Baru-baru ini, Padang, Sumatera Barat dilanda gempabumi yang berukuran 7.6 pada skala richter, melanda Pariaman yang mengakibatkan kemusnahan yang teruk dan mengakibatkan korban nyawa dan harta benda yang dahsyat. Sehingga kini angka korban sebenar bencana tersebut masih tidak diketahui.
Sebagai tambahan kepada bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia yang telah menghantarkan 3 buah kapal terbang pengangkut tentera untuk menyampaikan khidmat bantuan, sularelawan, Unit SMART, pakar perubatan dan ubat-ubatan dan peralatan pembedahan dan bantuan dari pihak swasta dan orang perseorangan juga disalurkan ke Padang, Sumatera Barat dengan bantuan kewangan dari Bank Muamalat Malaysia. Kira-kira seramai 18 orang petugas sukarelawan serta pakar perubatan dari Malaysia dikejarkan ke Padang menaiki sebuah pesawat Fireflyz yang dibiyayai oleh para dermawan.
Penulis sendiri tidak dapat membayangkan betapa teruknya keadaan di Kota Padang yang dilanda bencana. Sehingga ke saat ini kerja-kerja menyelamat masih diteruskan walaupun diketahui bahawa berkemungkinan besar mangsa-mangsa yang masih terperangkap dibawah runtuhan bangunan masih hidup adalah amat tipis. Menurut siaran berita siaran TV1, TV2, TV3 dan KBS World Korea bantuan kemanusiaan dari luar negara mencurah-curah datang dari segala pelusuk dunia menghadapi masalah untuk menyampaikan bantuan bekalan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada organisasi korporat, orang persorangan di Malaysia yang menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan peralatan keperluan asas, ubat-ubatan dan keperluan lain untuk sedikit sebanyak membantu masyarakat Padang terutamanya di Pariaman yang ditimpa musibah. Hanya Allah sahaja yang akan membalas budi ikhlas yang ditaburkan.
Sekiranya ada pihak-pihak lain yang ingin memberikan sumbangan, ianya boleh disalorkan terus kepada Surau Mutiara Damansara yang mempunyai petugas yang akan memastikan barangan yang dihantar sampai ke destinasi.
Click thumbnail to read
Click thumbnail to read
Sedarilah bahawa bencana gempa ini telah diramalkan akan terjadi dan akan berulang kembali. Seharusnya pihak-pihak berwajib telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Kita hanya boleh berusaha dan merancang, kepada Allah jualah kita berharap.
Click thumbnail to read
No comments:
Post a Comment