Monday, March 24, 2025

Surat aduan kepada PBT Pembinaan Kuil Haram

Nota : sila pinda menurut kesesuaian. Surat ini adalah wakaf saya kepada umat Islam Malaysia.

Kepada:

Datuk Bandar Shah Alam
Unit Penguatkuasaan
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Persiaran Perbandaran                                                        SERAHAN TANGAN
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

24 Mac 2025

Tuan/Puan,

Aduan Mengenai Pembinaan Rumah Ibadat Tanpa Kebenaran di Kawasan Awam

Saya, [Nama Penuh], No. Kad Pengenalan [No. Kad Pengenalan], penduduk di [Alamat Penuh], dengan ini membuat aduan mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran di kawasan awam yang terletak di Jalan [Nama Jalan], Seksyen [Nombor Seksyen], Shah Alam.

Untuk makluman pihak tuan/puan, terdapat individu yang telah mendirikan peralatan sembahyang di bawah pokok besar di kawasan tersebut. Disertakan laporan polis bertarikh [              ] serta beberapa keping gambar dilokasi kejadian yang jelas menunjukkan tindakan tidak bertanggungjawab ini.

Perkara ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh bukan sahaja menghalang laluan, namun mengganggu aktiviti serta laluan orang ramai di kawasan tersebut dan berpotensi menyebabkan  orang awam tersentuh atau merosakkan peralatan sembahyang tersebut.

Selain itu, kejadian ini juga menimbulkan kegusaran dihati kalangan penduduk sekitar kerana perkara ini boleh membawa kepada pembinaan struktur kekal tanpa kebenaran. Terdapat juga kebimbangan penduduk bahawa kewujudan rumah ibadat tanpa kelulusan, khususnya kuil hindu, menimbulkan ketidakharmonian dalam kejiranan kerana terdapat kes dukuan yang menunjukkan ketidakpatuhan terhadap Kanun Tanah Negara secara sengaja oleh pihak berkaitan. Pelanggaran undang-undang sebegini bukan sahaja menjejaskan ketenteraman masyarakat tetapi juga mengundang masalah perundangan dan menjadikan tindakan penguatkuasaan menjadi yang lebih rumit pada masa hadapan.

Menurut "Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan" yang dikeluarkan oleh Malaysia Hindu Sangam, pembinaan kuil hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan serta tidak mengganggu ketenteraman awam. Selain itu, garis panduan tersebut menekankan bahawa pembinaan kuil perlu dilaksanakan atas tanah yang mereka miliki secara sah serta mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan tidak dibina di atas tanah milik Kerajaan/orang lain tanpa terlebih dahulu memperolehi kebenaran. (malaysiahindusangam.org)

Tindakan membina rumah ibadat secara sewenang-wenangnya juga adalah bertentangan dengan dasar awam. Dalam kes Lim Toong Yen lwn. Sasitharan K Govindan & Yang Lain [2018] 1 LNS 1352, Mahkamah Tinggi Johor telah memutuskan bahawa pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran pemilik tanah merupakan satu pencerobohan. Dalam kes ini, pihak Defendan mendakwa bahawa kuil mereka telah wujud lebih dari 50 tahun, namun bukti menunjukkan kuil tersebut sebenarnya hanya dibina pada tahun 2011 tanpa sebarang kebenaran daripada pemilik tanah. Mahkamah telah mengarahkan kuil haram tersebut dirobohkan kerana dibina di atas tanah persendirian tanpa kebenaran yang sah.

Keputusan kes ini jelas menunjukkan bahawa pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang tanah, malah menimbulkan risiko ketidakharmonian antara kaum dalam masyarakat. Oleh itu, saya berharap pihak tuan/puan dapat mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang serta memastikan bahawa dasar awam dan undang-undang sedia ada dipatuhi serta terpelihara. Masyarakat setempat tidak ingin melihat kes yang menimpa Allayarham Adib di Subang Jaya dan kejadian yang berlaku kepada tanah wakaf Allahyarham Jakel di Kuala Lumpur berulang. Saya yakin pihak Majlis Bandaraya Shah Alam mempunyai bidangkuasa penuh untuk bertindak untuk merobohkan binaan haram tersebut.

Tindakan menunggu dan membiarkan perlanggaran oleh pihak ini tanpa tindakan segera akan hanya mewujudkan kacau-ganggu serta dijadikan alasan bahawa bahagian tanah yang diduduki secara haram telah lama didiami tanpa sebarang bantahan dan dijadikan hujah bahawa hartanah tersebut perlu dikeluarkan geran pemilikan oleh sipenceroboh, seterusnya menafikan hak pemilik asal hartanah tersebut, walaupun ianya bertentangan dengan Kanun Tanah Negara.    

Sehubungan itu, saya memohon agar pihak tuan/puan dapat mengambil tindakan segera untuk menangani isu ini. Kerjasama dan tindakan pantas daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Penuh]
[No. Telefon]
[Alamat E-mel]

No comments: