Jumaat, Ogos 26, 2016

Nak lari penalti duti setem, dapat bala



Inilah dia trik yg orang selalu buat. Bila nak matikan setem perjanjian yag telah ditandatangani, anjak tarikh ke depan, kononnya boleh elak bayaran penalti setem dokumen lambat. Berbaloi ke? Moh kita tengok....
Akta Setem 1949 menyatakan bahawa suratcara (kecuali bagi suratcara yang dikecualikan daripada disetem - yang ni pun tertakluk kepada wujudnya perintah pengecualian ya) perlulah dimatikan setem dalam tempoh tertentu i.e. 30 hari dari tarikh perjanjian. Kalau terlewat tarikh, kenalah bayar penalti. Tak rugi mana bayar penalti tu... dapat pada kerajaan untuk buat kemudahan untuk rakyat juga!

Masalahnya dalam kes anjak tarikh ni, orang terlupa, sesuatu perjanjian ini melibatkan perkhidmatan yang ditawarkan seseorang atau sebuah syarikat, sebarang perubahan kepada tarikh perjanjian perlulah mendapat persetujuan pihak-pihak dalam perjanjian ini kerana ianya mungkin menyebabkan komplikasi dikemudian hari sekiranya wujud pertikaian yang perlu dibawa ke mahkamah.

Kalau dokumen tak bersetem, tak bererti ianya tak sah ye, cuma takleh digunapakai dalam mahkamah sebagai bukti. Nak kemukakan sebagai bukti, boleh, bayar ajelah penalti dan duti setem yang kena bayar tu....

Contoh:

A menandatangani perjanjian perkhidmatan pada 1/1/2001 dengan Syarikat B. Oleh kerana masalah teknikal dipihak Syarikat B, perjanjian diletakkan tarikh 1/7/2001 dan Syarikat B selesai memberikan perkhimatan dan menuntut pembayaran 100% kerja yang dilaksanakan.  A gagal membayar wang perkhidmatan dan Syarikat B membuat tuntutan mahkamah.
Pada tarikh perbicaraan, wakil A berhujah bahawa A tidak ada menandatangani apa-apa perjanjian dengan Syarikat B dan tidak mahu membayar sebarang tuntutan dengan pelbagai alasan, antara lain:
- A tu CEO, dia tiada di Malaysia untuk menandatangani apa jua suratcara pada 1/7/2001; atau
- A sebenarnya telahpun meninggal dunia pada 1/5/2001!

Persoalan di Mahkamah:
- siapakah yang menandatangani perjanjian pada 1/7/2001?
- sudikah anda yang memandai-mandai menukar tarikh dipanggil menjadi saksi perbicaraan di Mahkamah?
- apakah tindakan menukar tarikh perjanjian adil, wajar, beretika dan patut dibuat?
- apakah perjanjian yang ditandatangani itu diragui statusnya dan seterusnya tertolak sebagai bahan bukti?

So apa macam? Kome nak buat lagi ke kerja gila ni..... 

Selasa, Ogos 23, 2016

Draf Surat Kemalangan



Draf Surat Perihal Kemalangan     

Terima kasih di atas usaha tuan Nangka Al-Debab dan kuncu-kuncu laksanakan sebagai penaung persatuan lanun setempat membuat pungutan derma kilat secara ihsan penduduk setempat yang prihatin kepada anak saya yang menjadi mangsa kemalangan didalam kawasan taman perumahan  Kg Lipas Laut pada [                          ].

Fikiran dan emosi saya ketika ini sebagai seorang ibu amat terganggu dan hiba melihat anak yang mengerang menahan kesakitan dan memikirkan masa depannya yang ketinggalan pelajaran kerana tidak dapat menghadiri sekolah seperti anak-anak orang lain dan dinasihati agar bercuti selama [………] bulan lamanya. Sekalipun anak saya kelak dibenarkan ke sekolah, saya sendiri yang terpaksa mengorbankan masa untuk keluar dari tempat kerja untuk urusan menghantar dan menjemputnya ke sekolah kerana keadaannya yang tidak dapat menaiki bas, dan tidak dapat menggunakan kerusi roda kerana kesukaran naik-turun tangga di sekolah.

Anak saya amat meminati bidang sukan dan ko-kurrikulum dan kecederaan yang dialaminya menjejaskan masa depannya bergerak cergas dalam bidang yang dia minati. Doktor yang merawat tidak dapat memberikan sebarang jaminan setelah anak saya sembuh, beliau dapat kembali pulih seperti sediakala. Pihak hospital juga tidak dapat menolak kemungkinan komplikasi dimasa hadapan atau keadaan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat dan rawatan susulan dari masa ke semasa sepanjang hayatnya.

Buat masa ini kakinya kirinya (yang mengalami kecederaan berat, patah kedua-dua tulang) telah disimen dan diberikan ubat penahan sakit dari masa ke semasa. Terdapat kesan bengkak di bahagian wajah dan juga lengannya akibat kemalangan tersebut. Pergerakannya yang terhad memaksa kami memakaikannya dengan lampin dewasa pakai-buang kerana dia tidak berdaya bangun untuk ke tandas sendiri. Anak saya masih mengalami trauma akibat kemalangan dan saya amat bimbang sekiranya beliau akan mengalami kemurungan berpanjangan dan hidup menyisihkan diri.

Saya sendiri terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan keadaan anak saya yang tidak dapat bangun kerana suami bertugas di Lembah Kelang. Suami yang bertugas di Hollywod juga terpaksa pulang ke untuk mengetahui perkembangan keadaan kecederaan dan rawatan seterusnya. Nampaknya kami tiada pilihan lain selain dari menggaji orang untuk menjaga beliau sepeninggalan saya pergi bertugas.
Saya berharap tuan memahami keadaan dan kesulitan yang kami alami. Untuk rekod tuan, saya dinasihati untuk tidak bertemu dengan tuan kerana tuan terbabit secara langsung dalam kes ini sebagai pihak yang melanggar anak saya. Saya juga dinasihati pertemuan yang tuan anjurkan boleh memprejudis dan menjejaskan kes yang masih lagi dalam siasatan polis. Tambahan pula adalah masih pra-matang untuk menerima apa-apa penyelesaian.

Segala urusan tuntutan insuran dan perundangan saya serahkan sepenuhnya kepada pihak polis berdasarkan kepada laporan yang dibuat serta juga melalui bantuan saksi-saksi kejadian untuk menentusahkan pihak yang sebenarnya cuai dalam kes kemalangan ini. Tindakan susulan seterusnya akan dibuat melalui tuntutan guaman sivil termasuk kos penderitaan kesakitan yang dialami, pembelian alat bantuan sokongan, peralatan pakai-buang, kos rawatan penuh anak saya, trauma gangguan mental yang dialami yang kesemua kosnya ditanggung sepenuhnya oleh pihak tuan.
Sekian terima kasih.

Banyak orang mengetam pulut,
Saya seorang mengetam padi;
Ramai orang karam di laut,
Saya seorang karam di hati.

Ramai budak pergi menimba,
Dapat banyak si ikan keli;
Karam di laut dapat ditimba,
Karam di hati susah sekali.

Anai-anai di tanah rekah,
Mari dikais menimba hari;
Masa suka ramai berdekah,
Waktu menangis seorang diri.
S.K. Tetuan Sulaiman Akhlaken, Peguambela Peguamcara

Selasa, Ogos 09, 2016

Antara ingatan dan tangisan

Peristiwa yang berlaku itu akan tetap berada dalam ingatan ini walau dibuang jauh-jauh. Oleh kerana salah faham, pergaduhan besar-besaran hampir sahaja berlaku. Untung saja penulis membuat screen capture ini, yang jelas menunjukkan bahawa aturcara melaksanakan rukyah untuk arwah isteri sebenarnya telah dibatalkan, namun apabila arwah isteri ternampak Pak Ustaz datang menziarahnya, terus sahaja dia (sipesakit) meminta untuk dirukyahkan. Tambahan pula rukyah yang dilaksanakan sebelum ini amat banyak memberikan kelegaan kepada kesakitan yang dideritai dan ditanggungnya.
 
Fahamilah kesakitan yang ditanggung oleh pesakit kanser. Apakah anda benar menyayanginya?

Patutkah ziarah dibuat pada waktu malam, waktu rehat pesakit? Sedangkan siang yang panjang disia-siakan dengan berjalan round KLCC, berjalan-jalan keliling KL menaiki LRT.

Sedarilah pesakit kanser tahap 4 tidak mempunyai daya tahan/rintangan penyakit akibat rawatan chemo yang dilaluinya. Semua ini penulis pendam dalam hati selama ini. Terima kasih kepada penziarah yang memahami keadaan pesakit yang datang menziarah dan menghiburkan pesakit pada hari sambutan ulangtahunnya (yang terakhir) menurut jadual dan tidak mengganggu rehat pesakit. Thanks a lot to rakan-rakan semua... izinkanlah nama-nama kalian diabadikan disini:

Cikgu Indriaty (kak In) yang datang semasa pesakit sedang tidur dan tidak mengejutkannya. Musliliwati Mustafa, Hazlini Sis Muz dan sekumpulan rakan arwah gang UUM.. maaf penulis tak ingat nama penuh kalian...Yunita Ayub (yang datang dari jaun menaiki pesawat), Has,Halizaton, Tn Haji Puzi Ahamad dan rakan-rakan setugas arwah di Mesiniaga yang membelikan kek ulangtahunnya dan ramai lagi.... yang memahami keadaan kami. Semoga Allah merahmati kamu sekalian. Sehingga ke hari ini, hanya kiriman DOA sahaja yang penulis panjatkan agar kehidupan kalian diberkati, dosa tuan-puan diampuni dan senantiasa dirahmati. Amiin.

Isnin, Julai 25, 2016

Coming soon to our shores...

Bruce was stunned when he read the one-sentence reply from his fund. His daughter was starting college, and he needed to withdraw currency from a real estate fund he’d invested in several years ago. He had plenty of cash in the account, so he went ahead and made the request online. But the response Bruce received stunned him. In big bold letters, he was told that due to the financial crisis…

"We regret to inform investors that cash withdrawals are not permitted at this time."

This isn’t a fictional account. And it’s not from the 2008 financial crisis.

It happened last week.

Within 11 days after Britain voted to leave the EU, funds banned clients from withdrawing funds due to “extraordinary market conditions.” These are not small, obscure funds in the UK. Each manages billions of British pounds. Because of the crisis, however, it quickly became apparent that continued redemption would crash the fund and force management to sell assets at fire-sale prices. Executives at each fund felt they had no choice. Bruce couldn’t get his own money out!

Back home in Malaysia, the usual denial of withdrawal of cash would probably due to the fact that one do not have sufficient cash to begin with.... but for some of us whom has stowed their life savings and hard earned cash, this is indeed bad news. Fikir-fikirkanlah ya...

Selasa, Julai 12, 2016

Nilai wang kian menyusut

Awal tahun lepas penulis mendapat undangan menghadiri satu seminar yang ditaja oleh sebuah firma guaman secara percuma. Antara topik utama adalah ucapan dari Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang memberikan komen mengenai keadaan kewangan dunia yang kesemuanya defisit. Belanjawan negara di Kesatuan Eropah kesemuanya negatif... yang bertambah hanyalah hutang! Duta tersebut bertanya dengan sinis... mampukah negara-negara ini membayar kesemua hutang-hutang mereka? Dan siap ketawa lagi apabila mengesyorkan agar hadirin mengambil peluang melancong ke PIGS (short form untuk Portugal, Itali, Greece dan Spain) yang mengalami masalah kewangan yang meruncing. Jadi kalau negara-negara atas angin tak mampu membayar hutang mereka, fikirkanlah kedudukan Malaysia.



