Isnin, Mac 23, 2015

Dengar Radio Malaysia



Begitulah antara lirik lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad…

Secara tiba-tiba, semenjak dua menjak ni.. penulis kembali mendengar radio… tabiat yang telah ditinggalkan sebegitu lama. Sangat lama sekali. Radio yang ke udara di Malaysia sekarang ini pun kebanyakannya dalam format FM dan siaran FM… surprisingly.. bukan taste penulis. Panjang ceritanya ni…

Lebih 2 dasawarsa dahulu, penulis amat gemar mendengar radio…. Oh bukan siaran radio Malaysia ya… tapi siaran radio yang dipancarkan dari luar negara. Dahulu penulis bersekolah di sekolah menengah agama… tiada hiburan seumpama siaran television yang bebas untuk dinikmati macam zaman sekarang ini. Yang ada dulu cuma TV1 dan TV2. TV3 mula beroperasi pada tahun 1985… masa tu penulis ditingkatan 2…. Kira dahsyat juga TV3 zaman tu…. Sebagai steyen TV yang beroperasi sebagai syarikat swasta, begitu banyak rancangan TV yang menarik perhatian… walaupun masa tu belum lagi ada yang beroperasi 24 jam macam sekarang ini. Tapi zaman dulu tu rata-rata satu Malaysia kecoh pasal Solid Gold, Automan, Fraggle Rock, kartun Transformers….kalau ada Tv komersil pun, dalam pengetahuan penulis zaman tu cuma ada Vision 4 - cable TV untuk tetamu hotel yang banyak bintang. Takde lagi wujud MegaTV (now defunct) atau ASTRO.

Tinggal di asrama Maahad Hamidiah, mana boleh tengok TV! Kalau ada kelonggaran pun hanya pada hari Jumaat malam sabtu dan malam minggu. Itupun terpaksa berasak-asak dengan kawan-kawan sekalian sebab TV yang ada diletakkan diruang surau asrama. Selagi tak selesai solat Isya’ berjemaah, takdelah harapan nak menonton TV, jadi adalah juga baiknya keadaan begini. Maka amat jaranglah penulis nak menonton tv kerana tak mahu bersesak-sesak! Lagi bagus bergolek di atas katil di dorm sambil mendengar radio ataupun mengambil peluang untuk membasuh pakaian dikolah. Zaman tu penulis tidak memiliki radio transistor…paling kuat pinjam radio transistor rakan baik penulis, si Ainal atau yang best lagi pow Hj Ariff punya, radio transistor jenama Sony all band radio yang boleh mendapat siaran radio gelombang pendek (SW) dari luar negara.

Dengan radio yang dipinjam dari Ariff (bateri 4 bijik AA – yang dibeli sendiri) penulis “mengembara” ke negara asing, mendengar kisah dan peristiwa yang terjadi diluar negara secara real time, tanpa melalui tapisan oleh media arus perdana Malaysia… sehinggakan ada rakan-rakan yang hairan apabila penulis umpama Nujum Pak Belalang meramalkan bahawa Ferdinand Marcos dan isteri akan melarikan diri kerana kerajaan yang diperintah dan dikaut kekayaannya selama itu bakal digulingkan rakyat. Masing-masing macam tak percaya apabila berita yang sama tak lama kemudian disiarkan pula oleh TV1 ketika itu. Hahahaha… sebenarnya penulis telah terlebih dahulu mengetahui berita tersebut melalui siaran radio gelombang pendek Voice of America dan juga dari Radio Republik Indonesia. Kira zaman dulu tu, siapa yg ada information memang power… zaman dulu  manalah ada jalur internet di Malaysia. Kalau yang ada pun secara terhad cuma bulletin board services (BBS) yang memerlukan komputer, perkakas modem dan talian telefon. Maka penulis lebih dahulu mengetahui lagu apa yang top diluar negara, dan tahu lagu apa nak ditempah kat kedai dubbing! (more on that later).

Dengan siaran radio luar negaralah penulis membiasakan diri mendengar pertututan bahasa Inggeris dan cuba memahaminya yang rata-ratanya native speaker yang bertutur dengan agak cepat, walaupun masa tu penulis amat jarang bercakap menggunakan Bahasa inggeris – bertutur bahasa Inggeris jikalau perlu sahaja. Ada gak penulis mencuba mendengar siaran Bahasa Arab, tapi… arab yang dipertuturkan adalah Bahasa arab pasar….. ceh… rupanya yang kami belajar ni Bahasa arab official… tinggi… dan bila dituturkan di Makkah beberapa tahun kemudian, boleh terdengar kekeh ketawa Pak Arab... skema sangat kot?

Semasa kami sekeluarga mengembara ke Eropah pada penghujung tahun 1986 (lepas SRP) ayah telah membelikan penulis Walkman sony yang canggih..siap auto reverse… masa tu walkman memang trend terkini, tak terfikir oleh penulis untuk memilih radio all band walaupun pernah berangan-angan untuk memilikinya… tah… bila difikirkan kembali, terasa amat rugi juga…kerana julat frekuensi Walkman canggih dan kecil itu tidak ada band SW. Yang ada cuma gelombang sederhana (AM) dan FM aje.  Tapi itulah reality zaman itu… zaman itu zaman kaset… macam dah berpakat antara kawan-kawan, beli kaset lain-lain supaya bila dah puas dengar kami cuma bertukar-tukar kaset (recycle sesama kita) dan tidak pulak berfikir untuk membeli kaset cetak rompak. Ada juga kawan-kawan yang tempah kaset kat kedai yang didub dengan lagu-lagu yang hits aje. Tempah ya… sediakan senarai lagu, beli kaset high end (metal atau chrome) dan kedai tersebut akan tolong dub…. Maka, pada tafsiran kami zaman itu, oleh kerana kami perlu membayar macam beli original untuk dub lagu-lagu tersebut (peralatannya pun serba canggih) sebab takde loss of quality berbanding dengan kaset original, pada hemat kami, bukanlah cetak rompak… ala… macam tempah baju juga, barang baik dan amat berkualiti, harga pun berbaloi. Dah masuk law school barulah tahu apa yang kami buat dulu tu pun salah juga!

Kira-kira 3-4 bulan yang lalu ini penulis terjumpa kembali nota ham radio lama yang ditinggalkan dirumah ayah yang didownload dan dicetak dari internet semasa penulis berada ditahun akhir pengajian. Beberapa mukasuratnya telah lusuh dan koyak, namun masih dapat dibaca. Khabarnya dulu melalui ham radio, kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja satu dunia dengan syarat kita memiliki dan berupaya beroperasi sebagai pengendali radio ham atau radio amatur. Ya berkomunikasi, itulah the magic word yang penulis tercari-cari semasa itu untuk merapatkan perhubungan silaturahim, menyambung khabar dari terputus dan pada masa yang sama penulis mencuba sendiri mendalami ilmu internet yang rata-ratanya dikendalikan dalam DOS… tidak mampu penulis untuk mendapatkan user interface windows yang menggunakan grafik secara intensif kerana ianya akan “makan” bandwith kecil internet yang penulis miliki. Malang sekali tujuan sebenar pengkajian dan pemasangan internet dan ikhtiar penulis bagaikan mencurah janji ke daun keladi. Hanya kepada Allah penulis berserah.

Masih teringat penulis, sukarnya untuk setup internet … penulis menggunakan alamat email zaws@advct.pl.jaring.my... (pl) maksudnya pelajar. Melalui Usenet, penulis menyusuri bermacam-macam maklumat dan idea baru yang kemudiannya diolah semula dan gunapakai dalam assignment dan jawapan peperiksaan. Walaupun penulis terbaring sakit dan jarang-jarang dapat menghadiri kelas dan tutorial, pembacaan dan idea-idea baru ini memudahkan penulis menjawab peperiksaan… antara yakin dan tidak sahaja. Macam tak percaya sahaja melihat hasilnya apabila keputusan akhir dikeluarkan. Malah ada juga kengkawan yang terkejut dengan keputusan cemerlang penulis, kerana semasa perbincangan sesama sendiri, mereka lebih suka menggunapakai apa yang diluahkan oleh professor dan tidak mahu mencuba penjelasan dari sudut lain.

Back to the present…. Akhirnya, penulis pun gamble…dah lama fikir panjang…bertahun-tahun… Daun serai, daun kerabu, kalau tak try manakan tahu… dan membeli sebuah radio dua hala / transceiver Boafeng buatan China – kecil sahaja bentuknya macam handietalkie yang mempunyai julat frequensi 2 band radio amatur. Menurut pembacaan penulis, selagi tidak mempunyai lesen sebagai pengendali radio amatur, adalah dilarang sama sekali untuk memancar atau bercakap diudara. So dengar ajelah dulu celoteh rakan-rakan pengendali berlesen diudara. Rasanya mudah aje… tapi kena fahamlah kod-kod dan singkatan huruf antarabangsa, kalau tidak lost juga. Rasa seronok datang kembali… dan barulah penulis terjumpa kembali sesuatu yang hilang dari diri penulis yang diklasifikasikan sebagai hobi SWL-ing…. Iaitu mendengar dan melaporkan siaran radio dari tempat yang amat jauh. Bila kita laporkan bahawa kita dapat mendengar siaran stesyen tersebut, dah jadi macam kebiasaan/adat stesyen tersebut untuk menghantar confirmation melalui “poskad” kepada dipelapor. Huhuhuhu….. sekarang radio begini dah turun harga… kalau zaman dulu mungkin tak mampu untuk dimiliki penulis. Khabarnya dengan adanya internet, sedikit sebanyak minat kepada ham radio telah terjejas.

Insya Allah, penulis akan berikhtiar untuk menduduki peperiksaan RAE yang dianjurkan oleh MCMC dalam masa terdekat ini. Kalau Abg Rumaizi kita, seorang Ustaz wakil Persatuan Majlis Ulama Malaysia merangkap imam masjid boleh lulus dan memiliki callsign 9W2….. takkanlah kome  yg lebih IT savvy takleh lepas… malulah!Umur minimum untuk menduduki RAE adalah 14 tahun dan kemahiran kod morse tidak diperlukan untuk lesen kelas B. Kalau nak lesen kelas A pun kena lulus lesen kelas B selama setahun, baru boleh upgrade. Dan kalau ada simpanan lebih, penulis berhasrat untuk membeli sebuah all band radio yang sudah lama dilupakan.

Apa yang istimewanya dengan radio amatur ni? Hahahah…. kalau ada radio amatur tu, cuba dengarlah perbualan operator radio tu.... mereka bercakap dan bergabung sesama rakan dalam jaluran mengikut tertib dan peraturan tertentu. Seolah-olah mereka adalah sahabat lama yang kenal mengenal antara satu sama lain... mungkin realitinya ada antara mereka belum pernah bertemu mata atau eyeball sesama sendiri. Ada juga yang beroperasi sebagai kelab didalam jalur komersil umpamanya PRADAS di frekuensi 142,800 Mhz.

Berbalik kepada SWL-ing, baru beberapa minit tadi sebelum bersiap pulang ke rumah penulis berjaya (sungguh secara tak sengaja) tertune radio lama yang dibeli zaman belajar diuniversiti dulu ke frekuensi Radio Beijing yang berbahasa melayu (program belajar bahasa mandarin dan panduan berjual beli di negeri China di frequensi 18m pada radio penulis.  Ada dinyatakan website dan email dan tadaaaaaaa.............................. carian laman web merujuk kepada www.cri.cn dan maklumat khusus untuk siaran radio tersebut boleh diperolehi di sini.

So maknanya, kalau penulis hantar email confirmkan penerimaan siaran dan maklumkan kekuatan siaran, dah dapat 1 QSL card dari Beijing! Ini lagi seronok daripada hobi mengumpul setem. Penerangan mengenai hobi SWLing ni boleh diperolehi di sini. (Siap ada komen pasal lagu melayu tau!)


Malam tadi, penulis sempat mendengar seorang pengendali radio amatur yang berpengkalan di Muar menceritakan pengalamannya berhubung melalui radio dengan pengendali radio amatur di Bengkalis dan Tg Pinang di Riau mengunak simplex... tanpa perlu menggunakan pemancar ulang dengan kuasa minima 25 watt sahaja. Kan dapat kawan-kawan baru tu!

OK kalau kalian tak minat, tak mengapa, its for me to know, and your readers to find out yourselves!
Okaylah, terima kasih kerana sudi membaca celoteh penulis. Nine Whiskey Two ..... ..... .... (callsign takde lagi) signing off. 


73 untuk kalian dan 88 untuk YL yg sudi membaca entry ini.

Khamis, Mac 05, 2015

Nikkor 18.5mm f 1.8

Sudah lama penulis bercadang untuk menulis mengenai hasil penggunaan lensa Nikkor 18.5mm f /1.8 sistem Nikon 1.  Jadual tugas yang sibuk menghalang penulis daripada berbuat demikian. Setelah lebih kurang 6 bulan menggunakannya...akhirnya baru hari ini hajat penulis tercapai.

Lensa kecil ini begitu istimewa dalam sistem Nikon 1. Ianya sangat pantas dengan bukaan cahaya yang besar pada f1.8. Penulis membelinya dari tangan seorang fotografer di Pulai Pinang pada harga yang sangat berpatutan - RM350 sahaja. Kalau nak beli baru, gamaknya tak mampu la! Kacau budget lain.

Prestasi yang sangat baik di optik bukaan lebar dan fungsi yang seakan sama dengan lensa 50mm pada kiraan body full frame memang menjanjikan hasil bokeh terbaik. Bayangkan sensor sistem Nikon 1 bersaiz kecil - CX (18.5 x 2.7 = 49.95mm.) Pada harga tersebut, nak membeli lensa dx50mm pun tak dapat! 

Lensa ini begitu ringan. Ya tersangat ringan tau! Macam mainan aje rupanya dan kehebatannya terserlah dalam situasi cahaya rendah. Penulis pun bukannya gemar sangat menggunakan flash. Kalau guna pun sebab terpaksa. Gandingan lensa ini dengan sistem V1 milik penulis yang mempunyai iso yang tinggi memberikan hasil kerja yang memuaskan.

Rabu, Februari 04, 2015

Formula Jamu Orang Barat

Source
 
Kunyit adalah bahan masakan/rempah yang telah lama diketahui mengandungi elemen anti kanser dan ianya juga menguatkan dos ubat anti kanser yang dimakan oleh pesakit.

Halia mengurangkan mual, menurunkan kadar gula dalam darah serta mengurangkan kepekatan platlet darah.

Kayu manis berupaya menurunkan kadar gula dalam darah serta mengurangkan kolesterol.

Buah pelaga mengandungi antiseptik.

Susu dan madu disebut secara khusus didalam AlQuran.

Now... persoalannya, semua ini adalah antara ramuan yang biasa dijumpai didalam jamu tradisional nusantara dengan sedikit pengolahan kandungan menurut kesesuaian dan maklumat ini berasal dari pengetahuan tradisi secara turun temurun. Tiada pihak yang boleh mendaftarkan paten. Jika masyarakat di barat bari sekarang ini heboh dengan maklumat ini, kenapakan masyarakat kita terutamanya generasi muda sendiri memandang sepi ilmu yang makin dipinggirkan ini.

Khamis, Januari 22, 2015

Kesopanan berbahasa

Seorang pemuda berpakaian kemas, berkod dan bertali leher menjamu selera di kafetaria kami. Kelihatan sebuah folder berisi dokumen di atas meja beliau. Pemuda itu tersenyum dan menghulurkan tangan berjabat dengan kami yang kebetulan mahu menumpang meja untuk makan dan seterusnya memperkenalkan dirinya sebagai seorang tunakarya lulusan universiti tempatan. Datang ke SIRIM untuk menghadiri temuduga.

"Wah! hebat betul kerjaya kamu tu", tegur seorang rakan. "Tentu banyak menjana pendapatan. Zaman sekarang ni kita perlu berusaha lebih sedikit baru boleh hidup dengan selesa", ujar rakanku tersebut.

Muka pemuda itu kelihatan merah padam....

*****
Takrif tunakarya - tidak mempunyai pekerjaan, tidak bermata pencarian, menganggur.

Rabu, Januari 07, 2015

Terjah Jogjakarta Januari 2015

Penulis membuka lembaran tahun baru 2015 dengan perancangan lawatan ke Jogjakarta. Apa yang menariknya tempat ni? Entahlah... selain dari membuka misteri Borubudur, sebenarnya penulis mahu relaks santai menikmati makanan enak di negeri orang. Tak seronok rasanya pergi ke Borubodur ni... bagi seseorang yang dah menunaikan fardu haji. Apa yang menarik sangat? Bolehkan menambahkan iman? Macam mana nak justify?


Inilah buku yang penulis beli semasa bercuti di Bandung/Jakarta tahun lepas. Sama ada kandungannya adalah fakta atau auta, Allah yang lebih mengetahui. Ada yang make sense, ada yang... macam mengarut. Seorang blogger pernah memberikan komen terperinci mengenai buku ini. Ikuti perbahasan dan kupasan beliau di sini.

Setelah khatam buku tu, rasa pelik bila lempengan emas yang didakwa oleh sipenulis buku kontroversi sebagai surat yang ditujukan oleh Nabi Sulaiman A.S. kepada Ratu Balqis tertulis dalam bahasa Arab. Kat museum mana pula surat lempengan emas ini dipamerkan? Setahu penulis kitab-kitab nabi yang terdahulu tidak diturunkan dalam bahasa Arab - secara lojiknya mestilah dalam bahasa Ibrani/Suryani atau bahasa kontemporari zaman itu. Oleh kerana AlQuran berbahasa arab, ajaib juga kalau surat utusan terdahulu zaman Nabi Sulaiman A.S. dijumpai dah siap tertulis dalam bahasa Arab? Tidak pula ada hujah bahawa di Jogja zaman dulu-dulu penduduknya dan memang dah fasih dan lancar berbahasa arab. Cakap Jowo pekat adalah!!!



Tiket Air Asia telah dibeli pertengahan 2014 masa sale. On record, RM150 dah kira paling murah terus ke Jogja. Kalau nak kira paling murah yang kami pernah dapat berbanding jarak perjalanan – trip pergi Bandung 2014 – pergi dan balik RM60-00 seorang.

Penulis masih memiliki simcard 3 untuk tujuan komunikasi data di Indonesia. Tahan setahun dari tarikh pengaktifannya. Syarikat Telco di Malaysia tak mampu memberikan harga ganas macam ni. Quotanya 6 giga pada harga Rp 70,000. (kurang dari RM30-00). So tak payah membazir untok caj roaming.






Yg ni pasal masjid bawah tanah tu – siap ada gambar sekali. Entry blog awal 2002. Khabarnya masjid bawah tanah ini telah dikambus... entahlah..
http://nickisharpe.blogspot.com/2012/06/yogyakarta-water-palace.html


Ada juga kami membuat rujukan kepada grp Bloggers Malaysia, tapi tidak dinyatakan disini.

Jarak Whiz hotel yang kami tempah dengan hotel yg ditempah Abg Azmi Abd Hamid, sepupu penulis yang pun sama buat trip ke Jogja adalah kira-kira 538m.

Hotel yang kami pilih terletak berhampiran dgn kawasan yang happening dan juga paling hampir dengan laluan TransJogja. Take the TransJogja bus rapid transit from its shelter at the airport and alight at "Malioboro 2" shelter, walk against the traffic until you see an alley across the road which has the green sign "Whiz", cross the road and walk through that alley, Whiz will be on your right. Tambangnya Rp3500 ke mana-mana destinasi di Kota Jogja. (Nota: TranJogja ni sebijik macam perkhidmatan bas Sarbagita di Pulau Bali).

Hotel ini juga berhampiran dengan Toko buku Gramedia yang berlokasi di dalam Malioboro Mall. Gramedia adalah tempat yang wajib penulis singgah kalau ke mana-mana kota di Indonesia. Penulis pernah memborong buku-buku di Bandung (Jalan Merdeka), Padang, Bukittinggi (sayang satu-satunya lokasi di Pasar Banto dah lama lama tutup) dan juga kota di Medan. Agaknya kalau pi yang kat Jakarta Pusat mau borong 2-3 bag.

Tempahan hotel dibuat melalui Booking.com – dah termasuk cukai pelbagai. Perkhidmatan Agoda pada pendapat dan pengalaman penulis adalah sedikit mahal kerana ianya belum kira sebarang caj lain.
Surakarta adalah nama baru Solo
 
 Sila d/l apps Transjogja yang memudahkan perjalanan anda. Tak perlu membazir wang sewa teksi ke Kota Jogja. Naik bas aje ke Jalan Malioboro, perjalanan dijangka melalui kawasan sesak. Jangan risau, basnya berhawa dingin.

Tip : Candi Prambanan satu hala dengan Solo (Surakarta). Kalau nak ke Solo anggaran perjalanannya adalah 1 ke 1.5 jam dari Jogjakarta. Solo terkenal dengan pusat batiknya. Lokasinya hanya beberapa stop sahaja untuk laluan Transjogja dari bandara. Banyak bloggers mencadangkan agar pengunjung turun sahaja dari kapal terbang terus ke tempat ini dahulu dengan menaiki bas Transjogja.Kita nak pi melawat Borubodur jugak ke? Masa suntuk, terkejar ke sana-sini. Yang menarik tempat ni sangat hampir dengan Istana Ratu Boko (yang didakwa oleh penulis buku kontroversi sebagai Ratu Balqis). Tapi bila diselidik... lagi 3 km perjalanan naik bukit kalau nak pi melawat... Adusss.

Di bawah ini adalah perancangan untuk hari kedua kami. Yang ini kami akan menggunakan khidmat Pak Supir yang telah ditempah.

08.00 – 10.00 menuju candi Borobudur
10.00 – 11.30 Candi Borobudur
11.30 – 12.00 menuju local resto
12.00 – 13.00 makan siang
13.00 – 14.00 menuju ulen sentalu
14.00 – 15.30 ulen sentalu
15.30 – 16.00 menuju lava tour
16.00 – 17.30 lava tour
17.30 – 18.30 menuju local resto
18.30 – 19.30 makan malam
19.30 drop hotel

 Lokasi ke Pasar Beringharjo arah selatan dari hotel yg bakal kami diami...Shopping mata. Anggaran 5 minit berjalan kaki dari hotel.

bawah sikit lagi sampai Keraton

Nasib kami gamaknya berjalan di dalam hujan. Dah menjadi lumrah penulis, it will be great to be able to find joy in the midst of the storm!


 Entrance gerbang ke Borobudur
 Masjid bawah tanah Taman Sari. Ramai yang terlepas tak sampai ke sini...

 Lintasan Keretapi Malioboro... masa ni adventure berjalan dalam hujan semata-mata nak beli buku kat Gramedia Jln Sudirman