Penulis membuka lembaran tahun baru 2015 dengan perancangan lawatan ke Jogjakarta. Apa yang menariknya tempat ni? Entahlah... selain dari membuka misteri Borubudur, sebenarnya penulis mahu relaks santai menikmati makanan enak di negeri orang. Tak seronok rasanya pergi ke Borubodur ni... bagi seseorang yang dah menunaikan fardu haji. Apa yang menarik sangat? Bolehkan menambahkan iman? Macam mana nak justify?
Inilah buku yang penulis beli semasa bercuti di Bandung/Jakarta tahun lepas. Sama ada kandungannya adalah fakta atau auta, Allah yang lebih mengetahui. Ada yang make sense, ada yang... macam mengarut. Seorang blogger pernah memberikan komen terperinci mengenai buku ini. Ikuti perbahasan dan kupasan beliau di sini.
Setelah khatam buku tu, rasa pelik bila lempengan emas yang didakwa oleh sipenulis buku kontroversi sebagai surat yang ditujukan oleh Nabi Sulaiman A.S. kepada Ratu Balqis tertulis dalam bahasa Arab. Kat museum mana pula surat lempengan emas ini dipamerkan? Setahu penulis kitab-kitab nabi yang terdahulu tidak diturunkan dalam bahasa Arab - secara lojiknya mestilah dalam bahasa Ibrani/Suryani atau bahasa kontemporari zaman itu. Oleh kerana AlQuran berbahasa arab, ajaib juga kalau surat utusan terdahulu zaman Nabi Sulaiman A.S. dijumpai dah siap tertulis dalam bahasa Arab? Tidak pula ada hujah bahawa di Jogja zaman dulu-dulu penduduknya dan memang dah fasih dan lancar berbahasa arab. Cakap Jowo pekat adalah!!!
Tiket Air Asia telah dibeli pertengahan 2014 masa sale. On record, RM150
dah kira paling murah terus ke Jogja. Kalau nak kira paling murah yang kami pernah dapat berbanding jarak perjalanan – trip pergi Bandung
2014 – pergi dan balik RM60-00 seorang.
Penulis masih memiliki simcard 3 untuk tujuan komunikasi data di Indonesia. Tahan setahun dari tarikh pengaktifannya. Syarikat Telco di Malaysia tak mampu memberikan harga ganas macam ni. Quotanya 6 giga pada harga Rp 70,000. (kurang dari RM30-00). So tak payah membazir untok caj roaming.
Penulis masih memiliki simcard 3 untuk tujuan komunikasi data di Indonesia. Tahan setahun dari tarikh pengaktifannya. Syarikat Telco di Malaysia tak mampu memberikan harga ganas macam ni. Quotanya 6 giga pada harga Rp 70,000. (kurang dari RM30-00). So tak payah membazir untok caj roaming.
Yg ni pasal masjid bawah tanah tu – siap ada gambar sekali. Entry blog awal 2002. Khabarnya masjid bawah tanah ini telah dikambus... entahlah..
http://nickisharpe.blogspot.com/2012/06/yogyakarta-water-palace.html
http://nickisharpe.blogspot.com/2012/06/yogyakarta-water-palace.html
Ada juga kami membuat rujukan kepada grp Bloggers Malaysia,
tapi tidak dinyatakan disini.
Jarak Whiz hotel yang kami tempah dengan hotel yg ditempah Abg Azmi Abd Hamid, sepupu penulis yang pun sama buat trip ke Jogja adalah kira-kira 538m.
Hotel yang kami pilih terletak berhampiran dgn kawasan yang happening dan juga paling hampir dengan
laluan TransJogja. Take the
TransJogja bus rapid transit from its shelter at the airport and alight
at "Malioboro 2" shelter, walk against the traffic until you see an
alley across the road which has the green sign "Whiz", cross the road
and walk through that alley, Whiz will be on your right. Tambangnya Rp3500 ke mana-mana destinasi di Kota Jogja. (Nota: TranJogja ni sebijik macam perkhidmatan bas Sarbagita di Pulau Bali).
Hotel ini juga berhampiran dengan Toko buku Gramedia yang berlokasi di dalam Malioboro Mall. Gramedia adalah tempat yang wajib penulis singgah kalau ke mana-mana kota di Indonesia. Penulis pernah memborong buku-buku di Bandung (Jalan Merdeka), Padang, Bukittinggi (sayang satu-satunya lokasi di Pasar Banto dah lama lama tutup) dan juga kota di Medan. Agaknya kalau pi yang kat Jakarta Pusat mau borong 2-3 bag.
Hotel ini juga berhampiran dengan Toko buku Gramedia yang berlokasi di dalam Malioboro Mall. Gramedia adalah tempat yang wajib penulis singgah kalau ke mana-mana kota di Indonesia. Penulis pernah memborong buku-buku di Bandung (Jalan Merdeka), Padang, Bukittinggi (sayang satu-satunya lokasi di Pasar Banto dah lama lama tutup) dan juga kota di Medan. Agaknya kalau pi yang kat Jakarta Pusat mau borong 2-3 bag.
Tempahan hotel dibuat melalui Booking.com – dah termasuk
cukai pelbagai. Perkhidmatan Agoda pada pendapat dan pengalaman penulis adalah sedikit
mahal kerana ianya belum kira sebarang caj lain.
Surakarta adalah nama baru Solo
Sila d/l apps Transjogja yang memudahkan perjalanan anda. Tak perlu membazir wang sewa teksi ke Kota Jogja. Naik bas aje ke Jalan Malioboro, perjalanan dijangka melalui kawasan sesak. Jangan risau, basnya berhawa dingin.
Tip : Candi Prambanan satu hala dengan Solo (Surakarta). Kalau
nak ke Solo anggaran perjalanannya adalah 1 ke 1.5 jam dari Jogjakarta. Solo
terkenal dengan pusat batiknya. Lokasinya hanya beberapa stop sahaja untuk
laluan Transjogja dari bandara. Banyak bloggers mencadangkan agar pengunjung turun
sahaja dari kapal terbang terus ke tempat ini dahulu dengan menaiki bas Transjogja.Kita nak pi melawat Borubodur jugak ke? Masa suntuk, terkejar ke sana-sini. Yang menarik tempat ni sangat hampir dengan Istana Ratu Boko (yang didakwa oleh penulis buku kontroversi sebagai Ratu Balqis). Tapi bila diselidik... lagi 3 km perjalanan naik bukit kalau nak pi melawat... Adusss.
Di bawah ini adalah perancangan untuk hari kedua kami. Yang ini kami akan menggunakan khidmat Pak Supir yang telah ditempah.
08.00 – 10.00 menuju candi Borobudur
10.00 – 11.30 Candi Borobudur
11.30 – 12.00 menuju local resto
12.00 – 13.00 makan siang
13.00 – 14.00 menuju ulen sentalu
14.00 – 15.30 ulen sentalu
15.30 – 16.00 menuju lava tour
16.00 – 17.30 lava tour
17.30 – 18.30 menuju local resto
18.30 – 19.30 makan malam
19.30 drop hotel
Di bawah ini adalah perancangan untuk hari kedua kami. Yang ini kami akan menggunakan khidmat Pak Supir yang telah ditempah.
08.00 – 10.00 menuju candi Borobudur
10.00 – 11.30 Candi Borobudur
11.30 – 12.00 menuju local resto
12.00 – 13.00 makan siang
13.00 – 14.00 menuju ulen sentalu
14.00 – 15.30 ulen sentalu
15.30 – 16.00 menuju lava tour
16.00 – 17.30 lava tour
17.30 – 18.30 menuju local resto
18.30 – 19.30 makan malam
19.30 drop hotel
Lokasi ke Pasar Beringharjo arah selatan dari hotel yg bakal kami diami...Shopping mata. Anggaran 5 minit berjalan kaki dari hotel.
bawah sikit lagi sampai Keraton
Nasib kami gamaknya berjalan di dalam hujan. Dah menjadi lumrah penulis, it will be great to be able to find joy in the midst of the storm!
Entrance gerbang ke Borobudur
Masjid bawah tanah Taman Sari. Ramai yang terlepas tak sampai ke sini...
Lintasan Keretapi Malioboro... masa ni adventure berjalan dalam hujan semata-mata nak beli buku kat Gramedia Jln Sudirman
No comments:
Post a Comment