Ada hamba Allah bertanyakan isu memproleh tawaran kerja, tapi tidak dibuat secara hitam putih. Dia menerima tawaran kerja itu sedangkan ada tawaran kerja majikan lain, namun malang menimpa apabila pihak yang menawarkan kerja secara lisan tiba-tiba senyap...... dan tempat anda digantikan dengan calon lain!
Ada antara kita pernah mengalaminya - menerima tawaran kerja secara
lisan dan merasakan seolah-olah semuanya sudah pasti. Namun, tawaran lisan tidak jaminan anda betul mendapat
pekerjaan yang ditawarkan. Selagi anda tidak menerima tawaran kerja tersebut
secara bertulis, segalanya masih boleh berubah, mengakibatkan anda mengakami
kerugian masa dan ganguan emosi.
Faedah Tawaran kerja Secara Bertulis?
Menjelaskan Jangkaan: Tawaran bertulis menyatakan butiran penting seperti jumlah gaji, faedah, dan tarikh mula dengan jelas, caruman KWSP, PERKESO, jumlah cuti tahunan, keistimewaan perubataan untuk pekerja dan sekiranya butiran adalah jelas, semua ini boleh mengelakkan sebarang salah faham antara anda dan majikan.
Perlindungan Undang-Undang: Tanpa kontrak bertulis, anda terdedah kepada risiko jika majikan mengubah keputusan mereka.
Memastikan Kedudukan Anda: Pasaran kerja sentiasa berubah, dan tawaran bertulis mengesahkan kedudukan anda. Jangan terlalu awal untuk meraikan kejayaan mendapat sesuatu pekerjaan, pastikan semuanya sudah rasmi dahulu.
Tatacara Mengendalikan Tawaran Lisan
Mohon dengan Sopan: Selepas menerima tawaran lisan, ucapkan terima kasih kepada majikan dan minta tawaran bertulis untuk semakan rasmi. Anda boleh berikan alasan ianya diperlukan untuk menyokong permohonan pembelian kenderaan ke tempat kerja atau nyatakan bahawa anda juga sedang menunggu jawapan tawaran kerja dari pihak lain.
Perjelaskan Butiran: Jangan takut untuk bertanya jika ada perkara yang kurang jelas sebelum anda menandatangani kontrak.
Kekal Profesional: Mendapat tawaran kerja adalah sesuatu yang menggembirakan, tetapi pastikan anda kekal tenang dan profesional sehingga semuanya disahkan secara rasmi.
Jika anda menerima tawaran kerja, pastikan ia diperkukuhkan secara bertulis sebelum membuat sebarang keputusan besar.
No comments:
Post a Comment