Baru-baru ini (tepatnya pada 30/09/2009) penulis, Sdr Azhar, Uda Ir dan isterinya Kak Imas dijemput menghadiri majlis mesra silaturrahmi diantara kami dan Keluarga YB Timbalan Menteri disalah sebuah restoran portugis/nyonya Melaka di Bandar Damansara Perdana. Memang pun Uda Ir dijemput untuk datang bertemu dengan YB Timbalan Menteri sejak diBandung lagi. Sebelum itu, Sdr Azhar, Uda Ir dan penulis telah terlebih dahulu dijemput untuk menziarahi YB Timbalan Menteri di pejabatnya di Putrajaya.
Penulis dijemput sama kerana tidak berpeluang untuk menghadiri lawatan ke Bandung bersama Pak Menteri. Juadah yang disediakan memang sedap dan masakannya memang selera kampung - best!..
Penulis dijemput sama kerana tidak berpeluang untuk menghadiri lawatan ke Bandung bersama Pak Menteri. Juadah yang disediakan memang sedap dan masakannya memang selera kampung - best!..
Inilah pertama kali penulis dapat berbicara dengan lebih dekat dgn YB Menteri. YB Menteri adalah lulusan Undang-Undang Universiti Malaya dan oleh yang demikian, penulis dan YB Menteri pernah belajar dengan Allahyarham Prof Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim, yang kemudiannya menubuhkan Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa. Pada pemerhatian penulis, YB Menteri tersangat humble orangnya.. sehinggakan penulis boleh menceritakan kepada beliau bagaimana penipuan dilakukan untuk menunjukkan bahawa kawasan Wakil Rakyat tertentu keadaannya baik-baik sahaja kepada mantan Perdana Menteri! Sanggup orang bawahan menipu Perdana Menteri untuk mengekalkan kuasa... kebetulan pula, (tanpa pengetahuan penulis) nak dijadikan cerita isteri YB Timbalan Menteri pun berasal dari tempat yang sama, mengiyakan kejadian tersebut, maka, kepada siapa yang tahu, akan hanya mengelengkan kepala apabila melihat gambar mantan Perdana Menteri kelihatan gembira memegang tanaman cili dan sayuran lain yang lebat berbuah - kononnya hasil usaha muafakat penduduk dan JKKK kampung tertentu, sedangkan perkara sebenarnya tanaman tersebut adalah pokok "instant" ditanam disepanjang jalan sudah siap berbuah! Balik aje PM dari kawasan tersebut, tak sampai 2 minggu habis punah & mati kesemuanya!!! (Nota : Parti pemerintah gagal mempertahankan kawasan tersebut.. kalau ketua sendiri sanggup ditipu, inikan pula rakyat!).
Menurut YB Timbalan Menteri, dia sebenarnya adalah seorang "reluctant politician". Sebelum menerima pencalonan untuk bertanding pilihanraya, dia terlebih dahulu mendapatkan nasihat alim ulama - yang memberikan 2 pendapat yang berbeza:
1. Amanah sekiranya gagal dilaksanakan sebaiknya akan merugikan kita dunia dan akhirat. (lebih baik ditolak)
2. Sekiranya tiada orang lain yang lebih baik dan layak ada dikawasan tersebut selain kita, perbuatan menolak amanah akan merugikan agama dan bangsa keseluruhannya dan perbuatan menolak perlantikan akan menyebabkan kita pula yang akab menanggung dosa perbuatan orang tersebut sekiranya dia yang dilantik. Maka mahu tak mahu, perlantikan untuk bertanding pilihanraya diterima oleh beliau. (nota: seingat penulis, yang pernah mempelajari Islamic Jurispridence, kaedah usul fiqh ini dinamakan Shad Alzara'i).
Gambar kenangan Uda Ir & Kak Imas dengan keluarga Pak Menteri
Penulis berpuas hati setelah mendengar penerangan dari YB Menteri, kerana pendapat no. 2 pernah juga diajukan kepada penulis suatu ketika dulu semasa penulis menerima suatu perlantikan yang tidak dapat ditolak kerana tiada orang lain dikawasan tersebut yang boleh memangku perlantikan yang diberikan. Hasilnya, penulis bergaduh dengan pihak pentadbiran UIA sampai bukan sahaja penulis "diblacklistkan" - sesiapa yang bersimpati dgn penulis dan ajak masuk group usrah mereka, keseluruhan mereka diblacklistkan juga, termasuklah si Naqib usrah tersebut!... (Mamat yang bergaduh dgn penulis sekarang ini dah jadi Timbalan Menteri la pulak... Tiap kali tengok muka mamat ni sure penulis akan tergelak besar!!!)
Pak Azhar, yang menjadi supir kami
Uda Ir berkampung di library Legal Department dibawah seliaan penulis
Bergambar kenangan di pejabat YB Timbalan Menteri
Uda Ir berkampung di library Legal Department dibawah seliaan penulis
Bergambar kenangan di pejabat YB Timbalan Menteri
Semasa kami menjamu selera, YB Timbalan Menteri telah memaklumkan kepada kami bahawa Sumatra Barat baru sahaja dilanda gempabumi pada skala 7.9 skala richter (kemudian direvised semula pada 7.6). Terima kasih juga kepada Isteri Timbalan Menteri yang membahasakan dirinya sebagai "kakak". Setelah mengetahui bahawa anak-anak penulis kesemuanya "charlie's angels" memberikan petua bagaimana nak mendapatkan anak lelaki... . kome nak tahu, mai la sini belanja aku minum teh tarik dulu .....
Kepada YB Timbalan Menteri, teruskanlah perjuangan dengan ikhlas. dan janganlah lupakan rakyat biasa seperti kami. Terima kasih daun keladi kami ucapkan, kami semua mendoakan kesejahteraan Pak Menteri & keluarga dalam menempuhi cabaran.
Kepada YB Timbalan Menteri, teruskanlah perjuangan dengan ikhlas. dan janganlah lupakan rakyat biasa seperti kami. Terima kasih daun keladi kami ucapkan, kami semua mendoakan kesejahteraan Pak Menteri & keluarga dalam menempuhi cabaran.
No comments:
Post a Comment