Dah penat nak cakap... dah banyak kali diulangi kepada rakan-rakan yang asyik bertanyakan perkara yang sama kepada penulis, tapi rata-rata (mungkin bukan anda) ramai yang hanya tahu memandu tapi langsung tak tahu atau memperdulikan sangat perihal bagaimana nak servis atau maintain kenderaan agar selalu dalam keadaan baik. Menjaga kenderaaan agar senantiasa dalam keadaan baik adalah antara cara kita boleh menjimatkan kos penggunaan bahanapi dan juga agar kenderaan selamat untuk digunakan di jalanraya. Jangan terkejut kalau ada yang nak tukar tayar pancit pun sanggup tunggu mekanik datang!
Kalau tak reti tu... belajarlah. Kalau tak nescaya kemungkinan anda akan kena KELENTONG oleh mereka yang tidak bertanggungjawab adalah besar. Ramai yang masuk join membership AAM umpamanya (termasuk boss penulis) tetapi bila ada kes bateri kereta kong.... terpaksa menunggu berjam-jam lamanya. Itu pun tah berapa kali telefon, tukang hantarnya tak sampai-sampai... sedangkan bukannya susah pun nak tukar bateri kenderaan. Kalau cuma bab bateri kong... takde masalah sebenarnya sebab Century Battery ada hotline untuk hantarkan dan pasangkan bateri kenderaan anda yang kong. Rasanya perkhidmatan ini hanya ditawarkan di Lembah Kelang sahaja. So tak perlu membazir jadi member AAM. Ayah penulis sendiri pernah juga jadi member AAM ni, tapi bila ada masalah, batang hidung formen takde nampak pun.... so abis membership macam tu aje. Setakat hanya dapat majalah 6 bulan sekali... itu aje. Sudahnya pendekatan yang diambil adalah dengan berkawan dengan foreman tempat servis kereta, selalu bertanya (kenapa dan mengapa) semasa penyelenggaraan dibuat. Kalau nak tukar fius atau lampu yang terbakar pun tak mampu, teruk sangat la kome ni.
Bab yang kebanyakan orang selalu terkena adalah dalam hal harga peralatan yang rosak atau yang perlu digantikan umpamanya palam pencucuh (ada juga yang tak tahu palam pencucuh tua benatang apa ... apa la korang ni - dalam bahasa orang puteh - spark plug). Antara cara yang mudah untuk kita berjimat adalah dengan membeli sendiri alat ganti kenderaan kita sendiri di kedai alat ganti. Kalau kita beli dari tempat servis, memang sah depa akan jack up harga kononnya harga dah standard atau harga tu dah memang patut... alasan yang diberikan - INI BARANG DI JAMIN ORI BRO...sedangkan selalunya depa beli alat ganti yang kononnya ORI tu dengan harga yang murah sebab beli dengan jumlah yang banyak. Dalam hal ini kalau anda beli sendiri palam pencucuh jenama NGK kod BKR6E11 (selalu kereta Proton Waja dan Honda Accord gunakan) dari kedai alat ganti, biasanya boleh dapat dalam RM24-00 untuk 1 set. Cuba kita tukar palam pencucuh kat kedai servis... silap haribulan kosnya dah meningkat hingga mencecah RM50-00! Ori konon... oh ya, penulis ingin selitkan sedikit ilmu tambahan... palam pencucuh biasa cuba ada 1 "kaki" atau point percikan api. Ada jenis spark plug yang ada banyak kaki. Ada yang dua, empat, dalam bentuk groove bercabang dua, atau cuma ada satu kaki tapi berhujung tajam atau disalut dengan logam istimewa seperti platinum atau iridium (yang mungkin akan memanjangkan hayat penggunaan spark plug tersebut).
Berbalik kepada kisah spark plug jenama NGK kod BKR6E11 tadi, kalau kita tukar kat kedai servis depa ketuk RM50-00... lagi baik kalau beli sendiri aftermarket spark plugs yang compatible dengan saiz gap dan jenis diameter BOSCH yang berkaki empat ... harganya cuma RM56-00 satu set. Puas hati, tahan lama dan menjimatkan penggunaan bahan api. Nak install spark plug bukannya susah mana pun. Toolnya berapa ringgit aje harganya. Kalau harga kos pasang kat kedai servis pun sah cekik darah, sekejap aje dah balik modal anda semula. Kadangkala bengkel suruh tukar barang yang tak rosak.... or tak perlu ditukar pun ataupun mengesyorkan kenderaan anda menggunakan minyak engin sintetik yang mahal beratus ringgit sedangkan anda sewajarnya menggunakan kereta engin jenis mineral yang memerlukan minyak yang "tebal". Kalau kenderaan lama guna minyak sintetik yg nipis, rajin-rajinlah tengok level minyak engin anda... kalau makin berkurangan sedangkan tak ada kebocoran, jenis minyak engin yang digunakan terlalu nipis dan tidak sesuai.. unless anda banyak duit dan tak kisah asyik top-up minyak engin selalu!
No comments:
Post a Comment