Presented by: Money Metals Exchange

Isnin, Julai 04, 2016

Becoming a silver surfer

Courtesy of: Visual Capitalist and Silver.com


Lupakan emas buat sementara sebab harganya mencanak naik, buat masa ini, kome belilah perak. Any average Joe can do it! 3 weeks ago, penulis terserempak dengan DYMM Paduka Seri Sultan Perak di Kinokuniya - kebetulan kami membelek buku pelaburan yang sama, a very humble person. Paduka Seri komen: "Do tell the populace about precious metal investments".... things happened so fast... nak berselfie dgn baginda, tapi penulis rasa malu.... 

Its befitting sangat Silver = Perak. Hmmm... terjumpa lak Sultan Negeri Perak lak tu... sign of sorts gamaknya!

Facts:

For centuries, the gold-to-silver ratio was 15 to 1. 1 oz of gold could buy 15 oz of silver. But the skewered “modern” gold-to-silver ratio is closer to 50 to 1. Yet, in mid-2015 the ratio is 75 to 1, so right now silver is very undervalued relative to gold. Serious!

Be aware, investment in silver is not for the faint hearted. Prices for silver is very volatile. Placed an order for silver today, in less then 20 minutes after I put down the phone, the selling price for silver  skyrocketed more than RM200.. Takajuik den! For these past months the average price of silver had steadily increase from USD16 to USD20 per Oz and is still climbing. Kalau anda beli silver, toksah monitor harga tiap-tiap hari, anda boleh dapat sakit jantung! Beli, simpan dengan selamat dan lupakan. Percayalah, kita hidup di akhir zaman, macam-macam perkara yg Nabi janjikan akan berlaku.... kesemuanya mengejutkan dan setiap kejutan (perang, gaduh, political turmoil, BREXIT, GREXIT, UMNOEXIT...hihihi)  akan menyebabkan harga emas naik... naik .. dan terus naik. Bila nak pakai duit nanti juallah balik. Cuma kekurangannya silver ni payah sikit nak pajak di AlRahnu.

Fiat money yang kita gunakan selama ini akan terus hilang nilainya dimamah inflasi. Betul kata-kata toh guruku, arwah Pak Nik yang mengajar kami subject Banking and Negotiable Instruments dulu... lama-lama duit kertas mana-mana negara akan koyak dan mereput aje. Baik beli hartanah (kebetulan Pak Nik juga mengajar Land Law). Bila harga emas naik, harga perak pun akan ikut naik, tumpang sekaki. Tapi potensi kenaikan perak lebih tinggi (tak sama macam emas) sebab perak amat diperlukan dengan extensif dalam industri.

Penulis membeli perak dari PublicGold, yg jadi agent/introducer area Kuantan adalah kawan exMRSMJ juga, Sis Rai and her Husband.

Rabu, Jun 29, 2016

Bayangan

Terkenang saat nan indah
Waktu kita bersama
Berteduh di bawah satu bumbung
Kau buka jalan bahagia
Pada jiwa terbiar luka
Kau memberi kekuatan dalam kepayahan
Di saat ku mencari arah hidup
Tiap waktu dikau memayungiku
Terpesona di bawah redupnya..oh..! oh..!
Bayangmu

Dan aku bagai terlupa
Bahawa takdir yang Esa
Semua telah pun direncana
Kau pergi dalam sekelip mata
Untuk selamanya oh..! oh..!
Bersemadi

Disaatku masih amat memerlu
Keharuman cintamu yang satu
Apa daya ini takdirNya semua
Dan yang tinggal diriku bersama
Bayangan

Namun pun begitu kau tetapkan wujud
Dalam jiwaku bersemi - Tak pernah lari
Kenangan lalu, Kubawa bersamaku
Merindu oh..! oh...!
Bayanganmu

Dikala sepi mendatang
Tak dapatku menahankan
Airmata kerinduan

Semangatmu terasa bersamaku
Walau kita terpisah di dunia
Senyumanmu kini jadi tangisku
Tiap hari waktuku mencari oh..! oh..!
Bayanganmu

Ku hulur doa buatmu
Abadilah di sana oh!
Sejarahmu yang gemilang
Bersamaku
Bayangan, bayanganmu
Bayangan

Rabu, Jun 15, 2016

Wordless Wednesday...


Ok.. not totally wordless... rindu... kepada orang yang tiada dalam gambar, dan teringat janji yang dibuat kepadanya utk membelikan hadiah yang bermakna kepada anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Alhamdulillah, bulan lepas, Husna dapat naik ke pentas mengambil hadiah dari guru besar. Husna dapat No 2 dalam peperiksaan. Semalam Sakinah pula memberitahu, dia dapat No 3, melonjak 3 anak tangga dari thn lepas. Apa ya nak belikan ya?... yang memberi nilai... hati ini membayangkan emas atau perak. Teringat nukilan arwah isteri yang berbunyi lebih kurang begini:

Cherish friends be it young or old,
For young is silver, old is gold.

oklah... silver it is.

Selasa, Jun 14, 2016

Kari ikan makan..

Kari Ikan... teringat zaman bujang dulu tinggal keseorangan di rumah ayah... masak main bedal aje, tapi bila kawan datang, depa balun semua sampai licin...depa tak sedar aku letak booby trap.. cili api... now that tiada isteri di sisi... kenalah masak sendiri untuk berbuka puasa cukup untuk kami 3 beranak yang tingal dirumah ini.

BAHAN-BAHAN:
ikan ... jangan ikan Paus udah...
pes kari kepala ikan
3 ulas bawang merah dikisar
1 tangkai daun kari
1 labu bawang besar belah 4
6 biji kacang bendi
1 biji cili merah dibelah 2
1 biji cili hijau dibelah 2
1 biji tomato dibelah 2
500ml air
Garam dan 4 ulas cili api (kalau nak la)

Panaskan air, masukkan pes kari kepala ikan, daun kari dan bawang merah. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan ikan, bawang besar, kacang bendi, cili merah, cili hijau dan tomato. Masak dengan suhu tinggi sehingga mendidih dan sesuaikan rasanya dengan garam. Sedia untuk dihidangkan.

Korang mesti tertanya-tanya, mana perginya Maya Cempaka, isteriku, juga rakan kepada arwah isteriku Neny... dia belum dapat transfer kerja ke Lembah Kelang, so takde masalah, campak aje semua ramuan tu dalam slow cooker, power low, habis cerita... balik dari kerja dah siap masak, Insya Allah. Berguna juga ilmu test bahan letrik yang aku dapat masa berkerja sebagai casual worker kat Jaya Jusco TTDI tahun 90an dulu.

Jumaat, Jun 03, 2016

Badal Haji untuk Neny

Adalah afdhal, sekiranya anak membadalkan haji kedua orang tuanya atau kerabat membadalkan haji kerabatnya. Namun jika orang lain selain kerabat yang membadalkan, juga boleh.
 
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah ditanya mengenai apakah si anak membadalkan haji ibubapanya sendiri ataukah mengupah orang lain untuk menghajikannya. Beliau menjawab, “Jika engkau menghajikan orang tuamu dengan dirimu sendiri, lalu engkau bersungguh-sungguh menyempurnakan hajimu tersebut, maka itu lebih baik. Namun jika engkau mengupah orang lain untuk menghajikan orang tuamu di mana orang yang menghajikan punya agama yang bagus dan amanah, maka tidak mengapa.” [Fatwa Syaikh Ibnu Baz, 16: 408]

Sekiranya mudah mendapatkan giliran ke Makkah untuk mengerjakan haji, nescaya diri ini yang telah sempurna menunaikan haji yang akan segera memohon cuti dan bersiap berangkat pergi menunaikan fardu haji bagi pihak arwah isteriku, Neny Endriani Hj Bustamal. Bersaksilah bahawa hamba Allah ini telah membuat yang terbaik untuk pasangannya. Ya Allah mohon dipermudahkan segala urusan. Aamin.

Jumaat, Mei 27, 2016

Menjadi unik

http://www.moralstories.org/struggles-of-our-life/

Cerminkan diri kita
Apabila badai menerpa dalam kehidupan, apakah reaksi kita?
Apakah kita juga akan membabi buta
"menyerang" badai yang tidak berkesudahan?
Apakah itu tindakan yang masuk akal?
Allah memberikan kita akal fikiran untuk bertindak rasional.
Izinkan aku bermuhasabah diri dipengasingan dan ketenangan.

Pilihan ditangan kita ada 3.
Dari keras jadi lembik tak berdaya, menurut sahaja dan terhina;
Dari lembik menjadi keras tetapi rapuh, dilabel sebagai angkuh
atau menciptakan keadaan yang baru dan unik, berfikiran positif selakigus merubah segala aturan,
dinikmati, disenangi serta dihargai?

Istikharah hati ditanah suci
- biarlah aku menjadi unik dan menciptakan suatu yang indah
Maaf - ini bukan "quick fix".

Memakan masa yang panjang untuk dilaksana
aku juga tidak tergesa-gesa

Oh terlupa... rupanya giliranku ...
Hanya satu langkah cuma
Tanpa perlu berkata-kata yang sia-sia
Check Mate!

Khamis, Mei 19, 2016

Cakar tercalar


Orang mengata kami bercakaran?
Hakikatnya - siapa sebenarnya
yang mencakar siapa?
Orang bijaksana tentunya gigih berusaha
menyelamatkan diri
dari cakaran berbisa,
lebih mulia disisi Agama,
dihargai dan memperoleh bahagia.
 
Beza antara kita
Usah asyik berkira-kira dan
mempercayai khabar tak nyata
Tanpa bukti dan penjelasan juga

Biarlah sipencakar, mencakar orang lain
Cukuplah hamba memandang
dari kejauhan dan keselamatan
Bersyukur penuh ikhtiar, berusaha dan berdoa
Istikharah di Tanah Suci
Istiqamah sehingga kini.

Kalau bukan orang biasa,
dah lama hamba cantas segera.
Ya, diam lebih mulia
Yang benar akan terserlah -
Yang batil pasti musnah.

Alangkah ruginya ...
mencakar ke sana dan sini,
tercakar diri sendiri
Hati terbakar - keperibadian tercalar.

Ahad, Mei 15, 2016

Hatiku Cermin Diriku II

Hatiku cermin diriku
Cermin itu sejernih air di kali
Sedingin lembut embun pagi
Dengarlah luahan rasa
buat para pendengar hadirin yang turut serta
meraikan detik bersejarah ini

Bagi anda yang mengamati jurus kata ini
Saudara, sahabat, rakan dan taulan dari jauh dan dekat
Sekalung budi dan penghargaan istimewa dari kami
Buat anda yang menghargai penuh erti -
Serta prihatin tentang perjalanan hidup kami

Hatiku cermin diriku
Walaupun cermin ini masih kabur
Titik-titik noda berbekas di permukaannya
Retak dan juga calarnya masih perlu diperbaiki
Terus perlu digilap 5 kali dalam sehari
Iayalah………usianya dah pun dinihari!

Hatiku cermin diriku
Hari ini riang ria tertawa gembira - bangga diri
Walau yang datang nanti - Galau hiba rindu dan sepi
Kini kan telah hadir cinta kasih
Kejujuran, telus dan tulus seikhlas hati.

Cinta yang telah pergi
Setia menyahut panggilan Illahi
Tetap dikenang senantiasa dalam doa kami

Ya Rabbul Izzati,
Tetapkan dan perkasakanlah
Rasa Ihsan di segenap ruang hati kami

Cermin ini akan digilap senantiasa
agar kesaktiannya kekal abadi.

Hari ini Telah Ku amanahkan
Cermin ini kepada insan pilihan yang baik budi
Ya benar seperti yang dijanji
Tetap Gratis, percuma bebas dari GST.

Mudah-mudahan cermin sakti ini
dapat terus menabur bakti
dan dimanfaatkan sebaik-baiknya
sepanjang hayatnya yang berbaki
oleh pemilik barunya.