Tuesday, March 20, 2012

Catatan Pengalaman: Perubatan Islam


From an old email archive in 2001. I am the original writer of this email. Sorry, no attachment is enclosed.
Ibu saya sekarang menderita sakit kanser payudara. Antara tempat yang kami sekeluarga pernah membawa ibu saya berubat sementara menunggu tarikh pembedahan adalah Pusat Perubatan yang dikelolakan oleh Ustaz Jahid di Kundang, Selangor. Ustaz Jahid adalah bekas Professor Madya di Universiti Malaya (kini bersara). Saya telah berkesempatan untuk menghadiri suatu seminar pada 14 Oktober 2001 di Dewan Kuliah Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Cheras yang mana diseminar tersebut, Ustaz Jahid adalah salah seorang panel penceramah dan Kertas kerja yg saya attachkan di sini in pdf format (hanya boleh dibuka dgn Adobe Acrobat) adalah kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustaz tersebut. Saya memohon maaf kerana "scanning" kertas kerja ni tak sempurna sepenuhnya and ada a few Quranic verses tak dapat masuk.
Menurut kata Ustaz Jahid, memang persengketaan diantara Manusia - Iblis adalah antara lain, punca manusia dapat sakit… terutama sekali sekiranya kita ada mendapat "saka" atau menuntut ilmu salah. For my mother's case, according to Ustaz, memang ada saka peninggalan moyang yang pernah menjadi bidan. (Selama ini kami sendiri pun tak tahu mengenainya).
Antara lain beliau kesal masih ramai org Melayu mempercayai Bomoh & Pawang boleh membantu dalam kehidupan harian, sedangkan apa yang diajarkan/diubatkan belum tentu betul caranya. Ramai yang terpedaya dgn ajaran [name witheld] kononnya dapat mengubat org dgn Ayat Al Quran tapi terpesong caranya. Ada juga Ustaz lulusan Al-Azhar menggunakan jin untuk mengubat. Ustaz Jahid sendiri hampir terpedaya oleh rakannya sendiri yg berkawan dgn Jin.

Menurut Ustaz, kalau kita belajar AlQuran dari Yahudi, kita adan dapat Yahudinya. Likewise, kalau belajar AlQuran dari org yg berdamping dengan Jin, kita pun akan dapat jin jugalah.

Cara beliau mengubat - ketuk/pukul dengan ranting pokok Nona (panjang dan besarnya lebih kurang straw minuman) sambil berzikir kepada Allah. Tapi kalau kena tempatnya, sakitnya adusss.... pijar macam kena api. Lepas selesai "ketuk" pesakit akan dimandikan dengan air zikir… yang ada didalamnya berketul2 air batu. Sejuk macam tu pun ada yg marah2 pada Ustaz - "kenapa ustaz bakar saya?" dan badan keluar asap. Sebelum mandi Ustaz akan ajarkan berniat mandi sunat taubat dan berpesan agar jangan lagi percaya atau buat benda2 yg boleh menjatuhkan kita pada Syirik dan buang terus ilmu yg tak bermanafaat (kalau ada).

Kalau pesakit ada kemasukkan jin yang teruk, susah nak describe sakitnya sedangkan pukulan yg dikenakan adalah lembut dan hanya tempat2 tertentu sahaja yg akan sakit bila diketuk. Kadang2 jin tu akan mengamuk dan pesakit tidak sedar apa yg dilakukan. Kalau yg mengamalkan ilmu persilatan (yg salah) akan mula bersilat tunjuk bunga sampai sedar semula (penat) - kemudian sambung balik berubat "ketuk". Kalau dah tahap silat boleh terbang tu apalagi.. badan pun macam kuda belanglah bengkak2.

Kalau nak tahu lebih lanjut atau ingin berubat, hubungilah terus dgn Ustaz Jahid. Saya dan isteri sendiri dah kena satu round pada 21/10/2001. Kes yg biasa pada org perempuan ni adalah susuk atau penyeri muka - kadang2 tu bukan kita yg nak tetapi dimasukkan oleh Mak Andam masa nak kahwin dulu. Untuk kes adik ipar saya sendiri (masa dia tak sedarkan diri semasa sessi mengubat - mulut dia mula membebel2 tak tentu pasal) - Ustaz itu pun bertanya - "Mak Andam awak dulu mulut laser ke?" - rupanya jin susuk tu mengajuk Mak Andam tersebut!

Lagi satu important information, kalau anak lelaki yg kena gangguan, kena cari bapak dan datuk (kalau masih ada) dulu yg kena ketuk. Kalau tak dapat sakit aje... sebab jin tu lari sekejap dan kemudian masuk balik. Kalau anak perempuan yg ada masalah - mak dan nenek mesti kena ketuk dulu. Sakit tu jangan ceritalah…..
Just to share dgn kalian semua.

No comments: