2 Set bekam milik penulis sedia untuk berkhidmat
Kali pertama penulis berbekam darah adalah beberapa tahun lalu. Dah buat pertama kali… fuh.. rasa badan ringan, sedap dan segar, sehinggalah penulis membeli set bekam yang pertama kali penulis miliki dari seorang tukang bekam di Masjid Negeri Shah Alam. Mulai hari tu, arwah isteri penulis dengan setia membantu penulis berbekam dengan kaedah bekam angin. Rasa macam kena urut satu badan… ketika itu penulis tidak memiliki pen bekam kerana ianya masih dijual pada harga diluar kemampuan penulis. Pernah cuba juga dengan lancet pen untuk test glukosa darah, tapi prosesnya sangat perlahan….
Baru-baru ini penulis berjaya menamatkan kursus asas bekam yang diusahakan oleh ABQAF dengan kerjasama seorang pakar bekam. Penulis sangat berpuas hati dengan penerangan dan pendekatan sifu bekam ini. Rupanya selama ini cara bekam yang dilaksanakan ke atas penulis tidak berapa efektif. Tujuan bekam itu sendiri sebenarnya adalah untuk mengeluar dan membuang darah kotor yang mengandungi toksin (penyebab penyakit). Kalau tak betul caranya, ikut cakap sifu, tukang bekam itu yang sebenarnya perlu membayar kepada pesakit kerana membuang darah yang baik. Selalu juga terdengar keluhan dari kawan-kawan yang mengatakan bahawa darah kotor tak keluar! (Tandanya system pengaliran darah pesakit telah tersumbat teruk).
Ada bekam angin, bekam magnet, bekam darah... macam-macam jenis bekam ada!
Sepintas lalu, penulis berasa sedih, terkenangkan arwah isteri yang baru sebulan lamanya pulang ke Rahmatullah…rasa hati ini amat sayu, terutama sekali apabila mendengar persoalan dari peserta kursus yang lain yang bertanyakan mengenai tatacara bekam untuk pesakit kanser. Kasihan, arwah isteri tercinta tidak berkesempatan untuk menjalani rawatan melalui proses bekam darah. Maka dengan hati yang sedih penulis mengikuti kursus ini dengan niat untuk melaksanakan bekam darah kepada anak-anak kami dan juga kepada saudara-mara serta sahabat terdekat yang memerlukan. Dengan melaksanakan bekam juga, kita berupaya menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Selama ini penulis hanya membaca sepintas lalu sahaja mengenai bekam. Ianya selama ini disalah tafsir sebagai perubatan alternatif. Bukan perubatan main line. Sesunguhnya penulis kini sedar dan mengakui kekhilafan penulis – kerana tak membaca, terlepas pandang dan gagal mendalami betul-betul apa yang dibaca.
“Sesungguhnya, di antara ubat terbaik kalian adalah berbekam" - HR Ahmad
Teringat suatu ayat disurah Al Najm…. dan pengajian ilmu
hadis yang dipelajari semasa belajar di UIA dulu. Kalau nabi yang cakap, maka
ianya tak lain adalah wahyu dari Allah. Tambahan pula, turunnya saranan untuk berbekam bukan semasa
Nabi S.A.W. berada di bumi…. Tetapi selari dengan penerimaan perintah Solat
semasa perjalanan Isra’ Mi’raj dilangit!
"Tidaklah aku melalui satu dari langit-langit yang ada
melainkan para Malaikat mengatakan, "Hai Muhammad, perintahkan ummatmu
untuk berbekam, kerana sebaik-baik cara yang kalian pergunakan untuk berubat
adalah melalui bekam, al-kist, dan syuniz semacam tumbuh-tumbuhan".
Bila tiba sessi praktikal, penulis dengan segera menawarkan diri menjadi volunteer, hehehe.... penulis dibekam oleh sifu yang mengajar kami. Bila buka baju, ternyata penulis dah kantoi.... sebab ada beberapa bekas bekam darah yang dilaksanakan oleh anak-anak penulis beberapa hari sebelum itu atas permintaan penulis.... Sifu kami hanya boleh tersenyum!
Bila tiba sessi praktikal, penulis dengan segera menawarkan diri menjadi volunteer, hehehe.... penulis dibekam oleh sifu yang mengajar kami. Bila buka baju, ternyata penulis dah kantoi.... sebab ada beberapa bekas bekam darah yang dilaksanakan oleh anak-anak penulis beberapa hari sebelum itu atas permintaan penulis.... Sifu kami hanya boleh tersenyum!
Sijil tamat kursus milik penulis
Ya, penulis membotakkan kepala agar arwah isteri merasa tenang, kan kita dah sama-sama botak, pujuk penulis. Tak apalah, Ni kata Ni tak cantik sekarang pun tak apa, Mi pun nak sama-sama tak handsome. Dan mengambil kesempatan kepala penulis yang licin macam balik haji dulu, penulis telah meminta Ustaz Firdaus untuk membekamkan kepala penulis... and wow! a lot of good that it did me.
Macam ni la ye… penulis bagi sinopsis kursus yang penulis
hadiri hari tu. Nak tahu semua boleh berhubung dengan ustazah Maya untuk mendapatkan
tarikh menghadiri kursus. No telefon ustazah Maya ada dipaparkan di gambar sebelah ni.
Sinopsis:
Berbekam adalah cara perubatan terbaik untuk ummat Nabi Muhammad S.A.W.
Kaedah bekam darah moden kini menggunakan pen bekam dan cawan sedutan bekam yang kekuatan hisapannya boleh dilaraskan.
Tusukan pada kulit oleh pen ini sangat pantas sehingga dan membuatkan anda tidak terasa yang tusukan dilakukan kepada tubuh anda. Kaedah tusukan ini serupa sahaja dengan kaedah untuk mendapatkan darah untuk menguji kandungan glukosa/ kolesterol dalam darah.
Lancet (jarum) pakai buang digunakan dan setiap pesakit hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja. Penggunaan lancet tidak dikongsi dengan pesakit lain. Semua peralatan bekam akan melalui proses pensterilan sebelum bekam dijalankan.
Kaedah bekam darah memberikan kesembuhan maksimum pada
pesakit berbanding bekam angin. Ia juga adalah kaedah berbekam yang mendapat
pahala sunnah bila dilakukan.
Bagi orang yang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan
bagi orang yang berpenyakit kritikal anda dianjurkan berbekam seminggu sekali bagi
kesembuhan yang maksimum.
Waktu mustajab berbekam yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ialah tanggal 17, 19 dan 21hb menurut kalendar Islam.
Wanita mengandung, wanita dalam haid, individu yang terlalu
lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah
serius dan pengidap penyakit kulit serius tidak digalakkan berbekam darah.
Rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh
badan manusia dengan mengeluarkan darah kotor mengandungi toksin, kolestrol,
asid urik, angin, sel darah merah yang telah rosak dan juga unsur gangguan jin.
Darah kotor yang dikeluarkan berbeza warna dan sifatnya dengan darah yang
bersih. Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana
badan jadi ringan akibat pengeluaran bahan berbahawa dari badan.
Berbekam secara tak langsung meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami jangkitan dapat sembuh secara dengan lebih baik kerana berbekam merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi yang berupaya mengatasi jangkitan penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang jangkitan penyakit maka tubuh pun akan sihat secara normal.
Tusukan jarum bekam pada titik tertentu meningkatkan hormon regenerasi sel yang bertindak memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dengan lebih baik. Sekiranya kita berbekam pada titik organ tertentu, hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan organ tersebut. Sistem pertahanan badan akan bertindak pantas memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan.
Nota : Ada tempat-tempat pada tubuh badan yang dilarang untuk berbekam (termasuk kombinasi bekam pada titik-titik bekam tertentu) kerana ianya boleh menyebabkan kemudaratan kepada pesakit.
No comments:
Post a Comment