Wednesday, November 01, 2017

Harga lelong!

01/10/2017

Percaturan pemilik Ekovest dan Iskandar Water Front City (kedua-duanya disenaraikan di Bursa Malaysia) yang mencadangkan penggabungan kedua-dua syarikat tersebut tidak menjadi kenyataan.Baca kisahnya di sini.

Hanya disebabkan pelan penggabungan syarikat ditolak, pelabur dikedua-dua syarikat tersebut melepas dan menjual pegangan mereka di pasaran dan menyebabkan harta saham Ekovest jatuh mendadak dari RM1.16 ke harga penutup hari ini RM0.95.

Ada ahli forum yang memberikan komen negatif - habislah... rancangan nak dapat Projek Bandar Malaysia punah buat kali kedua, pelabur china semua lari. Kumpulan Prasarana negeri Johor (KPRJ) juga menarik diri dari usahasama dengan IWFC dan bermacam-macam komen termasuklah kedua-dua syarikat ni tak lama lagi akan dapat status PN17!

Burung terbang dipipiskan lada. Inilah yang terjadi.

KPRJ adalah syarikat tempat arwah isteri penulis bertugas dahulu. Penulis ketika itu berkhidmat sebagai peguamcara disalah sebuah firma guaman di KL yang memeriksa dokumen perbadanan syarikat tersebut yang ditubuhkan untuk membangunkan tanah milik bumiputra di Negeri Johor. Dek sebab mengendalikan kes syarikat tersebut, penulis dipertemukan semula dengan arwah isteri. The rest was history.

Balik kepada isu utama, jika kita periksa dengan teliti, fundamental Ekovest, sebuah syarikat pembangunan yang tersohor dan mempunyai projek yang hebat antaranya Lebuhraya Duke dan Projek River of Life adalah sangat kuat. Kalau tak jadi merger tu pun tak apa sebenarnya. Belum lagi campur projek perumahan mewah di Cheras. Betulah kata sifu penulis, pasaran saham ni emosi aje yang lebih.
Pada pandangan penulis (yang tak berapa pandai ni), teruskanlah memegang saham Ekovest ni - tak lama aje lagi ianya akan terbang tinggi sebab: 
  • Extension kepada Lebuh raya DUKE dah dapat certificate of practical completion. Tak sampai 2 minggu ianya dibuka untuk laluan pengguna, tol masih free lagi (sebulan) dan tahun dijangkakan siap sepenuhnya. 
  • Bulan disember 2017 syarikat bercadang nak beri dividen sebanyak 2 sen sesaham. Sebelum ex-date, harga saham akan melonjak naik. Ingat ya...awal tahun 2017 hari tu, Ekovest bermurah hati memberikan dividen istimewa RM0.25 sen sesaham. ASN dan ASB pun tak bagi macam ni. 
  • Adalah hampir mustahil nak dapat harga murah begini untuk sebuah pengendali lebuhraya.
  • Syarikat ni syariah compliant. 

Ikut kata sifu penulis, be brave when other are afraid. Moh kita tengok siapa yang akan terjun dulu.

Kalau harga jatuh lagi penulis akan menambah pegangan saham Ekovest. Bukan untuk penulis, tapi untuk jaminan masa depan anak-anak penulis. Time is on our side. Kalau sampai target price, barulah penulis akan menjualnya semula.

No comments: