Sabtu, Mac 17, 2012

That Man and That Woman

Two songs with different lyrics and different side of the coin.



Han namjaga geudereul saranghamnida
Seorang lelaki yang mencintai dirimu

geu namjaneun yolsimhi saranghamnida
Lelaki itu yang mencintai dirimu sepenuh hatinya

meil geurimjachorom geudereul ttara danimyo
Setiap hari, seperti bayang-bayang, lelaki itu mengikuti dirimu

geu namjaneun useumyo ulgo issoyo

Pabila lelaki itu tersenyum, dia sedang menangis di dalam hatinya

olmana olmana do noreul
Berapa kali lagi perlu

irotge baraman bomyo honja
Aku menatap dirimu keseorangan

i baramgateun sarang i gojigateun sarang

Cinta yang seperti angin, cinta yang tidak bernilai ini

gyesokheya niga nareul saranghagetni
Jika aku terus mencuba, adakah ia berupaya membuat dirimu jatuh cinta padaku?

jogeumman gakkai wa jogeumman
Datanglah lebih dekat

han bal dagagamyon du bal domangganeun
Hanya sedikit lagi

nol saranghaneun nal jigeumdo yope issoyo
Orang yang mencintai dirimu yang kini berada di sampingmu

geu namjan umnida
Lelaki itu sedang menangis

geu namjaneun songgyogi sosimhamnida
Lelaki itu sangat pemalu

geureso utneun bobeul bewobomnida
Jadi dia belajar bagaimana untuk ketawa

chinhan chin-guegedo mothaneun yegiga maneun

Banyak perkara yang tidak boleh diberitahu walaupun dengan kawan baiknya

geu namja-eui maeumeun sangcho tusongi
Lelaki itu, hatinya dipenuhi parut luka

geureso geu namjaneun geudel nol saranghetdeyo ttokgataso
Sebab itulah, lelaki itu yang mencintai dirimu kerana kau juga sama sepertinya

tto hana gateun babo, tto hana gateun babo
Seorang lagi manusia yang jahil, seorang lagi manusia yang jahil

hanbon nareul anajugo gamyon andweyo
Adakah salah untuk meminta dirimu memeluk diriku sebelum dikau pergi?

nan sarangbatgo sipo geudeyo
Aku hanya mahu dicintai, ianya benar

meil sogeuroman gaseum sogeuroman
Apabila lelaki itu batinya menjerit setiap hari


sorireul jireumyo geu namjaneun
Setiap hari di dalam hati, di dalam hatiku


oneuldo geu yope itdeyo
Lelaki itu berada disisimu lagi hari ini

geu namjaga naraneun gon anayo
Adakah kau tahu - akulah lelaki itu?

almyonsodo ironeun gon anijyo
Kau tidak akan bertindak seperti ini jika kau mengetahuinya

moreuloya geudaen babonikka

Kau tidak akan tahu kerana kau adalah seorang jahil

olmana olmana do noreul
Berapa kali lagi perlu

irotge baraman bomyo honja
Aku menatap dirimu keseorangan

i baramgateun sarang i gojigateun sarang
Cinta yang seperti angin, cinta yang tidak bernilai ini

gyesokheya niga nareul saranghagetni
Jika aku terus mencuba, adakah ianya berupaya membuat dirimu jatuh cinta padaku?

jogeumman gakkai wa jogeumman
Datanglah lebih dekat

han bal dagagamyon du bal domangganeun
Hanya sedikit lagi

nol saranghaneun nal jigeumdo yope issoyo
Diriku, yang mencinta dirimu kini berada di sampingmu


geu namjan umnida
Lelaki itu sedang menangis


That Woman



One woman loves you
She loves you wholeheartedly
Everyday, she follows you like a shadow
She is laughing but at the same time, actually crying

How much longer that I must continue for you to love me?
Come closer a little bit more
when I take a step closer, you run away with your feet
I the person who loves you, even now I am beside you
that woman is crying

That woman is very timid
so she learns to laugh
there are so many things that she can't tell even her closest friend
that woman's heart is full of tears
so that woman said that man...
I loved you because you are the same as me
Another fool, another fool

Won't you hug me once before you go? I want to be loved my dear,
everyday in my heart, in my heart
I shout out : that woman is beside you, even today

Don't you know that woman is me?
Don't tell me you know about it and are still doing this to me?
But you won't ever know my dear, because you're a fool

How much longer that i must gaze at you like this alone?
This foolish love, this miserable love
come closer a little bit more
when I take a step closer you run away with your feet
I who loves you, even now I am beside you.
That woman is crying.

Jumaat, Mac 16, 2012

Kisah seorang ayah, anak dan burung gagak

Untuk anda para pengunjung blog ini yang masih mempunyai ayah, silakan membaca kisah dibawah, semoga memberi manfaat dan pengajaran.

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok yang berhampiran. Si ayah lalu menuding jarin ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?"

"Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangkakan ayahnya
kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang
sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang
masih geram dan tertanya-tanya.

Ianya adalah sebuah diari lama yang agak usang.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.

Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut..........

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak". Walaubagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak
lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."


Khamis, Mac 15, 2012

Secret Garden OST - That Woman (Piano)

Menjadi Muslim

Got this one from a friend more than 10 years ago. Its time to delete it from my email archive and share it with the world.

Seorang lelaki melayu ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk. Ada lagi ..

Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi. "Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman .. Ya Allah! Aminnn .."

Tiba-tiba guruh berdentum! Beruang tadi terhenti tepat di hadapan lelaki tadi dan merenungnya dengan tajam.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin!"

Rabu, Mac 14, 2012

Tatacara Diet Rasulullah & Penduduk Madinah

Menurut catatan sejarah, walaupun penguasa Mesir (Muqauqis) yang berada dibawah naungan empayar Rum pada ketika itu tidak memeluk Islam setelah menerima utusan dari Nabi S.A.W., namun dia juga tidak memusuhi Islam. (Golongan inilah yang dikatakan dalam perundangan negara Islam sebagai golongan Ahli Zimmah. Sekiranya ada golongan ini tinggal dalam negara Islam, harta benda dan keselamatan mereka dilindungi oleh undang-undang selagimana mereka mematuhi undang-undang negara Islam tempat mereka tinggal).

Menurut kisahnya, Muqauqis telah menghantar berbagai hadiah tanda persahabatan beliau dengan kaum muslimin antaranya dua orang hamba. Seorang dari hamba tersebut, Mariah AlQibtiah dimerdekakan dan diperisterikan oleh Nabi S.A.W. dan seorang lagi diberikan kepada salah seorang sahabat. Namun yang istimewa sekali adalah mengenai kisah seorang tabib yang turut dikirimkan ke Madinah oleh Muqauqis untuk memberikan khidmat khusus kepada Nabi S.A.W. secara percuma, tetapi Nabi S.A.W. sebaliknya menyuruh tabib tersebut untuk berkhidmat untuk seluruh penduduk Kota Madinah. Sabda Nabi S.A.W. mengenai tatacara pemakanan yang betul memang selalu dihebahkan namun kisah disebaliknya tidak ramai yang mengetahuinya melainkan jika anda rajin mengikuti program usrah.

Beginilah kisahnya - selama masa tempoh dua tahun tabib itu berada di Madinah, tabib berbangsa Qibti tersebut telah gagal memperolehi apa-apa pekerjaan untuk dilaksanakannya sesuai dengan kepandaiannya sebagai seorang tabib. Tabib itu berasa amat bosan dan bertanya kepada Nabi S.A.W.

“Apakah masyarakat Madinah takut kepada tabib?”

“Tidak. Terhadap musuh mereka tidak takut. Apa lagi kepada tabib", jawab Nabi S.A.W.

“Tetapi mengapa selama dua tahun tinggal di Madinah, tidak ada seorang pun yang pernah berubat dengan saya?” soal tabib itu.

“Kerana penduduk Madinah tidak ada yang sakit,” jelas Nabi saw.

Tabib itu kurang mempercayainya, "Masakan tidak ada seorang pun yang mengidap penyakit?”

“Silakan periksa seluruh penjuru Madinah untuk membuktikan kata-kataku,” ujar Nabi saw.

Lalu tabib itu memulakan perjalanannya mengelilingi kota Madinah untuk mencari orang yang sakit. Ternyata pernyataan Nabi S.A.W adalah benar.

Di seluruh Madinah, tabib itu tidak menjumpai walau seorang pun yang sakit. Dia merasa amat kagum dan hairan, lantas dia segera mengadap Nabi S.A.W dan bertanya:

“Apakah petua sehingga menyebabkan orang-orang Madinah sihat-sihat semuanya?”

Jawab Nabi S.A.W:

“Kami adalah suatu kaum yang tidak akan makan, kalau tidak lapar. Dan jika kami makan tidak sampai terlalu kenyang. Itulah petua untuk sihat. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertakwa kepada Allah, bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”

Isnin, Mac 12, 2012

Sudahkah anda bayar harganya - Part 2

Bagaimanakah sesebuah organisasi mahu berfungsi dengan betul dan maju ke hadapan – sekiranya anggota kerjanya wajib pergi bercuti saban kali tibanya cuti semester sekolah?

Layakkah anda memperolehi kenaikan pangkat ataupun mendapat bonus kerana setiap kali musim cuti sekolah, anda yang berkerja dan diamanahkan untuk mencari wang untuk syarikat pun ikut serta bergembira bercuti – sedangkan anda memberikan arahan kepada orang lain (yang bukan ahli dalam pekerjaan yang anda ceburi ) untuk “taichi” jenis kerja yang tidak diingini atau pergi ke tempat yang jauh untuk dilawati dan menggantikan tugas anda? Kalau orang yang menggantikan tempat anda mempunyai ilmu dan kemahiran seperti anda, itu mungkin boleh dimaafkan atau alternatifnya sekiranya tempat anda mengamalkan cara kerja berpasukan dan rakan setugas memang pada bila-bila masa boleh menjawab apajua pertanyaan orang luar. Tapi hakikatnya, bidang tugas anda adalah unik dan istimewa. Tak ada orang lain yang boleh menggantikan anda dan semua urusan kerja berkaitan terpaksa “que” sementara menunggu anda kembali untuk bertugas.

Inilah budaya yang amat merbahaya kepada kesinambungan apa jua perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat. Percayalah, didunia korporat sebenar, terutamanya dalam perniagaan yang berteraskan perkhidmatan, jika inilah budaya yang anda terapkan dalam diri, sudah pasti anda dibuang kerja!

Bonus dan naik pangkat beria-ria nak. Tiap awal tahun asyik menelefon jabatan penulis bertugas untuk bertanyakan bila gamaknya bonus akan dibayar - macamlah kami mengetahui apa keputusan BOD! Syarikat ada buat untung ke? Kalau ikut betul, kalau ada untung barulah syarikat boleh mengistiharkan dividen dan bonus. Kalau syarikat tak untung, macam mana nak berikan anda bonus? Silap-silap syarikat boleh ranap kalau memberikan bonus tanpa sebab munasabah.

Sedarlah kengkawan, “we reap what we sow”. Itu dah memang hukum alam.

Sewajarnya hanya orang yang giat berusaha menanam pada musimnya sahaja yang dapat menuai hasil. Orang yang tidak berusaha dan tak mahu menambah catatan suratan amal baik, tapi tetap tidak malu untuk ingin masuk atau menuntut untuk masuk ke syurga. Untuk katagori anak-anak, mungkin penulis boleh memberi anologi yang sangat mudah untuk tahap anak-anak difahami – hendak masuk ke sesebuah taman tema yang banyak tarikan dan amat mempersonakan hati pun kita perlu bayar tiket masuk yang mahal, inikan pula nak masuk syurga. Semua ada harganya.

Anda mungkin mencapai sasaran kerja, namun pada peringkat syarikat, tidak ada lebihan wang untuk dibayar untuk bonus. Silap-silap kewangan syarikat dalam keadaan negatif.

Jadi, masih layakkah anda memperolehi bonus dan kenaikan pangkat?

Sudah tentu jawapannya “Ya” SEKIRANYA anda telah membayar “harganya”.

Jumaat, Mac 09, 2012

Weight Lost Challenge bermula

Hari ini dengan rasminya aku menghantar borang penyertaan, ambil kiraan BMI dan kadar tekanan darah untuk mengikuti cabaran camel ini. Takpe... hangpa gelakkan aku ye.. tapi pasai pa aku dimasukkan dalam katagori bukan pengurusan yang senang kena eliminate!!! Sungguh tak adill.

Okaylah... cabaran camel ini akan tetap disahut dan memang dah beberapa kali aku berulang pi ke opis naik basikal (dan kena tolak basikal- sebab terpaksa melalui bukit curam incline >40%) . I will still join the weekly aerobic classes, tapi bila start poco-poco aku terpaksa chow. Segan!

Special thanks to Teoh Li Li for her support and encouragement!

