Surah An-Nahl ayat 114.
"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya."
Matahari tepat berada di rembang langit, membakar bumbung "Selera Kampung Barakah" hingga memancarkan gelombang haba. Di dalam kedai, suasana sedang sibuk. Bau kari kepala ikan memenuhi setiap ruang. Namun, kegemilangan palsu Rahman tiba-tiba runtuh dalam sekelip mata apabila tiga buah van putih berlambang pihak berkuasa agama dan kementerian hal ehwal pengguna membelah lorong hadapan dengan mengejut.
Prakkk!
Pintu gelangsar besi kedai direntap kasar dari luar. Sekumpulan pegawai berpakaian seragam biru gelap bersama penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri meluru masuk seumpama air bah yang meruntuhkan benteng pasir.
"Jangan bergerak! Semua kekal di tempat masing-masing! Ini serbuan penguatkuasaan halal dan perihal dagangan!" Satu pekikan lantang bergema, memecah bingit bunyi kipas siling yang berkeriut.
Suasana serta-merta bertukar menjadi kelam-kabut. Pinggan-pinggan melamin berisi baki kari terhempas ke lantai apabila para pekerja haram warga indonesia yang panik cuba melarikan diri, namun laluan mereka sudah dikepung rapat.
Kuah kari yang pekat tumpah, menjalar di atas lantai simen yang kotor seumpama takungan darah yang memancarkan bau yang amat menyengat. Lalat-lalat hijau berterbangan membentuk awan kecil yang bising di ruang dapur.
Di bahagian dapur, Gopal yang sedang memegang sebilah pisau berkarat cuba memanjat dinding zink lorong belakang untuk meloloskan diri, namun sepasang tangan sasa pegawai penguat kuasa terlebih dahulu merentap kakinya hingga dia terhempas ke lantai. Tubuh Gopal tersembam tepat di atas longgokan bangkai ayam katok yang berlendir.
"Buka pintu tandas ini sekarang!" perintah seorang pegawai JAKIM sambil menudingkan jarinya ke arah pintu kayu yang reput di sudut dapur.
Sebaik sahaja pintu itu ditendang pecah, satu pemandangan yang menjijikkan terbentang luas. Di atas lantai bilik air yang berlumut dan dipenuhi takungan air, berselerak berpuluh-puluh ekor ayam mati yang kulitnya sudah lebam membiru, bekalan daripada Ah Seng yang belum sempat dimasak. Bau busuk bangkai yang bercampur dengan asid kimia peluntur menjalar keluar, menyebabkan beberapa orang pegawai terpaksa menekup mulut dan hidung mereka kerana menahan mual yang amat sangat.
Rahman yang berada di balik kaunter bayaran berdiri kaku. Wajahnya kini bertukar pucat lesi. Seluruh tubuhnya menggigil hebat membasahi singlet putihnya hingga lencun.
Seorang pegawai penguat kuasa melangkah menghampirinya, matanya tajam memandang ke arah kopiah putih yang dipakai Rahman.
"Kamu pemilik premis ini? Mana sijil pengesahan halal JAKIM kamu?" tanya pegawai itu, tegas dan dingin.
Rahman tergagap-gagap, lidahnya kelu. "S-sijil... ada encik... ada di dalam proses..."
"Proses apa kalau semua bekalan daging kamu ambil daripada sumber bangkai yang haram? Kamu menipu menggunakan nama agama!" Pegawai itu merentap kasar kopiah putih di atas kepala Rahman.
Kopiah yang sudah bertukar warna itu terlepas dari pegangan, melayang lalu jatuh tepat ke dalam lopak air basuhan di lantai dapur yang penuh berselaput minyak. Di dinding hadapan, bingkai kaligrafi Arab yang dipasang terbalik itu akhirnya diturunkan secara rasmi sebagai barang kes, mendedahkan daki dinding yang menyembunyikan colok dan kemenyan.
Di ruang hadapan, para pelanggan Melayu Islam yang tadi sibuk mengunyah penuh kini memandang ke arah dapur dengan mata yang terbeliak. Wajah-wajah mereka bertukar hijau. Rasa mual yang dahsyat menyerang leher masing-masing apabila melihat sendiri dari mana punca daging ayam yang masuk ke dalam perut mereka selama ini. Beberapa orang daripada mereka meluru ke luar kedai, melutut di tepi longkang tersumbat, lalu memuntahkan semula segala isi perut sisa bangkai ayam katok di tengah-tengah kehangatan rembang yang menghukum dosa kejahilan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan