Jumaat, Disember 16, 2011

My GF is a Gumiho

Cinnamon & Type 2 Diabetes

  1. Alam Khan, MS, PHD123,
  2. Mahpara Safdar, MS12,
  3. Mohammad Muzaffar Ali Khan, MS, PHD12,
  4. Khan Nawaz Khattak, MS12 and
  5. Richard A. Anderson, PHD3

+ Author Affiliations

  1. 1Department of Human Nutrition, NWFP Agricultural University, Peshawar, Pakistan
  2. 2Post Graduate Medical Institute, Hayatabad Medical Complex, Peshawar, Pakistan
  3. 3Nutrients Requirements and Functions Laboratory, Beltsville Human Nutrition Research Center, Beltsville, Maryland
  1. Address correspondence and reprint requests to Dr. Richard A. Anderson, Nutrient Requirements and Functions Laboratory, Beltsville Human Nutrition Research Center, Bldg. 307, Rm. 224, Beltsville, MD 20705. E-mail: Anderson@307.bhnrc.usda.gov

Abstract

OBJECTIVE—The objective of this study was to determine whether cinnamon improves blood glucose, triglyceride, total cholesterol, HDL cholesterol, and LDL cholesterol levels in people with type 2 diabetes.

RESEARCH DESIGN AND METHODS—A total of 60 people with type 2 diabetes, 30 men and 30 women aged 52.2 ± 6.32 years, were divided randomly into six groups. Groups 1, 2, and 3 consumed 1, 3, or 6 g of cinnamon daily, respectively, and groups 4, 5, and 6 were given placebo capsules corresponding to the number of capsules consumed for the three levels of cinnamon. The cinnamon was consumed for 40 days followed by a 20-day washout period.

RESULTS—After 40 days, all three levels of cinnamon reduced the mean fasting serum glucose (18–29%), triglyceride (23–30%), LDL cholesterol (7–27%), and total cholesterol (12–26%) levels; no significant changes were noted in the placebo groups. Changes in HDL cholesterol were not significant.

CONCLUSIONS—The results of this study demonstrate that intake of 1, 3, or 6 g of cinnamon per day reduces serum glucose, triglyceride, LDL cholesterol, and total cholesterol in people with type 2 diabetes and suggest that the inclusion of cinnamon in the diet of people with type 2 diabetes will reduce risk factors associated with diabetes and cardiovascular diseases.

Isnin, Disember 12, 2011

Permataku yang Hilang

Berikut adalah sedutan karya romantis karya Buya HAMKA: Tengelamnya Kapal Van der Vijk yang pernah penulis ceritakan dalam salah satu entry blogku ini. Ada antara saudara-mara sendiri yang berasal dari bumi Minang tak tahu kisah tragis ini... sungguh, sebab buku yang satu ini, kawan baik penulis Bro KK sanggup dua (2) kali mengikut penulis dan keluarga balik ke bumi Minang & khabarnya (pecah cerita dalam Facebook, kisah lama kawan-kawan masa mengaji di UIA yang berebut nak baca buku ni)....

"Hayati!” kata Muluk memecah tercengang Hayati dalam kamar itu.

"Di sinilah anak muda yang malang itu selalu menyedari nasibnya. Tetapi dari sinilah kemasyhurannya dalam kalangan kesusasteraan bangsa yang mulai tumbuh ini..."

“Kalau begini indahnya kamar ini, mengapa saya dilarang masuk‘?” tanya Hayati.

“Inilah sebabnya,” kata Muluk, sambil mengambil sebuah tongkat, berulukan gading, dari kemuning tua Donggala, kiriman kepala kampung di sana yang tertarik dengan karangan-karangan Zainuddin.

"Inilah sebabnya katanya sambil menghindarkan tutup sutera yang melindungi gambar di atas kepala almari kitab itu. Kiranya gambar Hayati yang telah diperbesar. Gambar Hayati semasa masih gadis. Di bawah gambar itu tertulis: "Permataku yang hilang”.

Hayati terkejut melihat gambar itu, wajahnya pucat, terlompat dari mulutnya perkataan: "0 ... Bang Muluk! Rupanya dia masih ingat akan daku!"


