Monday, August 01, 2011

Andai ini Ramadan Terakhir

Gambar hiasan... penulis tak berkesempatan untuk menghadiri program ini dan artikel ini ditulis berdasarkan kepada pemerhatian peribadi dari perspektif seorang bekas peguam
Ramadan Al-Mubarak kembali lagi...namun, ketika ramai orang sibuk memperkatakan tentang keberkatan bulan Ramadan, penulis lebih suka menulis secara negatif. Huh? negatif? Negatif yang macam mana tu??... takpelah, please read on - anda boleh memikirkannya sendiri.

Dibawah ini adalah beberapa ayat dari surah Al-Sajadah yang dikhabarkan bahawa Rasulullah S.A.W. amat mencintai surah ini berserta dengan surah Al-Mulk dan menjadikan pembacaan kedua-dua surah ini s
ebagai amalan harian tiap kali sebelum baginda tidur. Penulis masih teringat (dan masih menyimpan rakaman surah ini yang dibaca oleh Imam Masjid Madinah semasa solat subuh... - boleh tangkap nangis kerana Alhamdulillah, penulis memahami maksud bacaan sang Imam).


"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; se
sungguhnya kami sekarang telah yakin".


"Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".

"(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".

Penulis pernah bertugas menjadi peguam dan pernah diamanahkan untuk menyediakan beberapa Notis & Rekod Rayuan untuk difailkan di Mahkamah yang lebih tinggi untuk dikaji semula apabila sesuatu kes ditolak di mahkamah rendah. Banyak juga kes yang diterima rayuannya oleh Mahkamah - kebanyakannya adalah diakibatkan oleh hakim terkhilaf dalam membuat keputusan tanpa mempertimbangkan sesuatu peruntukkan undang-undang atau fakta atau wujudnya fakta atau saksi baru yang belum dibicarakan.

Tapi dalam kes ini, bagaimanakah seseorang hendak berdiri untuk merayu kepada Allah Azzawajalla yang Maha Sempurna dan mustahil membuat sebarang kesilapan? Pada masa itu, tiada lagi peguambela yang boleh diupah untuk berhujjah agar seseorang dapat melepaskan diri dari hukuman yang sewajarnya. Tiada lagi kelonggaran diberikan untuk menggantung perlaksanaan hukuman sementara mendengar rayuan didengar dimahkamah atau sementara menunggu siasatan lanjut dibuat. Tiada lagi alasan memualkan yang biasa kita dengar "kita akan siasat" untuk menubuhkan sesuatu Suruhanjaya DiRaja untuk mengenalpasti siapa yang salah dan siapakah yang benar. Tiada lagi badan, agensi atau orang perseorangan yang boleh menjadi pak sanggup yang boleh diperalat dan dikambing hitamkan. Tiada lagi pihak yang dapat menabur fitnah, mengangkat sumpah palsu bagi menutup malu dan kesalahan sendiri. Tiada lagi bukti yang boleh dibuat-buat. Kesemuanya akan nafsi-nafsi hanya ingin menyelamatkan diri sendiri apabila ditunjukkan Neraka dan segala isinya. Mulut akan terkunci, yang akan berbicara adalah tangan, kaki, mata dan kulit kita! Semuanya akan berkata benar dan dibicarakan secara telus, adil dan ditimbang kesemuanya dengan Neraca Mizan.

Ke manakah destinasi kita? Apakah kita yakin bahawasanya kita kini berada dalam golongan Kanan? Sekiranya tidak, raihlah pahala dengan memperbanyakkan amal soleh sebanyak-banyaknya didalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Anggaplah Ramadan ini sebagai Ramadan terakhir kita sebelum Allah menjemput kita pulang ke pangkuannya.

Sekiranya organisasi tempat kita bertugas tidak memberikan sebarang bonus pada tahun ini, masih tidak mengapa kerana rezeki ada dimana-mana. Tetapi, kejarlah 'bonus' istimewa yang pasti diberikan ganjarannya kelak. Diharapkan agar usaha murni ini dapat diteruskan walaupun Ramadan berlalu pergi. Semoga Allah merahmati kalian para pengunjung blog ini, mengampuni segala dosa-dosa, memasukkan kita semua ke dalam Jannah dan menyelamatkan kita semua agar terhindar dari fitnah kubur dan azab api neraka. Amin.







“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih” (Surah al-Zumar : 53)
Seorang lelaki datang kepadaku dan bertanya. “Pak imam, saya banyak dosa. Tak terkira rasanya. Dosa saya dengan Allah, dengan ibu bapa saya, dengan kawan-kawan. Kalau saya mati hari ini, apa jadi dengan saya?”

Besok Ramadan datang, gunakanlah kesempatan itu untuk menghapuskan dosa engkau dengan Allah. Jika panjang umur, Syawal akan menjelma. Ambil kesempatan itu untuk menghapuskan dosa sesama manusia. Percayalah, kita berada di agama yang betul. Allah pasti akan mengampunkan dosa kita semua. Itu bukan kata saya, itu kata Allah dan saya yakin dengan kata Allah.
Akhir kalam - selamat menjalani ibadah puasa dan pengisiannya.
Chrisye - Ketika Tangan dan Kaki Berkata


Akan datang hari - Mulut dikunci
Kata tak ada lagi

Akan tiba masa - Tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita

Bila harinya
Tanggung jawab, tiba...

Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di jalan cahaya
Sempurna

Mohon karunia - Kepada kami
HambaMu
Yang hina

No comments: