Rabu, November 19, 2025

Jejak Cinta dilangit Al Azhar

Surat-surat tawaran

Loceng buzzer berbunyi lembut di rumah dua tingkat di TTDI, memecah kesunyian yang selama ini menyelubungi keluarga Haji Zain. Husna, 20, dengan tangan yang sedikit menggeletar, membuka sampul surat tertulis namanya berlogo Universiti Al-Azhar. Matanya yang selalu tenang tiba-tiba berkaca-kaca membaca surat dalam Bahasa Arab itu.

"Bismillah..." bisiknya perlahan sebelum membacanya.

Tiba-tiba, teriakannya memecah kesunyian. "Ayah! Jamilah! Sakinah! Mari sini!"

Larian kaki di tangga kayu berbunyi riuh. Jamilah, 19, dengan potongan rambut pendeknya yang kemas, muncul dengan wajah penuh tanya. Sakinah, 18, yang lebih pendiam, mengikut dari belakang dengan langkah berhati-hati.

"Scholarship... ke Al-Azhar!..." Husna tak dapat menyambung bicara. Air mata bahagia mula mengalir.

Tak sempat mereka meraikan kejayaan itu, telefon Jamilah tiba-tiba berdering nada dering Naruto kegemarannya. "Moshi moshi?" katanya, sebelum matanya membulat. "Japan International Cooperation Agency? Sooka?", hati Jamilah melonjak kegirangan.

Dalam satu petang yang sama, tiga beradik ini menerima berita yang mengubah hidup. Husna ke Mesir, Jamilah ke Jepun, Sakinah ke UiTM Shah Alam untuk program seni bina.

Kenangan di Balik Tirai Senja

Malam itu, di balkoni rumah, Haji Zain memandang anak-anaknya yang sedang bergembira. Dadanya terasa saya dan sebak. "Kalau arwah mak kamu masih ada..." bisiknya dalam hati.

Husna menghampiri, seolah membaca fikiran ayahnya. "Ayah, mari kita buat majlis tahlil dan kesyukuran. Untuk mak... untuk semua yang telah membantu kita."

Haji Zain memandang anak sulungnya yang kini semakin mirip wajah isterinya. "Baik, Nak. Mak kamu dulu yang selalu tekankan pendidikan. Dia yang ajarmu mengaji sampai lancar."

Kilas balik muncul di minda Husna - dirinya yang kecil duduk di riba ibu, belajar mengenal huruf hijaiyah. Wangian bunga melor yang selalu melekat pada baju ibu seolah-olah masih terhidu harumnya.

Persiapan Penuh Makna

Esoknya, rumah Tok Ayah menjadi pusat aktiviti. Pak Ngah dan Pak Lang datang membantu. Yang tua, yang muda, sepupu mereka, semua bersatu menyambut berita gembira ini.

"Jamilah ingat tak dulu?" Pak Ngah tersenyum sambil menunjukkan sekeping gambar lama. "Kamu yang suka buka dan bongkar semua barang elektronik Pak Ngah!"

Jamilah tersipu-sipu. "Radio Pak Ngah yang tak boleh pasang balik tu!...terus jahanamehe!" Gumam Jamilah mengajuk filem Hindi Yang baru ditontonnya.

Gelak tawa memenuhi ruang tamu. Tapi di sebalik tawa, ada sebak yang tersembunyi. Setiap kenangan membawa mereka kembali kepada insan yang sudah tiada.

Sakinah yang pendiam menunjukkan reka bentuk undangan yang dibuatnya. "Saya buat motif ukiran timbul, sama macam kad ucapan yang mak kirim pada ayah masa dia belajar kat UUM, yang macam mak suka buat dulu."

Di Dewan Kenangan

Hari majlis tiba. Dewan sekolah tempat mereka dulu belajar dihiasi sederhana tapi penuh makna. Cikgu Ani, guru tuisyen mereka sejak kecil, datang dengan air mata kegembiraan.

"Siapa sangka budak-budak dulu yang saya ajar sampai larut malam, sekarang dah dapat tawaran ke luar negara," katanya terharu.

Ketika bacaan tahlil bermula, suasana menjadi hening. Setiap doa yang dilafazkan terasa begitu mendalam. Haji Zain duduk tenang, tapi hatinya bergolak. Dalam diam, dia berbisik kepada arwah isterinya:

"Mereka dah berjaya, Sayang. Doa kamu selama ini dimakbulkan Allah."

Penerbangan

Hari keberangkatan tiba. Di KLIA, pelukan tak ingin berpisah. Husna memeluk ayahnya erat.

"Ayah jaga diri baik-baik. Una akan telefon setiap hari."

Jamilah yang biasanya kuat, tak dapat menahan tangis. "Nanti Jamilah kirim banyak gambar dari Jepun, ya?"

"Ayah kalau rindu, ayah akan pergi makan sushi unagi", sahut ayahnya.

Sakinah dan Abin berdiri di samping ayah mereka, menyaksikan dua saudara mereka melangkah pergi.

Saat kapal terbang berlepas, Haji Zain memandang langit. Dia tersenyum melalui air mata. "Lihatlah, Ni, Anak-anak kita dah mula terbang mengejar impian mereka."

Jejak Memori

Bulan-bulan berlalu. Rumah di TTDI terasa sunyi. Tapi setiap hari, ada saja berita dari Mesir dan Jepun. Gambar Husna di perpustakaan Al-Azhar, video Jamilah di makmal canggih di Tsukuba, Tokyo.

Suatu petang, Sakinah menemui album foto lama. Di dalamnya, ada gambar ibu mereka tersenyum bangga. "Mak," bisiknya, "kami tak akan lupa asal usul kami."

Haji Zain yang mendengar, hanya mampu mengangguk. Dia tahu, jejak kasih sayang isterinya akan terus hidup dalam setiap langkah anak-anak mereka.

Epilog: Cinta yang Tak Bertepi

Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Husna menjadi pakar undang-undang Islam, Jamilah sebagai saintis terkenal, dan Sakinah sebagai arkitek tersohor. Tapi dalam setiap kejayaan mereka, ada nama yang selalu disebut - ibu dan ayah mereka yang telah menanam benih impian ini.

Di perkuburan Islam Bukit Kiara, Haji Zain membersihkan pusara isterinya. "Mereka semua dah berjaya, semoga Ni tenang disana".

Angin petang berbisik lembut, membawa doa seorang ayah dan kenangan seorang isteri - jejak cinta yang kekal abadi, melampaui batas ruang dan waktu.

Tamat.

Kisah digubah semula.  Music video : Arashi, "My Girl".

Arashi vid:

Ohno: Stop lollygagging, you guys! We have to be done before Dad gets back!
Sho: We’re doing it!
Nino: And properly, aren’t we?
Jun: Speaking of which, you should be doing it too.
Ohno: What, do you have a problem?
Nino: We don’t, we’re just saying do it, carry this!

The letter:
You were born as our children, and one day you should grow up and move out to do what it is you love to do. When that day comes, go. I’ll be watching over you from this house.

The mail:
Dad, we want to stay in this house with Mom a little longer. So, we’ve decided not to move.

Selasa, November 18, 2025

Perang PDPA

Dah lama tak buat script drama. Here goes nothing.

ADEGAN 1: PEJABAT HELMI - PAGI

[Helmi (50-an) duduk di kerusi pejabatnya, mukanya pucat, tangan menggeletar memegang dokumen PDPA]

HELMI:

(Bercakap sendirian)

"Rasa macam nak jatuh...badan terhoyong-hayang... Projek PDPA ni buat aku tak tidur seminggu."

[Siti (30-an) masuk dengan wajah prihatin]

SITI:

"Helmi,awak nampak tak sihat. Muka pucat lesi. Kenapa tak berehat?"

HELMI:

"Dah seminggu aku rasa lemah,cepat penat. Tapi projek PDPA ni kena siap sebelum 8 Disember. HR tolak kat kita, kata IT yang kena uruskan semua."

ADEGAN 2: MESYUARAT ANTARA JABATAN

[Bilik mesyuarat. Wakil HR, IT, dan unit lain duduk berhadapan]

HELMI:

(Suara lemah)

"Saya bimbang projek kita tak jadi macam yang diharapkan.Dah orang lain semua sibuk dan penat..."

WAKIL HR:

"Kami di HR tak tahu menahu. Data custodian adalah tanggungjawab IT. Kami tak boleh ambil tanggungjawab bawah PDPA."

AMIN:

(Mengangkat tangan)

"Saya sanggup jadi Master of Ceremony untuk taklimat PDPA nanti.Tapi urusan compliance, kita semua kena bekerjasama."

ADEGAN 3: PERBUALAN DENGAN EN DARWIS

[Koridor pejabat Tingkat 4. En Darwis (50-an) sedang bersiap untuk bersara dari dunia pekerjaan]

EN DARWIS:

"Helmi,mesin rekod kedatangan guna aje lah dulu swipe ID card macam dulu. Nak comply PDPA perlu ikut prosedur betul-betul."

HELMI:

"Tapi prosedur memerlukan staff diberi pendedahan keperluan Akta dan setuju...Data staff simpan kat server luar negara pun kena explain..."

ADEGAN 4: KETEGANGAN MUNCUL

[Pejabat IT. Helmi kelihatan semakin tertekan]

SITI:

"Helmi,jaga kesihatan! Berehat lah sikit. Jangan fikirkan sangat kerja sorang-sorang. Team akan bantu."

HELMI:

(Hampir menangis)

"Tapi semua orang tolak kat IT!HR kata IT kena urus, IT kata HR yang punya data... Taklimat pun kita tolong dia buat!"

[Helmi tiba-tiba terhoyong, hampir jatuh. Siti menahannya, Amin menghantarnya ke Jabatan Kecemasan Hospital].

Oops kejadian ini tak berlaku ya. sesaja je dramatic  sikit. Takleh romantic. I treat siti and everyone else asadik beradik. 

ADEGAN 5: KEMUNCULAN DR WAN

[Dr Wan (40-an) masuk dengan tenang]

DR WAN:

"Saya baru dilantik sebagai Data Protection Officer.Saya faham tekanan yang awak hadapi."

HELMI:

"Dr Wan,kami dah hampir putus asa. Semua jabatan tak nak ambil tanggungjawab."

DR WAN:

"Di bawah PDPA,Pengawal Data dan Pemproses Data ada tanggungjawab berbeza. Tapi kita kena bekerjasama. Bukan tolak-menolak."

ADEGAN 6: TAKLIMAT PDPA - 08 DISEMBER 2025

[Auditorium SIRIM. Amin sebagai MC memulakan taklimat]

AMIN:

"Selamat pagi dan selamat datang ke Taklimat Kepatuhan PDPA 2010."

[Helmi, walaupun masih lemah, berdiri di belakang pentas dengan penuh tekad]

DR WAN:

(Berucap)

"PDPA bukan tentang siapa yang salah,tapi tentang bagaimana kita melindungi data bersama. HR sebagai Pengawal Data, IT sebagai Penjaga Data - kedua-dua ada peranan Yang berbeza.

ADEGAN 7: PENYELESAIAN

[Selepas taklimat. Semua wakil jabatan berkumpul]

WAKIL HR:

"Kami di HR akui,kami pun ada tanggungjawab. Kami akan bantu dengan policy dan training  Dan juga rekodkan kebenaran penggunaan data Peribadi staff. Kami akan amir dengan arahan DPO".

KETUA IT:

"IT sedia membantu dari segi technical compliance.Kita boleh buat sistem yang selamat."

HELMI:

(Tersenyum lega)

"Akhirnya...kita boleh bekerjasama. Badan masih lemah, tapi hati dah tenang."

SITI:

"Yang penting,jaga kesihatan. Kerja berpasukan, jangan sorang-sorang tanggung."

ADEGAN 8: EPILOG - DUA MINGGU KEMUDIA

[Helmi kelihatan sihat dan ceria. Projek PDPA berjalan lancar]

HELMI:

"Pelajaran besar:PDPA bukan beban, tapi tanggungjawab bersama. Kesihatan pun sama - kena jaga, jangan tunggu nak jatuh baru nak sedar."

DR WAN:

"Compliance is a journey,not a destination. Yang penting, kita start dengan betul."

FADE OUT

MESEJ AKHIR:

"Kesihatan dan kepatuhan undang-undang kedua-duanya penting.Jangan abaikan kesihatan demi kerja, dan jangan lari dari tanggungjawab bersama."

THE END

NOTA PENTAS:

Drama ini menggambarkan:

1. Tekanan mental dan fizikal akibat beban kerja

2. Konflik antara jabatan dalam organisasi

3. Pentingnya kerjasama dan komunikasi

4. Kepentingan menjaga kesihatan

5. Tanggungjawab kolektif dalam kepatuhan undang-undang

PENAMBAHBAIKAN:

· Watak Helmi mewakili pekerja yang tertekan

· Siti sebagai suara penyeimbang

· Dr Wan sebagai penyelesai konflik

· Realiti organisasi yang kompleks

Sabtu, November 15, 2025

Pena dan kuasa

As I see it: 

Penulis pernah membuat posting mengenai Tokoh kesusasteraan melayu tersohor ini, namun keadaan semasa seolah memerlukan penulis menghurai secara ringkas:

Dalam  mukadimah bukunya, Bustan al-Katibin, Raja Ali Haji menyampaikan 2 pengajaran utama tentang kuasa ilmu dan penulisan.

1. Kekuatan Pena Mengatasi Kekuatan Pedang

Beliau berhujah bahawa ilmu pengetahuan dan tulisan (yang diwakili oleh "pena") lebih berkuasa dan berpengaruh daripada kekerasan atau ketenteraan (yang diwakili oleh "pedang").

"Segala pekerjaan pedang itu boleh dibuat dengan kalam": Maksudnya, apa jua konflik atau peperangan yang dilancarkan dengan senjata dan ketenteraan, akhirnya boleh diatur, diselesaikan, dan dihentikan dengan pena melalui tulisan dan diplomasi, seperti perjanjian damai.

"Ada pun pekerjaan kalam itu tiada boleh dibuat dengan pedang": Sebaliknya, kekerasan tidak boleh menghasilkan karya sastera, ilmu pengetahuan, atau undang-undang yang bijaksana. 

Sesuatu kaum tidak boleh berubah menjadi berilmu atau bijaksana dengan menggunakan pedang atau kekerasan.

"Beberapa ribu dan laksa pedang yang sudah terhunus dengan segores kalam jadi tersarung": 

Sebuah tulisan atau perintah yang bijaksana dari pemimpin yang pro aktif dan berwawasan jauh mempunyai kuasa untuk mencegah pertumpahan darah yang besar. Dengan kata lain, melalui pena dan diplomasi, peperangan dan kezaliman dapat dihentikan.

Petikan Syair Parsi oleh penulis: "Pena itu Raja Dunia"

Untuk memperkukuh hujahnya, Raja Ali Haji memetik syair:

"Kata pena akulah raja ini dunia": Pena mendakwa dirinya sebagai penguasa sebenar dunia.

"Siapa saja yang mengambil aku dengan tangannya akan kusampaikan kerjanya": Sesiapa yang menguasai dan menggunakan pena (ilmu dan penulisan) akan berjaya mencapai segala tujuan dan cita-citanya.

Kesimpulan Utama:

Melalui karyanya, Bustan al-Katibin, Raja Ali Haji menegaskan bahawa kekuatan fikiran, ilmu, dan penulisan adalah lebih mulia, kekal, dan efektif berbanding kekuatan fizikal. 

Seorang yang berilmu dan berkemahiran menulis mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada ribuan pahlawan yang hanya tahu cara kekerasan. Pena, penulisan, dan diplomasi adalah senjata utama untuk menghentikan peperangan dan kezaliman.

Ringkasnya:

"Orang yang berilmu dan pandai menulis boleh mengawal keadaan dan mengalahkan ramai orang kuat. Ilmu dan tulisan adalah senjata orang bijak yang lebih berkuasa daripada pedang atau maki hamun media sosial. Melalui diplomasi dan tulisan, peperangan dan kezaliman boleh dihentikan."

My take on this issue: Iktibar untuk naysayer isu yang hangat dijadikan modal politik perjanjian perdagangan USA- Malaysia (yang sebenarnya masih boleh dirundingkan) serta puak-puak yang memperlekehkan usaha Malaysia menjadi pendamai krisis Thai-Kemboja.

Cerpen: Pertarungan Terakhir Pak Mat

Kampung Teluk Penadah, Teluk Intan, 1982.

Suara cengkerik malam bersahutan ketika Pak Mat, seorang guru AlQuran berusia 60 tahun, terbaring di atas tikar mengkuang di rumah kayunya yang sederhana. Lampu gas jenama Butterfly berdesir di sudut ruangan, menerangi wajahnya yang pucat. Di luar, bunyai katak menyahut dari arah Sungai Perak yang luas.

Anaknya, Kamal, berusia 25 tahun, duduk bersila di sisi bapanya. Tangannya memegang sehelai kain pelikat yang akan dipakainya nanti. Udara malam yang lembap membuat dahi Pak Mat berkerut.

"Bapak... bapak..." panggil Kamal lembut.

Tiba-tiba, Pak Mat membuka mata luas. "Jangan! Pergi! Jangan kau datang dekat!" teriaknya dengan suara parau.

Kamal terkejut. "Bapak, apa yang bapak nampak?"

---

Dalam pandangan Pak Mat, dua bayangan hitam muncul dari kegelapan. Yang satu mengambil rupa arwah ayahnya, yang lain rupa arwah ibunya.

"Mat, anakku..." bisik bayangan yang menyerupai ayahnya. "Ayah sangat sayangkan kau. Tapi ayah mati dalam agama Kristian, kerana itulah jalan yang benar..."

Bayangan ibu menambah, "Anakku, darah dagingku... Ibu mengandungkan kau, menyusukan kau, tapi ibu mati dalam agama Yahudi, kerana itulah agama terbaik..."

Pak Mat menggeleng kuat-kuat. "Tidak! Aku tahu ini tipu helah syaitan! Aku percaya pada Allah dan Rasul-Nya!"

---

Kamal yang tidak nampak apa-apa, hanya dapat memegang tangan bapanya yang semakin dingin. "Bapak, ucap La ilaha illallah..." desaknya.

"Tidak! Mereka masih di sini!" tolak Pak Mat, matanya liar memandang ke sekeliling.

Di kampung, jiran-jiran sudah mulai berkumpul di halaman rumah. Ada yang membawa pelita minyak, ada yang membawa lampu gas. Semuanya datang setelah mendengar khabar bahawa Pak Mat sedang nazak.

"Kasihan Pak Mat," bisik Mak Som kepada suaminya. "Dia guru yang baik, selalu ajar anak-anak kampung mengaji di surau."

Memori bergemuruh dalam fikiran Kamal - bapanya yang selalu membawa mereka mandi di Sungai Perak selepas solat Jumaat, mengaji di surau dengan pelita minyak, kehidupan sederhana yang penuh keberkatan.

---

Tiba-tiba, Pak Mat terduduk. Wajahnya yang tegang tiba-tiba tenang. Cahaya damai menyinari mukanya.

"Sudah pergi..." bisiknya lega. "Mereka sudah pergi..."

"Bapak?" Kamal mendekat.

"Tadi... syaitan datang dalam rupa arwah ayah dan mak," jelas Pak Mat dengan suara lemah. "Mereka cuba putuskan imanku... tapi Allah hantar malaikat tolong aku..."

Kamal segera mengambil air wuduk dari tempayan di dapur. Dengan hati-hati, dia membasuh muka dan tangan bapanya.

"Alhamdulillah..." bisik Pak Mat. Wajahnya semakin tenang. "La ilaha illallah... Muhammadur rasulullah..."

Dia memandang Kamal dengan penuh kasih. "Jangan lupa... ajar anak cucu kita... hadapi mati dengan iman... waspada tipu helah terakhir syaitan..."

Nafasnya semakin perlahan. Di luar, azan subuh mulai berkumandang dari surau kampung. Burung-burung mulai berkicau menyambut pagi.

Pak Mat tersenyum tenang sebelum menutup mata untuk selama-lamanya. Wajahnya bercahaya dengan kedamaian.

Kamal menitiskan air mata, tapi hatinya tenang. Dia tahu bapanya telah memenangi pertarungan terakhir - pertarungan antara iman dan godaan syaitan di saat kematian.

Dari kejauhan, matahari mulai terbit di seberang Sungai Perak, menyinari kampung yang masih tidur dalam kedamaian. Kehidupan di Kampung Teluk Penadah terus berjalan, dengan memori Pak Mat tetap hidup dalam hati anak-anak muda yang pernah diajar mengaji dengan sabar di surau kampung.

Dan malam itu, Kamal belajar satu pengajaran berharga - bahwa persiapan menghadapi kematian harus dimulai ketika masih hidup, dan kalimat tauhid adalah senjata terakhir seorang mukmin.

Tamat.

Diinspirasikan oleh kisah Imam Ahmad ibn Hanbal.

Jumaat, November 14, 2025

Jalan Pulang

Bab 1: Ruang hati yang Kosong

Stereng itu terasa sejuk di celah jarinya. Seminar PDPA yang dihadirinya tadi hanyalah kekaburan pembentangan dan jabat tangan yang sopan, satu lakonan normaliti hidup yang telah lama dikuasainya. Tetapi sekarang, di Lebuh Raya Persekutuan, facade itu runtuh tiba-tiba.

Dunia di luar tingkapnya menjadi lembut, matahari terbenam melebur menjadi permadani oren dan kelabu yang kabur dan melankolik. Matanya yang penat, tertekan dengan silau skrin sepanjang hari, hanyut ke papan pemuka. Nombor-nombor itu menyala balik: masa, dan tarikh. 13 NOV. Kesejukan dan kekosongan masih membeku di dadanya. Ulangtahun ke 10. Gema terakhir bualan seminar tadi lenyap dari fikirannya, digantikan dengan kesunyian yang begitu berat sehingga menekannya dari setiap sudut. Ia adalah ruang tempat duduk penumpang yang kosong. Kereta itu bukan lagi sekadar jentera; ia telah menjadi kapsul masa, membawanya bukan hanya ke Shah Alam, tetapi juga merentasi masa.

Bab 2: Ruang Penumpang

Pandangannya hanyut merentasi konsol, tertarik kepada kerusi penumpang sebelahnya yang kosong. Silauan cahaya matahari terbenam di tempat rehat kepala bersinar seketika, dan untuk satu detik yang menghentikan nafas, kerusi itu tidak lagi kosong. Neny ada di sebelahnya kepalanya melentur ke belakang sambil ketawa, tangannya menari-nari di dalam angin. 

"Laju sikit, Mi!" dia seakan bergurau. Jalan sedang sesak dipenuhi kenderaan.

Matanya berkilauan. Lebuh raya masa kini larut, hilang digantikan oleh kenangan pemanduan pulang yang berbeza, kali ini dipenuhi dengan susana damai selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Rembau. Radio memainkan "Kau Ilhamku" oleh Man Bai, dan Neny bersuara lembut mengikut irama, jarinya melukis bulatan malas di bahu suaminya. 

Mereka berbicara tentang perkara-perkara yang mudah dan gilang-gemilang: menyimpan wang untuk perjalanan ke Jogja, langsir baru untuk ruang tamu, pokok mulberi yang mereka akan tanam. Kenangan itu begitu hidup, begitu menyakitkan hati akan kebiasaannya, sehingga kekosongan di hatinya menjadi lembut kepada kehangatan yang manis. Dia berada di jalan yang sama ini, dahulu dan sekarang, tetapi pada saat itu, Neny seolah benar-benar berada di sisinya.

Bab 3: Cahaya Mentari di Hospital

Bunyian hon di kejauhan menariknya dengan kasar dari masa lalu yang cerah kepada keadaan sekarang yang semakin gelap. Dia memegang stereng dengan erat, buku jarinya putih, imej wajah Neny yang tenang terpateri di kelopak matanya. Tetapi suara Neny, "Teruskan hidup... jangan bersedih...", kini bergema bukan sebagai bisikan yang rapuh, tetapi sebagai seruan yang jelas dan kuat. Ia adalah kemuncak keberaniannya yang sangat besar, perasaan cinta yang melengkapkannya untuk semua tahun yang bakal mendatang. Dia kini melihat bahawa ketenangannya dipertemuan terakhir itu adalah hadiah untuk mereka. 

Kesedihan itu menyusup hati, bukan sebagai kesakitan yang tajam, tetapi sebagai arus yang dalam dan berterusan. Dan dalam arus itu, dia menemui kekuatan baru. Tugasnya bukanlah satu beban, tetapi satu tujuan. Jamilah, Husna, Sakinah, Muhammad. Nama-nama mereka adalah destinasi pada kompas yang ditinggalkan Neny. Dia memandu pulang.

Bab 4: Gema di Hati

Dengungan enjin kereta itu menghilang, digantikan oleh bunyi bip mesin tekanan darah, berirama monitor detak jantung. Dia tidak lagi berada di lebuh raya; dia berada di dalam bilik yang disinari matahari di Hospital Besar KL, tepatnya wad pesakit onkologi. Udara membawa bau antiseptik yang samar, bertindih dengan bau wangi losyen lavender Neny yang biasa, sentuhan biasa di ruang klinikal. Cahaya lewat petang mengalir melalui tingkap, membayangkan bayang-bayang panjang dan hangat yang seolah-olah menentang realiti sejuk mesin-mesin itu.

Neny bersandar pada bantal, kelihatan begitu kecil di atas tilam putih yang keras. Pertarungan itu telah mencengkung pipinya, rambutnya rontok dek pukulan rawatan chemo, tetapi ia tidak meleraikan cahaya di matanya. Tidak sepenuhnya. Nafasnya adalah ritma yang lembut dan cetek. Dia memgenggam tangan suaminya, ibu jarinya menggosok sendi jarinya dengan lembut, menghafal rasa kulit dan tulang-tulang halus di bawahnya.

Dia memalingkan kepalanya perlahan-lahan. Matanya menemui miliknya, dan dia berjaya mengukir senyuman lemah yang penat. It adalah senyuman yang memegang seluruh cinta dan kedamaian yang tenang dan tidak tergoyahkan.

"Mi," dia berbisik, suaranya seperti benang suara yang rapuh, namun jernih di dalam bilik yang senyap.

Dia mendekatkan diri, hatinya seperti paluan gendang yang pantas menentang tulang rusuknya. "Mi di sini, Sayang."

Dia menarik nafas perlahan-lahan dan sengaja, mengumpul sisa-sisa kekuatannya.

Pandangannya tidak berbelah bahagi, dipenuhi dengan cinta yang begitu mendalam sehingga terasa seperti kedua-duanya sebuah sauh yang sedang melonjak naik.

"Mi," dia mula lagi, suaranya mendapat secebis kekuatan, dorongan terakhir. "Teruskan hidup."

Manik mutiara air mata mengalir panas di pipinya. Dia mengangguk, tekaknya tersekat oleh sedu sedan yang enggan dilepaskannya.

"Janganlah bersedih..." dia menyambung, matanya merayu kepadanya lebih daripada kata-katanya. Dia melihat usaha yang besar, cinta yang abadi. Kemudian, dengan kejelasan yang sempurna, dia menyampaikan tugasannya yang paling suci. "Jagalah dan sayangi anak kita..."

Dia menamakan mereka, satu persatu, setiap nama seperti bunyi loceng berharga yang berdering di dalam ruang wad yang senyap. "Jamilah, Husna, Sakinah & Muhammad."

Kata-kata itu mendarat bukan sebagai bunyi, tetapi sebagai amanah, satu kewajipan yang khidmat dan indah yang terus menetap di jiwanya. Pada saat itu, kesedihan yang menghancurkan tidak dapat dipisahkan daripada cinta yang mengagumkan dan menjulang tinggi. Ini bukan selamat tinggal dari keputusasaan, tetapi penerimaan obor amanah. Neny mengenggam tangan suaminya lebih erat, air mata suaminya yang mengalir menjadi bukti janji yang sedang dibuatnya. Dia menghafal kedamaian di mata isterinya, cara cahaya matahari mengitari wajahnya, memeterai sumpah suci itu dalam detik yang akan selama-lamanya terpahat dalam cahaya, bukan kegelapan. Hafazan Surah Al Mulk yang dibaca bersama ketika dalam dakapan hangat bergema dihatinya.

Bab 5: Kilauan lampu Shah Alam

Pusingan biasa ke atah kejiranannya terasa seperti kepulangan terakhir kepada masa kini. Dia memandu kereta menyusuri jalan yang sunyi, matanya tertumpu pada sebuah mercu tanda di hadapan: rumahnya. Lampu serambi sudah menyala, sambutan keemasan menentang malam, dan dia dapat melihat kelipan biru notebook melalui tingkap ruang tamu, Muhammad mesti sedang menonton Transformers yang sering diulangnya, Muhammad suka kereta. Dia memperlahankan kereta ke jalan masuk, bunyi kerikil gemersik menandakan kepulangannya. 

Dia duduk seketika dalam gelap, enjin berdetik semasa ia menyejuk. Berat hari itu, kenangan, cinta, mengendap menjadi tekad yang tenang. Dia sudah berada di rumah. Dia melihat bayangan Muhammad ..mungkin, lalu di depan tingkap. Sebuah senyuman menyentuh bibirnya. Dia tidak tiba dengan hati yang dipenuhi ketiadaan atau kekosongan jiwa tetapi dengan hati yang dipenuhi cinta. 

Neny berada dalam tekadnya, dalam hatinya, dalam  setiap langkahnya melalui pintu itu sekarang. Dia melangkah keluar dari kereta dan berjalan ke arah cahaya, bersedia untuk meneruskan kehidupan, seperti yang dia pinta. Peringatan itu bukan lagi luka; ia adalah kekuatannya. Syukur kepada Allah.

Alfatihah untuk teman perjalananku Neny Endriani Bustamal. Semoga kita dipersatukan semula. Keretapi cahaya ini akan berhenti, giliranku akan tiba.




Rabu, November 12, 2025

Hikayat Kuda dan Singa yang Bijaksana

Tersebutlah suatu kisah di dalam negeri rimba yang aman sentosa, di mana sekalian makhluk hidup dalam damai dan taat pada hukum alam. Pada ketika itu, hiduplah seekor kuda muda bernama Lodra, elok rupanya, kuat kakinya, dan pantas pula larinya. Maka segala penghuni padang memuji-muji akan kehebatannya.

Adapun Lodra itu sangat keras hati, kerana merasa dirinya tiada tandingan. Tiap-tiap pagi ia berlari melintasi padang luas, hendak menunjukkan kehebatannya kepada sekalian makhluk yang memandang.

Hatta, pada suatu hari, tatkala ia berlari terlalu laju, tiba-tiba kakinya terperosok ke dalam lumpur dalam. Maka Lodra pun meronta-ronta hendak keluar, namun makin lama makin tenggelam ia jadinya. Maka berteriaklah ia meminta tolong, “Siapakah gerangan di sini? Tolonglah aku keluar daripada lumpur celaka ini!”

Syahdan, pada masa itu datanglah seekor singa tua, bernama Raga, yang terkenal di segenap rimba kerana kebijaksanaan dan budi pekertinya yang halus. Maka Ragayang dalam perjalanan untuk mengadap Raja Sulaiman pun berdiri di tepi lumpur itu, lalu berkata dengan suara tenang,

“Hai anak muda, janganlah engkau terlalu melawan. Tiap kali engkau meronta, makin dalamlah engkau tenggelam.”

Maka sahut Lodra dengan suara marah, “Bagaimana aku mahu keluar kalau aku tidak melawan? Apakah aku harus diam sahaja dan menunggu mati?”

Raga tersenyum perlahan, lalu katanya,

“Diam itu bukan bererti menyerah. Sabar itu bukan berhenti bertindak, tetapi tetap tenang. Ketahuilah engkau, anak muda, air yang jernih mengalir dengan lembut, tetapi mampu membelah batu yang keras.”

Setelah itu, maka Raga pun turun ke lumpur dengan langkah berhati-hati, menjejak sedikit demi sedikit, lalu menolong Lodra keluar daripada perangkap itu. Maka keluarlah kedua-duanya ke tanah yang kering.

Lodra pun memandang kepada singa tua itu, hairan melihat tubuhnya tidak kotor walau sedikit pun. Maka katanya, “Wahai Raga, bagaimana engkau dapat tetap bersih dan tenang di dalam lumpur yang kotor ini?”

Maka jawab Raga dengan lemah lembut,

“Wahai Lodra, ketahuilah olehmu, lumpur tidak dapat mengotorkan hati yang ikhlas. Barang siapa berjalan dengan niat yang suci, maka setiap langkahnya akan dipelihara oleh alam. Janganlah terburu-buru dalam tiap hal, kerana yang datang dengan sabar akan kekal dalam keberkatan.”

Maka mendengarlah Lodra akan kata itu, lalu tunduk ia dalam malu dan insaf. Sejak hari itu, ia tidak lagi berlari untuk bermegah, melainkan untuk mensyukuri nikmat kehidupan.

Dan tiap kali datang resah di hatinya, teringatlah ia akan pesan singa tua itu:

“Sabar itu bukan menunggu tanpa gerak, tetapi bergerak tanpa hilang ketenangan.”

Sabar itu pelita hati, dan ikhlas itu kunci segala rahmat.

Isnin, November 10, 2025

KECEMASAN DI BANK PERPADUAN

Dah lama ambe tak menulis....here goes nothing.

Adegan 1: Kekacauan di Aras 4

“Saya tak boleh log masuk! Sistem kata laluan salah!, semua cubaan untuk log masuk ke semua sistem terhalang" gumam Mei Lin, cemas.

“Saya juga!" Ujar Shanti. "Saya dah cuba reset, tapi sistem tetap down!”

“Telefon customer service semua sibuk! Customer dah mula call saya direct!” tukas Kamil, pegawai perhubungan Bank Perpaduan.

Kekecohan melanda pejabat Bank Perpaduan pagi itu. Lampu indikator pada server berkelip-kelip tidak menentu, membayangkan sesuatu yang tidak kena di dalam sistem.

Encik Farid, Pengurus Jabatan IT, cuba tenangkan keadaan dengan peluh membasahi dahi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Semua please calm down! Mungkin ada glitch sementara,” suara Farid cuba meyakinkan dirinya sendiri walaupun hatinya berdebar-debar. Dia sendiri tidak dapat mengakses panel admin.

Adegan 2: Panggilan Kecemasan

Telefon Liza berdering.

“Liza, ini Farid dari Bank Perpaduan. Kita ada situasi sangat KRITIKAL! Seluruh sistem autentikasi down! Pegawai kami tak boleh akses mana-mana akaun, termasuk akaun-akaun korporat untuk transaksi besar hari ini. Saya dah cuba trace, tapi ada aktiviti mencurigakan dari IP luar. Saya perlukan bantuan kamu, segera!”

Liza Ahmad, pakar forensik digital lulusan UUM, sedang sarapan. Tanpa lengah, dia mencapai laptopnya.

“Jangan sentuh apa-apa, Farid! Pastikan tiada siapa cuba reset atau ubah apa- apa setting. Saya nak semua log access terkini disimpan. Saya akan sampai dalam masa 30 minit.”

Adegan 3: Misteri di Bilik Server, Tingkat 4

Di bilik server, Liza pantas meneliti log trafik rangkaian. Matanya menangkap pola yang sangat mencurigakan.

“Farid, lihat sini,” kata Liza sambil menunjuk ke skrin. 

“Ada beratus-ratus percubaan log masuk gagal untuk setiap akaun pegawai, semua dari IP yang sama di Brazil. Lepas itu, tiba-tiba semuanya berjaya mencerobohi sistem dalam masa yang sama. Ini bukan glitch. Ini serangan yang terancang. Mereka guna kaedah brute-force!”

Farid pucat. “Tapi sistem kita ada had percubaan kata laluan!”

“Kecuali,”Liza memotong, “jika ada ‘pintu belakang’ yang memintas had itu.”

Adegan 4: Jejak ke Meja Kerja Ahmad

Liza mengesan satu akaun admin yang lemah – ‘admin01’ – yang menjadi sasaran pertama serangan. Dia menjejak pemilik akaun itu: Ahmad, kerani kanan Aras 10.

“Ahmad, apa kata laluan kamu untuk akaun admin ini?” tanya Liza.

Ahmad, gugup, menjawab, “Saya… saya tulis dekat buku nota sebab takut lupa.”

“Notebook?”Liza hampir tidak percaya.

“Bukan,bukan… saya tulis dekat… dekat kertas sticky notes yang melekat pada monitor,” akui Ahmad dengan rasa malu.

Liza mengeluh. “Itulah dia ‘pintu belakang’ itu! Penyerang tak perlu susah paksa sistem, mereka hanya perlu cari orang yang senang beri laluan secara percuma.”

Adegan 5: Ketegangan dan Penyelesaian

“TAPI MENGAPA SISTEM DOWN HARI INI?” Farid bertanya, nada panik tidak dapat disembunyikan lagi.

“Sebab penyerang bukan nak curi data sahaja,” jelas Liza dengan tenang. “Mereka dah ubah konfigurasi sistem autentikasi, lock out semua pengguna yang sah, termasuk kamu. Ini serangan ransomware tahap dewa. Mereka kunci sistem, dan mungkin akan minta tebusan untuk buka semula.”

Liza bekerja dengan pantas, mengguna pakai admin override untuk memintas sistem autentikasi yang dikunci, sambil menyekat kesemua IP asing yang mencurigakan.

“Saya dah dapat kembali kawalan admin. Sistem akan pulih dalam masa 2 jam, kita restart semula,” gumam Liza.

Adegan 6: Kesedaran dan Pengajaran

Beberapa minit kemudian, satu persatu pegawai bank berjaya log masuk semula. Kekecewaan dan panik mulai reda.

Liza memandang dengan wajah yang serius kepada semua pekerja bank yang hadir. “Keselamatan siber bukan tentang adanya firewall atau perisian terkini sahaja. Ia tentang disiplin setiap seorang. Kata laluan lemah seperti ‘qwerty1234’ atau menulisnya di tempat terbuka adalah seperti memberikan kunci pintu bank kepada penjenayah.”

Farid mengangguk, insaf. “Kita akan jalankan latihan kesedaran keselamatan siber serta merta, dan kuatkuasakan polisi kata laluan yang lebih ketat.”

Liza,  walaupun penat, tersenyum kecil. Pertempuran hari ini dimenangi, tetapi perang untuk keselamatan siber masih belum berakhir. Pesta baru sahaja bermula.

🖊️ pun di angkat, penulis memerhati dengan tenang dari jendela Aras 4, Bilik Server. Semua scenario bermain dalam fikirannya. Mungkinkah dia akan menulis sambungan kisah ini.... Masa akan menentukan.

Microleap calculator for Term Notes

This is an experimental calculator for MicroLeap's Term Notes - cara kira lain sikit from the simple Notes as it involved reducing monthly principal. Just adjust the value. Hopefully I had programmed it correctly. Percayalah anda juga boleh berjaya seperti saya, seorang OKU, generate pendapatan tambahan.

Microleap Term Investment Detailed Calculator

Microleap Term Investment Detailed Calculator

Rabu, November 05, 2025

Hak subjek data menarik kebenaran penggunaan data peribadi

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010) dan pindaan 2024, anggota kerja berhak menarik balik persetujuan yang pernah diberi untuk pemprosesan data peribadi mereka,  termasuk data wajah / biometrik.

Hak Menarik Balik Persetujuan

Rujukan Undang-undang

Kandungan / Hak Anggota Kerja

Seksyen 38(1), PDPA 2010

Subjek data boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan yang diberi untuk pemprosesan datanya, dengan notis kepada pengawal data (majikan).

Seksyen 6(1) – General Principle

Data peribadi hanya boleh diproses dengan persetujuan individu. Maka, jika persetujuan ditarik balik, majikan wajib menghentikan pemprosesan berkaitan.

Pindaan PDPA 2024 (definisi baru “consent”)

Persetujuan mesti bebas, khusus, termaklum dan boleh ditarik balik dan menyelaraskan PDPA Malaysia dengan piawaian antarabangsa (seperti GDPR & PDPA Singapura).

Apabila seseorang anggota kerja menghantar notis menarik balik persetujuan:

  1. Majikan mesti berhenti memproses data biometrik pekerja tersebut dengan segera, kecuali ada sebab undang-undang lain untuk terus memproses.
  2. Data biometrik yang disimpan perlu dipadam / dinyahpaut (anonymized) daripada sistem kehadiran.
  3. Majikan boleh tawarkan alternatif bukan biometrik, seperti kad akses, kod QR, atau log masuk digital, untuk tujuan kehadiran.

Majikan tidak boleh menghukum atau mendiskriminasi pekerja yang menarik balik persetujuan -

  • menandakan pekerja “engkar arahan” semata-mata kerana enggan guna sistem biometrik;
  • menolak elaun, bonus, atau peluang kerana menarik balik persetujuan;
  • memaksa mereka menandatangani semula borang persetujuan.

Jika berlaku, ia boleh dianggap:

  • Pelanggaran Seksyen 6 dan 8 PDPA, kerana consent itu tidak lagi “bebas”; dan
  • Berkemungkinan boleh ditafsirkan sebagai Unfair labour practice / constructive dismissal di bawah Akta Perhubungan Perusahaan, 1967.

Majikan boleh mengekalkan penggunaan sistem biometrik, dengan syarat:

Keadaan

Tindakan yang sah

Pekerja bersetuju guna biometrik

Boleh teruskan, dengan consent bertulis dan notis privasi.

Pekerja tarik balik consent

Hentikan penggunaan biometrik pekerja itu, tawarkan alternatif kehadiran (kad akses, QR, dll).

Pekerja baru

Dapatkan consent semasa onboarding dengan pilihan jelas dan penjelasan risiko / penyimpanan data.

 Risiko jika enggan menghormati penarikan kebenaran oleh anggota kerja

Jika terus guna atau simpan data wajah selepas anggota kerja  menarik balik persetujuan:

-Melanggar Seksyen 6(1) PDPA (General Principle);

-Denda maksimum RM 1,000,000 atau penjara hingga 3 tahun (pindaan PDPA 2024);

JPDP boleh arahkan pemadaman data serta-merta dan keluarkan Perintah Pematuhan (Compliance Order).

Selasa, Oktober 28, 2025

Manisan lebah

1975

Pagi itu di surau kecil tepian sungai di Kampung Teluk Penadah, angin sungai berbisik lembut membawa wangi bunga-bunga hutan. Di serambi surau kayu yang usang, Tok Johor sedang dikelilingi anak-anak muridnya. Di tangannya, semangkuk madu lebah hutan berwarna keemasan berkilau diterpa sinar matahari senja.

"Anak murid sekalian," ujar Tn Guru Mohd Johar/Johor bin Mustapha Al- Rawa (Hj Johor) dengan suara tenang, "mari kita belajar dari guru kita yang kecil - si lebah pekerja."

Dia membaca Surah An-Nahl ayat 68-69 dengan suara merdu:

وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمِ يَتَفَكَّرُونَ

"Subha Allah!," bisik Pak Din, si tua yang duduk di kerusi rotan, kakinya yang bengkak disandarkan di bangku kecil.

"Ya," sahut Tok Johor. "Allah sendiri yang mengilhamkan lebah membuat sarang dan mencari makanan. Lihatlah," katanya sambil menunjuk ke arah sekumpulan lebah yang sedang sibuk di bunga-bunga getam deram di tepi sungai.

"Setiap pagi, lebah-lebah ini keluar mencari bunga terbaik. Dari bunga getam yang ungu, ke bunga gelam putih, ke senduduk merah jambu - setiap satunya memberi manisan berbeza. Lebah tahu dengan tepat, bila waktu terbaik untuk setiap bunga."

Mak Timah yang duduk di belakang mengangguk-angguk. "Tapi Tok, kenapa madu lebah boleh menyembuhkan?"

Tok Johor tersenyum. "Saintis di seluruh dunia cuba buat madu tiruan, tapi gagal. Mereka boleh analisis kandungan madu - fruktosa, glukosa, enzim, vitamin - tapi gagal hasilkan yang sama. Sebab madu bukan sekadar bahan kimia. Ada rahmat Allah di dalamnya."

Dia meneruskan dengan membaca Surah Fussilat ayat 29:

وَقَالَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا رَبَّنَآ اَرِنَا الَّذَيْنِ اَضَلّٰنَا مِنَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِ نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ اَقْدَامِنَا لِيَكُوْنَا مِنَ الْاَسْفَلِيْنَ

"Untuk kaki yang lemah," terang Tok Johor, "kita gunakan ayat ini dengan madu. Bayangkan lebah yang kuat mengepakkan sayap, tidak kenal penat."

Kemudian dia membaca Surah Al-Baqarah ayat 72-74:

وَاِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادّٰرَءْتُمْ فِيْهَا ۗ وَاللّٰهُ مُخْرِجٌ مَّا كُنْتُمْ تَكْتُمُوْنَ ۚ فَقُلْنَا اضْرِبُوْهُ بِبَعْضِهَاۗ كَذٰلِكَ يُحْيِ اللّٰهُ الْمَوْتٰى وَيُرِيْكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ

"Ayat ini untuk memecahkan sumbatan dalam badan," jelas Tok Johor. "Seperti madu yang boleh meresap jauh, dengan izin Allah, ia boleh buka saluran yang tersumbat."

Tok Johor mengajar: ambil madu hutan asli, baca ayat-ayat ruqyah dengan khusyuk, minum atau sapu di tempat sakit. Tapi yang paling penting, yakin sepenuhnya pada Allah sebagai penyembuh.

Dia membaca Surah Asy-Syu'ara ayat 80:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

Apabila aku sakit, Dialah yg menyembuhkan.

"Ini kunci segala penyembuhan," tegas Tok Johor. "Kita mesti yakin mutlak pada Allah. Madu hanya wasilah, ayat hanya perantaraan."."

Suatu petang, sambil melihat lebah-lebah pulang ke sarang, Tok Johor berpesan: "Lihatlah lebah - dia hinggap di bunga tanpa merosakkannya, ambil manisan tapi tinggalkan bunga, tetap indah. Malah, dia bantu tumbuhan membiak. Itulah muslim sejati - mengambil yang perlu, tinggalkan yang lebih baik."

Kini, di Kampung Teluk Penadah, madu lebah hutan bukan sekadar penawar fizikal, tapi pengingat pada kebijaksanaan Ilahi. Dalam setiap titisan madu, tersimpan rahsia alam yang hanya boleh difahami dengan hati yang bersih dan iman yang kukul.

Dan Tok Johor terus mengajar di surau tepi sungai, menjadikan lebah sebagai guru kecil yang mengingatkan semua akan Maha Pencipta yang Maha Bijaksana.

Jumaat, Oktober 17, 2025

Thinking of you, always

Somebody is very proud of you.
somebody is thinking of you.
somebody cares about you.
somebody misses you.
somebody wants to talk to you.
somebody wants to be with you.
somebody hopes you are not in trouble.
somebody is thankful for the support you have provided.
somebody wants to hold your hand.
somebody hopes everything turns out all right
somebody wants you to be happy.
somebody wants you to find him/her.
somebody wants to give you a gift.
somebody wants to hug you.
somebody thinks you are a gift.
somebody admires your strength.
somebody wants to protect you.
somebody can't wait to see you.
somebody loves you for who you are.
somebody treasures your spirit.
somebody is glad that you are their friend.
somebody wants to get to know you better.
somebody wants to be near you.
somebody wants you to know they are there for you.
somebody would do anything for you.
somebody wants to share their dreams with you.
somebody is alive because of you.
somebody needs your support.
somebody will cry when they read this.
somebody needs you to have faith in them.
somebody trusts you.
somebody hears a song that reminds them of you.
Mendoakan yang terbaik untuk anda, 
yang sudi melawat blog ini, walau siapa pun anda.
THANK YOU.

Rabu, Oktober 15, 2025

Pesan Tudung Periuk


 Tudung periuk pandai menari..

apabila nasi dimasak itu telah mendidih dan mengelegak, tudung  itu menari di bibir periuk tadi, tapi beras yang menjadi nasi itu tetap tidak jatuh ke tanah - memberi maksud orang tua-tua Melayu terdahulu mempertahankan tanah air ini dari jatuh ke tangan orang asing sehingga menggadaikan nyawa demi agama, bangsa dan negara bag memastikan masa depan anak cucu terpelihara.


Menarilah lagu putera mahkota.

Membawa maksud menurut perintah, taat setia mengangkat darjat supaya  agar raja pelindung agama bangasa dan negara tetap kekal memerintah negara. Tetapi dalam rangkap seterusnya memberi maksud yang sangat mendukacitakan.
 

Kainlah yang buruk berilah kami
untuk menyapu si air mata..

Yang mengecewakan harapan orang tua-tua terdahulu apabila bangsa melayu hari ini mengharapkan belas kasihan supaya dapat berteduh di tempat sendiri meskipun terpaksa merempat, sambil melihat semua yang di pertahankan oleh orang tua-tua melayu jatuh ke bangsa asing. Kini bangsa melayu hanya mampu menangis melihat kebanggaan hak  bangsa di ambil orang.

Ahad, Oktober 12, 2025

Translation Practice - Romeo and Juliet

BABAK III – Bilik Juliet

Masuk JULIET dan Jururawat

JULIET
Ha, yang tu paling cun. Tapi, jururawat sayang,
Malam ni boleh tak kau biarkan aku berseorangan?
Aku nak luangkan masa sikit untuk berdoa,
Harap-harap Tuhan lembut hati tengok nasib aku,
Yang kau pun tahu, aku memang serabut dan penuh dosa.

Masuk PUAN CAPULET

PUAN CAPULET
Eh, kau tengah buat apa tu? Nak aku tolong?

JULIET
Takpe puan, kami dah siap pilih barang-barang
Yang penting untuk majlis esok.
Kalau boleh, biarlah saya sorang dulu,
Biar jururawat temankan puan malam ni.
Saya tahu puan pun banyak kerja
Dengan hal yang datang tiba-tiba ni.

PUAN CAPULET
Okay, selamat malam.
Pergi tidur dan rehatlah, kau memang perlukan.

PUAN CAPULET dan Jururawat keluar

JULIET
Selamat tinggal… Tuhan je tahu bila kitakan berjumpa lagi.
Aku rasa takut, seram sejuk semacam,
Macam darah pun beku, hilang semangat untuk hidup.
Nak panggil balik jururawat pun rasa tak guna.
Adegan ni aku kena lakonkan sorang.
Okay, botol kecil…
Kalau campuran ni tak menjadi langsung,
Maknanya aku kena kahwin esok pagi?
Tak boleh! Benda ni mesti halang semua tu. Letak sini.
Meletakkan pisau kecil
Kalau benda ni racun, dan rahib tu sengaja nak bunuh aku,
Sebab dia takut malu kalau orang tahu dia dah kahwinkan aku dengan Romeo dulu?
Aku risau jugak… Tapi dia nampak macam orang baik.
Tapi kalau aku terjaga dalam kubur,
Sebelum Romeo sempat datang selamatkan aku? Seram gila!
Takkan aku tercekik dalam ruang sempit tu,
Yang busuk dan takde udara segar langsung,
Dan mati sebelum Romeo sempat sampai?
Atau kalaupun aku hidup,
Bayangan kematian, gelap malam,
Dan tempat tu yang menakutkan—
Kubur lama, penuh tulang nenek moyang aku,
Tybalt pun baru je dikebumikan,
Kat situ jugak katanya roh-roh datang malam-malam—, kalau aku terjaga awal,
Dengan bau busuk, jeritan macam akar mandrake dicabut dari tanah,
Yang orang dengar pun boleh jadi gila—
Kalau aku terjaga, takkan aku jadi sasau,
Dikelilingi semua benda seram ni?
Main dengan tulang nenek moyang aku?
Cabut mayat Tybalt dari kain kafan dia?
Dan dalam keadaan gila tu, ambil tulang besar
Dan hentak kepala aku sendiri?
Ya Tuhan… aku nampak bayang Tybalt
Cari Romeo, yang tikam dia dulu.
Tunggu, Tybalt!
Romeo, aku datang! Aku minum ini demi engkau.
Juliet rebah atas katil, di sebalik langsir