Selasa, Jun 14, 2011

Nenek Singapore pulang ke Rahmatullah








Rasulullah SAW memerintahkan ummatnya berlindung dari azab kubur.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim doa berikut:


“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:


“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Takziah diucapkan kepada keluarga Nenek Singapore yang meninggal dunia kelmarin. Penulis dan keluarga berkesempatan untuk menziarahi dan menatap wajah nenek buat kali terakhir. Bersama-samalah kita mendoakan agar ruh nenek (dan tak lupa juga kepada saudara-mara yang lain serta ummat muslimin dan muslimat yang lain) yang telah pergi meninggalkan kita, dicucuri rahmat dan diberikan pengampunan Allah S.W.T.

Al Fatihah.

Rabu, Jun 08, 2011

Karakter Berlian

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Berlian, asalnya hanyalah karbon berwarna hitam bersifat lembut kerana atom-atomnya mudah tergelincir apabila semakin kuat mengalami tekanan bertambah kukuh dan kuat dan proses yang dialami berlian itu memakan masa yang sangat panjang, mencapai ribuan atau jutaan tahun lamanya menghadapi segala cubaan, tekanan dan haba kepanasan melampaui beribu darjah celcius. Akhirnya hablur yang terhasil sangat keras, menjadi bahan yang paling keras didunia dan mampu untuk memotong apa jua bahan lain, bukan hanya kepingan kaca, malah ianya digunakan sebagai mata gerudi dalam usaha carigali minyak dek amat teratur dan kerasnya struktur komposisi berlian.

Alhamdullilah, kita masih lagi berpeluang menikmati indahnya sinar suria yang menghiasi alam maya ini, masih berpeluang untuk menambah bekal amalan. Lokasi: Pantai Mutiara, Danau Singkarak, Sumatra Barat Nikon D40 18mm f10

Begitulah diri kita manusia, begitu kuat sekalipun tekanan yang kita hadapi sama menjalani kehidupan, pekerjaan atau apa saja yang kita laksanakan, jika kita bersabar dengan apa jua tekanan dan cabaran Insya Allah kita akan menunjukkan karakter berlian dalam diri kita. Ianya bukannya suatu yang mudah untuk dilalui. Kita mungkin akan merasa susah, akan timbul rasa kesal, sedih, sayu seolah-olah dunia ini dirasakan amat sempit sekali, merasa diri amat keseorangan menghadapai semua cabaran ini:

(Antara keluhan yang pernah diluahkan kepada penulis sebagai seorang sahabat/peguam)
  • ah! mengapa aku diuji dan menderita sebegini berat??
  • mengapa aku dianaiya oleh adik-beradik sendiri? Aku hanya mahukan bahagianku sahaja - bukan nak bolot semua harta peninggalan ayahku!
  • kenapa anak perempuan yang amat ku sayangi tak mahu mendengar nasihat malah meneruskan untuk bernikah dengan lelaki yang tak pernah kami kenali, malah tidak pernah bersua muka? Manakah perginya adab seorang anak? Nanti Allah tunjukkan semasa didunia ini bagaimana? (keluh seorang ayah)
  • mengapa isteri ku keluar dari rumah, meninggalkan ku dah tidak pulang-pulang?
  • Kenapakah aku menderita sakit kronik begini?
  • Gaji bulanan ku tidak dapat menampung kos sara hidup yang makin menggila naik!
  • Malang - aku punya banyak calon isteri, tapi tak memiliki sesen wang atau harta pun untuk menikah walau hanya seorang!!
  • Apa dosaku diberhentikan kerja?
  • Apa nak jadi hah! pihak pengurusan kata yang dalam slip gaji tu bonus, kemudian depa U-Turn jadi "advanced"... kena bayar balik!!!
  • Aku berlaku adil, jujur dan telus, mengapa kekasih hati yang akan ku nikahi berpaling?
  • Malangnya nasibku - Aku sudah berusia 40an...malu digelar mak dan abah sebagai ANDALUSIA ... (anak dara lanjut usia)
  • Dalam banyak kenderaan yang ada - kenapa kereta burukku juga yang dicuri orang!!!
  • Bekas isteri halau dan menghalang aku bertemu dengan anak-anak.....
  • Anak-anakku hilang tanpa kesan dilarikan bekas suami!!!!!!! aku amat merindui mereka.......
  • Apakah salah dan silapku - suamiku berkahwin lagi....
  • Aku duda, dia pun sama, duda gak - kenapa ko dengki nak kacau juga janda pilihan yang akan ku nikahi??
  • ibubapaku tidak merestui gadis pilihanku untuk dijadikan isteri!!
  • Bosan....kata kita nak menikah, sekejap setuju, sekejap U-Turn... please make up your mind!!!
  • pakcik dahulunya adalah rakan akrab ahli politik selatan tanahair, saban hari berpoya-poya menikmati kesenangan dunia bermain perempuan, mabuk ke sana ke mari, apabila ahli politik tersebut dijatuhkan, projek-projek ku habis lingkup, aku terheret sekali dan harta bendaku dilelong bank.... anak dan isteri tak menghiraukan aku lagi...janganlah ikut jejak langkah pakcik....
  • telah berpuluh tahun berlalu, namun pakcik tidak bisa melupakan bekas kekasih serta ahli keluarganya. Pakcik dapat tahu dia juga masih ingat kepadaku walaupun sudah berkeluarga... apakah salah kami hingga jadi begini?
  • anakku terjebak dengan dadah.... aku kesal aku tak memantau aktiviti dan pergaulan harian anakku!!!
  • Polisi jabatan, kalau salah - memang salah tersebut di "bin" kan kepada aku sedangkan aku tidak tahu menahu apa yang telah berlaku - manakah dia keadilan?
  • ibuku baru meninggal dunia, aku amat merinduimu ibu....
Bilakah datangnya pertolongan Allah????????????????????

Inilah antara cabaran yang dihadapi oleh anak Adam sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini. Ruangan masa yang diberikan dipentas dunia adalah amat singkat. Maka raihlah karakter berlian dengan mematuhi skema tatacara kehidupan yang disampaikan oleh Rabbul Alamin melalui Insan Utama, Nabi Muhammad S.A.W. sebelum kita turun dari pentas dunia yang fana ini. Kita semua adalah rakan-rakan seperjuangan penumpang dalam keretapi cahaya (masa) menuju perhentian terakhir - Kita tidak mengetahui bilakah masanya kita akan turun dari keretapi cahaya yang kita naiki bersama dan sampai ke destinasi akhir kita. Kelak esok kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa jua perbuatan dan tinggalan kita semasa kita hidup.

Ujian datang tak kira masa - masa senang dan juga ketika susah. Hadapilah ujian semasa senang dengan bersyukur pada Allah yang Maha Esa dan ujian semasa kesusahan dengan sabar. Sedarlah wahai teman, bahawa apa pun ujian yang datang adalah sebenarnya rahmat Illahi yang bersifat tarbiyah bertujuan untuk menaikkan darjat kita di sisi Allah. Ianya juga adalah kafarah untuk menggugurkan dosa dan salah-silap kita dimasa lalu.

Trainer memberikan kesimpulan karakter berlian. Ketik gambar untuk membesarkannya.

Pilihan kita hanya ada dua. Buatlah pilihan yang tepat -
  1. memilih untuk menjadi umpama berlian semasa hidup kita didunia, tahan dan rela ditekan dan tahan dibakar sehinga berkilau menjadi berlian untuk meneruskan kehidupan yang kekal abadi dengan mengikuti syariahNya; atau

  2. memilih jalan selain dari apa yang disyariatkanNya - menganggap dan menyangkakan diri kita sejak azali lagi adalah berlian, tapi kemudiannya di akhirat kita dicampakkan kedalam Api Neraka yang tidak kunjung padam yang panasnya berganda-ganda dari api dunia!
Kepada Allah jugalah dipohonkan segala hajat dan keperluan. Sesungguhnya segala apa yang kita ada atau tiada dan diambil kembali daripada kita adalah juga merupakan ujian. Maka janganlah dicabut dari hati, kecintaan kita kepada Allah. Tanpa Allah dalam diri kita, hidup kita tidak mempunyai apa-apa makna.

Ahad, Mei 29, 2011

Rabu, Mei 11, 2011

Itinerary for Bukittinggi Trip May 2011

14 May
- Arrival @ Minang International Airport
- Sight seeing in Padang city- Jambatan Siti Nurbaya
- Dinner at Padang Sea Side
- Check in Ambon Suri Hotel

15 May
- Shopping at Pasar Aur Kuning
- Lunch at Restoran Simpang Raya @ Aur Kuning

16 May
- Shopping at Pasar Atas
- Sight seeing at Panorama, Fort de Kock and Jambatan Limpapeh.

17 May
- Sight Seeing to Kota Gadang, Danau Maninjau, Rumah Buya Hamka and Pandai Sikek
- Check in Nikita Hotel

18 May
- Sight seeing to Air panas Solok, Danau Singkarak, Istana Pagar Ruyung and dinner @ Tabek Patah.

19 May

- Lunch @ Parit Antang
- Free activity

20 May

- Free Activity

21 May
- Padang Panjang Minang Cultural Village
- Board flight to Malaysia

Selasa, Mei 03, 2011

Roti Rasulullah S.A.W.

A couple of months ago, sepulang penulis dari tanah suci, I bought an industry class mixer for my wife at a very cheap price RM888 to be exact (I tell you the machine is really huge!). It is to be used mainly for breadmaking and all sort of bakery produce. Kalaulah penulis mengetahui bahawa memasak roti dan kek adalah merupakan hobi terpendam my wife, dah lama dulu dah penulis belikan. Selama ini keinginan untuk menceburi hobi tersebut dipendamkannya seorang diri maka penulis tidaklah mengetahuinya dengan mendalam. Maka sejak dapat mixer besar itulah penulis dapat merasa roti sihat (wholemeal) yang dibuat sendiri (mesin besar gedabak tu la yang buat the dongkey job menguli tepung) since penulis dinasihati tidak menjamah lagi roti putih yang tinggi indeks glcemic. Cuba uli sendiri... boleh pengsan tau!

I think my wife had perfected her baking skills in this area... hehehe...after many trial and errors. We had also, through our friends, collected some text book on baking - yes part of it is science.... and involves the mixing of items of different chemical properties. Siapa yang nak the texts kami dah scan dalam bentik PDF - again this is really huge!) We want to keep the healthy part of breadmaking and avoid using any form of preservatives. Hasilnya amat mengujakan - roti yang dihasilkan amat sedap, tapi tidak tahan disimpan lama. So kami takleh nak produce dalam kuantiti yang banyak. Hanya cukup untuk keperluan kami sekeluarga.

I have been toying with the idea of instead of having a wholewheat flour, why not kita substitute gandum with barli... kenapa? Khabarnya Nabi S.A.W. pun makan roti dan roti yang dimakan baginda diperbuat dari tebung sya'ir (translation - barli) dan roti yang diperbuat dari barli bukanlah (emphasis added) roti yang istimewa, kembang, gebu, putih sebagaimana yang kita nikmati dan beli dikedai! Apakah gamaknya rasa roti yang dimakan Rasulullah S.A.W.? Mungkin diet pemakanan Nabi S.A.W. mempunyai rahsia dan hikmatnya yang tersendiri.

Sya'ir atau barli adalah jenis bijirin yang menghasilkan roti paling rendah mutunya Kadangkala sya'ir ini dijadikan makanan ternakan dan apabila dihaluskan ianya boleh dibuat makanan manusia. Roti yang dibuat dari sya'ir juga tidak bagus mutunya.

Diriwayatkan dari Anas r.a. : Rasulullah s.a.w. tidak pernah makan di atas meja dan tidak pernah makan roti gandum yang halus hingga wafatnya.


Kenapa
sya'ir/barli menjadi pilihan? Kajian sains zaman terkini menunjukkan bahawa sya'ir/barli mempunyai amat banyak khasiat untuk manusia. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai kehebatan barli di link ini.

Jadi berdasarkan kepada hadis tersebut dan juga bukti saintifik yang dikemukakan, kita patut bersyukur kerana Insan Utama, Rasulullah S.A.W. sendiri tidak berpeluang mengecapi roti yang baik mutunya semasa hayat beliau dan Baginda hidup serba kekurangan walaupun menjadi pemimpin ummat akhir zaman. Sewajarnya kita yang berpeluang menikmati rezeki yang luas, makanan yang enak, ada rumah yang lengkap mencontohi baginda dalam tingkah laku perbuatan kita, memperbaiki diri dan berusaha lebih-lebih lagi dalam melipat gandakan usaha dan amalan baik agar menjadi bekalan perjalanan kita menempuhi alam lain kelak.

Now, anyone interested nak merasa roti barli rasa dia macam mana???

Rabu, April 13, 2011

CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT

Frankly this is not my original writing – it is taken from a circular email at my work place where I attended the Stay & Keep Fit Programme for a couple of months now. A few weeks ago I had to learn the poco-poco and a few ..ehemm.. sisters dengan murah hati mengajarkan step poco-poco to a blushing me… hahahah… I can feel all the stares of all other people watching… haaa… Tn Haji ikut keep fit ye…hehehe. Malunya dahlah steps sumbang macam kayu! (of course I had to be the person paling depan sekali… else memang saja aje datang cuci-mata tengok sisters tu bersenam)… I guess depa yang lain tertanya-tanya why the special attention on this particular guy… kalau baik hati ringan tangan - kan semua org sayang! two weeks later… Sobihul Somahah Mufti Perak mengeluarkan fatwa mengharamkan poco-poco. And would that be the end of my keep fit programme… entahlah…

----

Lakukan Perubahan kepada Tiga Perkara

a) Pemakanan Anda

b) Menu Harian Anda

c) Aktiviti Fizikal Anda

UBAH PEMAKANAN ANDA

· Makan ikut keperluan harian anda. Ianya bergantung kepada umur, jantina , status aktiviti fizikal dan pekerjaan seseorang

· Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, seperti makanan yang bergoreng, bersantan dan mengandungi lemak haiwan

· Lebihkan pengambilan sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.

· Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.

· Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air-kosong dan minum secukupunya ( sekurang-kurang 8 gelas sehari)

UBAH MENU HARIAN ANDA

Kurangkan jumlah pengambilan makanan secara beransur-ansur

Rancang menu yang enak, berkhasiat, kurang lemak dan kurang minyak dan menepati selera

Pilih menu yang mudah dan cepat disediakan (tidak rumit & memakan masa)

Makan mengikut waktu yang teratur dan tetap.


TINGKATKAN AKTIVTI FIZIKAL ANDA

Kurangkan menonton TV atau tidur di siang hari

Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki dan senamrobik.

Tingkatkan tahap dan masa aktiviti fizikal anda mengikut kemampuan secara beransur-ansur

Gunakan tangga di tempat kerja

Libatkan diri anda dalam aktiviti fizikal secara berkumpulan seperti Program `Jom Bersenam', senamrobik dan sukan berpasukan.

Rabu, Mac 30, 2011

NIKON Malaysia's 10th ANNIVERSARY CELEBRATION

The title and link is self explanatory. The 10 free seminars/talk is a steal - free of charge. DSLR users dapat service sensor kamera free! And there are also contests ... I am sending my wife to take part.

http://www.nikon10.com.my/

See you there!

Penjejak Awan

It has been a couple of months since I became the proud owner of my new ride. Its a gift from my wife. Unlike some friends of mine yg lebih selesa menunggang kuda asli, (how I wish I can afford one) the one that I have is made of aluminum alloy and weights less than 11.5kgs and it is a foldie white in colour codenamed "cloud": If you guys see someone riding a white foldie near TESCO/Shah Alam Stadium after fajr prayers, that person would probably be me! Kalau petang-petang ... jika cuaca mengizinkan, that lonely figure riding a white foldie in almost white attire and white helmet kat Subang Jaya lakes, happily buat lap in the abandoned go--kart race track..... tegur-tegurlah ya.

Do not underestimate its small size..... its is amazingly fast and nimble... petang semalam a much younger chap on a racer thought he can run circles around the cloud... boleh tahan jugak cloud ni, walaupun ianya cuma ada 3 gears and it is not built for speed though...

I now own two foldies - mind you that these are their real names printed on the bikes' frames - the first is "WIndy" and now the second, "Cloud".... kebetulan aje tu kot? Wind and Cloud..... (Fung Wan theme song blaring on the background).....hmmmmm...

Khamis, Mac 24, 2011

Contoh Surat Wasiyat dan Pesanan Terakhir Seorang Muslim (English)

Nota : Anda juga mungkin mahu merujuk kepada link terdahulu (Dalam bahasa melayu) iaitu di http://superstage.blogspot.com/2009/09/contoh-surat-wasiat-pesanan-terakhir.html

[In the Quranic words - In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful]

Praise be to Allah, peace and blessing of Allah be upon His Messenger, the Prophet Muhammad S.A.W., the last of the Prophets.

THIS IS THE LAST WILL of me, ( insert name ) NRIC No ( ) of ( address ) duly affirmed and witnessed by the undersigned witnesses that I am of healthy and sound mind which enable me to appreciate the nature of the will and the responsibilities it entails; and who bear witness that there is no God except Allah; alone with no associates and Prophet Muhammad (s.a.w.) is his slave and Messenger and Paradise is true and so is Hell; Hereafter (akhirat) is no doubt coming and Allah resurrects those in graves;

I enjoin my children, family and relatives to fear Allah Azzawajalla and to obey Him and to remain firm on His syariat and religion and they shall not die unless they are Muslim;

I also enjoin that when the span of life of His creatures is arrived, as determined by Allah, they shall be careful with my estate, by paying the expenses for the purpose of my funeral ceremony and burial, then to discharge of my debts which have been liable on my zimmah.

I now hereby acknowledge in the presence of those witnesses that such debt shall be paid to:
(i) (state name or names) in the amount of (state amount);
(ii) (state name or names) in the amount of (state amount);
(iii) (state name or names) in the amount of (state amount); and then,

the payment of my legacies out of one-third from my estate to:
(i) (state name) in the amount of (state amount);
(ii) (state name) in the amount of (state amount);
(iii) (state name) in the amount of (state amount);and then

the distribution of the residue among my successors. They are:
(i) (state name) in the amount of (state amount);
(ii) (state name) in the amount of (state amount);
(iii) (state name) in the amount of (state amount); and then

as prescribed by the Syariat of Allah Ta'ala and I also enjoin that they take care for my infant; they are
(i) (state name) in the amount of (state amount);
(ii) (state name) in the amount of (state amount);
(iii) (state name) in the amount of (state amount);and
and to administer their shares until they have reached the age of baligh and maturity; and

I appoint ( state name of executor(s) ) to be my executor[s] and I trust his or their (religion, trustworthiness, good character (adil) and sound judgment and it is in his or their absolute discretion to do such act or thing as his or they deem fit for the benefit of them and this appointment has been accepted by the abovenamed executors[s] in accordance with Islamic law in the presence of the undersigned witnesses and I so declare accordingly.


Dated this day of


Signed by the said testator
In the presence of us, who at
Request and in his presence
Have subscribed our names as (Name of testator) (Signature)


Witnesses
(Signature)


Witnesses
(Signature)

*Please amend accordingly

MENYAMBUT TETAMU TERAKHIR

Tahukah siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungi kita? Tahukah anda tujuan ia menziarahi dan menemui kita? Apakah hajatnya? Ketahuilah! Ia tidak datang kerana mahukan hartamu atau kerana mahu menikmati hidangan lazat yang selalu kau perolehi setiap hari, dia datang tidak kerana untuk meminta bantuan darimu untuk membayarkan hutangnya atau meminta sokongan politik untuk projek yang mahu diusahakannya atau meminta bantuanmu untuk perkara yang tidak dapat diselesaikannya.

Tetamu itu datang untuk melaksanakan satu urusan yang amat penting yang engkau telah ditetapkan mempunyai kaitan dengannya. Seluruh penduduk langit dan bumi walau berkerjasama untuk menghalang misi tetamu ini nescaya akan gagal segala usaha mereka. Walau anda tinggal dalam benteng atau kubu yang serba canggih dan dikawal dengan alat pertahanan dan pengawalan yang ketat tidak akan dapat menahan kedatangan tetamu ini.

Ia datang tanpa memerlukan apa-apa izin, kebenaran atau perlu temujanji, tanpa undangan - tidak kira sama ada kamu sedang menikmati waktu lapang atau waktu sibuk, masa kamu masih kaya atau dalam kesusahan, masa kamu sihat ataupun sedang sakit, samaada kamu sedang bermusafir dinegara orang atau sedang berehat didalam rumahmu. Tetamu ini memiliki hati yang teguh dan tidak akan terpengaruh dengan rayuan tangismu atau boleh diberikan rasuah/sogokan untuk menangguhkan tugasnya untuk memberikan kesempatan masa bagimu. Tiada alasan boleh diterima oleh tetamu ini walau selogik akal sekalipun kononnya kamu memerlukan masa untuk menilai semula kehidupanmu dan agar kamu dapat membuka lembaran baru untuk memperbaiki catatan kehidupan dalam hidupmu. Padanya seluruh harta bendamu tidak bernilai apa-apa disisinya.

Ia hanya menginginkan dirimu saja, bukan orang lain! Ia mahui kesemuanya bukan separuh badanmu! Ia ingin membinasakanmu! Ia ingin kematian dan mencabut nyawamu! Menghancurkan raga dan mematikan tubuhmu! Dia lah malaikat maut!!!

Tahukah anda bahawa kunjungan Malaikat Maut merupakan sesuatu yang pasti? Tahukah Anda bahawa kita semua menjadi musafir di tempat ini? Sang musafir hampir mencapai tujuannya dan mengekang kendaraannya untuk berhenti dihujung destinasi? Tahukah Anda bahawa pusingan kehidupan hampir akan terhenti dan kenderaan usia sudah mendekati persinggahan terakhirnya? Sebahagian orang soleh mendengar tangisan seseorang atas kematian temannya, lalu ia berkata dalam hatinya, "Aneh, kenapa ada kaum yang akan menjadi musafir menangisi musafir lain yang sudah sampai ke tempat tinggalnya?"

Tahukah Anda bahawa kunjungan Malaikat Maut kepadamu akan mengakhiri hidupmu? Menyudahi aktivitimu? Dan menutup lembaran-lembaran amalmu? Setelah kunjungannya itu, kita tidak akan dapat lagi melakukan satu kebaikan pun. Tidak dapat melakukan solat sunat dua raka’at. Tidak dapat membaca satu ayat pun dari kitabNya. Tidak dapat bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, beristighfar walaupun sekali. Tidak dapat berpuasa walaupun sehari. Tak upaya lagi untuk bersedekah meskipun sedikit. Tidak dapat melakukan haji dan umrah walaupun mempunyai banyak wang dan persiapan. Tidak dapat berbuat baik kepada kerabat atau pun tetangga. Suratan amalmu sudah berakhir dan engkau hanya menunggu perhitungan dan pembalasan atas kebaikan atau keburukanmu!!

Oleh itu, mana persiapanmu untuk menemui Malaikat Maut? Mana persiapanmu untuk alam kubur ketika menghadapi pertanyaan, ketika di Padang Mahsyar, ketika hari Hisab, ketika ditimbang di Neraca Keadilan Ilahi (Mizan), ketika diperlihatkan lembaran amal, ketika melintasi Sirat dan berdiri di hadapan Allah Al-Jabbar?

Bermuhasabahlah ke atas dirimu di saat masa lapangmu, fikirkanlah betapa cepat akan berakhirnya masa hidupmu, bekerjalah dengan sungguh-sungguh di masa lapangmu untuk masa sulit dan keperluanmu, renungkanlah -

pernahkah kita menyakiti hati dan perasaan orang lain?

pernahkah kita menganaiyai orang lain demi mementingkan kejayaan dan kesenangan diri kita sendiri?

Sedarkah segala tindakan kita akan dicatat di lembaran amal?

Di mana perginya janji-janji yang pernah kita buat yang tidak ditunaikan?

Di mana harta benda yang telah kita kumpulkan?

Untuk apa ianya dibelanjakan?

Apakah yang dapat menyelamatkan kita dari cubaan dan huru-hara itu?

Apakah kelak anak-anak yang kita didik mampu untuk mengirimkan bingkisan hadiah kepada kita, apabila kita berada didalam kubur kelak?

Apakah kau yakin dan pasti bahawa semua amal baik mu selama hidupmu ini diterima Allah - atau ada antaranya yang tertolak???


Jawablah pertanyaan-pertanyaan ini dengan jujur....semoga Allah memberikan rahmat dan keampunan untuk para pembaca dan penulis.

Rabu, Mac 23, 2011

Functus Officio?

I read the development in DSAI's case with interest - for the purpose of academic interest I wonder how did they reconcile today's decision (whereby the learned judge reversed his own earlier ruling) with the landmark case of HARTECON JV SDN BHD & ANOR v HARTELA CONTRACTORS LTD [1996] 2 MLJ 57 COURT OF APPEAL whereby it was held inter alia that"

"Once a judge makes a ruling, substantive or procedural, final or interlocutory, it must be adhered to and may not be reopened. Although the first decision was made on an interlocutory matter which was purely procedural in nature, it was nevertheless binding on the court and on all parties to the lis until its reversal on appeal."

I stand corrected but bukankah dalam kes ini kes ni dah jadi Res Judicata?

I quote, again from the same case, it was also held that:

" A failure to adhere to the principle of res judicata may lead to chaos in the conduct of civil proceedings. In this case, on the assumption of the law made by counsel before the court, there would have been no bar to the judge to re-review his second decision reversing himself. The process could then be repeated ad infinitum with no conclusion".

So apa kesudahan kes ini? Bukankah sepatutnya pendakwaan perlu merayu ke mahkamah rayuan baru betul?

Jumaat, Mac 18, 2011