Suasana di Mahkamah Sesyen pagi itu terasa tegang. Aku, sebagai OKT, duduk tenang di kerusi tertuduh dengan peguam di sisi. Pakaian seragam penjara yang aku pakai terasa berat di bahu sebagai orang kena tuduh, tapi lebih berat lagi beban di hati.
"Mahkamah bersidang," ujar Hakim dengan suara yang berwibawa. "Sila bacakan pertuduhan."
Pendakwa Raya bangun dan membacakan pertuduhan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab dengan tenang, "Saya mengaku bersalah, Yang Arif."
Namun, yang berlaku selepas itu di luar jangkaan.
IO Imigresen yang telah menangkap saya bangun dengan sikap agresif. "Yang Arif, saya ada soalan. Kenapa OKT ni nak guna peguam sedangkan dia dah nak mengaku salah?"
Aku memandang ke arah peguamku. Matanya menunjukkan kehairanan yang sama.
IO itu terus mendesak, "Bukan sekali saya tanya, banyak kali saya tanya soalan sama! Kenapa perlu peguam kalau nak mengaku salah je?"
Peguam bangun dengan tenang. "Yang Arif, dengan izin. Soalan IO ini menunjukkan beliau tidak memahami proses keadilan. Setiap tertuduh mempunyai hak dibawah perlembagaan untuk diwakili peguam."
Tapi IO itu masih berkeras, "Tapi buang masa je! Dah nak mengaku salah, buat apa bayar peguam?"
Hakim mengangkat tangan. "Cukup! IO, ini mahkamah, bukan Pejabat imigresen. Setiap orang ada hak untuk mendapatkan perwakilan undang-undang."
Saat itu aku tidak dapat berdiam diri lagi.
"Yang Arif," suaraku terdengar jelas dalam senyapnya mahkamah, "semasa siasatan, IO ini bertanya soalan sama berulang kali. Saya sengaja tidak menjawab kerana..."
IO itu memotong, "Saya cuma nak tahu kenapa!"
Saya memandangnya dengan tenang tapi tegas.
"IO ini bongok...tak sedar diri betapa dia sebagai pegawai penguatkuasa tidak memahami undang-undang yang dia kuatkuasakan!"
Kesenyapan memenuhi ruang mahkamah. Hakim menahan ketawa.
"IO," kata Hakim, "sebagai pegawai penguatkuasa, anda perlu memahami prinsip asas keadilan. Hak untuk diwakili peguam adalah hak asasi setiap tertuduh."
Peguam menambah, "Mengaku bersalah tidak bermakna tertuduh melepaskan haknya untuk diwakili peguam. Malah, peguam boleh membantu dalam memohon pengurangan hukuman."
Hakim membuat keputusan sambil memberikan nasihat, "Kes ini membuktikan betapa pentingnya pendidikan undang-undang berterusan untuk pegawai penguatkuasa."
Selepas perbicaraan, peguamku memandang dengan penuh makna. "Anda buat keputusan tepat tidak menjawab soalan IO itu. Kadang-kadang, diam itu lebih bermakna daripada berdebat dengan orang yang tidak memahami undang-undang."
Aku mengangguk perlahan. "Saya cuma sedih melihat pegawai penguatkuasa yang tidak memahami undang-undang yang dia sendiri kuatkuasakan. Ini membahayakan sistem keadilan kita."
Sudah banyak kes pesalah dijatuhi hukuman yang tidak setimpal. Apakah logik seorang balu dipenjara 3 bulan kerana mencuri susu pekat manid di kedai runcit kerana anaknya sakit dan dia tidak mampu membeli susu formula. Ini adalah satu kegagalan sistem.
Di dalam hati, aku berdoa semoga sistem keadilan kita akan terus diperbaiki, dan mereka yang diberi tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang benar-benar memahami jiwa dan semangat undang-undang yang mereka laksanakan.
Kadang-kadang, pengakuan bersalah di mahkamah bukanlah kekalahan, tetapi permulaan kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang erti keadilan yang sebenar.
No comments:
Post a Comment