Selasa, Mac 06, 2012

Berkorban apa saja

Berkorban apa saja - Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra - Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri - Tidak diingini
Bahagia kekasih - Saja yang diharapi

Berkorban apa saja - Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra - Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti - Kasih yang sejati
Itulah tandanya - Jika mahu diuji


Lirik lagu P Ramlee di atas terngiang-ngiang dikepala apabila seorang sister bertanyakan mengenai pengorbanan dan cinta sejati. Memang kebetulan juga ianya merupakan lagu yang diminati penulis. Lirik lagu ini juga berada di dalam kotak fikiran penulis setiap kali penulis mengikuti recharge program ESQ165 (walaupun lagu ini tidak pernah dimainkan di mana-mana sessi program ESQ165) bila mengenangkan kembali perjuangan Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya yang shahid berkorban segala-galanya untuk memastikan agar kita ummat yang terkemudian ini mendapat rahmat sinar Islam. Oh ya, ada para alim ulama yang menyatakan Rasulullah S.A.W. juga meraih pahala shahid apabila beliau wafat kerana sekian lama menderita sakit akibat termakan daging yang diracun oleh seorang perempuan yahudi.

Penulis hanya mendiamkan diri bila sister ini mengadukan masalah peribadi yang sedang menimpanya dan segala pengorbanan masa dan tenaga yang telah dicurahkannya selama ini.
Ya, korban ada macam-macam jenis antaranya adalah masa, tenaga, harta, cinta, nyawa dan lain-lain lagi.Tanpa berfikir panjang penulis dengan perlahan menyanyikan beberapa bait lagu P Ramlee tersebut, mudah-mudahan sipengadu sedar. Setelah selesai penulis mengutarakan kepada sipengadu beberapa soalan khusus untuk dijawab sendiri oleh sister tersebut, dan dia kelihatan tersentak kemudiannya menitiskan air mata, resah dan termenung seketika. Penulis tidak mahu mendengar apa-apa jawapan dari beliau dan terus berlalu pergi. Tak apalah, biarlah dia bertenang dan fikirkan sendiri dulu ya?




Soalan penulis:
  1. siapakah yang sebenarnya menjadi ketua dalam keluarga?
  2. siapakah yang bertanggungjawab melayan suami dirumah? Anda, pembantu rumah atau pekerja warung mamak?
  3. siapakah orang yang paling ikhlas dan sabar dengan kelakuan dan tingkah laku anda?
  4. berapa lama anda tidak bersua muka dengan suami dan anak-anak anda atas urusan perniagaan?
  5. bila kali terakhir anda dan kesemua ahli keluarga menikmati makan malam bersama-sama atau menunaikan solat berjemaah?
  6. pernahkah anda menunaikan ibadah korban?
  7. siapakah yang paling banyak berkorban untuk diri anda dan keluarga?
  8. Sebelum anda berkahwin, pernahkah atau tergamakkah anda "korbankan" orang lain - ibubapa, rakan, kekasih, wang, masa, demi untuk meraih atau mencapai keadaan anda sekarang?
  9. Jika jawapan soalan no. 8 dijawab Ya, adakah anda bergembira dengan hasil pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan kasih sayang orang lain? Berbaloikah tindakan anda?
  10. Errr....realitinya sekarang anda seolah-oleh mahu mengorbankan keluarga, suami dan anak-anak....betulkan?
Sudahlah tu dik, bertenanglah. Ubahlah sikap anda. Tingkatkanlah semangat kekitaan dalam keluarga, janganlah dahulukan kepentingan diri sendiri. Kita hidup dalam keluarga dan bermasyarakat. Pulanglah segera ke pangkuan keluarga anda yang menanti anda dengan setia.

Jumaat, Mac 02, 2012

Siapa dlm company yg patut jaga PDPA?

Pursuant to the feedback from Prof Dr. Abu Bakar Munir, consultant to the Government of Malaysia on the Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), the established practice abroad is that the IT Department (being the custodian of all IT facilities and computer systems) is the most appropriate department to spearhead compliance to the PDPA.

Orang IT yang dengar hujah ni sure terbakar punya....

Isnin, Februari 27, 2012

Planning to fail

Dear XYZ,

I am just doing my job to protect the interest of [ the company/your personal interest]. Kindly get your facts right.

If you are not happy that you project or your plan [nak kawin lagi/ nak bercerai/ nak dapatkan hak penjagaan anak dari ex husband or ex-wife/ beli rumah baru dll] got stalled or cancelled due to my "stupid" comments (which were made due to your miscalculations/misjudgement and business plans that went haywire, does not make any sense at all) by all means, please make a complaint in writing to the [CEO/mak ayah awak/boss dll], ASAP! (If I am still in practice, anda boleh komplen pada Majlis Peguam untuk kenakan tindakan disiplin kepada saya). Tak sabar rasanya nak mengetahui justifikasi komplen anda semua or you can always appoint some other lawyer to handle your case. In this case saya tak terkilan pun sebab memang saya tak caj awak satu duit pun dan saya tak mahu pun duit awak. Semua ini adalah friendly advise secara sukarela dan ikhlas sebagai amal jariah bekalan saya kelak (bukan bekalan untuk awak). Saya tolong awak bukan sebab awak ni lawa, cun, single/janda and available atau sebab awak pernah menolong saya masa saya susah dulu.

Dengan jujur saya katakan, let us just think clearly and objectively - plan our work and work out our plan. It is just plain simple, really. If we don't follow our plan, we are really planning to fail.

I have done my part. We are in one team, now it is really all up to you.
Sekiranya anda tidak mempedulikan kata-kata saya dan tetap mahu meneruskan dengan rancangan anda, ianya adalah atas risiko anda sendiri. Saya tak marah dan tetap akan memaafkan anda (mungkin berasa sedih kalau ianya kes personal atau ianya melibatkan saya). Tapi anda tak boleh salahkan saya, sekiranya apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku kelak. Tidak, saya tak pernah paksa anda semua ikut nasihat saya. Itu semua adalah pilihan hati anda sendiri. Kalau pada hemat anda apa yang saya katakan mengarut, bakulsampahkan sahaja. Saya pun hanya manusia biasa. Percayalah, esok-esok, anda semua akan cari saya untuk memohon maaf.... dan saya akan sentiasa berdoa anda semua akan sedar suatu hari nanti. Janganlah berasa malu pada saya.

[untuk problem melibatkan syarikat]
Er... jangan marah ye, saya nak bertanyakan anda semua satu soalan. Senang je, maaf, soalan dia macam soalan bodoh. Pasti anda semua boleh menjawabnya. Bukan trick question atau teka-teki budak-budak.


Q: Anda berkerja dan dibayar gaji oleh syarikat kita inikah atau syarikat yang awak dok lobi-lobi tu yang bayar gaji awak semua?

Jawablah pertanyaan ini dengan jujur dan ikhlas and remember, please do your job properly. Maju atau mundur syarikat kita atau diri kita sendiri adalah pilihan kita sendiri.

Rabu, Februari 22, 2012

Ringkasan Kisah Nabi Ayub A.S.

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Menurut kisahnya isteri Nabi Ayub A.S. telah berkata “Hai Ayub, seandainya engkau berdoa kepada Tuhanmu, niscaya Dia akan membebaskanmu. Lalu Nabi Ayub A.S. menjawab: “Aku telah hidup 70 tahun dalam keadaan sihat, sedangkan sakitku ini hanya baru beberapa tahun, aku malu dengan Tuhanku.”

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

(Recommended reading - Link kepada kisah penuh Nabi Ayub A.S.)

Isnin, Februari 20, 2012

Apa yang menarik di Sumatra Barat?

Sampai juga hajat penulis untuk buat photoshoot berpakaian tradisi pengantin Minang!This was taken at Rumah Gadang di Minang Village Padang Panjang (yang juga terkenal dengan sate minangnya)

Sakinah, memang posing maut! All photos in low resolution and many other photos will be added if time permits.

Inilah dia Martabak Bandung (Apam Balik) albeit with 50 different flavours!

Ketika berbual di kafetaria tempat penulis bertugas, seorang rakan sejawat bertanya dengan penuh minat, "Mi, aku dok perghati hang ni rajin betoi dok berulang pi balik ke Bukittinggi. Baru ni hang balik ke sana lagi kan? Apa yang dok ada kat sana tu? - Hang bukak cawangan nikah lagi satu ka?" usik kawan tersebut.

"Mana ada macam tu Wan.. ko ni ada-ada ajelah" jawabku sedikit marah sambil menghirup air teh tanpa gula yang dipesan sebelum itu. "Balik ke Bukittinggi setiap tahun dah jadi kebiasaan family sejak ada AirAsia untuk menjenguk nenek isteriku. Kini nenek dah meninggal dunia... kali terakhir kami jumpa nenek bulan 5 tahun lepas dan dia dah memang lama uzur...." sambil aku membayangkan senyuman nenek tiap kali kami pulang menziarahi beliau.

"Jadi kiranya hang balik baru ni semua habih satu famili berangkut sebab nak buat majlis kenduri dan tahlil untuk arwah la no!... baguih la kalu lagu tu. Kat sana hang tidoq kat mana?"

"Eh..kat rumah nenek la.. tak pernah la dok kat hotel lagi" jawabku.

"Wah.. padan la hang suka ke sana... ada rumah.. Huuuish... rumah kat tengah sawah ka??... comel sungguh......... hah? yang ini gambaq gunung berapi tu ka?!!"... terjah kawan yang seorang ini sambil dia menyelaraskan monitor notebook lama ku yang kini dikongsi oleh 4-5 orang rakan yang dok menebeng bersama-sama mahu menonton hasil bidikan kamera DSLR, gambar-gambar yang aku ambil semasa percutian kami tempoh hari (with the Ohhhhh and ahhhhhh dari kawan-kawan). Aku tersenyum aje.

"Hang habaq mai kat kami, apa yang menarik kat sana? Kami mana la tau apa-apa... Heboh orang rumah aku nak pi sana mencari telekung sulam... pening aku... Bulih la hang nanti jadi guide kami pi ziarah tanah seberang bila kami ke sana. Buat pakej jimat cermat" pesan temanku itu.

"Hahahah... pakej jutawan rupiah sengkek boleh la" sambil aku mengeluarkan sehelai wang Rupiah Seratus Ribu untuk dipertontonkan kepada kawan-kawan. Baru-baru ini matawang Rupiah mengalami kejatuhan atau sebaliknya Ringgit mengukuh... maklumlah pilihanraya semakin mendekat. Kadar tukaran wang semasa nukilan ini dibuat adalah Rupiah 1 juta dapat RM340-00. (Update Januari 2014 Rupiah 1 Juta bersamaan dengan RM274-00, susut nilai khabarnya sebab dekat dengan pilihanraya).

Senang cerita nanti aku list kan dalam blog aku, apa benda yang aku selalu cari di Sumatra Barat untuk jadi panduan berguna korang semua. Lain orang lain matlamatnya, tapi biasanya inilah target penulis kalau pulang ke kampung.

Dan inilah senarainya untuk panduan kalian. Semoga bermanafaat:
1. Bengkuang/Sengkuang saiz mini- beli kat simpang dekat Bandara Minangkabau. Wajib beli kuah rojak Mak Bee dari Malaysia - Yummy!!! (nota: hanya beli sengkuang yang masih intact -tak dibelah/dihiris bahagian atasnya walau sedikitpun. Kalau dah dibelah rasanya kurang enak, sedikit keras) ;
2. Telur Penyu Pantai Padang (lagi murah kalau tahu mencarinya di Pasar Pariaman);
3. Makan fresh seafood kat Pantai Padang;
4. Minum Jus Alpukat (Avocado), Jus Sirsak (Durian Belanda). Sangat baik untuk kesihatan - anti cholesterol, anti kanser dan boleh menurunkan darah tinggi. Jauh lebih murah harganya. Zaman penulis masih bergelar peguam, biasa minum jus avocado kat KL Hilton RM30-00 segelas kecil;
5. Makan Sate Minang king size di Padang Panjang (one the way to Bukittinggi). Kat Malaysia ada banyak gerai di Kg Baru, tapi saiz ketot!!! Nak try kelainan singgah kat PARIS untuk Sate Minang versi PARIS (kuah berwarna merah and lebih spicy).... hehehhe... Jangan marah ye, PARIS stands for Pariaman dan sekitarnya (nama tempat dipersisiran pantai Lautan Hindi di Sumatera Barat);

Minang Village, Padang Panjang... siapa nak mengidam jadi pengantin semula moh singgah!

6. Pi menembak/ memancing. Nota: ada jenis senapang angin yang tak perlu ada lesen. Gunakan dengan bertanggungjawab dan berhati-hati. Ini bukan benda main-main;

My dear son, stop fooling around...this is dead serious stuff

7. Makan masakan minang di Restoran Sederhana/ Simpang Raya- Ayam Pop, Roti Bakar, BATAGOR (Bakso Tahu Goreng - lokasinya sebelah Hotel NIkita), Martabak Bandung (Apam Balik 50 rasa - no kidding!); kuih Panchong (dekat Pasar Ateh) , kuih Penungkuik;
8. WAJIB BELI ikan danau Maninjau untuk ole-ole (best in the world! kalau dah rasa..selalunya tak cukup tau!) - sekilo rasanya dalam Rp50,000. Lagi bagus kalau beli kat Pekan Ombilin. Siapa yang suka boleh try baluik sawah kering. Yes belut! Kalau boleh makan belut kat restoran Jepun (Unagi), kenapa tak try belut sawah. Amat baik untuk orang yang mengidap sakit gout tau!
9. Naik Kuda Bendi atau berkelah santai bersama keluarga di tempat wisata seperti Panorama, area Jam Gadang, mempelajari budaya Minangkabau di Museum Minang Village di Padang Panjang, menziarah rumah Buya HAMKA di Maninjau, Pantai Ghandoriah di Pariaman, Danau Singkarak dan Danau Maninjau, Air Terjun Lembah Anai, mandi di Mata Air Panas (Belakang Masjid di Solok) - baik untuk mengubati lumpuh dan strok dan tempat tinggal pada kadar yang amat murah disediakan;
10. Shopping pakaian harga hemat dan buku-buku agama di Pasar Ateh, Pasar Bawah, Pasar Lereng, Pasar Grosir Aur Kuning (the latter khusus untuk orang berniaga telekung dan kain sulam, kalau hangpa pi beli kat Pasar Ateh, harga adalah untuk Tourist. Faham sendiri ye);
11. Kalau kena musim durian... best!!! (nota musim durian biasanya bulan januari/februari;
12. Photoshoot permandangan indah; dan
13. pengalaman naik angkotan kota... kalau bab ni rasanya sardin dalam tin pun lebih bernasib baik. Nak buat macam mana, badan orang Malaysia besar gedabak!

Hehehehe.. the list is not exhaustive... kalau nak experience tinggal di Homestay sedara-mara penulis pun boleh. Murah meriah dan berfaedah kepada ekonomi penduduk tempatan. Transportation boleh sewa pada kadar yang berpatutan. Baik upah driver. Kalau berani drive sendiri, ya.. dipersilakan... penulis takut drive masuk dalam gaung aje!

NASIHAT UTAMA: do not fall for the many tourist traps! kalau anda naik bas pelancong, bas akan berhenti hampir disetiap tempat yang menjual baju sulam/kraftangan tempatan. JANGAN BELI. Ulang suara - JANGAN BELI. Sebab: harga dah la sembelih... kurang pun seketek aje.  Nanti dah sampai ke Bukittinggi anda akan menyesal sebab apa yang ada di Bukittinggi  jauh lebih cantik, berkualiti dan jauh lebih murah. Orang tamak selalu rugi. Lagi satu, jangan beli kalau ada orang menjual depan hotel anda menginap atau tempat bas berhenti untuk anda makan selagi anda tak sampai dan tengok sendiri dengan mata kepala apa sebenarnya yang ada di Bukittinggi. Kalau malam, lagilah bahaya... anda tak nampak dengan jelas atau sukar membezakan kualiti barangan yang dijual. Itulah dia tarikan dan godaan nafsu! Heheheh...

Nota: Bukittinggi terletak di Dataran Tinggi Minang 2 jam perjalanan dari Bandara Minangkabau dan ianya dikelilingi oleh 3 buah gunung. Gunung Merapi masih aktif dan mengeluarkan asap dan sekali-sekala meletus juga. Suasana dinginnya macam Cameron Highlands dan banyak sayuran segar ditanam disini. Sayangnya, penduduk tempatan kurang pandai makan sayur. Tiap kali balik wajib kami borong sayur untuk dimasak sendiri buat chap chai dan tom yam (masakan yang sangat asing kepada penduduk tempatan - habis laris tak tersisa pun!). Maklumat lain boleh diperolehi dari link ini (dimana penulis adalah salah seorang penyumbang maklumat). Any further information you may require, please drop me a line.

Ahad, Februari 12, 2012

Goodbye

Setelah 10 hari di bumi minang, tibalah masanya untuk kami berangkat pulang ke Malaysia. Terima kasih kepada semua,
Insya Allah, kita akan bertemu kembali. Nantikan gambar photoshoot kita ya!

Zaws, 12.2.2012
OTW to Bandara Minangkabau