Begitulah antara
lirik lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad…
Secara
tiba-tiba, semenjak dua menjak ni.. penulis kembali mendengar radio… tabiat
yang telah ditinggalkan sebegitu lama. Sangat lama sekali. Radio yang ke udara
di Malaysia sekarang ini pun kebanyakannya dalam format FM dan siaran FM…
surprisingly.. bukan taste penulis. Panjang ceritanya ni…
Lebih 2
dasawarsa dahulu, penulis amat gemar mendengar radio…. Oh bukan siaran radio
Malaysia ya… tapi siaran radio yang dipancarkan dari luar negara. Dahulu
penulis bersekolah di sekolah menengah agama… tiada hiburan seumpama siaran
television yang bebas untuk dinikmati macam zaman sekarang ini. Yang ada dulu cuma
TV1 dan TV2. TV3 mula beroperasi pada tahun 1985… masa tu penulis ditingkatan 2….
Kira dahsyat juga TV3 zaman tu…. Sebagai steyen TV yang beroperasi sebagai
syarikat swasta, begitu banyak rancangan TV yang menarik perhatian… walaupun
masa tu belum lagi ada yang beroperasi 24 jam macam sekarang ini. Tapi zaman dulu tu
rata-rata satu Malaysia kecoh pasal Solid Gold, Automan, Fraggle Rock, kartun Transformers….kalau ada Tv komersil pun, dalam pengetahuan penulis zaman tu cuma ada Vision 4 - cable TV untuk tetamu hotel yang banyak bintang. Takde lagi wujud MegaTV (now defunct) atau ASTRO.
Tinggal di
asrama Maahad Hamidiah, mana boleh tengok TV! Kalau ada kelonggaran pun hanya pada
hari Jumaat malam sabtu dan malam minggu. Itupun terpaksa berasak-asak dengan
kawan-kawan sekalian sebab TV yang ada diletakkan diruang surau asrama. Selagi
tak selesai solat Isya’ berjemaah, takdelah harapan nak menonton TV, jadi
adalah juga baiknya keadaan begini. Maka amat jaranglah penulis nak menonton tv
kerana tak mahu bersesak-sesak! Lagi bagus bergolek di atas katil di dorm sambil
mendengar radio ataupun mengambil peluang untuk membasuh pakaian dikolah. Zaman tu
penulis tidak memiliki radio transistor…paling kuat pinjam radio transistor rakan
baik penulis, si Ainal atau yang best lagi pow Hj Ariff punya, radio transistor jenama Sony all
band radio yang boleh mendapat siaran radio gelombang pendek (SW) dari luar negara.
Dengan radio
yang dipinjam dari Ariff (bateri 4 bijik AA – yang dibeli sendiri) penulis “mengembara”
ke negara asing, mendengar kisah dan peristiwa yang terjadi diluar negara secara
real time, tanpa melalui tapisan oleh media arus perdana Malaysia… sehinggakan
ada rakan-rakan yang hairan apabila penulis umpama Nujum Pak Belalang meramalkan bahawa Ferdinand Marcos dan isteri akan melarikan diri kerana
kerajaan yang diperintah dan dikaut kekayaannya selama itu bakal digulingkan
rakyat. Masing-masing macam tak percaya apabila berita yang sama tak lama kemudian disiarkan
pula oleh TV1 ketika itu. Hahahaha… sebenarnya penulis telah terlebih dahulu
mengetahui berita tersebut melalui siaran radio gelombang pendek Voice of
America dan juga dari Radio Republik Indonesia. Kira zaman dulu tu, siapa yg ada information memang power…
zaman dulu manalah ada jalur internet di Malaysia. Kalau yang ada pun secara
terhad cuma bulletin board services (BBS) yang memerlukan komputer, perkakas
modem dan talian telefon. Maka penulis lebih dahulu mengetahui lagu apa yang top diluar negara, dan tahu lagu apa nak ditempah kat kedai dubbing! (more on that later).
Dengan siaran
radio luar negaralah penulis membiasakan diri mendengar pertututan bahasa Inggeris
dan cuba memahaminya yang rata-ratanya native speaker yang bertutur dengan agak cepat, walaupun masa tu
penulis amat jarang bercakap menggunakan Bahasa inggeris – bertutur bahasa Inggeris
jikalau perlu sahaja. Ada gak penulis mencuba mendengar siaran Bahasa Arab,
tapi… arab yang dipertuturkan adalah Bahasa arab pasar….. ceh… rupanya yang
kami belajar ni Bahasa arab official… tinggi… dan bila dituturkan di Makkah beberapa tahun kemudian, boleh terdengar kekeh ketawa Pak Arab... skema sangat kot?
Semasa kami
sekeluarga mengembara ke Eropah pada penghujung tahun 1986 (lepas SRP) ayah
telah membelikan penulis Walkman sony yang canggih..siap auto reverse… masa tu walkman memang trend terkini, tak
terfikir oleh penulis untuk memilih radio all band walaupun pernah
berangan-angan untuk memilikinya… tah… bila difikirkan kembali, terasa amat
rugi juga…kerana julat frekuensi Walkman canggih dan kecil itu tidak ada band
SW. Yang ada cuma gelombang sederhana (AM) dan FM aje. Tapi itulah reality zaman itu… zaman itu zaman
kaset… macam dah berpakat antara kawan-kawan, beli kaset lain-lain supaya bila
dah puas dengar kami cuma bertukar-tukar kaset (recycle sesama kita) dan tidak
pulak berfikir untuk membeli kaset cetak rompak. Ada juga kawan-kawan yang tempah
kaset kat kedai yang didub dengan lagu-lagu yang hits aje. Tempah ya… sediakan
senarai lagu, beli kaset high end (metal atau chrome) dan kedai tersebut akan
tolong dub…. Maka, pada tafsiran kami zaman itu, oleh kerana kami perlu membayar
macam beli original untuk dub lagu-lagu tersebut (peralatannya pun serba canggih)
sebab takde loss of quality berbanding dengan kaset original, pada hemat kami,
bukanlah cetak rompak… ala… macam tempah baju juga, barang baik dan amat berkualiti,
harga pun berbaloi. Dah masuk law school barulah tahu apa yang kami buat dulu
tu pun salah juga!
Kira-kira 3-4 bulan yang
lalu ini penulis terjumpa kembali nota ham radio lama yang ditinggalkan dirumah
ayah yang didownload dan dicetak dari internet semasa penulis berada ditahun akhir
pengajian. Beberapa mukasuratnya telah lusuh dan koyak, namun masih dapat
dibaca. Khabarnya dulu melalui ham radio, kita boleh berhubung dengan sesiapa
sahaja satu dunia dengan syarat kita memiliki dan berupaya beroperasi sebagai
pengendali radio ham atau radio amatur. Ya berkomunikasi, itulah the magic word yang
penulis tercari-cari semasa itu untuk merapatkan perhubungan silaturahim, menyambung
khabar dari terputus dan pada masa yang sama penulis mencuba sendiri mendalami
ilmu internet yang rata-ratanya dikendalikan dalam DOS… tidak mampu penulis
untuk mendapatkan user interface windows yang menggunakan grafik secara intensif
kerana ianya akan “makan” bandwith kecil internet yang penulis miliki. Malang sekali tujuan sebenar pengkajian dan pemasangan internet dan ikhtiar penulis bagaikan mencurah janji ke daun keladi. Hanya kepada Allah penulis berserah.
Masih teringat penulis, sukarnya untuk setup internet … penulis menggunakan alamat email zaws@advct.pl.jaring.my... (pl) maksudnya pelajar. Melalui Usenet, penulis menyusuri bermacam-macam maklumat dan idea baru yang kemudiannya diolah semula dan gunapakai dalam assignment dan jawapan peperiksaan. Walaupun penulis terbaring sakit dan jarang-jarang dapat menghadiri kelas dan tutorial, pembacaan dan idea-idea baru ini memudahkan penulis menjawab peperiksaan… antara yakin dan tidak sahaja. Macam tak percaya sahaja melihat hasilnya apabila keputusan akhir dikeluarkan. Malah ada juga kengkawan yang terkejut dengan keputusan cemerlang penulis, kerana semasa perbincangan sesama sendiri, mereka lebih suka menggunapakai apa yang diluahkan oleh professor dan tidak mahu mencuba penjelasan dari sudut lain.

Back to the
present…. Akhirnya, penulis pun gamble…dah lama fikir panjang…bertahun-tahun…
Daun serai, daun kerabu, kalau tak try manakan tahu… dan membeli sebuah radio
dua hala / transceiver Boafeng buatan China – kecil sahaja bentuknya macam
handietalkie yang mempunyai julat frequensi 2 band radio amatur. Menurut pembacaan
penulis, selagi tidak mempunyai lesen sebagai pengendali radio amatur, adalah
dilarang sama sekali untuk memancar atau bercakap diudara. So dengar ajelah
dulu celoteh rakan-rakan pengendali berlesen diudara. Rasanya mudah aje… tapi
kena fahamlah kod-kod dan singkatan huruf antarabangsa, kalau tidak lost juga. Rasa
seronok datang kembali… dan barulah penulis terjumpa kembali sesuatu yang hilang
dari diri penulis yang diklasifikasikan sebagai hobi SWL-ing…. Iaitu mendengar
dan melaporkan siaran radio dari tempat yang amat jauh. Bila kita laporkan
bahawa kita dapat mendengar siaran stesyen tersebut, dah jadi macam kebiasaan/adat
stesyen tersebut untuk menghantar confirmation melalui “poskad” kepada
dipelapor. Huhuhuhu….. sekarang radio begini dah turun harga… kalau zaman dulu
mungkin tak mampu untuk dimiliki penulis. Khabarnya dengan adanya internet,
sedikit sebanyak minat kepada ham radio telah terjejas.
Insya Allah,
penulis akan berikhtiar untuk menduduki peperiksaan RAE yang dianjurkan oleh
MCMC dalam masa terdekat ini. Kalau Abg Rumaizi kita, seorang Ustaz wakil Persatuan Majlis Ulama Malaysia merangkap imam masjid boleh
lulus dan memiliki callsign 9W2….. takkanlah kome yg lebih IT savvy takleh lepas… malulah!Umur minimum untuk menduduki RAE adalah 14 tahun dan kemahiran kod morse tidak diperlukan untuk lesen kelas B. Kalau nak lesen kelas A pun kena lulus lesen kelas B selama setahun, baru boleh upgrade. Dan kalau ada simpanan lebih, penulis berhasrat untuk membeli sebuah all band radio yang sudah lama dilupakan.
Apa yang istimewanya
dengan radio amatur ni? Hahahah…. kalau ada radio amatur tu, cuba dengarlah perbualan operator radio tu.... mereka bercakap dan bergabung sesama rakan dalam jaluran mengikut tertib dan peraturan tertentu. Seolah-olah mereka adalah sahabat lama yang kenal mengenal antara satu sama lain... mungkin realitinya ada antara mereka belum pernah bertemu mata atau eyeball sesama sendiri. Ada juga yang beroperasi sebagai kelab didalam jalur komersil umpamanya PRADAS di frekuensi 142,800 Mhz.
Berbalik kepada SWL-ing, baru beberapa minit tadi sebelum bersiap pulang ke rumah penulis berjaya (sungguh secara tak sengaja) tertune radio lama yang dibeli zaman belajar diuniversiti dulu ke frekuensi Radio Beijing yang berbahasa melayu (program belajar bahasa mandarin dan panduan berjual beli di negeri China di frequensi 18m pada radio penulis. Ada dinyatakan website dan email dan tadaaaaaaa.............................. carian laman web merujuk kepada www.cri.cn dan maklumat khusus untuk siaran radio tersebut boleh diperolehi di sini.
So maknanya, kalau penulis hantar email confirmkan penerimaan siaran dan maklumkan kekuatan siaran, dah dapat 1 QSL card dari Beijing! Ini lagi seronok daripada hobi mengumpul setem. Penerangan mengenai hobi SWLing ni boleh diperolehi di sini. (Siap ada komen pasal lagu melayu tau!)
Malam tadi, penulis sempat mendengar seorang pengendali radio amatur yang berpengkalan di Muar menceritakan pengalamannya berhubung melalui radio dengan pengendali radio amatur di Bengkalis dan Tg Pinang di Riau mengunak simplex... tanpa perlu menggunakan pemancar ulang dengan kuasa minima 25 watt sahaja. Kan dapat kawan-kawan baru tu!
OK kalau kalian tak minat, tak mengapa, its for me to know, and your readers to find out yourselves!
Okaylah, terima kasih kerana sudi membaca celoteh penulis. Nine Whiskey Two ..... ..... .... (callsign takde lagi) signing off.
73 untuk kalian dan 88 untuk YL yg sudi membaca entry ini.

No comments:
Post a Comment