Wednesday, November 19, 2025

JEJAK CINTA DI LANGIT AZHAR

Bab 1: Surat-surat tawaran

Loceng buzzer berbunyi lembut di rumah dua tingkat di TTDI, memecah kesunyian yang selama ini menyelubungi keluarga Haji Zain. Husna, 20, dengan tangan yang sedikit menggeletar, membuka sampul surat tertulis namanya berlogo Universiti Al-Azhar. Matanya yang selalu tenang tiba-tiba berkaca-kaca membaca surat dalam Bahasa Arab itu.

"Bismillah..." bisiknya perlahan sebelum membacanya.

Tiba-tiba, teriakannya memecah kesunyian. "Ayah! Jamilah! Sakinah! Mari sini!"

Larian kaki di tangga kayu berbunyi riuh. Jamilah, 19, dengan potongan rambut pendeknya yang kemas, muncul dengan wajah penuh tanya. Sakinah, 18, yang lebih pendiam, mengikut dari belakang dengan langkah berhati-hati.

"Scholarship... ke Al-Azhar!..." Husna tak dapat menyambung bicara. Air mata bahagia mula mengalir.

Tak sempat mereka meraikan kejayaan itu, telefon Jamilah tiba-tiba berdering nada dering Naruto kegemarannya. "Moshi moshi?" katanya, sebelum matanya membulat. "Japan International Cooperation Agency? Sooka?", hati Jamilah melonjak kegirangan.

Dalam satu petang yang sama, tiga beradik ini menerima berita yang mengubah hidup. Husna ke Mesir, Jamilah ke Jepun, Sakinah ke UiTM Shah Alam untuk program seni bina.

Bab 2: Kenangan di Balik Tirai Senja

Malam itu, di balkoni rumah, Haji Zain memandang anak-anaknya yang sedang bergembira. Dadanya terasa saya dan sebak. "Kalau arwah mak kamu masih ada..." bisiknya dalam hati.

Husna menghampiri, seolah membaca fikiran ayahnya. "Ayah, mari kita buat majlis tahlil dan kesyukuran. Untuk mak... untuk semua yang telah membantu kita."

Haji Zain memandang anak sulungnya yang kini semakin mirip wajah isterinya. "Baik, Nak. Mak kamu dulu yang selalu tekankan pendidikan. Dia yang ajarmu mengaji sampai lancar."

Kilas balik muncul di minda Husna - dirinya yang kecil duduk di riba ibu, belajar mengenal huruf hijaiyah. Wangian bunga melor yang selalu melekat pada baju ibu seolah-olah masih terhidu harumnya.

Bab 3: Persiapan Penuh Makna

Esoknya, rumah Tok Ayah menjadi pusat aktiviti. Pak Ngah dan Pak Lang datang membantu. Yang tua, yang muda, sepupu mereka, semua bersatu menyambut berita gembira ini.


"Jamilah ingat tak dulu?" Pak Ngah tersenyum sambil menunjukkan sekeping gambar lama. "Kamu yang suka buka dan bongkar semua barang elektronik Pak Ngah!"

Jamilah tersipu-sipu. "Radio Pak Ngah yang tak boleh pasang balik tu!...terus jahanamehe!" Gumam Jamilah mengajuk filem Hindi Yang baru ditontonnya.

Gelak tawa memenuhi ruang tamu. Tapi di sebalik tawa, ada sebak yang tersembunyi. Setiap kenangan membawa mereka kembali kepada insan yang sudah tiada.

Sakinah yang pendiam menunjukkan reka bentuk undangan yang dibuatnya. "Saya buat motif ukiran timbul, sama macam kad ucapan yang mak kirim pada ayah masa dia belajar kat UUM, y

macam mak suka buat dulu."

Bab 4: Di Dewan Kenangan

Hari majlis tiba. Dewan sekolah tempat mereka dulu belajar dihiasi sederhana tapi penuh makna. Cikgu Ani, guru tuisyen mereka sejak kecil, datang dengan air mata kegembiraan.

"Siapa sangka budak-budak dulu yang saya ajar sampai larut malam, sekarang dah dapat tawaran ke luar negara," katanya terharu.

Ketika bacaan tahlil bermula, suasana menjadi hening. Setiap doa yang dilafazkan terasa begitu mendalam. Haji Zain duduk tenang, tapi hatinya bergolak. Dalam diam, dia berbisik kepada arwah isterinya:

"Mereka dah berjaya, Sayang. Doa kamu selama ini dimakbulkan Allah."

Bab 5: Penerbangan

Hari keberangkatan tiba. Di KLIA, pelukan tak ingin berpisah. Husna memeluk ayahnya erat.

"Ayah jaga diri baik-baik. Una akan telefon setiap hari."

Jamilah yang biasanya kuat, tak dapat menahan tangis. "Nanti Jamilah kirim banyak gambar dari Jepun, ya?"

"Ayah kalau rindu, ayah akan pergi makan sushi unagi", sahut ayahnya.

Sakinah dan Abin berdiri di samping ayah mereka, menyaksikan dua saudara mereka melangkah pergi.

Saat kapal terbang berlepas, Haji Zain memandang langit. Dia tersenyum melalui air mata. "Lihatlah, Ni, Anak-anak kita dah mula terbang mengejar impian mereka."

Bab 6: Jejak yang Tertinggal

Bulan-bulan berlalu. Rumah di TTDI terasa sunyi. Tapi setiap hari, ada saja berita dari Mesir dan Jepun. Gambar Husna di perpustakaan Al-Azhar, video Jamilah di makmal canggih di Tsukuba, Tokyo.

Suatu petang, Sakinah menemui album foto lama. Di dalamnya, ada gambar ibu mereka tersenyum bangga. "Mak," bisiknya, "kami tak akan lupa asal usul kami."

Haji Zain yang mendengar, hanya mampu mengangguk. Dia tahu, jejak kasih sayang isterinya akan terus hidup dalam setiap langkah anak-anak mereka.

Epilog: Cinta yang Tak Bertepi

Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Husna menjadi pakar undang-undang Islam, Jamilah sebagai saintis terkenal, dan Sakinah sebagai arkitek tersohor. Tapi dalam setiap kejayaan mereka, ada nama yang selalu disebut - ibu dan ayah mereka yang telah menanam benih impian ini.

Di perkuburan Islam Bukit Kiara, Haji Zain membersihkan pusara isterinya. "Mereka semua dah berjaya, semoga Ni tenang disana".

Angin petang berbisik lembut, membawa doa seorang ayah dan kenangan seorang isteri - jejak cinta yang kekal abadi, melampaui batas ruang dan waktu.

Tamat.

Kisah digubah semula.  Music video : Arashi, "My Girl".

No comments: