Antara memori indah bertugas menjadi peguam korporat, adalah kisah mengenai klien berbangsa jepun. Kita ada banyak pelabur syarikat multinational yang melabur di negara kita. Banyak depa beli lot perindustian utk dibuat kilang. Masa tu thn 1996...itulah kali pertama aku masuk bahagian R&D dan tengok sendiri prototype flat TV yg macam org guna sekarang...rupanya dah ada, dan prototype tv model mcm ni sebenarnya dibangunkan pertama kali kat Malaysia. Kadang-kadang kelakar juga .. depa panggil kita untuk datang mesyuarat, dalam ruang yang tertutup sebab highly confidential, melibatkan urusan jual beli hartanah...meeting berjam-jam...tetapi 100 peratus mesyuarat berjalan dalam bahasa jepun! Matilah nak ...kami, 2 org peguam, aku melayu, counterpart aku bangsa cina, sama-sama muda, both of us dari top 6 law firm dlm Malaysia mewakili anak guam kami, 2 syarikat yang ada kepentingan jepun, dua-duanya syarikat yang disenaraikan di papan utama BSKL, kami hanya faham sebutir dua...tah apa bala yang dibincangkan.
Mesyuarat berlarutan sehingga waktu asar...sampai nak masuk waktu berbuka puasa ramadan..nahas...kelam kabut aku curi masa utk solat then kedua-dua wakil CEO berbangsa jepun menoleh kepada kami...Helmi san, dan menyebut nama rakan sejawat ku (aku dah lupa namanya)..please prepare agreement. Only 1 page. We agree for this deal. No more than 1 page! Sign tonight.
Mcm mana agreement jual beli tanah nak buat 1 page! Then isu RPGT, stamping, kalau kena land acquisition, cukai tanah apportionment...mcm-mcm isu tak cover...pening...last-last aku sorang juga kena settlekan perangai jepun ni...ya deme very honourable/gentleman. Mlm tu juga sign...kiasu check every page, every comma every full stop. Mcm cerita ni...mlm tu juga aku balik ofis, prepare execution copies, binding and mcm2 lagi semua buat sendiri...Penat mcm zombie..4 pagi baru nak gerak balik. The next day, masuk Business Times Malaysia. Thanks YouTube...you really made my day. Esok teringin nak makan sushi...goro 🦀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan