Isnin, Mac 31, 2008

Lotusphere 2008 Florida




The car was cool, it was the latest Ford Mustang 4.0 V8 - aku sewa selama seminggu for USD9-00 per day. Petrol isi sendiri, lain rega. Thanks to our GPS system comprising of my trusted PDA (software Igo My Way 2006 Plus - with the latest Florida & Atlanta map). Kalau takde benda ni... sure sesat kat US.... ini dia siap kasi directions jalan mana mana nak elak tol.... Our connecting flight from Atlanta was stranded due to bad wheather - tah due to the global warming, cuaca in US pun berubah dengan dahsyat sekali - so kali ni Atlanta yg tak pernah turun salji for the past 15 years or so tetiba snowing... sejuk gila la masa tu... 6 hours delay... so boleh lah claim from our travel insurance RM600 sebagai pampasan....

While my wife sibuk-sibuk attending the Lotusphere Conference kat swan & Dolphin Hotel, I went jalan2 in Disneyland. Habis semua Disney resort aku masuk, siap naik boat sekali... relaks... betul-betul relaks... Yang best sekali - Universal Studios, Orlando.

Kome kalu nak tengok lagi banyak gambo, baik le datang rumah aku tengok kat PC ye.... Kat Universal, sempatlah naik a few roller coaster rides like the Return of the Mummy, Spiderman, VR shows such as The Terminator, Shek & masuk Jurrasic Park serta the Jaws rides... In 2 years times, Universal akan bukak a replica of its Orlando Park... so tunggulah kemuncullannya... khabornya rega tiket dalam RM400 per day... still murah daripada terpaksa naik flight ke US... anyway tiket masuk Universal & sewa kereta kita org beli secara onlike daripada website... For Universal, it was USD85 seorang valid for 9 days from date of first usage... print aje sendiri sebab depa kasi tiket tu dalam bentuk PDF File.

Kereta lak ambik kat Priceline.com... sepatutnya dapat kereta ekonomi aje, tapi sebab flight sampai Orlando lewat, kereta yang ditempah dah habis, so depa offer kereta dua pintu gak... pada rega yang sama USD9-00... dia pun tak kasi tau kereta apa- depa kasi kunci & suruh collect kat parking lot - terkejut gak tengok kereta tu... takkan la kereta sport camni kot.... nasib la ye.... From the Car Rental Collection Center to Disney Carribean beach resort adalah dalam 20km away... dah malam... ada tah berepa kali tertekan minyak kuat sikit... jalan licin sebab hujan, hanpir2 lagi langgar lampu merah... gila power... I was told that the car reganya USD25K.... kalaulah Gomen tak buat duit dgn AP kat Pidah tu... tentu kereta yang best macam ni aku boleh beli... nak buat macam mana, kita org Bolehland.... semuanya boleh belaka... tak payah buat kereta. ambik aje untung cukai depa yang eksport kereta ke Bolehland... terus jadi kaya!!! So memikirkan semua itu, kami pun singgahlah ke spaceshuttle kat Florida ni - manalah tahu, untung-untung dapat merasa "Naik Roket Pergi ke Bulan.. untuk Keadilan"...

Imagine... I bought myself seluar Dockers Ori... kat sini cuma dalam USD17 aje... way back home tah berapa ratus ringgit... so belanja sakanlah... sebab barang murah...

Sabtu, November 24, 2007

Fancy another trip to Singapore?






Last night while I was shopping at Tesco Shah Alam (at the same time waiting for a fellow Lelonger whom had won a Transformers Monopoly Set which I had put up for auction at www.lelong.com.my (thanks a zillion friend), I met with my elder cousin, Amir and his wife. Depa ni merancang nai pi ke Singapore in a few days time, so okay, I thought, the more the merrier as I am also thinking of bringing my mom & maya (kalau dia tak kena pergi klas) but tak tahu bila... this is the right opportunity...right?

Okay, let us see, the brief agenda dia macam ni:

Part 1 - Hikayat TOK DAK menyerang Singapura

1. Me, my wife, and mom would be heading to JB right after office hours Jumaat malam sabtu. Don't worry, I'll have enough rest as next week, for three days, I'll be participating in BioMalaysia 2007 in PWTC. Tengok, belajar & makan aje... Kerja ofis semua dah cover save for a little bit on the visit from the Iranian delegation je.

2. Saturday morning. we shall be heading to papa's fully furnished apartment yg selama ni kosong - kemas-kemas sikit - rumah ni hanya menjadi rumah persinggahan untuk saudara mara datang menginap. Khabarnya depa ni akan ke Muar dulu, attending kenduri kahwin of a distant relative, right after that depa kononnya nak pi makan Nasi Beriani Batu Pahat yang famous tu... famous apa.... It is tried and tested, tak payahlah jauh-jauh nak makan Nasik kat BP tu.. sebab cawangan dia ada kat Putrajaya (somewhere dekat dengan UNITEN). Kalau nak lagi best, my maid & my wife boleh masakkan sendiri. Toksah le pergi jauh-jauh, sendiri masak sudah tentu lebih POWER punya sebab rahsia nasi briani ni dah terbongkar & kita dah berjaya emulate the same taste macam mana depa yang berniaga nasti tu masak. Likewise, kalau nak merasa steamboat, tak payah le pergi Restoran Johnny tu... kita boleh buat sendiri dah.. if not the same, even better!

3. Ikut plan, khabornya dema akan sampai JB malam - selepas tercapai hajat depa nak melawat tanah penghujung benua Asia kat Kukup, Tanjung Piai - kawasan Pontian tu. Dulu masa Indonesia melancarkan "Ganyang Malaysia" kukup adalah tempat askar Indonesia land dengan payung terjun, tapi land aje terus kena tangkap sebab askar kitra memang dah tunggu depa pun... it ended up masuk kes mahkamah & dilaporkan dalam law reports. Komen aku: la ni musim hujan - Batu Pahat ni adalah kawasan banjir... baru aje lagi tak sampai 3 minggu BP tengelam. Baik le kensel je or postpone the trip to Tanjung Piai to some other time. Memang la tarikan dia menarik, in fact my friend Kamarul pernah ajak nak ke sana sebab dia yang selalu masuk keluar hutan buat kajian pun kata tempat tu cun... and ianya juga adalah syurga pemancing! Kalau setakat spend a few hours je setakat capat certificate - tak cukup. Latest news - bandar Muar dan kawasan sekitarnya dilanja banjir dek fenomena "Air Pasang Penuh".

"Ayor pasang pagi
Surut pukul sepuluh
Hujan malam tadi
aiya....belum juga teduh

Cik Kiah - turun Singapura
Banjir kilat datang, kita naik sampan aje"


4. Khabornya juga deme nak terus masuk ke Singapore malam tu jugak!!!! susah ni.. first sebab masalah passport. Kena lak Sabtu malam ahad... tempat menarik yang ada - Mustafa Centre la... mana lagi, other than that, untuk bawak family, woudl be the night safari, tapi kalau nak pergi ke situ, baik le pergi Night Safari kat Taiping or Zoo Negara aje. Lebih murah, jimat & selesa.

5. SO kalau jadi masuk jugak ke Singapore, tempat menarik yang biasa adalah Bugis Junction, OG dan shoppin centre yang sewaktu dengannya - the year end sale is near! Pastikan kereta kosong, bag masuk singapore pun kosong.. balik penuh!!!

So itulah sahaja setakat ni....

Jumaat, November 23, 2007

Crossing the border into Thailand, November 2007








The plan...was after picking up Maya at Kolej Insaniyyah, Alor Setar, was to head to Malaysian - Thai Border. Jalan-jalan lagi. Bertolak after office hours Friday balik ke TTDI, to pick up my mom & straight away chow ke Alor Setar. This is less than a week after our trip to Singapore. The usual suspects now would be me, my wife and my mother... bertiga aje kali ni. BErtolak after Isha' & sampai kat Alor Setar 2 am. Takde stop mana-mana except for filling up for petrol at Tapah and Sungai Petani. Spent one night at Grand Continental - (after asking for a corporate rate).

After breakfast, ambil Maya & headed for rumah Paksu makan tengah hari, get some pointers from Paksu and half and hour later, we are off on our way to Bukit Kayu Hitam. We parked our car at Pusat Bebas Cukai @ The Zon, tukar duit kat sana and jalan kaki aje ke check point Thailand accross the border. Tak jaug mana oun. Mamat tukang tulis kad putih will charge a fee unless you are a Malaysian Police. Likewise, the immigration officer will charge Rm1 seorang. The way depa check org keluar masuk was simple - at each check point, dilengkapi dengan desktop camera - so masa korang masuk or keluar, depa will take your photos - manalah tahu - yang masuk muka lain, keluar muka dah lain...

Thanks to the tips from Wikipedia which was found to be very accurate, just a few hundred metres from the checkpoint ada 7-Eleven, kat situ ada perkhidmatan teksi ke Hai Yai for 50 bath seorang. Kalau naik teksi depa nak 500 bath satu teksi. We decided naik van pun okay gak.. no hurry at all, but untuk sampai ke Hotel yang dicadangkan oleh Paksu, tambah je sikit a few bath.

Hotel dia not bad, for 500 bath = RM50 je. Tapi takde breakfast. Lepas check in & mandi, kami pi makan kat a muslim restaurant - Restoran Sulaiman - biasalah thai food. Immediately lepas makan, kami naik Tut-tut - 4 org 60 bath ke Plaza - a famous trader centre kat Hat Yai ni. Ada masalah bahasa sikit.. as tak semua org faham bahasa melayu. Yang menarik kat sini, leather goods (ladies handbags & kasut) & periuk chop Zebra depa tu. Baju-baju pun okay gak. We bought a baju utk ayah kat sini. Banyak sangat barang - so rambang mata nak pilih yang mana satu!!

Makan malam lak, kat depan Plaza.. ada banyak gerai Thai Muslims berniaga kat sini. Takde masalah, sign language aje. Tah laksa or laksam version siam yg kita makan & teramat murah. Balik pun takde problem sebab Tut-Tut dah banyak ada kat situ untuk hantar kita org balik ke Hotel.

Malam kita org jalan lagi, rupanya tak jauh dari hotel - tiap-tiap malam ada pasar malam & makan-makan. semuanya siam punya barang la... try gak masuk shopping complex depa... gila mahal, style jalan bukit bintang. Ada gak sini kedia Jimmy Choo... rega dia pun beribu-ribu... Yang paling menarik - UDANG GALAH saiz XXL.

Trip to Singapore November 2007







Right after Jamilah's convocation ceremony, we went back home to pack. It is always my style - "malam boleh jalan". Bertolak tengah malam from Shah Alam and sampai JB dalam pukul 4 pagi. Tapi takpe sebab the next day memang dah apply cuti. Traffic takle banyak sangat. Friday would be a rest day - saturday baru kami masuk Singapore, as Kamarul is still attending a conference Puteri Pan Pacific Hotel.

Bertolak ke Singapore dalam jam 11 pagi after picking up Kamarul. The usual suspects would be me, being the driver, Kamarul the tourist and my wife. Khabarnya ada sale somewhere bulan ni. Kalau nak jalan pun, kat area Arab Street, Sim Lim Square / Tower and Mustafa Centre that has for quite sometime, beroperasi 24 jam, 365 days a year. Alangkah bagusnya kalau kat Malaysia pun ada business centre macam ni.

First stop after lepas immigration Malaysia & Singapore was to get a new Autopas permit for my Volvo. Selama ni masuk Singapore guna my Honda Accord NGV. It costs us Singapore Dollars 10 utk belu Autopass. Lepas beli Autopass, kami meneruskan perjalanan ke Sim Lim Tower - window shopping as Kamarul wants to see the place depa jual PDAs rega murah, they we went to Marina Bay, saja jalan-jalan. Late lunch was at Restoran Zam-Zam in Arab Street (masa tu kami tak perasan that area tu adalah kawasan the famous Kg Gelam. Then in the evening we shoot off to Bugis Junction where we bought some T-shirts. My wife finally got to buy her covetted Correlle Set at OG yang masa tu ada sale (less than 20%). It is very rarely dapat sale macam ini. In singapore, depa tak bezakan pattern dia. Kalau sale tu sale la... tak kira la yang berbunga sikit or berbunga banyak. So kita orang angkut 2 kotak semuanya. Quite a substantial savings. Meanwhile, aku kena tukar duit yen yang masih ada berbaki tu, and lepas kira balik, walaupun tukaran Yen dah jatuh, masih lagi untung sebab tak dapat harga sale macam tu.

Then kita org pegi lak ke Mustafa Centre where Kamarul bought his bluetooth device. Tah dia kata murah. Aku berkenan nak beli stethescope (tah betul tak idak spelling dia ni). Bukan nak menyamar jadi doktor.. but at least boleh dengar my kids's heartbeat- depa ni prone to Asthama attacks. Tah nantilah tanya rega kat Msia berapa dulu.

Jamilah's Convocation

As to why did they choose a Deepavali holiday to host the event... tak tahu lah. Initially the original plan was to cabut balik ke JB Rabu malam khamis... so that boleh bercuti lebih lama lagi for the planned trip to Singapore with Kamarul. The event was held in Shah Alam's Balai seni Islam. As "graduation"is a once in a lifetime event, takpelah.. kita akan attend. In any event, Jamilah is involved in a Dikir Barat entitled "Dikir DzulIman". So for the first time, Jamilah recieved the award of being "First in Class" for Rightious class DzulIman Section 13.


It is a small world after all. DzulIman was actually managed by persons that I knew, friends in Nuqaba' council back in my student days in IIUM. Jumpa balik Abg Yadman, my old naqib usrah. The pengetua for DzulIman Section 13 was none other than Sister Hazalila Saman. Dia mungkin tak ingat, but aku pernah bergaduh dengan dia way back in 1992 rasanya pasal kes dia yang jaga bab finance tak support my efforts - masa tu I was in charge of IIUM's Convocation Fiesta - jadi Director for General Exhibition. There were other Directors in our group eg. Bro Bakhtiar Pahroraji, Bro Suzirman Sibly - kena jaga Pertandingan Kucing, Maridan - masa tu dia President Student Rep Council, Bro Che Azmi - jaga MEX Exhibition dan tah siapa lagi tah... tapi itu semua cerita lama.. it is now my daughter's "graduation"day. Enjoy the pics. Semoga Jamilah akan terus maju dan cermerlang.

Khamis, November 22, 2007

Business Trip to Japan


The trip to Japan was no coincidence. Dah memang plan lamaaaa dah... tapi tak kesampaian sebab the parties masih negotiate the deal. Well, this would be my first visit jauh dari Malaysia sejak 1986 trip pi round ke Europe dulu. Bukan trip main-main sebab kena lak masa bulam puasa.... aku bantai makan sushi ajela...

The weather dah jadi tak betul sebab global warming... so masa sampai tu depa kata sepatutnya dah sejuk, tapi minah jepun yg pandai berbahasa mulayu yg dok sebelah aku dalam flight kata sepatutnya takdelah sampai panas macam ni... mula-mula ingat penat je beli jacket kulit masa trip ke Bukittingi hari tu...but it turned out that malam punyalah sejukkk...

Dari Narita airport, kami bertolak menaiki bas ke Tsukuba-Shi. Tsukuba adalah bandar R&D utama di Jepun. Dah berapa lama kerajaan Jepun wujudkan bandar ni, sangat teratur dan kemas lokasinya. Cuma yang aku tak tahan... perjalanan bas tu... takdela jauh benor Tsukuba dgn Narita - dalam 60km aje, ikut standard Malaysia setengah jam sampai la... tapi bayangkan bas tu jalan tak lebih 50km sejam... rupanya semua trafik macam tu... waima mamat jepun yang drive kereta sport pelik-pelik & Rolls Royce 6.0 cc pun laju tu gak le dia pegi...

Hotel depa... fuh punyalah kecikkkk... no wonder depa suka datang ke Malaysia. Bath tub dia aku takleh lunjur kaki pun, but toilet dia... the best in the world.

The negotiation ended on 18 September, my birthday. Jepun tu bawak kami berempat ke Restoran Goro (ketam). ketam dia besar gila... habis macam-macam jenis masakan, tapi semestinya ketam yg depa serve, dari rebus, goreng, mentahhh dll. Aku sapu semuanya... tak depa terduduk gak tengok bill, sampai beribu2.. nasib korang la...kena bayar.

From Tsukuba, my good friend Kamarul jadi guide kami berjalan ke Tokyo, bandar metropolitan. We took the Tsukuba Express (laju gila wooo) terus ke Asakusa Senzuku......a small town dalam bandar Tokyo. Ingat nak merasa dok hotel kapsul tu... tapi the other team members objected to it - sebab kalau nak mandi takde privacy.

Habih kita org jalan ke Harajuku, Shinjuku, Yamanote, Asakusa ... tah apa nama jepun lagi tah... dari kedai standard macam kat petaling street sampailah ke yg tahap 7 bintang, nak pegang barang kedai tu pun aku tak sanggup sebab mahal sangat...sempatlah beli ole-ole sikit untuk family like the fridge magnets and some kimono (yang murah punya je). Nak beli kimono ori... sama harganya macam ko beli kereta baru!

Kat Akihabara, aku tangkap satu camera/video sanyo. No regrets walaupun it cost me Rm1200 kalau convert duit Malaysia.

Menjelajah Narita menjadi agenda terakhir kami, we took the bullt train ke Narita town & took a cab to Narita Garden Hotel... Hotel ni standard 5 star macam kat Malaysia, besar, luas, tapi unlike the hotels in Tsukuba & Asakusa, tak disediakan internet like kat bilik... toilet dia pun macam kat Malaysia.

Dan kat Narita gak kita org dok borong barangan Hard Rock Cafe Narita, sampai chief bartender panggil kasi complementary drink for us.

Maybe next time, I'll bring my wife along.

Selasa, September 11, 2007

Trip to Bukittinggi, Sumatera Barat 2007

It is now August 2007 - and a week before kemerdekaan Malaysia, kami sekeluarga - that means my wife, daughters and their aunty, terbang ke Padang, Sumatera Barat - Agenda - apa lagi kalau bukan balik kampung depa ni - pi vacation.

Flight ke Padang dari LCCT KLIA hanya memakan masa tak sampai sejam. Tapi nak menyampaikannya, fuh... subuh buta dah bertolak from Razif's house in Pinggiran Putrajaya. Dah plan lama dah - tiket dah book from Air Asia 6 bulan lebih awal dari tarikh bertolak. Semuanya dalam RM938 untuk perjalanan pergi dan balik.

Sampai aje di lapangan terbang Minagkabau, Em dah tunggu dgn van. Just for the sake of picking us up, dia tak menambang hari tu. This time kami tak ikut lagi jalan laut naik feri. So dapatlah kami menikmati perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam ke Bukittinggi merentas banjaran gunung. Itupun dah kira laju tau sebab jalannya berliku-liku dan sempit. So kali ni semakin kami mendaki, terasa peubahan suhu, dari panas beransur-ansur sejuk, macam Cameron Highlands gitu, but extra sejuk... sampai lelah aku pun datang balik.

Antara aktiviti menarik - apa lagi kalau bukan pi shopping - habis macam-macam jenis kain, telekong sulam, baju budak for Raya Aidilfitri nanti kami borong. Yang paling penting, dgn bantuan Abg Indra, kami menjelajah toko buku - we went hunting buku-buku yang berkaitan dengan perubatan tradisional terutamanya mengenai ubat untuk menyembuhkan kanser. Selonggok jugalah buku yang kami beli - tapi takpe.. semuanya murah dan berpatutan harganya - imagine tukaran matawang masa tu RM375 = Rupiah Sejuta - Pakcik Kayo!!!!

Kepulangan kami disambut dengan mendua dan kenduri oleh nenek. Nenek amat gembira sekali sebab kali ini, little Sakinah ikut sekali. Kan saya dah kata, kami akan datang lagi...

Em bawak kami jalan-jalan ke Padang melalui the famous Kelok 44! Tempat ni namanya camtu sebab berkelok-kelok - siap ada lagu minang lagi pasal tempat ni...bagusnya kalau mat rempit kat Malaysia datang buat konvoi kat situ - mudah-mudahan, silap lap sikit terus masuk ke dalam gaung or timpa kenderaan kat kelok bawah sana.... for me, meine denke, cukuplah setakat tu je datang ke kelok 44 tu sebab horrornya menengok keadaannya - kalau jalan dia baik pun, rasanya tak ndak le datang lalu tempat tu lagi... takde maaf punya... tapi permandangannya fuh punya lah cunnn.

There was one day, me, my wife, Inda & Lily went to Pasar Aur Kuning - kalau korang nak tau - inilah tempat syurga membeli belah. Cuma, kalau yang tyak fasih berbahasa telor minang macam aku ni, toksah la nak bukak mulut nak tawar menawar - di jamin depa terus naik rega or tak leh nak ditawar langsung.

Sempena trip aku nak ke Jepun, negotiate urusan syarikat tak lama lagi, aku pun mengambil kesempatan shop around untuk JACKET KULIT - takle aku esok kesejukan kat Jepang tu nanti. Korang percaya tak kalau aku cakap I bought my leather jacket for less than RM83! Aku dah tengok kat KL - mamat Pakistan tu nak tolak kat aku @ RM450! Tapi yang slacknya, lepas beli jacket baru aku jumpa kasut - Ballly of Switzerland, ori - rasanya seludup punya from Jakarta. Depa kat sini kuasa membeli kurang, so next time round, Insya Allah kasut Bally akan menjadi target utama aku.

Ahad, Julai 08, 2007

Family day 2007





July 2007

Family day is back and this time round the management had decided that it would be held at the office premises in Shah Alam. However, I was not able to enjoy the same to the fullest as the date falls on Wan's wedding day... anyway since the wedding solemnisation ceremony (akad nikah) would be held in the afternoon, sempatlah nak melawat & bring the kids to have some fun in the sun!

Sabtu, Disember 09, 2006

Mat Yeh's wedding Dec 2006

Trip to Kay Bee (New Castle) Kelate -

Bertolak 8.30 am 02/12/2006 from Shah Alam... terus masuk hiway NKVE to KB. Quite some time dah tak pergi ke pantai timur eversince the last trip 2 yrs ago. It was a daring move as the weather reports kata Kelantan & Terengganu will be facing the brunt of saki baki Taufan Durian that had ungulfed the whole of Taiwan & parts of the Philipines (takde nama lain ka kalu nak kasi nama taufan? Maybe esok ada lak taufan Rambutan, Ciku or Manggis kot?). Anyway the main reason for this trip was because of my good friend - Ahmad Harith's (Mat Yeh) wedding.

Cuaca baik up to Lipis.. rintik2 aje, then terang benderang. Lalu the dreaded liku2 berbahaya (boleh tahan curam & selekoh tajam) then masuk ke Merapoh & lepas aje border Gua Musang it began to rain cats and dogs! Tapi sekejap aje. Sampai aje ke Kuala Kerai, Mat Yeh dah menunggu to fetch us to his family house in Guchil 3... tak jauh pun. Tak siap lagi hantarannya... the family members tengah sibuk mengecat rumah! I met with his sister & brother in law & other family members yg memberikan layanan yg baik (although tengah sibuk). Lepas makan, we all cabut ke PCB (again... destination Kem Kijang, hostel pelancong ... yes hostel aje standard aku ni). Unfortunately tah berbas-bas gang pengakap dah book tempat tu, so we end up spending the night dalam kereta... (tak logik kan). Actually, we stayed one night at Perdana Beach Resort that cost us RM169-00 with breakfasf for two. Not bad. Malam tu dah tergolek tak larat to go for the akad nikah in Peringat. Esok ajelah kita pi konvoy, I told Mat Yeh. Malam tu, before kita org pi makan, sempat shopping kain- kain batik. I suppose that this is one trip that my wife would hate to miss...

