Jumaat, Ogos 22, 2008

Faktor Anwar

Nurshumiza Yusof, 1987. Penerbitan Matahari, Kuala Lumpur M/s 61-86 (gambar-gambar tidak disertakan)

FAKTOR ANWAR

Kalau hendak dikira dendam, Anwarlah yang seharusnya paling mendendami Dr. Mahathir. Tetapi sebaliknya mengapakah Anwar bersedia bersekongkol di dalam kabinet Mahathir? Sehingga Anwar dicap sebagai jurucakap Mahathir. Ada juga yang menyatakan Anwar sudah dibeli oleh Maha­thir. Pada mula ia menyertai UMNO, Anwar dikatakan juga sudah masuk perangkap Mahathir. Anwar yang dulunya lantang kononnya sudah dijinakkan atau harimau yang sudah dikambingkan. Sejak awal hingga kini Anwar terus menjadi perhatian umum dengan berbagai sudut dan cara penilian. Ada yang menilai dari kacamata yang positif, negatif dan tak kurang yang menilai dengan nada sinis serta irihati.

Anwar dikatakan naik terlalu laju, tak ikut tangga, masuk ikut tingkap, masih baru dalam UMNO, lebih PAS dari PAS, gila dan ghairahkan kuasa, tunggulah dulu kerana belum cukup umur dan segala macam kata-kata lagi yang diluah dengan nada kurang senang.

Mendadaknya Anwar menjangkau tingkat yang ada sekarang bukan kerana semata-mata ia mempunyai hubungan yang rapat dengan Dr. Mahathir, atau dengan menjadi anak didik Dr. Mahathir, Anwar sewenang-wenangnya mudah naik dalam UMNO. Ahli-ahli UMNOlah yang menjadi hakim untuk menilai kemampuan Anwar. Kesemuanya telah mereka buktikan di dalam tiga pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda - Anwar menang malahan undinya semakin mantap di pertandingan tahun lalu apabila ia mengalahkan anak singa UMNO - Syed Hamid dengan majoriti yang besar. Memang Dr. Mahathir amat menyenangi Anwar tetapi bukan kerana nama Anwar. Hubungan mereka sebenarnya mempunyai sejarah yang panjang. Sejak Anwar di kampus

Universiti Malaya lagi sudah mengenali Dr. Mahathir. Apatah lagi di saat Mahathir yang ketika itu tersingkir dari UMNO akibat berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dan secara kebetulan Anwar juga tidak senang dengan kerajaan pimpi-nan Tunku, maka mereka, berkawan dalam menghadapi ma-salah yang sama.

Kemesraan ini berubah setelah Mahathir' diterima semula menyertai UMNO. Anwar yang terkenal dengan kelantangan-nya terus mengkritik kerajaan. Kali ini bukan melalui plat­form pemimpin pelajar sebaliknya tiket PKPIM (persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia) dan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) yang ditubuhkan" dalam tahun 1971. Turut serta dalam penubuhan ABIM ialah Sanusi Junid.

Dr. Mahathir yang outspoken ketika menjadi Menteri Pelajaran sering membuat kenyataan yang kontrovesal khusus-nya dalam menanggapi kegiatan dan pergerakan Islam di bawah pemimpinan Anwar. Bagi Anwar ketika itu Dr. Maha­thir adalah seorang yang anti Islam.

Puncak ketegangan hubungan Anwar-Mahathir ialah peris-tiwa tunjuk perasaan pelajar 1974. Anwar telah direhatkan di bawah ISA selama dua puluh satu bulan dengan sembilan tuduhan termasuk usahanya untuk menubuhkan Universiti Islam. Dr. Mahathir dikatakan orang dalam kabinet yang paling kuat menyokong penangkapan Anwar. Malahan se-waktu kabinet memutuskan untuk melepaskan Anwar, Dr. Mahathir dikatakan orang yang mahukan tahanan itu dilan-jutkan sepenggal lagi.

Salah satu anugerah Allah s.w.t. kepada Anwar selain dari-pada karisma kepimpinannya, Anwar bukan seorang pendendam. la mampu berhadapan dengan musuh atau orang yang terang-terang tidak menyenanginya dengan air muka yang tenang.

Sebab itulah tidak berapa lama setelah dibebaskan Anwar tanpa rasa dendam ia mengunjungi Dr. Mahathir di pejabat. Pertemuan awal ini agak kurang mesra kerana saling sindir menyindir, mungkin kebetulan Anwar membawa teman bersama. Dr. Mahathir agak kurang senang dalam keadaan ada orang lain mendengar Anwar menyindirnya.

Namun demikian dalam beberapa siri pertemuan selanjutnya sikap Dr. Mahathir sudah berubah. Beberapa persoalan peribadinya mula diluahkan kepada Anwar dan mereka sa­ling mula mencari titik pertemuan. Mungkin mereka merasa-kan. masa untuk berpolimik sudah tamat dan sudah tiba masanya melihat kenyataan bahawa survival masyarakat dan negara harus lebih diutamakan dari segala-galanya.

Sewaktu memimpin ABIM, Anwar tidak semata-mata meng­kritik kerajaan. Sikapnya dan pendirian yang terbuka - ABIM yang menjadi jurubicara umah dalam beberapa keadaan sedia bekerjasama dengan pemerintah. Contohnya di masa Datuk Hussein Onn menjadi Perdana Menteri ABIM telah mengadakan Seminar Dakwah Antarabangsa dengan kerja-sama kerajaan Malaysia.

Pengambilan Anwar Ibrahim menyertai UMNO menjelang Pilihanraya Umum April 1982 meninggalkan beberapa kesan kepada politik Dr. Mahathir. Penyertaan Anwar pula mem-buatkan bekas tokoh ABIM itu mempunyai musuh baru -PAS. Suatu ketika ada ura-ura Anwar akan menggantikan Datuk Asri sebagai Yang DiPertua Agong PAS. Andainya, itu terjadi bererti Anwar akan menjadi pemimpin PAS yang paling berkaliber dan berkesan sejak zaman Dr. Burhanuddin dan Allahyarham Zulkifli Mohamad. Tetapi Anwar memilih untuk menyertai UMNO. Penyertaan ini dibuat ketika Dr. Mahathir masih berkuasa dan baru pula menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Hussein Onn.

Dr. Mahathir membuat tawaran agar Anwar masuk UMNO dan mahukan Anwar melihat realiti politik, masalah Melayu dan Islam serta melaksanakan semangat idealismennya itu. Anwar kemudian memberitahu para wartawan bahawa ta­waran yang dibuat oleh Dr. Mahathir sebagai ikhlas dan bukan jebak atau jerangkap samar yang dipasang oleh Dr. Mahathir.

Di pihak PAS, kecurigaan memuncak kerana merasakan Anwar telah berpaling tadah. Tambahan pula kemasukan Anwar sebulan sebelum pilihanraya umum diadakan. PAS mengira Dr. Mahathir mengambil Anwar semata-mata untuk mengagalkan usaha PAS untuk memerintah negara ini. Dr. Mahathir sedar pengaruh Anwar di kalangan PAS serta belia-belia Islam begitu luas. Dan dengan mengambil Anwar ber­erti menarik mereka ini menyokong UMNO.

Dilihat dari sudut lain tindakannya dianggap memecahkan PAS dari dalam. Ramai yang tertarik dengan kepimpinan Anwar lari meninggalkan PAS. ABIM yang diasaskan oleh Anwar mengalami detik-detik tersendiri bilamana badan belia itu tiba-tiba berpecah menjadi tiga kumpulan - satu menyokong Anwar, satu lagi menyokong PAS (ertinya menentang Anwar) dan golongan neutral.

Bagi Dr. Mahathir, dia ikhlas mengambil Anwar untuk menyertai UMNO kerana dia merasakan Anwar merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dan jujur di dalam perjuang-annya. Keikhlasan Dr. Mahathir telah ditunjukkan sejak awal lagi. Setengah jam sebelum sidang akhbar pengumuman penyertaan Anwar ke dalam UMNO, Dr. Mahathir menun-jukkan beberapa telegram daripada beberapa orang tokoh UMNO tertentu yang meminta agar jangan diterima kemasukan Anwar. Malahan Dr. Mahathir amat mengambil berat kedudukan dan keadaan kempen di Permatang Pauh. Semuanya meru­pakan petanda awal yang mematikan spekulasi bahawa peng-ambilan Anwar merupakan jebak Mahathir bagi membunuh karier politik anak muda dari Cherok Tok Kun ini.

Mengambil Anwar bererti Dr. Mahathir memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerapkan idealismenya. Dan tidak syak lagi sejak kemasukan Anwar program dan proses Islamisasi di negara ini semakin subur. Hakikat ini membangkit rasa tidak senang di kalangan tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO. Datuk Musa menganggap Anwar ber-lagak lebih PAS dari PAS. Manakala Datuk Rais merasakan Anwar hanya pandai menggunakan hadis untuk mengelabui mata ahli-ahli UMNO.

Manakala kepada PAS terutama orang seperti Subky Latif merasakan Anwar gagal membawa missi Islam ke dalam UMNO. Melihat dari beberapa perkembangan, sejak kemasukan Anwar ke dalam UMNO, Dr. Mahathir nampaknya menun-jukkan keikhlasan di dalam menjanjikan bahawa Anwar boleh meneruskan idealismenya.

Anwar tidak dilantik menjadi menteri penuh sebaliknya bermula dari jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berpejabat di Pusat Islam. Pusat yang dulunya pernah menyenarai hitamkan nama Anwar dari memberikan ceramah di tempat yang sama sewaktu Anwar mengepalai ABIM. Semasa di jawatan ini Anwar mula menyusun semula pentadbiran beberapa bahagian. la juga menjadi Pengerusi Badan Perunding'Islam yang antara lain telah berjaya menyu­sun semula Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).

Kesempatan yang diberikan oleh Dr. Mahathir membuka jalan kepada Anwar untuk memperbanyakan lagi program Islam di dalam kerajaan. Puluhan tokoh, pemikir dan ahli profesional Islam dibawa ke Malaysia untuk memberikan nasihat serta pandangan tentang program Islamisasi. Ke-semuanya mendapat restu Dr. Mahathir dari langkah tersebut secara langsung Malaysia tambah dikenali di kalangan negara-Islam.

Perpindahanya ke beberapa Kementerian mematangkan lagi Anwar tentang politik dan pentadbiran. Walaupun pe-mergiannya ke Kementerian Kebudayaan dianggap oleh Subky Latif sebagai tempat sial dan Anwar juga akan beroleh bala tersebut, ternyata tidak berlaku. Demikian sewaktu di Kementerian Pertanian imej Anwar dimomohkan oleh orang-orang PAS sebagai Menteri yang menjaga lembu. Hanya se-telah berada di Kementerian Pelajaran baharulah serangan dari PAS agak reda walaupun orang seperti Subky Latif tidak pernah diam dari terus mengecam dan menyindir Anwar.

Kecaman sebahagian tokoh PAS kepada Anwar sebenarnya mudah difahami - iaitu atas dasar perbezaan fahaman politik dan harapan besar mereka kepada Anwar sewaktu di dalam ABIM agar satu hari kelak menjadi ahli PAS. Sebaliknya Anwar menyertai UMNO.

Di dalam UMNO Anwar menjadi fokus utama terutama di saat pertandingan UMNO menjelang tiba. Setelah tiga kali berjaya melewati jaringan politik melalui pertandingan Ketua Pemuda kini Anwar dihadapkan dengan spekulasi merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Jawatan yang meletakkan seseorang tokoh kepada Top Five setelah Presiden dan Timbalan Presiden. Dengan kata mudah jejak-jejak kepada Timbalan Perdana Menteri dan seterus-nya Perdana Menteri semakin hampir. Walaupun sejarah tidak menjanjikan demikian, namun inilah rukun asas yang harus dilalui sebelum sampai ke puncak.

Kepada golongan yang anti Anwar spekulasi ini sudah cukup untuk membelasahnya dengan fitnah yang kononnya telah dihadiahkan rumah bernilai 3 juga daripada Daim, men­jadi agen CIA dan sebagainya. Tokoh yang dikira sudah lama di dalam UMNO dan bercita-cita besar pula turut menyerang Anwar dengan alasan Anwar masih belum matang dan naik

Segala tomah dan fitnah terhadap Anwar terjawab sendiri-jika didekati cara hidupnya. Sebagai seorang yang punya prinsip dan idealisme, suatu yang ia amat berhati-hati ialah kepentingan ananiah atau mementingkan diri lebih dari yang lain.

Beramal dengan apa yang diucapkan serta berani ber-hadapan dengan kenyataan. Dari pakaiannya orang dapat menilai siapa Anwar sehingga ada yang berangapan, "tak ada baju lain ke! Asyik dengan jaket putih". Mungkin ditiru dari cara Datuk Haji Suhaimi cuma fesyen sahaja berlainan.

Semenjak menjadi menteri belum pernah ia menggunakan kereta rasmi terbaru, hingga kini masih menggunakan kereta peninggalan arwah Datuk Embong Yahya. Walaupun jika ia mahu, ia boleh berbuat demikian setiap kali berpindah ke-menterian. Demikian halnya dengan pejabat - mungkin Anwar bernasib baik setiap kali berpindah, pejabat menteri telah siap diubahsuai oleh menteri sebelumnya.

Keyakinan, kesungguhan dan berperibadi bersih membuat-kan golongan yang tidak menyenangi Anwar tenggelam punca. Walaupun ada pendapat yang menyatakan kriteria tidak kaki perempuan, pemabuk dan kaki judi tidak harus dijadikan asas untuk mencari pemimpin tetapi inilah jaminan kejayaan pemimpin dan golongan yang dipimpin.

Pemimpin yang hidupnya bergelumang dengan maksiat bukan sahaja gagal memimpin dirinya malahan tidak mendatangkan barakah kepada rakyat dan negara.

Oleh kerana tiada ruang untuk mencari keburukan peribadi Anwar, maka ada tokoh UMNO yang mengandaikan konon-nya Anwar mahu mengabimkan UMNO dengan membawa ramai tokoh-tokoh ABIM ke dalam UMNO.

Umumnya semua tahu sebenarnya tidak ramai tokoh ABIM yang menyertai UMNO jika dibandingkan dengan kemasukan ke dalam PAS. Jika adapun kesemuanya terpaksa bekerja berhempas-pulas untuk memenangi jawatan di bahagian tempat mereka aktif. Setakat ini belum ada bekas tokoh ABIM yang menang di beberapa bahagian baru-baru ini di-sebabkan oleh kempen Anwar Ibrahim. Semuanya dinilai oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang telahpun matang dan mengenali serta mampu membezakan antara kaca dan intan.

Tindakan yang mengatakan Anwar berlagak lebih PAS dari PAS dan memperalatkan Islam untuk muslihat politik, menimbulkan tanda tanya siapa sebenarnya yang memperalat­kan Islam?

Memang semenjak kehadiran Anwar ke dalam UMNO serta dokongan serious oleh Dr. Mahathir yang mahukan Islam diterapkan ke dalam pentadbiran negara, kebangkitan Islam semakin ketara. Penubuhan Institusi Islam seperti Bank Islam, Universiti Islam, Insuran Islam dan penerapan nilai-nilai Islam yang lain walaupun belum sampai ke matlamat 100% sekurang-kurangnya proses sudah bermula dan ber-jalan.

