From an old email archive in 2001. I am the original writer of this email. Sorry, no attachment is enclosed.
Menurut Ustaz, kalau kita belajar AlQuran dari Yahudi, kita adan dapat Yahudinya. Likewise, kalau belajar AlQuran dari org yg berdamping dengan Jin, kita pun akan dapat jin jugalah.
Cara beliau mengubat - ketuk/pukul dengan ranting pokok Nona (panjang dan besarnya lebih kurang straw minuman) sambil berzikir kepada Allah. Tapi kalau kena tempatnya, sakitnya adusss.... pijar macam kena api. Lepas selesai "ketuk" pesakit akan dimandikan dengan air zikir… yang ada didalamnya berketul2 air batu. Sejuk macam tu pun ada yg marah2 pada Ustaz - "kenapa ustaz bakar saya?" dan badan keluar asap. Sebelum mandi Ustaz akan ajarkan berniat mandi sunat taubat dan berpesan agar jangan lagi percaya atau buat benda2 yg boleh menjatuhkan kita pada Syirik dan buang terus ilmu yg tak bermanafaat (kalau ada).
Kalau pesakit ada kemasukkan jin yang teruk, susah nak describe sakitnya sedangkan pukulan yg dikenakan adalah lembut dan hanya tempat2 tertentu sahaja yg akan sakit bila diketuk. Kadang2 jin tu akan mengamuk dan pesakit tidak sedar apa yg dilakukan. Kalau yg mengamalkan ilmu persilatan (yg salah) akan mula bersilat tunjuk bunga sampai sedar semula (penat) - kemudian sambung balik berubat "ketuk". Kalau dah tahap silat boleh terbang tu apalagi.. badan pun macam kuda belanglah bengkak2.
Kalau nak tahu lebih lanjut atau ingin berubat, hubungilah terus dgn Ustaz Jahid. Saya dan isteri sendiri dah kena satu round pada 21/10/2001. Kes yg biasa pada org perempuan ni adalah susuk atau penyeri muka - kadang2 tu bukan kita yg nak tetapi dimasukkan oleh Mak Andam masa nak kahwin dulu. Untuk kes adik ipar saya sendiri (masa dia tak sedarkan diri semasa sessi mengubat - mulut dia mula membebel2 tak tentu pasal) - Ustaz itu pun bertanya - "Mak Andam awak dulu mulut laser ke?" - rupanya jin susuk tu mengajuk Mak Andam tersebut!