Hujung tahun baru-baru ini ketika
penulis dalam perjalanan pulang ke JB, tetiba terdengar bunyi bising
macam bergesel yang datangnya dari tayar... nak tak nak terpaksa keluar
dari highway di Alor Gajah ikut jalan dalam. Kalau apa-apa senang sikit
nak minta tolong. Berhenti check... nampak macam ok, jalan lagi
sampailah ke Jasin... kejap ada kejap takde... mungkin brek buat hal...
takpa... kita check kat Tangkak... sampai ke satu kedai tayar, semua
turun kenderaan dan memang confirm brek pad depan sebelah penumpang dah
nak habis. Minta tokay cina tu carikan spare part...
"Aiya...
ini model ESTIMA TCR11 punya barang susah mau cari... satu pasang brake
pad ORI dalam RM320... ada 2nd grade dalam RM240 - yang local RM180...
tapi mau tunggu 2-3 hari..."
"Okay aku tunggu takde masalah.... aku nak yang ORI" (iyelah kita bawa semua ahli keluarga, keselamatan diutamakan).
He
then made a few phone calls.... "Aiya tuan... ini hari Sabtu... ini
minggu cuti Chrismas, kedai banyak tutup....lagipun lu punya brek pakai 2
piston... harga lagi mahal....dalam RM420 satu pasang. Kalau lu mau
kena order dulu la"...
(Pelik... apa bezanya 1 piston dengan 2 piston... lain macam je penjelasan mamat ni).
Pada masa yang sama pembantu mekanik memanggil penulis ... "Abang, ini bahaya ni... brek depan tak pernah servis ke? Dah bocor sangat ni... sangat bahaya tau!!!" sambil menunjukkan titisan minyak brek yang menitis di atas jalan....
(Dalam hati... eh tadi masa bukak tayar depan dan keluarkan brake pad takde pun aku tengok minyak menitis - masa ni penulis dah terasa depa ni cuba menipu, sebab pernah servis brek... kalau kita singkap getah brake piston selalunya minyak brek akan keluar... nampak macam sengaja dibuat begitu untuk menakutkan kita).
"Takpelah dik, tukar brake pad ajelah..."
"Tapi bahaya sangat ni bang... boleh aksiden habis semua!!", ujarnya driving his point.
"Saya
selalu check engin dan tengok level minyak brek, minyak engin dan air
radiator... kalau bocor dah tentu saya tahu lebih awal sebab level
minyak brek akan berkurangan dan brek tak makan" kataku dengan tegas.
Bila
kutanyakan harga tayar pula, kononnya boleh kasi diskaun, tapi dia jack
up harga dulu. Kalau nak tipu pun tengok orang la... Penulis memang
tahu range harga harga tayar baru kat Kelang. Memang depa kat kedai
tayar Tangkak ni dari tokay sampai ke mekanik semua kaki penipu.
Sudahnya penulis suruh pasang balik tayar...bayar upah kat depa tu
RM10-00 dan meneruskan perjalanan ikut Highway supaya kurang menggunakan
brek. Tambahan pula hari hujan, takde nak drive laju pun. Alhamdulilah
selamat sampai ke JB.
Pencarian
spare part di JB menjelaskan kedudukan sebenar harga brake pad untuk
ESTIMA model TCR11. Penjelasan mengenai tiada bezanya brake pad untuk
caliper 1 piston atau lebih melegakan syak wasangka hati penulis. Setahu
penulis, brake pad adalah brake pad. Janji sama bentuk dan spesifikasi,
ianya boleh berfungsi tanpa mengira berapa banyak kaliper/piston yang
"menggigit" brake pad kepada brake disk. Prinsip asas hydraulik brek
sama aje. Kalau ada orang kata lain tu... maknanya ada perkembangan
terbaru dibidang sains atau hanya AUTA!
Sepasang
brake pad ESTIMA TCR11 hanya berharga RM60-00 sahaja. Made in Beranang,
Malaysia from a reputable OEM manufacturer. Export quality dan mematuhi
taraf ISO. Lokasi : Hock Guan Auto Spares (Johore) Sdn Bhd. Tel: 237 6010, 237 6015, 238 2308.
Upah pemasangan brake pad cuma RM40-00 di bengkel pilihan penulis.
Nota: Supplier alat ganti yang sama menjual oil filter Toyota TRC11 original pada harga RM18-00. Harga jual yang tertera adalah RM36.00 (kalau beli kat pusat servis kereta).
Upah pemasangan brake pad cuma RM40-00 di bengkel pilihan penulis.
Nota: Supplier alat ganti yang sama menjual oil filter Toyota TRC11 original pada harga RM18-00. Harga jual yang tertera adalah RM36.00 (kalau beli kat pusat servis kereta).
3 comments:
Salam tuan.... tuan pernah ada masalah rpm tinggi tak? Kalau pernah, apa punca dan solusinya... sy pun guna TCR11 1st model. Kalau gear pd N rpm akan lebih 1000...
tkasih.
Ashari
Waalaikumsalam,
Alhamdulillah saya takde menghadapi masalah rpm tinggi. Sebaliknya RPM kengkadang rendah dan kalau idle dalam jam lama sangat, boleh mati engin adalah. Ikut pengalaman saya, rpm rendah atau tinggi ni berkaitan dengan sistem elektrikal. Sila minta mekanik check distributor & wayar ke sparkplug, probably ada bahagian yg longgar or memang perlu diganti.
Pada saya masalah utama TCR11 ni engin dia kat bawah. Saya akan elakkan langgar puddle air, else bila berhenti nanti, kereta tak mahu nak start. Ada benda elektrikal masuk percikan air. Dah 3 kali kena tarik ke bengkel. Sudahnya saya ambil persiapan beli sebotol spray WD40 just in case. Malang - dalam perjalanan nak balik raya, engin mati... lepas hurung air, so berhenti tepi jalan dan sembur WD40 pada alternator. Dah takleh start, menapak ke bengkel minta bantuan... tapi bila mekanik sampai kereta dah boleh start....
Solusi mekanik - modify kepala connector bateri kepada yg lebih besar dari saiz standard. Sejak itu takde lagi kes engin mati lagi. Namun saya akan tetap elakkan mengharungi puddle air. Fobia!
Salam tuan..sya nak tnya dmna area jb juak spare part tcr11 yer..sya nak cari getah bahagian atas bumbung tu..ada hilang sebelah tq
Post a Comment