Menurut catatan sejarah, walaupun penguasa Mesir (Muqauqis) yang berada dibawah naungan empayar Rum pada ketika itu tidak memeluk Islam setelah menerima utusan dari Nabi S.A.W., namun dia juga tidak memusuhi Islam. (Golongan inilah yang dikatakan dalam perundangan negara Islam sebagai golongan Ahli Zimmah. Sekiranya ada golongan ini tinggal dalam negara Islam, harta benda dan keselamatan mereka dilindungi oleh undang-undang selagimana mereka mematuhi undang-undang negara Islam tempat mereka tinggal).
Menurut kisahnya, Muqauqis telah menghantar berbagai hadiah tanda persahabatan beliau dengan kaum muslimin antaranya dua orang hamba. Seorang dari hamba tersebut, Mariah AlQibtiah dimerdekakan dan diperisterikan oleh Nabi S.A.W. dan seorang lagi diberikan kepada salah seorang sahabat. Namun yang istimewa sekali adalah mengenai kisah seorang tabib yang turut dikirimkan ke Madinah oleh Muqauqis untuk memberikan khidmat khusus kepada Nabi S.A.W. secara percuma, tetapi Nabi S.A.W. sebaliknya menyuruh tabib tersebut untuk berkhidmat untuk seluruh penduduk Kota Madinah. Sabda Nabi S.A.W. mengenai tatacara pemakanan yang betul memang selalu dihebahkan namun kisah disebaliknya tidak ramai yang mengetahuinya melainkan jika anda rajin mengikuti program usrah.
Beginilah kisahnya - selama masa tempoh dua tahun tabib itu berada di Madinah, tabib berbangsa Qibti tersebut telah gagal memperolehi apa-apa pekerjaan untuk dilaksanakannya sesuai dengan kepandaiannya sebagai seorang tabib. Tabib itu berasa amat bosan dan bertanya kepada Nabi S.A.W.
“Apakah masyarakat Madinah takut kepada tabib?”
“Tidak. Terhadap musuh mereka tidak takut. Apa lagi kepada tabib", jawab Nabi S.A.W.
“Tetapi mengapa selama dua tahun tinggal di Madinah, tidak ada seorang pun yang pernah berubat dengan saya?” soal tabib itu.
“Kerana penduduk Madinah tidak ada yang sakit,” jelas Nabi saw.
Tabib itu kurang mempercayainya, "Masakan tidak ada seorang pun yang mengidap penyakit?”
“Silakan periksa seluruh penjuru Madinah untuk membuktikan kata-kataku,” ujar Nabi saw.
Lalu tabib itu memulakan perjalanannya mengelilingi kota Madinah untuk mencari orang yang sakit. Ternyata pernyataan Nabi S.A.W adalah benar.
Di seluruh Madinah, tabib itu tidak menjumpai walau seorang pun yang sakit. Dia merasa amat kagum dan hairan, lantas dia segera mengadap Nabi S.A.W dan bertanya:
“Apakah petua sehingga menyebabkan orang-orang Madinah sihat-sihat semuanya?”
Jawab Nabi S.A.W:
“Kami adalah suatu kaum yang tidak akan makan, kalau tidak lapar. Dan jika kami makan tidak sampai terlalu kenyang. Itulah petua untuk sihat. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertakwa kepada Allah, bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”

No comments:
Post a Comment