Program ini merupakan manifestasi dari kesedaran umum bahawa hanya Islam satu-satunya jalan yang harus dilalui dalam menyelesaikan masalah umah dan negara. Walaupun program tersebut menjadi momohkan PAS satu hakikat yang tak dapat ditolak bahawa program bertahap lebih mendatang-kan makna daripada berslogan untuk 100% Islam tetapi belum berbuat apa-apa.

Di sinilah UMNO harus lebih maju ke depan dari PAS - benarlah tuduhan Datuk Musa bahawa Anwar mahu bertin-dak lebih PAS dari PAS dalam konteks melaksanakan cita-cita Islam.

Islamisasi adalah program negara, sayangnya hanya seorang berdua menteri kabinet yang ke hulu-hilir, mengisi erti slogan tersebut yang lain ada yang bukan sahaja tidak mendokong malahan bertindak sebaliknya dengan melakukan kerja-kerja mungkar termasuk merasmikan disko.

Mungkin ada hujah yang berpendapat itu adalah hal per­ibadi yang penting orang itu mesti cerdik, ada otak, pandai merancang dan telah ada rekod menubuhkan itu dan ini untuk kepentingan rakyat.

Persoalan moral pemimpin bukan soal remeh, sebab itulah Allah menurunkan para Nabi di kalangan orang-orang yang maksum supaya dapat diikuti oleh umatnya. Kita tidak menjangkakan pemimpin negara ini harus dicari di kalangan orang yang maksum tetapi wajar terdiri daripada yang terbaik di kalangan rakyat. Jika dah tak ada yang baik memadai terbaik di kalangan orang-orang yang tak baik the best among the worst.

Bertolak daripada keyakinan dan niat yang baik mendorong Anwar berani berhadapan dengan siapa juga termasuk dari­pada parti lawan. Ustaz Hadi Awang tokoh yang amat di-geruni oleh UMNO dan dikagumi oleh PAS dihadapi oleh Anwar dengan tenang di hadapan hampir 2,000 penuntut Malaysia di Amerika baru-baru ini.

Malahan di saat kempen pemilihan sedang memuncak jarang tokoh UMNO yang menyokong Dr. Mahathir berani berhadapan dengan penyokong Datuk Musa di Johor, tetapi Anwar pergi dengan yakin dan terbuka menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan sehingga yang menyoal jadi gagap. UMNO tidak harus mengorban ketokohan Anwar kerana kepentingan seorang berdua tokoh lain yang terang-terang tidaklah lebih baik dari Anwar sendiri.

Jangan kerana percaturan jangka pendek kita kehilangan tokoh yang bakal menjadi aset kepada negara dan umah keseluruhannya.

Malaysia memerlukan kepimpinan yang padu dan mempunyai daya tahan serta daya juang dalam menghadapi masa hadapan yang kian mencabar. Inilah erti perubahan dan pembaharuan sebenar bukan menyuburkan imej lama seperti pengubah lagu, senikata lama rentak sahaja yang baru. Perubahan memang perlu malahan sesuatu yang digalakan iaitu daripada keburukan kepada kebaikan, kejahilan kepada kebijaksanaan dan kemungkaran kepada yang haq.

Rabu, Julai 23, 2008

Musim Menuai Part 1

Inilah dia baru dinamakan musim menuai... bukan buah durian, tapi musim menuai terung pipit..untuk dibuat ulam... siapa yang tahu sedapnya terung pipit... moh le datang rasa... power tak power, wajib bertambah nasi..

Rabu, Mei 07, 2008

Tips for first timers in Orlando, Florida





Since somebody asked the details of our trip, dengan secara officialnya diperturunkan tips berguna untuk kegunaan those yang akan ke Orlando (tak kira la untuk conference, shopping spree, melancong atau melencong)

Preparation is KEY.

A. Install a GPS Software with the latest Floridian Map on your PDA. The most user friendly would be IGO My Way Plus 2006. Paling user friendly. Point of reference banyak untuk shopping areas. Kalau boleh PDA anda ada wifi!

B. Install a pdf reader on your GPS (assuming yr pda takde benda ni) - either Adobe for Pocket PC or Foxit for mobile.

C. Scan all your tickets sebagai backup (air ticket, Universal Studios, Disney, car rental, hotel bookings, Passport, International Driving License, lesen memandu Malaysia, kad kredit etc) into pdf and save it on your PDA - manalah tahu ada yang tertinggal or tercicir hardcopy.. kan ke senang. Likewise for any portable maps for shopping areas yang bakal di "serang".

D. Kalau boleh, pilih airline yang tak lalu Los Angeles Sebabnya:
1. LA punya security tersangat strict. Barang makanan payah nak lepas.
2. Carry on luggage MAS depa kasi 5kg aje... & bergantung kepada kelas tiket yang kome beli, kalau seat economy rasanya maximum berat yang boleh bawak for check in luggage cuma 20kg je.
3. Most probably harga tambangnya jauh lebih murah!

(We took Delta Airlines - From KLIA to Incheon, Korea, naik Korean Air (JV between Delta Air, MAS & Korean Airlines). Kat Incheon, tukar flight ke Atlanta (Still Korean Air) and from Atlanta, baru naik local Delta Air to Orlando International Airport (MCO).
Benefits:

1. Carry on luggage 18kg;
2. Check in lugage - maximum 2 bag of 22.5 kg each tiap seorang!
Our combined luggage allowance punya banyak gila!
3. Halal food boleh di book semasa beli flight tiket & kalau order halal food, kita la yang akan diserve dulu dalam penerbangan.
4. Atlanta adalah HQ untuk Delta Air - dari Florida ke Atlanta cuma 1 jam perjalanan.
5. Atlanta ada banyak tempat menarik untuk dilawati (just in case nak extend your stay). Furthermore, antara benefit naik Delta Air atau Continental Air - anda boleh stop kat mana-mana stop in USA - turun keluar airport for a few days - tah berapa stop over kome nak buat untuk beberapa town depa tak kisah, so long as the final destination korang sampai.

Note: semasa artikel ini ditulis Delta Airlines & Continental Airlines telah mengumumkan rancangan untuk bergabung membentuk airline terbesar di USA (itulah antara kerja-kerja berat yg aku buat dulu masa jadi corporate lawyer - mergers and acquisitions).
6. Delta Air nak check in senang - scan aje bar code kat tiket yang kita print kat rumah tu!

E. Bawak beg spare (beg2 kecik dalam beg check in. Kalau ikut buku, beg kosong (kalau nak belanja sakan kat Florida).

F. Those yang ke sana untuk tujuan menghadiri conference... kalau boleh elakkan dok dekat tempat conference (especially macam event Lotusphere) sebab bayaran hotel in Disneyland resorts mahal sangat sedangkan ada berlambak2 hotel yang jauh lebih murah kat International Drive, ada breakfast etc. atau dekat dengan tempat utk shopping. Depa akan display harga bilik harian menggunakan digital signboard. This is only applicable sekiranya anda menyewa kereta. Dah sampai ke Disneyland, barulah aku faham apa yang dimaksudkan dengan statement oleh beberapa orang politician Malaysia a few years back - "jangan biarkan xxx Universiti jadi macam Disneyland" or "buat signboard leading to nowhere macam kat Disneyland".

G. Bring some makanan dalam tin sprt sambal tuna etc or Brahims. Makanan yang kita masak sendiri tak akan lepas security check sebab tak berapa kali kena x-ray & lalu anjing pengesan. Some hotels takde tempat nak masak - Masa kita org kat Disney Carribean Beach Resort dulu, kita org bantai aje masak minute rice (nasi segera dgn lauk kari ikan) dalam coffee maker... sedap gak... nak survivelah katakan. Masa tu tak jumpa lagi restoran halal lagi.

H. Kalau sewa kereta, the place to go would be www.priceline.com - boleh bargain siapa yang kasi harga lagi murah (kita letak harga kita & let depa decide sama ada depa terima tak offer kita) dan sebaiknya kita confirm 1-2 minggu sebelum kita sampai kat Orlando. Kalau nak sewa kat airport masa landing nanti pun boleh tapi for sure dapat harga sembelih... anyway ada banyak car rental company kat Airport. Kalau ambik Hertz, the location untuk collect kereta sewa anda would be 3 miles away from the Airport - tapi takpe - ada free transport dari Airport untuk ke sana. Just cari kat Internet & print out peta MCO Airport untuk mengetahui lokasi utk unggu bas khusus untuk ke perjalanan pergi balik ke gudang kenderaan Hertz. Trust me, anda akan lebih confiden masa kat sana nanti (macam aku la..) Mati2 mat salleh kat sana ingat aku pernah sampai ke sana sebelum ni.

APA NAK BUAT KAT SANA?

Banyak....... selain dari shopping, or gi ke amusement parks yang berlambak2 tu kome boleh main golf as Florida mempunyai banyak padang golf tahap world class, memancing (opps... may hobby tapi ingat ye, kalau nak memancing sini kena apply permit untuk memancing!) for those yg ke sana untuk relaks menenangkan fikiran (like me) I prefer enjoying the scenery. Kalau dok kat dalam any of the Disney Resorts, transport dalam Disneyland adalah percuma. Yes free... so berpandukan research yg aku buat melalui pembacaan buku2 on Disneyland & Orlando, I went for "Resort Hopping in Disneyland" (aku rasa la takde orang buat lagi sebelum ini.....) so I can provide you guys the most accurate picture. Transport free kat Disney ada 3 jenis - Naik Bas Disneyland - canggih & the other (tak semua Resort ada) naik boat (slow atau speed boat) that will ferry you around to Downtown Disney or Boardwalk (tempat shopping) and lastly, kalau resort tu tempat elite, ada high speed Monorail yang menyambungkan resort-resort power tu... so boleh nampak kesemuanya dari atas.

Antara keje gila yang aku buat - borak2 dgn operator monorel yang pusing Magic Kingdom (note: kalau nak masuk captain's coach, kena mintak sebab separate entry - limit 6 orang je boleh masuk) & apa lagi... aku mintak nak operate monorel tu 1-2 lap... Matt tu kasi (memang nama dia Matt, bukan Mamat!) aku lak main picit je bawak laju.... rupanya monorel pun ada speed limit! Takleh bantai aje... hehehh... I got video clips to prove it! Maka insaflah aku betapa susahnya amanah para pekerja yg operate LTR/Komuter/Monorel kat Malaysia....

Tiap2 resort kat sana ada theme masing-masing. Kalau dok kat Carribean Beach Resort - apa lagi kalau bukan lanun... Kalau dok kat Yatch Beach, ada bermacam2 jenis kapal laut miniture in size on display siap dengan sauh besar & ada macam kapal terdampar kat pantai buatan berhadapan dengan hotel dia. Swimming pools dia pun ikut theme tu... Kalau dok kat Polynesian Resort - macam kita melawai Hawaiian Islands - siap ada mini air panas & gunung berapi. Those yang dok kat Animal Kingdom, boleh tengok binate2 liar yang boleh dilihat dari bilik masing-masing. Those yang menyewa Swan & Dolphin hotel (lokasi Lotusphere 2008) korang ingat dapat tengok swan ... alah aku kasi je makan roti kat itik2 & burung camar situ...swan takde... the dolphin pun takde - cuma ada sclupture semacam dolphin & waterfall yang cantik... Tapi kalau nak guna wifi kena bayor USD10 for 24hrs.... so kalau pandai carilah wifi free untuk kegunaan peserta conference. Those yang dok kat Port Orleans Resort pada hemat aku paling beruntung sebab ada 2 pilihan transport - bas Disney & Feri. The theme for the resort would be French...Aku recommend naik feri - sangat 2 romantik & menenangkan hati.... where slowly kita dibawa melalui terusan2 ke Downtown Disney melalui kem perkhemahan, hutan paya, golf courses & resort English style yg ada ditepi terusan.

