Sabtu, September 22, 2018

Friday Rules 1

Thank God it’s Friday 21 September 2018!

Alhamdulillah hari ini adalah penghulu segala hari. Semoga keberkatan dan pintu rezeki terbuka untuk kita semua. Friday Rules bermaksud – tatacara jualbeli saham yang berpotensi menurut syarat tertentu pada hari Jumaat (selepas solat Jumaat – Maka doa banyak2 ya!):

  1.  dengan bantuan maklumat yang diperolehi melalui internet, kita boleh tengok cuaca ekonomi dunia ie. tengok pasaran saham satu dunia – kalau semuanya hijau (bermakna pasaran menaik, bolehlah kita sebagai pelabur proceed ke item (ii) (catalystnya – dilaporkan bahawa investors luar negara telah kembali masuk pasaran saham Malaysia);
  2. Sebagai seorang muslim, pastikan syarikat yang kita nak labur tu syariah compliant ya. Prestasi syarikat itu juga wajib menepati hukum CANSLIM (sila google apa maksudnya);
  3. Pastikan carta graf saham yg anda kaji menunjukan harga saham uptrend dan sebaiknya “fresh breakout” - harga pada 52 weeks high. Pastikan support dan ceiling ada kat mana;
  4. Pastikan juga batang morobozu tegak untuk mengesahkan volume pembelian yang tinggi;
  5. Kalau tak cukup ketiga-tiga syarat, forget it, tak payah beli langsung. Kita tengok kat sidelines aje. Better be safe than sorry or alternatif lain, bagi tujuan pembelajaran – paper trade.)
  6. Set kan stop loss point untuk cut loss (bergantung kepada risk appetite anda). Ini langkah berhati-hati. Adat berdagang ada untung dan rugi, tapi dengan cara ini kita meminimakan kerugian kita.
  7. Jual (jangan simpan) saham pada hari Selasa atau Rabu berikutnya dan pastikan trendline tidak patah.
Kalau nak tunggu lagi, silakan.. let the trend be your friend, until it ends. Jangan lupa bersedekah kalau buat keuntungan.

Tadaaaa!!!! Di bawah ni adalah laporan penganalisa saham.

Ranhill - Deep Value Publish date:
Thu, 20 Sep 2018, 09:23 AM  
INVESTMENT HIGHLIGHTS
  • We initiate coverage of Ranhill with a BUY and TP of RM1.15/share. At just 8x FY19F earnings, Ranhill is a deeply undervalued utility play paying out solid 8% dividend yields
  • Via a stake in Tawau Green Energy, Ranhill is an early cycle play into the development of geothermal power in Malaysia
  • More importantly, Ranhill is a solid proxy to the water sewerage integration drive, which could drive a double-digit earnings expansion
  • Near-term, earnings is expected to gap-up from scheduled rate hike for Johor water operations
Initiating coverage with a BUY. We initiate coverage of Ranhill Holdings (Ranhill) with a BUY and a TP of RM1.15/share. Our conviction is premised on: (1) Solid 8% dividend yields backed by asset-light water business (2) Double-digit earnings gap-up from scheduled rate hike for water operation (3) Emerging play in the renewable energy sector (4) Imminent entry into sewerage services (5) Favourable risk reward at current depressed valuations of just 8x FY19F earnings.
Overlooked potential. Ranhill is an overlooked, hence underinstitutionalised, utilities play with exposures both the water and power sectors. The group is the most profitable water operator in the country with a solid 19 years track record in Johor and the largest IPP in Sabah. Backed by cash flows from its asset-light water operations (mainly) and management’s commitment to an at least 60% payout, Ranhill entails solid dividend yields of 8%. Earnings is set to gap-up from FY19F on an impending water tariff hike which will drive a 12% growth next year.
Emerging renewable energy play. Via a 26.7% stake in Tawau Green Energy Sdn Bhd (TGE) Ranhill is the only listed play into the country’s 1st geothermal development project, located in Tawau, Sabah. Backed by a 21-year REPPA and a conservative 30MW initial capacity (full potential of 100MW capacity), TGE is expected to generate attractive IRR in the low teens and could raise our valuations by a further 4%. Ranhill is in fact looking to raise its stake in TGE to 50% which can in turn almost double the value accretion.
Proxy to water-sewerage integration. In line with the direction set by the Water Services Industry Act 2006 and on the back of a strong track record in Johor, Ranhill had signed a MoU with Indah Water to explore joint billing and ultimately, take-over Johor’s sewerage operations. A switch to a volumetric tariff regime could turn around the currently loss making sewerage operations (under IWK) and has the potential to drive a massive 30% earnings expansion for Ranhill.
Deeply undervalued. At just 7.6x FY19F PE, Ranhill is deeply undervalued. At current market cap, implied valuation for its water business is a mere 7x, well below Penang-based peer, PBA Holdings’ 10x PE and the broader utilities sector’s average PE of 11x. Balance sheet has been successfully de-geared since its 2016 IPO, while attractive dividend yields cushions downside. Key catalysts: (1) Schedule rate hike for Johor water (2) TGE progress into production well drilling (3) Johor water sewerage integration
Source: MIDF Research - 20 Sept 2018


 


Carta syarikat Ranhill yang menepati hukum CANSLIM telah uptrend 3 hari berturut-turut dan pada masa yang sama dah nak fresh breakout. Volume tinggi disahkan dengan morobuzu penuh berwarna hijau. Lagi tinggi morobuzu lagi bagus. Jual pada hari selasa semasa momentum masih ada dan exit the market dengan selamat. Rugi itu pasti, untung InsyaAllah.

Untuk buktikan ilmu yang saya perolehi ini betul, saya pun beli saham Ranhill. Bismillah…. InsyaAllah ada rezeki, tak ke mana kalau sudah ditentukan rezeki milik kita. Nak beli pun tak tentu dapat ya… kengkadang tu que nak beli panjang…(boleh tengok dalam system) dan akhirnya tak dapat pada harga yang kita mahukan sebab harga saham naik…. Ahhh… hihihi! dapat lak kali ni! Maka tika dan saat ini, dapat disahkan bahawa penulis dah berada dalam “kapal” Ranhill sebagai salah seorang pemegang saham. Ke manakah kapal Ranhill ini akan bergerak? Alah dok la diam-diam dan pantau sekali sekala melalui HP. Kalau nampak macam nak menjunam, cepat-cepatlah terjun!


Nota: Laporan penganalisa saham hanya sebagai panduan sahaja. Takleh percaya, itu kata dia. Laporan ni orang boleh “spin”. Tak kurang juga ada yang diupah untuk hanya menceritakan kisah yang baik-baik aje. Ilmu technical analysis, kita hanya percaya kepada apa yg kita nampak kat carta diperkukuhkan dengan sentiment/catalyst semasa. (bukan dengar tips atau dengar khabar angin yang tak tentu sesahihannya). Based on laporan tersebut, Target Price (TP) yang dianggarkan adalah RM1.15 sesaham. Depa agak-agak aje ni. Kalau tak dapat mencapai TP yang diramalkan, janganlah kecewa ya.

Modal : 0.855 x 5700 unit saham = RM4872.5 (belum campur fi broker). Ada gak ufti sikit kena bayar Bursa dan duti setem (sekiranya saham tu tak dikecualikan dari duti)

Kalau sampai TP anggaran keuntungan adalah 1.15 - 0.855 = 29.5sen x 5700 = RM1681.5 belum tolak fi broker. Penulis takde masa nak tunggu capai TP. Untung sikit pun dah ok. Yang penting ikut apa yang Tok Guru saya ajar, saya dapat exit dengan selamat. Ini duit saya simpan ya, bukan pinjam.
Sebelum balik sempat penulis check prestasi Ranhill yang dibeli tadi… Alhamdulillah harga dah naik dari 0.885 kepada 0.89sen iaitu peningkatan 3.5sen = 4.09% dalam masa tak sampai 4 jam. Kadar ini lebih baik dari menyimpan di bank. So kalau nak exit pun dah boleh, ikut selera sendiri. Jangan tamak, nanti rugi. Apa pun kita tunggu hari selasa depan ya.

Zaws 21/09/2018 (To be continued).

Isnin, Julai 16, 2018

Berusaha Sendiri diberkati Illahi



Seorang saudagar kaya berangkat ke negeri seberang yang jauh untuk berdagang. Sebelum berangkat, ia bertemu dengan sahabatnya Ibrahim bin Adham. Namun, belum lama meninggalkan tempat kediamannya, tiba-tiba ia mendatangi Ibrahim.

Ibrahim yang kehairanan bertanya “Mengapa engkau pulang cepat wahai sahabatku, bukankah jarak tempatmu mahu berdagang itu sangat jauh?”

Sahabatnya menceritakan apa yang telah saksikan: “Dalam perjalanan tadi, aku melihat suatu keanehan, jadi aku membatalkan perjalanan.”

“Keanehan apa yang kamu maksudkan?” tanya Ibrahim.

“Ketika aku sedang beristirahat di sebuah bangunan tua yang telah rosak, aku melihat seekor burung yang cacat, matanya buta dan kakinya pincang. Aku pun bertanya-tanya dalam hati, bagaimana burung ini dapat bertahan hidup dengan keadaan begitu?”

Tanya Ibrahim kepada sahabatnya, “Bagaimana burung yang tidak dapat melihat dan pincang dapat bertahan hidup di bangunan tua itu?”

Sahabatnya melanjutkan ceritanya. “Aku berasa hairan dan mengamati gerak-geri burung cacat tersebut. Burung yang cacat dibantu oleh seekor burung yang lain. Burung tersebutlah yang bersusah payah menghampirinya sambil membawa makanan.”

Sahabat burung yang cacat tadi, sangat baik dan menyedari dirinya sihat, maka dia berusaha mencarikan makanan untuk sahabatnya yang cacat agar sahabatnya tidak mati kelaparan.

Ibrahim bertanya: “Apa hubungannya burung cacat itu dengan kepulanganmu?”

“Setelah melihat kejadian tadi, aku membuat kesimpulan bahwa Sang Pemberi Rezeki telah memberi rezki yang cukup kepada seekor burung cacat melalui temannya. Dengan begitu, Allah yang Maha Pemberi pasti juga memberiku kecukupan rezeki sekalipun aku tak berdagang atau bekerja. Oleh sebab itu baik aku segera pulang sahaja.”

“Wahai sahabatku, mengapakah engkau memiliki pemikiran yang cetek seperti itu? Mengapa engkau memilih untuk  menyamakan dirimu dengan seekor burung yang cacat!”

“Sewajarnya engkau berusaha kuat seperti burung yang sihat tetapi engkau memilih untuk bergantung kepada bantuan orang lain seperti burung yang cacat? Apakah kamu tidak malu? Tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima.”

Hikmah:

Jangan berpeluk tubuh mengharapkan rezeki dari orang lain. Berusaha sendiri walupun sukar adalah perkara mulia disamping dapat dan membantu orang lain yang benar-benar susah dan memerlukan bantuan. Allah memberikan akal dan kudrat kepada hamba-hambanya. Sayang sekali sesetengah orang cukup serba-serbi tetapi …. (isikan sendiri).

Model gambar: Black, anak gagak yang tidak mempunyai keupayaan untuk terbang dan menumpang tinggal buat sementara di rumah penulis.

Isnin, Julai 02, 2018

Mengetam sempena tersingkirnya Argentina

Orang lain masih sibuk tengok bola... alang-alang argentina kalah, habis aje game, diri ini ditemani ahli keluarga, terus menyarungkan jersey argentina dan terus ke pantai...  bulan terang malam itu memudahkan untuk aktiviti crabbing kami di PD ni.

Hanya kami dan sebuah kereta aje yang buat kerja masa ni. Hajat asal adalah untuk memancing jaring... tetapi tak sesampaian apabila air surut jauh ke tengah... redah ajelah dengan bertemankan lampu suluh untuk menyiasat lokasi... tup-tup banyak pulak ketam malam tu...........ingat dah nak balik aje, so setelah menyimpan pancing jaring, aktiviti crabbing dimulakan...nak buat macam mana... semuanya kena cekup dengan tangan....

It was such an interesting thing to do for the kids yang semuanya exited ya amat walaupun dah dinihari. Ada kalanya penulis kena sepit... hadoooiii.... dan tak semena-mena setelah hampir sejam menyuluh ke sana ke sini memberi arahan macam mana nak handle ketam-ketam, penulis berhadapan dengan sepasang ketam sebesar kotak kasut yang merangkak dalam air perlahan-lahan..steady aje macam kereta kebal..

"Wei... kalau ko pendekar sangat, haah ..berani...masuklah!" ugut Raja dan Ratu Ketam sambil menayangkan sepit gergasi mereka...quite menacingly.. dihadapan penulis...

Prudent is the better part of valor.. teringat peritnya kesakitan kena sepit tak lama sebelum tu oleh askar Mr Crab (Gulp!) maka penulis tak berani nak hulur tangan atau pijak dengan kaki... Terlupa pula kat pisau rambo cap mata yang setia menemani penulis setiap kali pergi memancing lebih dari 2 dasawarsa lamanya yang ada dalam backpack kecil yang dibawa bersama. Kalau ingat pisau tu, sudah pastilah Raja dan Ratu ketam tewas dengan mata pisau rambo cap pisau terpacak dibelakangnya... takpelah takde rezeki namanya. Sauk, tempuling/serampang takde...crabbing rambo stylelah katakan....

Sampai ke apartment dah pukul 4 pagi rupanya, sempat sambung tengok bola ...Arggg... another pasukan pilihan, Portugal kecundang, sebelum aku sendiri kecundang, tertidur didepan tv Akhirnya... pagi kesokkan harinya dapatlah kami merasa hasil tangkapan ketam yang laziz jiddan!

Battleplans untuk aktiviti crabbing seterusnya terus dirancang. Kali ni akan dilaksanakan dengan lebih teratur.

Peralatan untuk mengetam:

Kepala/tengkuk ayam sebagai umpan or kepala sotong masuk dalam stoking yang berikat. Buat beberapa lokasi. Untuk lokasi yg paling jauh pasang tajur rotan, cangkuk tengkuk ayam pada mata kail; pasang loceng memancing. Kalau loceng berbunyi semasa kita buat setup kat tempat lain, maka sah dah ada malaun yang berminat dengan umpan pertama kita tu…..

Since waktu paling best waktu malam. Masa laut dah nak surut ketam tengah banyak. Ketam ikut air laut yg surut. Maka perlu ada lampu suluh yang berfungsi.

Baldi/raga kecil untuk letak ketam-ketam hasil tangkapan.

Tengkuk ayam kepala sotong dalam stoking dicucuk pada kayu/buluh/chopsticks, kayu tu diletakkan dalam air sedalam paras lutut. Biarkan dulu, ketam tidak akan tahan godaan bau umpan tu. lepas beberapa minit suluh kayu tu guna torch light.

Bagi yang cuba nak lari….suluh dan pastikan lokasi dia timbus badannye, kita gi amik aje – pegang ketam dari belakang untuk mengelakkan kena sepit. Atau tekan ke pasir dengan Serampang/tempuling utk immobilise ketam untuk diambil dengan selamat atau sauk dengan penyauk jaring.

Alternatif lain: pancing jaring.

Rabu, Jun 13, 2018

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Here I am, all alone in the office.

Saya dengan ikhlas hati menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian pengunjung blog yang tak seberapa ini. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah koleksi tulisan untuk pesanan kepada diri sendiri yang dikongsikan kepada anda. Maaf zahir dan batin untuk semua. Selamat berhari raya Aidil Fitri. Mudah-mudahan kita direzekikan lagi untuk bertemu dengan Ramadan yang berkat. Semoga Allah menerima amal ibadah kita sepanjang bulan yang mulia ini dan terus istiqamah untuk bulan-bulan selanjutnya.

Isnin, Mei 07, 2018

Tips ke Bandung, Jawa Barat

Kalau boleh pi naik AirAsia janji dapat tiket murah. Balik naik Malindo Air. Free 25kg. Ikut pengalaman dulu, pernah dapat tiket AA pi RM60. Balik pun RM60. Turun Bandara, toksah naik teksi… almaklum jalannya mahcet 24 jam. Kami jalan kaki dari exit Bandara dlm 800 meter ke Tugu Hussein Sastranegara. Depan sikit dari tugu tu kita boleh ambik Angkot ke St Hall (sebutnya Station Hall). Sila rujuk Googlemaps. Jangan pulak berhenti kat Station. Station aje bermaksud stesyen keretapi. Cakap kasi jelas "stasyiun hall". Pilik untuk menginap di Fabu Hotel Jalan Kebun Jati atau hotel yang berdekatan. Kawasan ni sangat dengan Station Hall. Kalau sampai awal pagi boleh terus titip baggasi kat Hotel. Banyak kedai makan kat area ni. Depan Hotel (seberang jalan ada Alfamart kedai swalayan, harga ok). Lepas titip baggasi, terus berjalan ke Pasar Baru Bandung. Beli pisang salai dan jamu mata serta bersarapan. ST Hall adalah terminal angkot yg besar. Dari sini boleh naik Angkot ke Lembang. Cari je yg tulis ST Hall – Lembang atai Cemahi-Lembang. Tambang murah aje. Ari tu naik 2 org RP25k dari St Hall dan turun kat entrance Floating Market Lembang. Jalan kaki aje ke Floating Market.. tak jauh. Jangan percaya pujuk rayu tukang ojek yang kata jauh nak mampus. Tak sampai 5 minit berjalan santai dah sampai ke tempat beli tiket entrance Floating Market. Seorang kena Rp20k unuk tiket masuk. Setiap tiket boleh exchange untuk minuman panas or sejuk kat mesin air tempat nak masuk tu. Lembang ni dah keluar Kota Bandung. Kalau naik Angkot ST Hall – Lembang, jalur perjalanan akan melalui Sukajadi dan jalan Setiabudi. Antara tempat menarik kat Setiabudi adalah Amazing 3D world. Betul-betul terletak sebelah dgn rumah saudara arwah kak neny… (adik, Ezhy, Eza…)Amazing 3D world ni lebih kurang sama dgn yg ada kat Langkawi with a few added items. Tiket masuk utk kesemua hall berharga Rp100k. (dlm RM28 aje, jauh lebih berbaloi dari yg kat Langkawi). Pastikan anda datang hari siang waktu org kerja. Else menunggu lama utk bergambar sebab ramai sangat orang. Sebemum masuk lebih baik pi toilet freshen up dulu (toilet yg bersih ada kat luar) dan Ideally kalau datang bertiga lebih bagus sebab ada 3d art yg ramai-ramai org masuk dalam gambar… nak minta org lain tolong ambilkan gambar… payah sangat… kalau dah habis pergi semua gallery bolehlah keluar dan pi makan kat Warung Makan UNIMAS… kalau warung dah buka operasi la..(Bukan Universiti Malaysia Sarawak ya)… Uni adalah cakap minang bermaksud Kakak, Mas tu nama akak tu. Uni Mas adalah sedara dekat arwah kak Neny. Selalu ke Malaysia. Suaminya, Pak Zakir pun asal Bukittinggi dan bekas anak murid Buya Hamka. Untuk Amazing 3D World ni bawa kamera yg lensnya wide angle. Penulis Cuma bawa SLR Nikon D40 dgn kit lens aje. So ada satu gallery takleh ambil gambar langsung sebab low light sangat. Berat nak bawak lens 35mm f1.8. SLR yg ada better ISO capabilities is much better. Dalam gallery keadaannya suram dan kebarangkalian gambar tak cantik atau gegar kalau pakai camera phone. Penggunaan FLASH apa jenis pun dilarang dalam gallery (termasuk camera phone). Atas sikit dari Amazing 3D ada kawasan yg jual sate kelinci (arnab) di tepi kiri kanan jalan. Memang laziz jiddan. Kalau nak merasa turun aje dari angkot… sebut kuat-kuat (KIRI-KIRI)… kalau hangpa cakap berenti, depa tak faham or tahu kome bukan org local. Jangan risau kalau nak turun, Angkot yg lalu lalang banyak. Semasa jalan mendaki ada satu tempat bernama Lembang FarmHouse. Penulis tak turun tengok sebab malas. Next trip ada lagi. Please google it. Khabarnya ada Hobbit house situ. Trip ke Maribaya Lodge untuk mandi aor panas tak kesampaian sebab malas nak tunggu Angkot dari Pekan Lembang ke Maribaya Lodge. Maribaya Lodge ni heaven… ada taman yg cantik dan kolam Mandi air panas private. Harga murah dan ekslusif. Nanti bila penulis buat trip solo, ini akan jadi agenda utama, InsyaAllah. Yang famous tu air panas Ciater, tapi tu jauh sangat dan kena sewa kereta.
Lokasi Hotel kami dekat dgn tarikan pelancong. Dari ST Hall boleh naik angkot yg tulis Kalapa Ledeng - BIP. BIP bermaksud Bandung Indah Plaza yg terletak di Jalan Merdeka. Dalam Mall ni ada shopping complex Matahari. Kalau kena sale dia, memang berbaloi. Tapi yg paling utama untuk penulis adalah Gramedia yg terletak seberang jalan dari BIP yg menjual buku-buku. WAJIB singgah. Damage done ari tu dalam Rp1.3 million, but well worth it. Dari Gramedia boleh berjalan kaki ke Jalan Riau kalau nak terjah Secrets Factory Outlet dan macam-macam FO lagi. Yg ni tak sempat nak buat hari tu.

Pecah Undi di Shah Alam

Shah Alam - Pilihanraya Umum 2018 Mengapakah jadi begini? Kome pecah undi... maka terpaksalah kami memilih calon yang terbaik.

Khamis, November 23, 2017

Buruj di langit

Sepatutnya, penulis berangkat ke Padang subuh jumaat 17 Nov 2017 hantar si Husna yang beria-ria nak ikut uncle dia baik kampung a few days later dan atas saranan boss yang mahukan penulis berehat... rest and recuperate, ambil masa untuk berubat, maka penulis pun mengambil cuti, mengetahui ada tempat yang berpotensi untuk merawat sakit yang dialami penulis, dan Husna boleh ikut temankan ayah dia ni berubat, sementara menunggu uncle dia sampai, namun perjalanan tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tak pernah dalam sejarah penulis membatalkan perjalanan bila tiket dah dibeli. Sesungguhnya hanya pada tarikh tersebut ada tiket berharga murah untuk dua orang, unlike trip-trip sebelum ini yang kesemuanya dibeli setahun awal, murah meriah, satu keluarga boleh ikut serta dan amat berbaloi dengan budget yang ada. Ya kita patut bersyukur dengan apa yang ada. Perkara diluar kawalan tu, penulis pulangkan kembali kepada Allah untuk membuat penilaian, bukan kepada manusia. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan, dan perancangan Allah tentunya terbaik.

Pada jam 030am, kami mendapat berita, abg sepupu penulis Abg Gie (Tarmizi), meninggal dunia di hospital Teluk Intan dan akan dikebumikan di Tapah, Perak, maka keutamaan adalah untuk menziarahi keluarga terdekat. Banyak kekangan untuk penulis ke pulau seberang. Tak ada masalah, kami akan ke tempat orang yang lebih memerlukan kita. Salam takziah diucapkan untuk keluarga Muza, Kak Siah dan Faridah, anak-anak Mak Yong penulis. Semoga ruh Abg Gie diampuni dan ditempatkan bersama golongan orang yang soleh. Jenazah disolatkan di Masjid Daerah dan dikebumikan selepas solat jumaat.

Usai solat jenazah, kami mengiringi  jenazah ke kubur dan selepas itu berehat sebentar di rumah kak Siah yang terletak berhampiran dengan Tanah Perkuburan. Penulis mengambil masa untuk tidur sebentar. Iyalah... malam sebelumnya penulis tak boleh melelapkan mata, bersiap-siap untuk packing barang ole-ole untuk keluarga seperti mana yang selalu dibuat dengan arwah isteri yang selalunya terdiri daripada rempah masakan yang sukar didapati di Bukittingi.

Kami berpamitan mengundur diri dari rumah Kak Siah dan.... alang-alang tak dapat berangkat ke Bukittingi, kami pasrah mendaki jalan berliku menuju ke Cameron Highlands. Terjah sahaja. Cameron Highlands merupakan destinasi pilihan penulis untuk berehat, sejak sebelum penulis menjadi peguam lagi. True to my belief, expect the unexpected, trip ini langsung tidak dirancang, maka tiada persediaan seperti baju sejuk yang kami bawa. Kami menyewa sebuah homestay dengan harga yang amat berpatutan di Kg Sedia. Lokasinya betul-betul dibelakang restoran Abg Strawberi.

Malam itu langit terang benderang. Buruj Pemanah/Belantik/Orion jelas dapat dilihat dengan mata kasar. Amat menakjubkan sekali susasana dimalam itu. Kami menghabiskan masa hampir 10 minit menikmati keindahan malam yang dingin.



Three kings (atau Orion's Belt) yang terdiri dari bintang Zeta, Epsilon dan Delta ...kalau disambungkan akan membentuk garis lurus tepat menembusi bintang Sirius and Aldebaran anda akan dapat petunjuk arah timur dan barat. Penulis pernah mendengar kisah Three Kings ini, tapi tidak mempunyai maklumat yang sahih - dapat pun dari cerita filem tah apa tah... kononnya lokasinya pada bulan dan tarikh tertentu sama kedudukannya dengan lokasi 3 piramid terbesar di Mesir. Nama pun cerita fiksyen - Transformers (tak ingat yang mana satu).

Three Kings juga boleh dijadikan panduan kasar menunjukan arah kiblat. Tapi kena TUNGGU waktu subuh baru boleh pakai ya sebab bumi berputar dan kedudukan buruj ni tunjuk arah lain pada masa lain, tah ke mana korang tala nanti...

Kalau kalian mengikuti kisah Harry Potter, Sirius Black adalah ayah angkat Harry. Dan dalam filem itu dikisahkan bahawa Sirius boleh menjelma sebagai seekor anjing. Bintang Sirius juga sebenarnya dikenali sebagai "Bintang Anjing".

Aldebaran pula adalah bintang dalam buruj Taurus (Lembu).

Jadi the big picture....untuk senang anda ingat - seorang pemanah, dibelakang pemanah adalah anjingnya dan sang pemanah sedang membidik panahnya tepat ke badan Lembu.

Utara dan Selatan? haaa senang aje. Petunjuk arah selatan adalah Bintang Rigel (Rijl - bahasa arab).
Riljun adalah perkataan bahasa arab untuk kaki. Kaki kiri buruj Pemanah adalah Bintang Rigel. Kaki sebelah kanan dinamakan Saiph (pedang dalam bahasa arab). Macam mana bintang tu dapat gelaran pedang, penulis tak tahu!

Arah utara pula petunjuknya adalah Bintang Betelgeuse (cara sebutannya : "beteljuice").

Dalam buruj Orion ni ada bintang Bellatrix.... kisah Harry Potter lagi!... dah malas nak cerita. I bet the writer takde idea nak bagi nama apa pada character jahat ni so dapat ilham dari nama-nama bintang ajelah.

Tahun lepas, penulis berkesempatan menziarah museum yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Antara fakta yang diketengahkan adalah lokasi dan saiz bintang-bintang utama - yang penulis masih ingat, bintang Rigel dan Sirius. Menurut ahli falak, saiz kedua-dua bintang ini besarnya ratusan kali ganda berbanding dengan saiz matahari sistem solar kita. Subhanallah!!!

Bila memandang buruj pemanah ini, teringat perbualan penulis dengan arwah isteri... penulis mencintai surah AlBuruj dan mengamalkan pembacaannya dalam solat berjemaah bersama ahli keluarga. Arwah isteri pernah memberikan komen, dia merasa sedih, sayu - teringat kepada arwah Abang Majid tiap kali penulis mengakhiri pembacaan surah ini.

Alhamdulillah, yang penting sekali, trip kami ke Cameron Highlands ini berjaya merapatkan ikatan kekeluargaan penulis dengan  anak-anak.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada anda.

Selasa, November 21, 2017

Asset yang paling berharga



Pesan mamaku, usaha tangga jaya
Mama kini tiada - tidak mengapa
Ku akan tetap mengejar cita-cita
PSRA 2018 kan ku pulun kesemuanya!


Ayah bangga dengan kecekalan hati Nurul Sakinah (Aina)
Teruskanlah usaha.. So watch out ya...Uni Husna and Uni Jamilah...

Untuk ahli keluarga baru kami - Nur Ain' Sakinah (Ain)
Pertingkatkan usaha
Jangan alpa, Masih ada masa untuk berjaya bersama
Realisasikan - Kinah Kuasa Dua.


Kisah terdahulu 1



For nay sayers, all these kids bears my name as their father.

Anak-anak ini dididik untuk berfikiran terbuka. Mereka jugalah yang diharapkan untuk mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka. Keutamaan tetap bersama ayah mereka sebagai pemegang hadanah yang sah. Ayah mereka masih hidup dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Seandainya ayah mereka telah tiada, masih ada Tok Ayah dan pakcik-pakcik mereka. Tiada ruang untuk "bypass" seperti yang selalu diamalkan selama ini seolah-olah ayah anak-anak ini dah mati. Tiada lagi talam dua muka dalam rumah ini. Keluarga ini ibarat sebuah negara dan kepentingan negara yang perlu diutamakan, bukan cakap atau kehendak orang lain. Nak merancang apa pun dengan mereka perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu dan atas budibicara penuh para wali pemegang hadanah yang bebas meletakkan sebarang syarat, bukan dengan cara meracuni fikiran mereka terlebih dahulu dan menyebabkan perseteruan dengan ahli keluarga. By the way, you get to keep your kampung, but stay away from my kids.

Rabu, November 15, 2017

Taman Rashidah Utama - revisited




 


Diharapkan pengunjung blog dapat membaca dahulu keterangan di atas.

1. Al-Rasheed adalah salah satu dari nama-nama Allah.

2. Dua ayat dibawahnya adalah dari petikan dari surah Al-Sajadah yang menerangkan maksudnya sendiri.

Setelah memahami keterangan di atas, klip video di bawah ini adalah interpretasi lagu ini dari sudut pandang yang berbeza. Sekiranya anda tidak merasa apa-apa kesan di hati anda, anda harus segera muhasabah diri anda.

Semoga diri kita bersama-sama saling menasihati dan berusaha bersungguh-sungguh selagi hayat dikandung badan, untuk melindungi diri kita dan ahli keluarga dan sahabat handai kita dari malapetaka yang maha dahsyat seperti yang digambarkan. Aamiin.

Credits to the owner of this video clip. Note : the original song writer does not agree to this interpretation.



Rabu, November 01, 2017

Harga lelong!

01/10/2017

Percaturan pemilik Ekovest dan Iskandar Water Front City (kedua-duanya disenaraikan di Bursa Malaysia) yang mencadangkan penggabungan kedua-dua syarikat tersebut tidak menjadi kenyataan.Baca kisahnya di sini.

Hanya disebabkan pelan penggabungan syarikat ditolak, pelabur dikedua-dua syarikat tersebut melepas dan menjual pegangan mereka di pasaran dan menyebabkan harta saham Ekovest jatuh mendadak dari RM1.16 ke harga penutup hari ini RM0.95.

Ada ahli forum yang memberikan komen negatif - habislah... rancangan nak dapat Projek Bandar Malaysia punah buat kali kedua, pelabur china semua lari. Kumpulan Prasarana negeri Johor (KPRJ) juga menarik diri dari usahasama dengan IWFC dan bermacam-macam komen termasuklah kedua-dua syarikat ni tak lama lagi akan dapat status PN17!

Burung terbang dipipiskan lada. Inilah yang terjadi.

KPRJ adalah syarikat tempat arwah isteri penulis bertugas dahulu. Penulis ketika itu berkhidmat sebagai peguamcara disalah sebuah firma guaman di KL yang memeriksa dokumen perbadanan syarikat tersebut yang ditubuhkan untuk membangunkan tanah milik bumiputra di Negeri Johor. Dek sebab mengendalikan kes syarikat tersebut, penulis dipertemukan semula dengan arwah isteri. The rest was history.

Balik kepada isu utama, jika kita periksa dengan teliti, fundamental Ekovest, sebuah syarikat pembangunan yang tersohor dan mempunyai projek yang hebat antaranya Lebuhraya Duke dan Projek River of Life adalah sangat kuat. Kalau tak jadi merger tu pun tak apa sebenarnya. Belum lagi campur projek perumahan mewah di Cheras. Betulah kata sifu penulis, pasaran saham ni emosi aje yang lebih.
Pada pandangan penulis (yang tak berapa pandai ni), teruskanlah memegang saham Ekovest ni - tak lama aje lagi ianya akan terbang tinggi sebab: 
  • Extension kepada Lebuh raya DUKE dah dapat certificate of practical completion. Tak sampai 2 minggu ianya dibuka untuk laluan pengguna, tol masih free lagi (sebulan) dan tahun dijangkakan siap sepenuhnya. 
  • Bulan disember 2017 syarikat bercadang nak beri dividen sebanyak 2 sen sesaham. Sebelum ex-date, harga saham akan melonjak naik. Ingat ya...awal tahun 2017 hari tu, Ekovest bermurah hati memberikan dividen istimewa RM0.25 sen sesaham. ASN dan ASB pun tak bagi macam ni. 
  • Adalah hampir mustahil nak dapat harga murah begini untuk sebuah pengendali lebuhraya.
  • Syarikat ni syariah compliant. 

Ikut kata sifu penulis, be brave when other are afraid. Moh kita tengok siapa yang akan terjun dulu.

Kalau harga jatuh lagi penulis akan menambah pegangan saham Ekovest. Bukan untuk penulis, tapi untuk jaminan masa depan anak-anak penulis. Time is on our side. Kalau sampai target price, barulah penulis akan menjualnya semula.