Thursday, August 25, 2011

Bacaan Imam jemputan Masjid Negeri

Alangkah bertuahnya warga Shah Alam, Alhamdulillah kita sudah ada imam bertugas dari Masjid S7 Kelana Jaya yang mempunyai suara lunak merdu mirip seakan-akan suara Imam AlSudais dan ditambah lagi dengan kunjungan beberapa orang sheikh dari Madinah yang membawakan bacaan AlQuran ketika solat Terawih yang membangkitkan nostalgia ketika berada di tanah suci... masuk hari ini, sudah 2 kali Imam yang didatangkan khas dari Madinah datang menyerikan malam-malam kami. Terasa amat shahdu sekali bacaan Imam tadi pada telinga penulis apabila sang Imam membacakan Surah Ar-Rahman yang amat dicintai. Ya, Nikmat Tuhan yang mana lagikah yang kita sebagai HambaNya hendak dustakan atau perolok-olokkan?

Sampai dipejabat, heboh sisters di opis berbual bicara perihal seronoknya berjemaah di Masjid Negeri kita ini. Tambahan pula tazkirah malam tadi disampaikan oleh Imam dalam bahasa melayu yang fasih. Pengisian majlis di masjid juga semakin mantap. 27 Ramadan ini pula akan diadakan Qiamulalail & sahur perdana yang akan disertai oleh YB Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Penulis masih teringat komen Arwah Pak Ya lama sebelum beliau menjadi Presiden kami, Arwah Pak Ya akan menumpang solat di pejabat penulis bertugas sekiranya ada mesyuarat panjang dan tiap kali Management Commitee Meeting, kalau kena tanya oleh Tan Sri (ketika itu adalah salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat) mesti berpeluh-peluh nak jawab sebab Tan Sri akan tanya segala segi yang menjurus ke arah perniagaan - dollars and cents, sementara para researchers hanya memikirkan aspek R&D dan tidak menumpukan kepada aspek perniagaan!

Insya Allah, solat terawih kita malam esok akan dimeriahkan dengan bacaan AlQuran seorang Sheikh dari Syria, sementara Sabtu malam ahad ini pula, Imam dari Mesir pula akan bertandang. Macam seumpama hari raya keadaan di Masjid Negeri kita ini, Alhamdulilah!

No comments: