Thursday, January 03, 2013

Three Blind Mice ...... Aku, Engkau dan Dia

 
Three blind mice. Three blind mice.
See how they run. See how they run.
They all ran after the farmer's wife,
Who cut off their tails with a carving knife,
Did you ever see such a sight in your life,
As three blind mice?

Siapakah "Three blind mice?"  - Tiga watak yang bermain dalam kehidupan seharian kita.

Kita selalunya membuat perbandingan "Three blind mice" sebagai seloroh/ nursery rhyme lawak yang diajarkan secara nyayian penuh ceria kepada kanak-kanak kecil di TASKA yang merujuk kepada perangai badut/kebodohan/kelemahan orang lain. Tapi malang, ramai yang tidak mengambil iktibar  atau ibarah dari kisah tersebut.

Ya, sungguh amat mudah manusia mentertawakan kelemahan orang lain dan mendabik dada kononnya kita sempurna, tidak seperti mereka itu yang sedang diuji.

Pada hemat penulis, frasa "Three blind mice?" merujuk kepada "Aku, engkau dan dia".

Siapakah watak "Aku"?

Siapakah pula watak "Engkau"?

dan siapakah pula watak "dia"?

Aku adalah aku. Kataganti pertama merujuk kepada diri seseorang.

Engkau, selalunya merujuk kepada anda, kata diri kedua yang merujuk kepada awak yang membaca nukilan penulis.

Dia... adalah kata gantidiri ketiga. Orang lain yang (mungkin atau tidak ada pada mulanya) berkaitan di antara Aku dan Engkau.

Dalam perhubungan sehari-hari, Aku mungkin merujuk kepada sang suami, Engkau mungkin merujuk kepada sang isteri; dan
Dia - mungkin merujuk kepada wanita lain atau lelaki lain, orang ketiga.

Aku, engkau dan... dia (ala Mr. Bean pose)
Boleh jadi juga,
Aku merujuk kepada seorang Hamba Allah,
Engkau, merujuk kepada sang kekasih Hamba Allah tersebut; dan
Dia, merujuk kepada orang yang dilabel malaun yang mengganggu dan menghalang hubungan Engkau dan Aku.


Selalunya dalam kes yang penulis tolong selesaikan, tiga watak ini adalah watak TETAP DAN UTAMA yang memainkan peranan sebagai orang yang teranaiya, orang yang mengambil kesempatan dan/atau orang yang boleh duduk diam-diam dengan alasan yang amat remeh, AKU dan ENGKAU punya isu, takde kaitan dengan DIA. 

Siapakah yang BUTA dalam hal ini?


"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada".
(Al-Quran 22:46)


Ya, bukan mata yang buta, tetapi apa yang ada dalam diri kita ini!

Dalam konteks pilihanraya umum di Malaysia yang bahangnya makin hangat terasa,

Aku - mungkin juga merujuk kepada Rakyat,

Engkau - mungkin juga boleh merujuk kepada Kerajaan yang sedang memerintah; dan

Dia - boleh jadi merujuk kepada calon wakil parti pembangkang  atau wakil calon parti yang memerintah yang bertungkus-lumus mahu meraih sokongan anda sebagai pengundi.

Masing-masing berebutkan perhatian Aku, seorang RAKYAT yang akan megundi dan memberikan kuasa.

Macam-macam janji penuh emosi ditaburkan di sana sini!

Pendedahan demi pendedahan hebat dicanang-canangkan untuk menarik perhatian orang. Aku terpaksa duduk diam  berfikir dengan berhati-hati, melupakan emosi yang dijaja  untuk menentukan siapakah yang menjadi pilihan hati. Ada yang membangkitkan isu ketuanan bangsa, ada yang memainkan isu pembaziran, rasuah, kezaliman dan ketirisan pengurusan kewangan. Ada bermacam jenis gula-gula yang ditawarkan. Heran aku heran....bas stand yang tak pernah wujud sebelum ini di kawasan rumah Aku sekonyong-konyong didirikan dan siap dibina tak sampai seminggu seumpama magis! (Oh ya aku berterima kasih dan bersyukur, tapi mengapa hanya bila datang musim Pilihanraya baru Aku diberikan "hadiah" sebegini rupa. Sama ada Engkau ikhlas atau tidak, aku tidak tahu).

Tetapi apabila kelebihan, bantuan, perkara yang dihajati diperolehi, Engkau selalunya LUPA janji dan dengan mudah menyalahkan orang lain, memberikan seribu satu alasan bahawa ianya telah ditakdirkan akhirnya begini atau begitu, tanpa menghisab atau memikirkan kekurangan  yang ada pada diri sendiri dan tanpa memikirkan langsung bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah ujian dari Allah agar kita dapat memperbaiki diri sendiri, bertaubat dan kembali bertakwa kepada JALAN yang telah ditunjukkanNya. 


Fikir-fikirkanlah.

No comments: