Tuesday, June 14, 2011

Nenek Singapore pulang ke Rahmatullah








Rasulullah SAW memerintahkan ummatnya berlindung dari azab kubur.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim doa berikut:


“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:


“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Takziah diucapkan kepada keluarga Nenek Singapore yang meninggal dunia kelmarin. Penulis dan keluarga berkesempatan untuk menziarahi dan menatap wajah nenek buat kali terakhir. Bersama-samalah kita mendoakan agar ruh nenek (dan tak lupa juga kepada saudara-mara yang lain serta ummat muslimin dan muslimat yang lain) yang telah pergi meninggalkan kita, dicucuri rahmat dan diberikan pengampunan Allah S.W.T.

Al Fatihah.

No comments: