Khamis, April 06, 2023

Inisiatif kitar semula di sekolah

Zaman penulis sekolah dulu tak ada kelab atau persatuan kitar semula. Yang penulis tahu, asal barang jadi duit, kita tolak aje kepada “keling botol” atau pembeli surat khabar dan majalah lama. Zaman tu kita timbang kati dan bolehlah dapat sikit duit untuk belaja sekolah. Sekarang ini banyak kelab atau NGO diwujudkan di taman-taman perumahan khususnya di Shah Alam yang diwujudkan pusat kutipan bahan buangan untuk di kitar semula di setiap seksyen.

Dengan adanya inisiatif kelab kitar semula di peringkat sekolah, boleh mempromosikan gaya hidup lestari di sekolah dan masyarakat sekeliling. Beberapa idea untuk aktiviti kelab kitar semula sekolah adalah seperti berikut:

  1. Menganjurkan acara pengutipan kitar semula: Mengatur dan mengadakan acara pengutipan kitar semula secara berkala di dalam sekolah, di mana pelajar boleh mengumpul bahan kitar semula seperti plastik, kertas, dan tin aluminium.
  2. Menyertai aktiviti membersihkan komuniti: Mengatur dan menyertai aktiviti membersihkan komuniti, di mana kelab dapat memimpin usaha untuk mengumpulkan sampah dan bahan kitar semula.
  3. Mendidik masyarakat setempat tentang kitar semula: Mengadakan ceramah, bengkel, atau perhimpunan untuk mendidik pelajar dan masyarakat tentang kepentingan kitar semula dan bagaimana melaksanakannya dengan betul serta teratur.
  4. Mencipta projek seni dengan bahan kitar semula: Menggalakkan pelajar untuk mencipta projek seni menggunakan bahan kitar semula seperti kertas, kadbod, dan botol plastik.
  5. Memulakan program kompos: Memulakan program kompos di sekolah untuk mengitar semula bahan sisa makanan dan mengubahkannya menjadi baja yang kaya dengan nutrien untuk taman sekolah.
  6. Mengurangkan pembaziran: Mendorong pelajar untuk mengurangkan pembaziran dengan menggunakan botol air, bekas makan tengahari dan peralatan makanan yang boleh digunakan semula.
  7. Mengadakan acara mesra alam: Mengadakan acara mesra alam seperti pameran hijau, jualan tanaman/sayuran atau pertunjukan fesyen lestari untuk meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup lestari.
  8. Menjalin kerjasama dengan organisasi tempatan: Menjalin kerjasama dengan organisasi tempatan seperti pusat kitar semula, kumpulan alam sekitar atau fasiliti pengurusan sisa untuk terlibat dalam inisiatif kitar semula yang lebih besar.
  9. Menganjurkan audit sisa buangan: Mengadakan audit sisa buangan secara berkala untuk menilai keberkesanan program kitar semula bagi mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diperbaiki.
  10. Memperingati pencapaian kitar semula: Memperingati pencapaian dan kejayaan kitar semula kelab dengan mengadakan upacara penghargaan, pertandingan atau anugerah.

Banyak boleh buat! Mungkin kesedaran ini boleh dipupuk melalui lawatan sambal belajar ke SIRIM Berhad yang ada teknologi dan facility untuk membuat perkakasan guna semula contohnya teknologi plastik “biodegradable” yang telah berjaya dibangunkan.

Rabu, April 05, 2023

Bila langit dan bumi menangis

Tafsir Ibn Kathir (Surah Addukhan) :

Rasulullah ﷺ membaca firman-Nya: Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka. (Ad-Dukhan: 29) Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya langit dan bumi tidak akan menangisi kematian orang kafir.


Ibnu Abu Hatim mengatakan,- telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Isam, telah menceritakan kepada kami Abu Ahmad (Yakni Az Zubairi), telah menceritakan kepada kami Al-Ala ibnu Saleh, dari Al-Minhal ibnu Amr, dari Abbad ibnu Abdullah yang telah menceritakan, bahwa pernah ada seorang lelaki bertanya kepada sahabat Ali r.a, "Apakah langit dan bumi menangisi seseorang?" maka Ali r.a. menjawab, "Sesungguhnya engkau menanyakan kepadaku sesuatu hal yang belum pernah ditanyakan oleh seorang pun sebelummu.

Sesungguhnya tiada seorang hamba pun melainkan mempunyai tempat salat di bumi dan tempat naik amalnya di langit. Dan sesungguhnya Fir'aun dan kaumnya tidak mempunyai suatu amal saleh pun di bumi ini dan tidak pula mereka memiliki suatu amal pun yang dinaikkan ke langit." Kemudian Ali r.a. membaca firman-Nya: Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh. (Ad-Dukhhan: 29)

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Talq ibnu Ganam, dari Zaidah, dari Mansur, dari Minhal, dari Sa'id ibnu Jubair yang menceritakan bahwa pernah seorang lelaki datang kepada Ibnu Abbas r.a, lalu bertanya, "Hai Abul Abbas, bagaimanakah pendapatmu tentang firman Allah ﷻ: 'Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh.' (Al-Dukhan: 29) Maka apakah langit dan bumi itu dapat menangisi kematian seseorang?" Ibnu Abbas menjawab, "Ya, sesungguhnya tiada seorang makhluk pun melainkan mempunyai pintu di langit yang darinya turun rezekinya dan dengan melaluinya amal perbuatannya dinaikkan.

Maka apabila seorang mukmin meninggal dunia pintunya yang di langit tempat naik amalnya dan tempat turun rezekinya ditutup, lalu ia merasa kehilangan dia dan menangisinya. Dan tempat dia biasa mengerjakan salatnya di bumi dan tempat ia biasa berzikir kepada Allah ﷻ bila dia meninggal, merasa kehilangan dia dan menangisinya. Dan sesungguhnya kaum Fir'aun itu tidak mempunyai jekak-jejak yang baik di bumi, tidak pula memiliki kebaikan yang dinaikkan ke langit kepada Allah ﷻ Maka langit dan bumi tidak menangisi kematian mereka." Al-Aufi telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. hal yang semisal dengan atsar di atas. Sufyan As-Sauri telah meriwayatkan dari Abu Yahya Al-Qattat, dari Mujahid, dari Ibnu 'Abbas r.a. yang menceritakan bahwa menurut suatu pendapat, bumi menangisi kematian seorang mukmin selama empat puluh hari.

Mujahid mengatakan, bahwa lalu ia bertanya kepada Ibnu Abbas, "Apakah bumi dapat menangis?" Ibnu Abbas menjawab, "Apakah engkau merasa heran?" mengapa bumi tidak menangisi kematian seseorang yang telah meramaikannya dengan rukuk, dan sujud padanya? dan mengapa langit tidak menangisi kematian seseorang hamba yang takbir dan tasbihnya berkumandang seperti suara lebah?" Qatadah mengatakan bahwa kematian Fir'aun dan kaumnya dinilai sangat hina untuk ditangisi oleh langit dan bumi.

Selasa, April 04, 2023

Akta Tidak Bertulis

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab RA ada "Akta Tidak Bertulis" untuk mengawal khalifah daripada penyelewengan i.e. tidak melaksanakan tanggungjawab/amanah sebagai pemerintah sepenuhnya secara makro dan mikro.

Amirul Mukminin Umar Bin al-Khattab RA, setelah dilantik menjadi khalifah berkata:
مَن رَأَى مِنكُم فِيَّ اعْوِجِاجًا فَلْيُقَوِّمْهُ
"Sesiapa antara kalian yang melihat pada diriku sesuatu penyelewengan, maka hendaklah kamu meluruskannya".

Seorang Arab Badwi dengan lantang menyebut, "Demi Allah s.w.t, wahai ‘Umar! Jika kami dapati kamu melakukan penyelewengan, maka kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam!"
Saidina 'Umar RA menjawab;
الحَمْدُ لِلهِ الَّذِي جَعَلَ فِي أُمَّةِ مُحَمَّدٍ مَن يُقَوِّمُ عُمَرَ بِسَيْفِهِ
"Alhamdulillah, pujian bagi Allah s.w.t yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan 'Umar dengan pedangnya".

Back to the present time, mana datangnya hujah yang menyokong, anak-anak tidak boleh ditegur jika buat salah (bukan salah kecil, menyimpang, menyeleweng, songsang, jelas lagho dan tidak beradab) dengan alasan, alah kita dulu masa muda-muda pun asalnya macam tu juga. Nanti dia berubahlah.... katanya.

"kita pun macam tu???". Would the Calipth, Umar Al-Khattab bersetuju dengan pernyataan ini, atau sang Khalifah terkhilaf pada pandangan anda?

No way. Ini dah melampaui batas. Maknanya : anda redha dan membiarkan anak-anak awak berperangai begitu. Yang disalahkan orang yang menegur untuk betulkan keadaan. Tegur bukan sekali dua sahaja, tapi sebenarnya dah banyak kali dan orang yang menegur dilayan macam dinding, tak dihormati dan di "babi"kan. Kadang-kadang sengaja disebut "labi" sedangkan maksud yang nak disampaikan masih "babi". Yang eksyen pandai sikit kecek jepun menggunakan perkataan "baaka" dalam bahasa melayu bermaksud bodoh. Macamlah kita tak pernah menjejakan kaki ke negara jepun!

Maka orang lain kelak akan faham kenapa sesiapa pun yang berhadapan dengan situasi "siri bercakap dengan dinding" (boleh kalah buku Tamar Jalis!) boleh hilang sabar... memang wajiblah kena maki. Cakap baik-baik berulang kali tak jalan. Oh ya... sebenarnya kami pun lagi terkejut tengok budaya maki hamun dalam rumah kome. Ada adengan campak kerusi lagi kat kampung. Arwah parents kami takde pernah buat macam itu & perkataan "babi" juga tak pernah kami budayakan, tak pernah ada dalam kamus harian kami. Anak kome sendiri pun membabikan anda, ke macam mana? Tah cara lain takde dapat results gamaknya...terpaksa maki hamun dulu. Itulah caranya yang anda ditunjukkan kepada kami. Hanya cara ni baru bergerak... anda juga lempang dan sepak terajang anak, siap halau tidur diluar waktu malam! Anda kenal siapa orangnya yang merasa kasihan, tolong bukakan kunci pintu rumah pujuk & bagi depa masuk - orang itu digambarkan kepada orang lain sangat jahat dan zalim.

Teruskan membawang menceritakan kisah sebelah pihak, sisi anda sahajalah yang benar. Sekiranya perkara sebenar terdedah .... Atau memang kome semua tak pernah ada rasa malu?


Dalam hati : amat bersyukur diri ini, adik beradik serta anak-anak kami dari kecil tak dididik atau terbiar macam tu. bawalah ke ceruk dunia paling hujung pun deme akan menimbulkan masalah. Walau dikerat 24 orang lain yang disalahkan. Maka kita berikan kemenangan percuma, tak perlu bergaduh dengan pilihan anda, tak ada paksaan. Automatik kot depa jadi insan terpuji berakhlak mulia dan immediately jadi straight A students?

Jumaat, Februari 24, 2023

Happy 13th birthday Al Muqarrabin!


Thirteen years ago, you came into our life
A precious little baby, our pride and our delight
Now you've grown up so much, it's hard to believe
The young man before us, tall, strong and so keen

You've accomplished so much in these thirteen years
And we're so proud of all of your hopes and your fears
You've got a heart that's pure, a spirit that's bright A
nd you shine like a star, through the darkest of nights

As you journey on, towards your dreams and your goals
We'll be there for you, to cheer you on and console
We'll always love you, no matter what you do
And we'll always be proud, of the man that you grew

So happy birthday, dear Al Muqarrabin!
May your future be bright, filled with love and adventure within
We're blessed to have you, in our lives and our hearts
And we can't wait to see, where your journey will start.

Ayah
Kota Samarahan
24 Feb 2023

Selasa, Februari 21, 2023

Happy birthday Jamilah


Happy birthday Jamilah,
Our precious daughter, so full of light,
Today marks another year you've grown,
And we're so proud of your insight.

You're now 22, a young adult,
Brave, kind, and ever so wise,
Your smile brightens our world,
And we're blessed to see it in our eyes.

May you find joy in every moment,
May your dreams take you far and wide,
May you always follow your heart,
And let your soul be your guide.

We love you more than words can say,
Our dear Jamilah, you bring us such delight,
May your birthday be filled with love and laughter,
And your future shine ever so bright.
Happy 22nd Birthday, Jamilah!

ayah
Summer Suites Apartment
Kota Samarahan, Sarawak.
21/02/2023

Isnin, Januari 16, 2023

Tugasan Hidup

Shared, yeah my own writing, moons ago year 2022 dalam FB penulis.

Pagi ini, seorang hamba Allah berkongsi pengalamannya hitting rock bottom in life.

Allah Maha Berkuasa Maha Bijaksana yang mengatur segala sesuatu.

Hamba Allah budiman ini berkongsikan kisahnya mengikuti suatu kursus yang membuka minda untuk berfikir. Ku catatkan disini sebagai tanda ingatan, agar kekal terpahat dihati perkongsian ilmu yang amat bererti dan mahal nilainya.

Agak fizikal kursus ini, anda dipasangkan dengan orang yang anda tidak kenali atau baru sahaja dikenali, semasa tugasan diberikan. Tugasan amatlah mencabar. Anda dilantik sebagai ketua dan anda berdua perlu melalui perjalanan di suatu jalan yang pada mulanya landai keadaannya namun ada pendakian bukit yang tinggi menjulang dikawasan yang terpencil, jauh dan sunyi dari tempat kebiasaan orang berkumpul.

Anda dan pasangan yang anda baru kenali itu diberikan tiga (3) biji batu bata tiap seorang, yang perlu dibawa bersama. Agak berat juga beban yang perlu dibawa ke puncak. Untuk berjaya dua-dua perlu naik dan sampai ke destinasi bersama.

Hakikatnya keadaan fizikal peserta tidaklah sekuat zaman muda. Ada yang mengidap sakit pinggang, ada yang memang sedia ada sakit-sakit lain dan ada yang sebenarnya baru sahaja keluar hospital, dengan kecederaan patah kaki dan dalam keadaan bertongkat. Dah sampai ke lokasi ternyata bukit  tinggi yang perlu didaki - very unforgiving. Peserta terpaksa melalui vertical wall, dan tak ada tempat untuk berpaut…..bagaimanakah caranya nak tarik pasangan kita naik ke atas?

Maka terbayang dalam fikiran ku, filem Vertical Limit yang pernah ku tonton lebih 20 tahun yang lalu. Sehingga ke hari ini masih terbayang keadaan seorang pendaki, seorang ketua keluarga, berada dalam keadaan bahaya tergantung dengan safety rope kerana secara tiba-tiba anchor tali telah terlucut, sementara kedua orang anaknya berada di atas juga bergantung nyawa kepada tali yang sama. Menyedari tali itu tidak dapat menampung berat mereka bertiga dan kesemua anchor pin yang masih terlekat dicelah rekahan dinding nyaris terlerai keseluruhannya, maka si ayah yang kasihkan anak-anaknya segera mengarahkan anak sulungnya untuk memotong tali (melepaskan beban ayahnya, kematian yang pasti) Sekurang-kurangnya, anak-anaknya dapat diselamatkan dari maut. Si anak tiada pilihan selain dari memotong tali agar dia dan adiknya selamat.

Tugasan yang diberikan memerlukan anda menarik pasangan anda agar sama-sama dapat naik ke atas melalui segala rintangan dari jalan yang landai sehinggalah berbukit dan akhirnya teropaksa melalui steep vertical climb yang dibawahnya jurang yang amat dalam.

Dalam tugasan ini, untuk berjaya, masing-masing perlu mengetahui kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Perlulah jujur berterus terang mengenai kemampuan dan had masing-masing agar objektifnya dapat dicapai secara bersama dengan selamat walaupun kemajuannya amat perlahan, sakit maupun perit. Apa yang mampu di buat, apa yang tak boleh buat. Perlu sensitif mengenai kekurangan pasangan. Tak boleh buat tak tahu or takde apa, ok aje  atau tidak mempedulikan masalah yang dihadapi pasangan. Perlu setia bersama dalam keadaan senang ataupun susah untuk berjaya bersama.

Keadaan fizikal peserta tidak kuat. Batu yang diberikan melambangkan beban yang sedia ada yang sedang ditanggung, ianya mungkin bererti hutang, anak-anak yang sering menimbulkan bermasalah, masalah di tempat kerja, tanggungan-tanggungan lain yang hanya kita sahaja mengetahuinya. Ya batu ini tidak boleh dibuang dan perlu dibawa bersama setiap masa sama ada ketika naik mendaki dan serta ketika turun pendakian!

Pendakian disertai sorakan dan jeritan kata-kata keji, makian, teriakan agar gagal… melambangkan suara-suara sumbang dalam kehidupan yang tidak membina motivasi untuk meneruskan pendakian tetapi hanya melemahkan kommitmen para peserta. Melambangkan si batu api, pendengki atau orang berkepentingan, hanya tahu mengarah dan mencari salah. Hanya teriakan dari belakang mengenai perpecahan dan kegagalan yang dicanang-canangkan. Tiada cadangan alternatif yang dikemukakan orang-orang begini, mereka bermasalah tapi tidak pernah mengakui masalah yang  mereka hadapi.

Para peserta diberikan pilihan, tiada paksaan untuk melaksanakan tugasan, namun peserta perlu menandatangani surat akuan bersetuju memilih untuk tidak turut serta dalam aktiviti tersebut. Mengaku kalah, terus meyerah tanpa sebarang usaha. Bila ada pasangan yang menolak, rigid, tak mahu bertolak ansur, enggan ikut naik bersama melaksanakan tugasan, anda juga dikira gagal. Tentu ada cerita disebaliknya.

Kisah ini sarat dengan nasihat. JazakAllahu Khairan Jaza’, ku ucapkan kepada Hamba Allah yang sudi berkongsi kisah ini. Semoga perkongsian ini memberi iktibar dan keinsafan kepada semua.

Siapakah dan apakah peranan anda dalam naratif ini? Berjaya atau gagal adalah atas pilihan diri anda sendiri. Apa pun yang terjadi, tak boleh tidak, orang akan menilai berdasarkan sejarah terdahulu. Ada yang akan hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Namun, seandainya punca dan kisah sebenar diketahui, mungkin ianya amat mengaibkan. Wallahu a'lam.

Selasa, Jun 28, 2022

Surah Al-Insan dan persoalan Pilihan

Sewaktu  kecil dulu (era 80an) penulis bersama ahli keluarga menziarahi dan menyaksikan pengakhiran kehidupan moyang perempuan penulis di Kg Teluk Penadah, Perak dan menghadiri upacara pengkebumiannya. Ketika itu sebelum balik ke kampung, penulis diberitahu, bahawa moyang boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa arab, iyelah masa tu penulis baru masuk sekolah agama rendah, dok faham apa, cuma hafal buta.

Penulis meyaksikan sendiri persediaan untuk mengkebumian, upacara mengkafan & penyediaan liang lahat. Selepas jenazah diturunkan dan kubur ditambun tanah, ahli keluarga dan orang kampung bersama-sama duduk membacakan tahlil, mendengar nasihat mengenai siksa dan juga nikmat di alam barzakh yang lama selepas itu penulis fahami sebagai talkin dan tazkirah. Talkin dan tazkirah adalah pengajaran dan bimbingan kepada manusia yang masih hidup untuk memilih menjadi manusia berguna dan beriman. Si mati masih boleh mendengar talkin namun kebolehupayaan si mati untuk mmenurut tuntunan dan nasihat yang terkandung bergantung kepada amalannya sendiri semasa hidup didunia. Yang paling menarik sekali adalah amalan membaca surah Al-Insan.

Surah Al-Insan istimewa. Ianya menjadi amalan hiasan si masjid-masjid dan surau setiap subuh jumaat. Rakaat pertama, sang imam akan membaca surah Sajadah dan akan melaksanakan sujud tilawah sementara rakaat kedua diisi dengan surah Al-Insan ini. Surah ini menceritakan tentang manusia yang diberikan kebebasan pilihan, pilihan yang baik membawa kepada kenikmatan, pilihan yang buruk membawa implikasi siksaan.

Pada permulaan asalnya, manusia  diingatkan bahawa suatu ketika dahulu dia tidak wujud.

Permulaan kehidupannya bermula dengan penciptaannya dengan gabungan air mani dan ovum, yang mana ibunya sendiri pun tidak menyedari bahawa dia telah dikandung dan tiada sesiapa yang dapat melihat sel mikroskopik kehidupan awal manusia tersebut, mampu atau berupaya mengatakan bahawa kelak dia akan menjadi seorang lelaki, yang di masa akan datang akan menjadi makhluk terbaik yang hidup di muka bumi.

Manusia juga diberikan amaran - Bermulalah ciptaan kamu dengan cara ini, Kami telah membangunkan dan membentuk kamu menjadi apa yang kamu ada pada hari ini untuk menguji dan mencuba kamu di dunia. Itulah sebabnya, tidak seperti makhluk lain, kamu diciptakan agar cerdas dan berakal dan diberikan PILIHAN untuk bersyukur atau ingkar. Sama ada anda menjadi hamba beriman yang bersyukur setelah diuji atau hamba yang ingkar, tidak beriman serta celaka pengakhirannya adalah atas pilihan anda sendiri.

PILIHAN di tangan anda. Oleh itu, pastikan pilihan anda tepat.

Sekiranya anda masih lalai, segeralah berubah. Berusahalah menjadi lebih baik. Baik di segi akhlak dan juga dari segi akademik.

 Tak mampu A atau B……. C pun dah ok. Asal jangan gagal.

Tak usahlah mempertahankan, menafikan perbuatan buruk anda. Yang menyokong anda, juga diadili serta akan mengalami nasib yang sama.

Sedarlah, orang tua anda tidak akan hidup selama-lamanya menasihati dan membimbing anda.

 

Rabu, Jun 15, 2022

Stiker Kenderaan OKU

Pelekat kenderaan OKU Negeri Selangor

Yg diperlukan:

Salinan Kad Pengenalan, Kad pengesahan rasmi OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diri sendiri atau anak di bawah tanggungan dan Lesen memandu.

Salinan geran kenderaan kegunaan OKU yang hendak didaftarkan.

1 keping gambar berukuran passport pemandu kenderaan OKU.

Borang permohonan yang telah sempurna di isi dan ditandatangani

Pelekat OKU mempunyai tempoh sah laku selama 2 tahun. Borang permohonan boleh diambil di Jabatan Kebajikan berdekatan. Penulis ambil di Seksyen 15 Shah Alam beberapa bulan yang lalu, penulis tertangguh dan tidak dapat membuat permohonan akibat masalah kesihatan. Ianya diproses secara berpusat di Bangunan MPSA Shah Alam (Tingkat 15, Bahagian Komuniti Masyarakat). Proses mendapatkan pelekat adalah sangat cepat dan mengambil masa tak sampai 5 minit.

Setiap 2 tahun design pelekat akan berbeza - ikut peredaran fesyen gamaknya.

Ada hari tu penulis memakir kenderaan di pakir OKU hospital Selayang untukk menghadiri pengesahan Dr panel SOCSO kerana ketiadaan pakir, tak tahu kenderaan perlu didaftarkan dahulu - sudahnya kena saman juga RM10.00!

Maksimum jumlah pelekat yang boleh dipohon adalah untuk dua (2) buah kenderaan. 

Penulis juga telah mendaftarkan sebuah kenderaan dengan JPJ untuk mendapatkan insentif pelepasan cukai jalan. Jadi cukai jalan tahunan kenderaan yang kena bayar cuma RM2.00 setahun hanya untuk kos membuat LKM. 

Lepas ni takdelah bimbang kereta kena saman lagi.

Terima kasih kepada Kerajaan yang prihatin dan menyediakan kemudahan kepada warga OKU.

AKU OKU.


Isnin, November 01, 2021

Memories

 Tengah kemas office, dah tak lama lagi nak bersara pilihan dan menamatlah khidmat dengan SIRIM Berhad, terjumpa pula nota ini dari seseorang akak yg dah lama takde ....selama ini tak perasan email ini, baru buka dan baca setelah beberapa tahun lamanya tersimpan...sangat terharu. Betul atau tidak, wallahuaklam.. Terima kasih kakakku. Budi baik dan nasihat kakak, saya akan kenang seumur hidup saya yang tersisa ini. 

ya kak, saya akan pilih untuk jadi baik, walaupun org perlakukan kita dengan tak baik.

En Helmi,

 You are a generous and moral (not to confuse with moralizing) person. You always work on self-improvement. You are very ambitious and have very high standards. People might think that communicating with you is difficult, but for you, it isn't easy to be who you are. You work very hard but you are not in the least selfish. You work because you want to improve the world. You have a great capacity to love people until they hurt you. But even after they do. . . you keep loving. Very few people can appreciate everything you do as well as you deserve.

Khamis, Mac 11, 2021

Ya Qawwi

Rasa inferior, tak berguna, tak dipedulikan, ya itulah aku sedari dahulu lagi.

Tenangkan hati, sedar diri. Jernihkan fikiran. Terus maju ke hadapan.

Diri ini lemah, diri ini sakit, maka pilihlah diam, agar terus tenteram.

Allahumma Ya Qawwiyu, atakawaitu bi Quwwatik, Ya Qawwiyu.