negara lain seperti  di Malaysia, bekalan air adalah bergantung sepenuhnya kepada telaga air milik individu yang yang digali sendiri dan dipam ke atas untuk kegunaan melalui pam elektrik. Maka, bekalan keperluan air minuman bersih juga terjejas dan mungkin juga tercemar.

Penulis sendiri tidak dapat membayangkan betapa teruknya keadaan di Kota Padang yang dilanda bencana. Sehingga ke saat ini kerja-kerja menyelamat masih diteruskan walaupun diketahui bahawa berkemungkinan besar mangsa-mangsa yang masih terperangkap dibawah runtuhan bangunan masih hidup adalah amat tipis.  Menurut siaran berita siaran TV1, TV2, TV3 dan KBS World Korea bantuan kemanusiaan dari luar negara mencurah-curah datang dari segala pelusuk dunia menghadapi masalah untuk menyampaikan bantuan bekalan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada organisasi korporat, orang persorangan di Malaysia yang menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan peralatan keperluan asas, ubat-ubatan dan keperluan lain untuk sedikit sebanyak membantu masyarakat Padang terutamanya di Pariaman yang ditimpa musibah.  Hanya Allah sahaja yang akan membalas budi ikhlas yang ditaburkan.




Sumber KBS World : Beratur panjang untuk membeli bahan bakar

Menurut maklumat yang diterima penulis (penulis sendiri pernah sampai ke Padang dan melalui Daerah Pariaman), pengusaha stesyen minyak di Sumatra Barat mengambil keuntungan berlipat ganda dengan menjual bahan bakar kenderaan pada harga yang amat mahal. Diberitakan juga, kos pengangkutan bagi mereka yang mahu meninggalkan Padang untuk ke Bukittinggi, Sumatera Barat (walaupun mengalami gegaran, tidak terjejas dengan gempa yang berlaku) mencecah sehingga Rupiah 100,000-00 untuk perjalanan sehala menaiki bas. Ada juga yang menyatakan kekesalan kerana kesemua syarakat penerbangan Indonesia mengenakan caj yang mahal untuk ke destinasi Padang, sehinggakan ada yang terpaksa menggunakan jalan masuk dari Malaysia yang masih mengenakan caj biasa.

Sekiranya ada pihak-pihak lain yang ingin memberikan sumbangan, ianya boleh disalorkan terus kepada Surau Mutiara Damansara yang mempunyai petugas yang akan memastikan barangan yang dihantar sampai ke destinasi.


 
Click thumbnail to read 



Click thumbnail to read 


Sedarilah bahawa bencana gempa ini telah diramalkan akan terjadi dan akan berulang kembali. Seharusnya pihak-pihak berwajib telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Kita hanya boleh berusaha dan merancang, kepada Allah jualah kita berharap.




 Click thumbnail to read

Khamis, September 10, 2009

Planning a trip to Sumatra Barat


We are planning a trip to Sumatera Barat. Ustaz Firdaus Sulaiman, tunangan Maya, juga telah mengesahkan kesediaannya untuk menerima keluarga kita sebagai tetamu berkunjung ke rumahnya (di Pariaman, kira-kira 30 minit jauhnya dari Bandaraya Udara (Bandara) Minagkabau.

Sesiapa ahli keluarga yang berminat nak ikut trip ni adalah dialu-alukan.  Pada cuti CNY awal tahun ini kami sekeluarga dan keluarga member sekolah 3 beranak datang mengiringi kami pulang ke kampung di Bukittinggi... apa komen depa... ala.. nak datang lagi... best, tak sempat nak jalan semua tempat.. all because depa kena "culture shock" & terkial-kial dengan tukaran duit rupiah yang beribu-ribu tu... dah murah gile pun nak tawar-tawar lagi... or takut nak beli sebab merasakan barang yang dijual tu mahal (walaupun telah diberitahu, kat tempat lain tak dapat harga camni).

Itinery trip secara ringkasnya adalah seperti berikut.

1. Taaruf menziarahi keluaga Neny (nenek) di Bukittinggi, Bandar Wisata.
-trip to Air Panas Solok (melalui Danau Singkarak)
-shopping di Pasar Atas. Pasar Bawah, Pasar Aur Kuning (wholesale area) & Padai sikek
- melawat Ngarai Sianok

2. Taaruf menziarahi keluarga Ustaz Firdaus Sulaiman di Pariaman, Padang.

3. Lawatan ke Rao (3 jam perjalanan menaiki bas dari Padang) menjejaki tanah leluhur. (nak kena discuss ni)

Tiket AirAsia untuk keluarga saya telah pun dibeli.

Tarikh Penerbangan : 12 Feb 2010 berlepas dari LCCT 7.50 pagi
tiba di Bandara Minangkabau 8.00 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB).Penerbangan Pulang 21 Feb 2010 jam 8.30 pagi (WIB)

Tarikh tersebut dipilih kerana coincide dengan Chinese New Year (cuti sambung2 dgn cuti perayaan). Kalau anda merasakan trip yang dicadangkan terlalu lama, takde masalah, anda boleh memilih untuk pulang lebih awal.

Tempat tinggal boleh diuruskan. Transport adalah dengan bas.

Kos terbabit kalau kita pi ramai2 lebih menjimatkan.(yg takleh ikut, neny (yg by that time mungkin dah tak larat nak jalan2) & Bibik).

Kalau nak ikut serta pls discuss disini - supaya saya tak perlu mengulang maklumat yang sama kepada semua orang yang ramai akan bertanya sebab sama ada anda ikut serta atau tidak, saya & keluarga tetap akan pergi. Maklumat tambahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.