"Ingat, dan selamanya dia tak akan lupa. Tetapi Hayati yang dicintainya itu telah hilang.”
"Dia masih ada Abang, ini dia!” "Hayati yang dicintainya tidak ada lagi, telah mati. Semangat Zainuddin telah dibawanya bersama-sama ke kuburnya. Hayati yang menumpang di rumahnya sekarang, adalah sahabatnya, isteri pula dari sahabatnya ...”

Diperturunkan pautan kepada Sandiwara Radio kisah ini yang dibikin kaset pada tahun 80an. Off course, membaca bukunya jauh lebih baik dari mendengar audio.
http://www.4shared.com/audio/qhc22fSB/hamka_--tenggelamnya_kapal_van.html

Khamis, November 17, 2011

Kasihnya Nabi kepada Ummatnya

Daripada Jabir Radhiallahu berkata: Rasulullah S.A.W bersabda : "Perumpamaan aku dan perumpamaan kamu adalah seperti seorang lelaki yang duduk berdekatan unggunan api, maka banyaklah belalang dan rama-rama (kelkatu) yang menjatuhkan diri ke dalam api itu, maka orang itu berusaha sedaya upaya untuk menyekat binatang-binatang tadi supaya jangan sampai jatuh ke dalamnya. Aku ( Rasulullah s.a.w) berusaha memegang simpulan kain kamu supaya kamu jangan jatuh ke dalam jurang api neraka, namun ramai di kalangan kamu masih juga hendak melepaskan diri dari pegangan ku.
H.R Muslim

Malam tadi, Ustaz Don Daniyal muncul memberikan tazkirah di TV AlHijrah (saluran TV bercorak keagamaan kegemaran penulis sejak siaran ASTRO penulis potong sepulangnya dari Tanah Suci). Syabas kepada Ustaz Don Daniyal yang pandai berinteraksi dengan penonton. Adakalanya mimik muka dan cara percakapnya amat mengelikan hati dan tidak kurang juga cara penyampaian beliau yang boleh menyebabkan penonton menitiskan airmata. Semoga Ustaz dapat terus berdakwah dengan pendekatan sebegini. Tiap hari bab lain, topik lain - ada bab tajwid, bab fiqah dan lain-lain lagi. Memang memberikan keinsafan yang amat mendalam. Siarannya keudara tak lama cuma lebih kurang 30 minit campur pesanan penaja, tapi mesej yang diberikan adalah padat dan bernas. Penerangan Ustaz mengenai hadits diatas sangat shahdu sekali.

Jadi sekarang mana kita nak pilih - sanggupkah kita mahu menepis tangan seorang Nabi yang tiada mempunyai niat selain mahu menyelamatkan kita dari jatuh ke dalam Neraka? Nabi kasihkan umatnya, tapi apakah kasih kita setimpal dengan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita?

Ahad, November 13, 2011

Free tickets to see Allah

If you get five tickets to see Allah.. wouldn't you take them?

Allah gives you five free tickets (Solat). If you don't put your forehead on the floor (pray) you would miss the chance to see him. No doubt severe punishments are waiting for you if you don't pray.
Remember,you don't have a gurantee of a long-life, so pray now!! You won't know when the end is going to come to you.

Jumaat, November 11, 2011

Restricted Residence Act 1933 repealed!

DR 27/2011 A BILL intituled

An Act to repeal the Restricted Residence Act 1933.

ENACTED by the Parliament of Malaysia as follows:

1. Short title

This Act may be cited as the Restricted Residence (Repeal) Act 2011.

2. Repeal of Act and saving

(1) The Restricted Residence Act 1933 [Act 377] is repealed.

(2) The repeal of the Restricted Residence Act 1933 shall not affect any order issued or made, or action or proceedings taken, under the repealed Act prior to the date of coming into operation of this Act.

3. Order to cease to have effect, etc.

Notwithstanding subsection 2(2), on the date of coming into operation of this Act, any order issued or made under the repealed Act which is still in force on the date of coming into operation of this Act shall cease to have effect and any pending action or proceedings under the repealed Act shall be discontinued.

******************************

The above is the whole Act of Parliament repealing the Restricted Residence Act 1933 which contents is self explanatory. Teringat zaman first year in law school dulu. Punyalah banyak case laws kena baca & fahamkan on this Act where civil liberties being restricted by an ancient Act of Parliament. But in this information age of K-Economy...seandainya Akta ini tidak dimansuhkan sekalipun, kena restricted to one area does not mean dia takleh buat apa-apa. He can still do internet banking, read a book or magazines "go" overseas, study in an online university etc. Kalau tak salah, even in Islam this type of punishment or banishment is allowed under Takzir.

Selasa, November 01, 2011

Nenek pulang ke Rahmatullah

01/11/11

Mendapat berita melalui telefon bahawa nenek yang sekian lama uzur, telah pulang ke Rahmatullah lebih kurang jam 12.30 malam WIB di Bukittinggi, Sumatra Barat. Mohon kiriman doa dari keluarga, rakan & teman sekalian untuk nenek, Allahyarhamha Timursila,agar salah silapnya dimaafi, dosanya diampuni, ruhnya dicucuri rahmat dari Illahi dan ditempatkan berserta golongan siddiqin, shuhada serta solehin.

Al-Fatihah.

Selasa, Oktober 25, 2011

Action & Reaction

“While we are free to choose our actions, we are not free to choose the consequences of our actions” - Stephen Covey

Laporan Audit Negara bagi tahun 2010 telah dikeluarkan semalam dan sesalinan laporan tersebut yang melibatkan projek dimana penulis terlibat amat menarik perhatian. Rata-rata pihak media hanya menceritakan pencapaian yang baik-baik sahaja untuk ditunjukkan kepada rakyat. Kenapa yang bocor, tiris dan projek yang dijalankan yang tidak mendengar nasihat tidak ditunjukkan?

Kenapa kita dianjurkan supaya berfikir? – sedangkan rata-rata, aksaran nas, majoritinya memilih untuk berdegil dan tidak berfikir! Malah nasihat golongan orang yang berfikir hanya dibakul-sampahkan. Bila kena odit, baru mengelabah memohon pertolongan atau mencari alasan menunding jari kepada orang lain, sedangkan anda selama ini hanya mengenepikan pandangan ikhlas yang diberikan!

Banyak tindakan yang diambil dan keputusan yang dibuat, sama ada secara individu atau berkumpulan adalah seumpama ”group think” – just follow the mob, tak payah berfikir lagi dengan hujah bahawa:
  • orang lain dalam situasi yang sama pun akan pasti membuat keputusan yang sama, membuat pilihan yang sama;
  • barang yang lepas jangan dikenang, nanti kita boleh buat damage control – boleh tutup kes and get away with it;
  • kalau buat keputusan untuk organisasi - pakat sama-sama, tidak perlu gusar, kita semua tanggung ramai-ramai – takde siapa nak siasat kita sorang-sorang!.
  • Ya, saya tahu ini hanya ”quick fix”. Tapi terpaksa – ”darurat” - buat juga untuk menyelamatkan keadaan dan kedudukan saya didalam organisasi. Nanti kalau dah tak terkawal sama ada resign atau ditukarkan jabatan aje!
Sama ada sedar atu tidak, kegagalan kita untuk berfikir akibat masa depan kepada diri sendiri atau organisasi akan menyebabkan kerugian masa, tenaga dan wang ringgit dan juga kekesalan berterusan yang akan datang kembali menggigit kita pada masa akan datang.

Selama ini, anda hanya memikirkan alasan yang mungkin boleh diberikan kepada orang perseorangan yang anda pernah sakiti atau kepada pihak Jabatan Audit Negara apabila projek anda didapati bermasalah. Berfikirlah dengan matang dan lebih jauh lagi - sekiranya ianya melibatkan kesusahan dan penganaiyaan trauma, mental atau fizikal yang berterusan kepada orang lain walaupun hanya seorang, fikirkan juga - walaupun mereka yang dianaiya tersebut (sekiranya anda memohon maaf kepada setiap dan tiap-tiap orang) telah memberikan kemaafan dan menghalalkan tindakan anda – sesungguhnya anda TETAP akan ditanya juga kelak!

Apakah jawapan yang akan anda kemukakan untuk melepaskan diri apabila laporan catatan Illiyin dan Sijjin dibentangkan didepan Mizan dan anda ditanya mengenainya satu persatu di akhirat kelak?

Renungilah satu persatu tafsiran surah dibawah ini. Sekiranya ditolak menjadi imam dalam solat berjamaah, penulis mencintai surah ke 84 didalam AlQuran ini dan sering membacanya disertai dengan sujud sajadah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Apabila langit terbelah!
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
Dan apabila bumi diratakan,
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
Maka Aku bersumpah, demi mega;
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
(Sujud sajadah)
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.