Monday, November 10, 2025

KECEMASAN DI BANK PERPADUAN

Dah lama ambe tak menulis....here goes nothing.

Adegan 1: Kekacauan di Aras 4

“Saya tak boleh log masuk! Sistem kata laluan salah!, semua cubaan untuk log masuk ke semua sistem terhalang" gumam Mei Lin, cemas.

“Saya juga!" Ujar Shanti. "Saya dah cuba reset, tapi sistem tetap down!”

“Telefon customer service semua sibuk! Customer dah mula call saya direct!” tukas Kamil, pegawai perhubungan Bank Perpaduan.

Kekecohan melanda pejabat Bank Perpaduan pagi itu. Lampu indikator pada server berkelip-kelip tidak menentu, membayangkan sesuatu yang tidak kena di dalam sistem.

Encik Farid, Pengurus Jabatan IT, cuba tenangkan keadaan dengan peluh membasahi dahi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Semua please calm down! Mungkin ada glitch sementara,” suara Farid cuba meyakinkan dirinya sendiri walaupun hatinya berdebar-debar. Dia sendiri tidak dapat mengakses panel admin.

Adegan 2: Panggilan Kecemasan

Telefon Liza berdering.

“Liza, ini Farid dari Bank Perpaduan. Kita ada situasi sangat KRITIKAL! Seluruh sistem autentikasi down! Pegawai kami tak boleh akses mana-mana akaun, termasuk akaun-akaun korporat untuk transaksi besar hari ini. Saya dah cuba trace, tapi ada aktiviti mencurigakan dari IP luar. Saya perlukan bantuan kamu, segera!”

Liza Ahmad, pakar forensik digital lulusan UUM, sedang sarapan. Tanpa lengah, dia mencapai laptopnya.

“Jangan sentuh apa-apa, Farid! Pastikan tiada siapa cuba reset atau ubah apa- apa setting. Saya nak semua log access terkini disimpan. Saya akan sampai dalam masa 30 minit.”

Adegan 3: Misteri di Bilik Server, Tingkat 4

Di bilik server, Liza pantas meneliti log trafik rangkaian. Matanya menangkap pola yang sangat mencurigakan.

“Farid, lihat sini,” kata Liza sambil menunjuk ke skrin. 

“Ada beratus-ratus percubaan log masuk gagal untuk setiap akaun pegawai, semua dari IP yang sama di Brazil. Lepas itu, tiba-tiba semuanya berjaya mencerobohi sistem dalam masa yang sama. Ini bukan glitch. Ini serangan yang terancang. Mereka guna kaedah brute-force!”

Farid pucat. “Tapi sistem kita ada had percubaan kata laluan!”

“Kecuali,”Liza memotong, “jika ada ‘pintu belakang’ yang memintas had itu.”

Adegan 4: Jejak ke Meja Kerja Ahmad

Liza mengesan satu akaun admin yang lemah – ‘admin01’ – yang menjadi sasaran pertama serangan. Dia menjejak pemilik akaun itu: Ahmad, kerani kanan Aras 10.

“Ahmad, apa kata laluan kamu untuk akaun admin ini?” tanya Liza.

Ahmad, gugup, menjawab, “Saya… saya tulis dekat buku nota sebab takut lupa.”

“Notebook?”Liza hampir tidak percaya.

“Bukan,bukan… saya tulis dekat… dekat kertas sticky notes yang melekat pada monitor,” akui Ahmad dengan rasa malu.

Liza mengeluh. “Itulah dia ‘pintu belakang’ itu! Penyerang tak perlu susah paksa sistem, mereka hanya perlu cari orang yang senang beri laluan secara percuma.”

Adegan 5: Ketegangan dan Penyelesaian

“TAPI MENGAPA SISTEM DOWN HARI INI?” Farid bertanya, nada panik tidak dapat disembunyikan lagi.

“Sebab penyerang bukan nak curi data sahaja,” jelas Liza dengan tenang. “Mereka dah ubah konfigurasi sistem autentikasi, lock out semua pengguna yang sah, termasuk kamu. Ini serangan ransomware tahap dewa. Mereka kunci sistem, dan mungkin akan minta tebusan untuk buka semula.”

Liza bekerja dengan pantas, mengguna pakai admin override untuk memintas sistem autentikasi yang dikunci, sambil menyekat kesemua IP asing yang mencurigakan.

“Saya dah dapat kembali kawalan admin. Sistem akan pulih dalam masa 2 jam, kita restart semula,” gumam Liza.

Adegan 6: Kesedaran dan Pengajaran

Beberapa minit kemudian, satu persatu pegawai bank berjaya log masuk semula. Kekecewaan dan panik mulai reda.

Liza memandang dengan wajah yang serius kepada semua pekerja bank yang hadir. “Keselamatan siber bukan tentang adanya firewall atau perisian terkini sahaja. Ia tentang disiplin setiap seorang. Kata laluan lemah seperti ‘qwerty1234’ atau menulisnya di tempat terbuka adalah seperti memberikan kunci pintu bank kepada penjenayah.”

Farid mengangguk, insaf. “Kita akan jalankan latihan kesedaran keselamatan siber serta merta, dan kuatkuasakan polisi kata laluan yang lebih ketat.”

Liza,  walaupun penat, tersenyum kecil. Pertempuran hari ini dimenangi, tetapi perang untuk keselamatan siber masih belum berakhir. Pesta baru sahaja bermula.

🖊️ pun di angkat, penulis memerhati dengan tenang dari jendela Aras 4, Bilik Server. Semua scenario bermain dalam fikirannya. Mungkinkah dia akan menulis sambungan kisah ini.... Masa akan menentukan.

No comments: