Sa’ad bin Malik Al-Khudry R.A. Rasulullah SAW bersabda, “Dahulu pada masa sebelum kalian ada seseorang yang pernah
membunuh 99 jiwa. Lalu ia bertanya tentang lokasi orang yang paling
alim di muka bumi. Ia ditunjukkan pada seorang ahli ibadah.
Lantas sipembunuh ini pun berjumpa dengan ahli ibadah ini dan bertanya, ”Jika seseorang telah membunuh 99 jiwa, apakah taubatnya diterima?” Rahib pun menjawabnya, ”Orang seperti itu tidak diterima taubatnya.” Lalu orang tersebut membunuh rahib itu dan genaplah 100 jiwa yang telah ia bunuh..”.(HR. Bukhari dan Muslim).
Ahli Ibadah yang dinyatakan dalam hadis ini memberikan fatwa tanpa ilmu (tak menggunakan akalnya dan kemampuan berfikirnya) lalu dia mati kerana kebodohannya. Sipembunuh telah melakukan apa yang patut dibuat, iaitu bertanya. (Ada sambungan kepada hadis ini sebenarnya, tapi cukup sampai di sini).
Diriwayatkan dari Jabir R.A. bahwa dia berkata, Pada suatu saat kami bermusafir dalam sebuah rombongan perjalanan. Tiba-tiba ada seorang lelaki diantara kami yang tertimpa batu sehingga kepalanya terluka. Setelah itu dia mengalami mimpi basah. Maka dia pun bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Apakah menurut kalian keadaan saya ini diberi keringanan untuk bertayamum saja?” Mereka menjawab, “Menurut kami engkau tidak diberikan keringanan untuk melakukan hal itu, sedangkan engkau sanggup memakai air.” Maka orang itu pun mandi dan akhirnya meninggal. Apabila kami berjumpa dengan Rasulullah SAW baginda mendapat laporan peristiwa itu. Beliau bersabda, “Mereka (yang berfatwa) itu yang membunuhnya! Semoga Allah membinasakan mereka. Kenapa mereka tidak mau bertanya ketika tidak mengetahui. Kerana sesungguhnya ubat tidak tahu adalah dengan bertanya. Sebenarnya dia cukup bertayamum saja.” (HR. Abu Dawud, Ahmad dan Hakim).
Dalam hadis ini pula, seorang sahabat meninggal dunia disebabkan oleh fatwa tanpa ilmu dari
teman-temannya. Kejahilan mengenai tatacara penjagaan, pemakanan pantang-larang pesakit sesuatu penyakit oleh orang jahil yang beria-ria mahu menjaganya tetapi tidak mempunyai ilmu hanya akan menyebabkan pesakit makin menderita dan memberatkan keadaan penyakitnya.
Summary : KEBODOHAN amat membahayakan bukan sahaja kepada diri sendiri, ia juga membawa kesusahan kepada orang lain sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Tapi amat malang sekiranya sekiranya KEBODOHAN disertai dengan sifat SOMBONG dan BONGKAK.... lebih lagi membinasakan, membawa kerosakkan, membahayakan individu, keluarga dan masyarakat setempat dan juga negara, sekiranya dipimpin oleh orang yang bodoh lagi sombong.
No comments:
Post a Comment