Frankly this is not my original writing – it is taken from a circular email at my work place where I attended the Stay & Keep Fit Programme for a couple of months now. A few weeks ago I had to learn the poco-poco and a few ..ehemm.. sisters dengan murah hati mengajarkan step poco-poco to a blushing me… hahahah… I can feel all the stares of all other people watching… haaa… Tn Haji ikut keep fit ye…hehehe. Malunya dahlah steps sumbang macam kayu! (of course I had to be the person paling depan sekali… else memang saja aje datang cuci-mata tengok sisters tu bersenam)… I guess depa yang lain tertanya-tanya why the special attention on this particular guy… kalau baik hati ringan tangan - kan semua org sayang! two weeks later… Sobihul Somahah Mufti Perak mengeluarkan fatwa mengharamkan poco-poco. And would that be the end of my keep fit programme… entahlah…
----
Lakukan Perubahan kepada Tiga Perkara
a) Pemakanan Anda
b) Menu Harian Anda
c) Aktiviti Fizikal Anda
UBAH PEMAKANAN ANDA
· Makan ikut keperluan harian anda. Ianya bergantung kepada umur, jantina , status aktiviti fizikal dan pekerjaan seseorang
· Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, seperti makanan yang bergoreng, bersantan dan mengandungi lemak haiwan
· Lebihkan pengambilan sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
· Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.
· Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air-kosong dan minum secukupunya ( sekurang-kurang 8 gelas sehari)
UBAH MENU HARIAN ANDA
Kurangkan jumlah pengambilan makanan secara beransur-ansur
Rancang menu yang enak, berkhasiat, kurang lemak dan kurang minyak dan menepati selera
Pilih menu yang mudah dan cepat disediakan (tidak rumit & memakan masa)
Makan mengikut waktu yang teratur dan tetap.
TINGKATKAN AKTIVTI FIZIKAL ANDA
Kurangkan menonton TV atau tidur di siang hari
Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki dan senamrobik.
Tingkatkan tahap dan masa aktiviti fizikal anda mengikut kemampuan secara beransur-ansur
Gunakan tangga di tempat kerja
Libatkan diri anda dalam aktiviti fizikal secara berkumpulan seperti Program `Jom Bersenam', senamrobik dan sukan berpasukan.
No comments:
Post a Comment