Wednesday, November 05, 2025

Hak subjek data menarik kebenaran penggunaan data peribadi

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010) dan pindaan 2024, anggota kerja berhak menarik balik persetujuan yang pernah diberi untuk pemprosesan data peribadi mereka,  termasuk data wajah / biometrik.

Hak Menarik Balik Persetujuan

Rujukan Undang-undang

Kandungan / Hak Anggota Kerja

Seksyen 38(1), PDPA 2010

Subjek data boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan yang diberi untuk pemprosesan datanya, dengan notis kepada pengawal data (majikan).

Seksyen 6(1) – General Principle

Data peribadi hanya boleh diproses dengan persetujuan individu. Maka, jika persetujuan ditarik balik, majikan wajib menghentikan pemprosesan berkaitan.

Pindaan PDPA 2024 (definisi baru “consent”)

Persetujuan mesti bebas, khusus, termaklum dan boleh ditarik balik dan menyelaraskan PDPA Malaysia dengan piawaian antarabangsa (seperti GDPR & PDPA Singapura).

Apabila seseorang anggota kerja menghantar notis menarik balik persetujuan:

  1. Majikan mesti berhenti memproses data biometrik pekerja tersebut dengan segera, kecuali ada sebab undang-undang lain untuk terus memproses.
  2. Data biometrik yang disimpan perlu dipadam / dinyahpaut (anonymized) daripada sistem kehadiran.
  3. Majikan boleh tawarkan alternatif bukan biometrik, seperti kad akses, kod QR, atau log masuk digital, untuk tujuan kehadiran.

Majikan tidak boleh menghukum atau mendiskriminasi pekerja yang menarik balik persetujuan -

  • menandakan pekerja “engkar arahan” semata-mata kerana enggan guna sistem biometrik;
  • menolak elaun, bonus, atau peluang kerana menarik balik persetujuan;
  • memaksa mereka menandatangani semula borang persetujuan.

Jika berlaku, ia boleh dianggap:

  • Pelanggaran Seksyen 6 dan 8 PDPA, kerana consent itu tidak lagi “bebas”; dan
  • Berkemungkinan boleh ditafsirkan sebagai Unfair labour practice / constructive dismissal di bawah Akta Perhubungan Perusahaan, 1967.

Majikan boleh mengekalkan penggunaan sistem biometrik, dengan syarat:

Keadaan

Tindakan yang sah

Pekerja bersetuju guna biometrik

Boleh teruskan, dengan consent bertulis dan notis privasi.

Pekerja tarik balik consent

Hentikan penggunaan biometrik pekerja itu, tawarkan alternatif kehadiran (kad akses, QR, dll).

Pekerja baru

Dapatkan consent semasa onboarding dengan pilihan jelas dan penjelasan risiko / penyimpanan data.

 Risiko jika enggan menghormati penarikan kebenaran oleh anggota kerja

Jika terus guna atau simpan data wajah selepas anggota kerja  menarik balik persetujuan:

-Melanggar Seksyen 6(1) PDPA (General Principle);

-Denda maksimum RM 1,000,000 atau penjara hingga 3 tahun (pindaan PDPA 2024);

JPDP boleh arahkan pemadaman data serta-merta dan keluarkan Perintah Pematuhan (Compliance Order).