The next day, pepagi lagi the two girls nak pi mandi swimming pool lak... berendam lah sekejap (1 jam lebih gak). Husna was having fun pi menyelam... sebab berenang tak tahu lagi.. belajar tahan nafas je dulu. Lepas makan, kita org checked out and pi shopping kat Pasar Khadijah... tak sampai 25 minit pun (as park kereta pakai meter) tah Mat Dadah mana tah try nak umpil my car. Hasilnya - terus jammed & kunci kereta sebelah driver. Nasib... despite it all, we all teruskan dgn convoy pengantin. Jumpa di Masjid Peringat... dah jam 3 pengantin lelaki tak nampak batang hidung lagi... ada masalah teknikal.... dah jam 4 ptg baru bertolak ke rumah pengantin perempuan... depa dah lama dok tunggu dah ...adalah sikit pertunjukan silat yg ada referee.. macam Smackdown, utk menghiburkan Raja Sehari kita. Got to meet teman 1 master masa chambering dulu - Sdr Zahran Abdullah who opened up a law firm in KB and Maridan, his personal assistant - depa ni baru balik opis masa tu.

Time flew so fast & it was time to say goodby & ucap selamat pengantin baru to the newly weds. I was given the opportunity to main lanyak aje tepung tawar & suap garam ke mulut pengantin... never done that before... sori mat yeh.. tak berapa banyak garam yg aku kasi... We spent another night in PCB... kali ni jadi org miskin, dok hostel for RM30 pernight (yeah it is that cheap). Ada 4 katil single, cukup utk all of us to bunk in for the night. Malam tu we had dinner kat Yati Ayam percik... (quite a famous place in KB).

The next morning sempat singgah ke Wisma Songket Che Bidah - where we all borong 2 kodi samping songket for my father in law's business. Hah... kalu nak order samping kome boleh email me. Rega boleh dirunding. Bertolak balik... tetiba ada idea nak ke Cameron through the new hiway yg kononnya selamat from Gua Musang. 2 lane konon.... sampai Gua Musang dah lewat petang... memula jalan kecik.. then we were quite impressed - hiwaynya besar TAPI tersangat CURAMMMM... & panjanggggggggggg .... tah takde le nak lalu jalan ni lagi... not that I am not confident with my car, but takut kena sondol dari belakang dek lori balak masa depa turun bukit... bila depa turun bukit, siap flash lampu tinggi, but bila time kita naik bukit... bye2 la lori tu.... sampai Cameron dah pukul 8 malam & Alhamdulillah tak hujan... else tah tahulah sampai ke tidak.

Sabtu, Oktober 21, 2006

Nurul Sakinah's arrival




It has been quite a long time since I last updated this blog. Work commitments kept me away for quite some time. Just to announce that we now have an additional family member - Nurul Sakinah. She was borned on the 24th July 2007 although she was only expected to arrive few days before Ramadan. Neny had preeclapsia (not sure whether the spelling is correct) i.e. high blood at the later stage of the pregnancy and in order to save the mother and the child, a c-section operation would need to be carried out and Alhamdulillah, the doctors and nurses at Putrajaya Hospital were very well trained and had adequate facilities to handle such problems. Sakinah had to be immediately warded at the Hospital's Neonatal Intensive Care Unit (NICU) for about 4 weeks as the the baby's weight just about 1.4kg. We were told that we had to wait until the baby weight had increased to at least 1.8kg. For all those times, I had to travel to and fro every day from Shah Alam to the Hospital, sometimes twice daily to allow Neny to breast feed the baby.

The investment in NGV had proved to be helpful. After all, the Petronas CNG station is less than 1Km away from the hospital and not many taxis queing. After taking into consideration of the medical bills, toll, CNG... the whole affair cost me less than RM400-00.
Thanks to all friends and well wishers.