Kalau nak romantik lagi bila malam (for those yang berkesempatan) bolehlah tengok pertunjukan bunga api kat either Epcot or kat Magic Kingdom. Tiap2 malam ada. Yang menariknya kalau kat Magic Kingdom, show & parade tu dibuat berlatarbelakangkan Istana Cinderalella.

Makanan - takde masalah sebenarnya sebab Orlando banyak ummat Islam. Pergi je kat International Drive (I-Drive) - sepanjang jalan tu banyak kedai USD2 - macam kedai RM2 kat Malaysia ni la - kat situ shoppinglah puas-puas pada harga yang berpatutan (bukan macam harga barang kat Disneyland). Orang selalu cari barang jenama Disney sprt cap, baju disney, fridge magnet - tapi bukanlah yang latest.

Shopping sakan - kalau kome nak barang branded eg GAP, LEVI's, Dockers, Coach & tah macam-macam brand yg kat Malaysia ni mahal, tempat yang perlu dituju adalah Beltz Factory Outlet, Prime Outlet & tah apa lagi satu lagi tu....tak terjalan - lupakan ajelah nak window shopping... kalau dah berkenan dinasihatkan terus beli aje.

Untuk baju2 branded (utk yg suka berjimat) ini dia pesanan Sdr Izhar Abd Rani (orang Tganu) & his wife Ain (org kg teman rupanya, Kg Gajah) - depa dah dapat green card dok kat US & staying in Winter Park, Orlando.
1. ROSS (Dress for less) (Dockers, Nike, Adidas, Liz Clairborne, Calvin Kline etc)
2. T.J. Maxx (lebih kurang je - mahal sikit je dari Ross
3. Target (buah cranberry & roti lebanese dia sedappp - GPS jenama Garvin dia murah)
4. MACY (kalau ada sale je).
At these shops aku sapu tah berapa pasang seluar...

The best part... bila balik ke Malaysia & singgah a few shopping malls in KL utk bandingkan harga... pening tengok harga kat Malaysia... the pair of Calvin Kline jeans yg my wife beli for a few bucks in US, kat sini depa jual dekat almost RM700!

Isnin, Mac 31, 2008

Lotusphere 2008 Florida




The car was cool, it was the latest Ford Mustang 4.0 V8 - aku sewa selama seminggu for USD9-00 per day. Petrol isi sendiri, lain rega. Thanks to our GPS system comprising of my trusted PDA (software Igo My Way 2006 Plus - with the latest Florida & Atlanta map). Kalau takde benda ni... sure sesat kat US.... ini dia siap kasi directions jalan mana mana nak elak tol.... Our connecting flight from Atlanta was stranded due to bad wheather - tah due to the global warming, cuaca in US pun berubah dengan dahsyat sekali - so kali ni Atlanta yg tak pernah turun salji for the past 15 years or so tetiba snowing... sejuk gila la masa tu... 6 hours delay... so boleh lah claim from our travel insurance RM600 sebagai pampasan....

While my wife sibuk-sibuk attending the Lotusphere Conference kat swan & Dolphin Hotel, I went jalan2 in Disneyland. Habis semua Disney resort aku masuk, siap naik boat sekali... relaks... betul-betul relaks... Yang best sekali - Universal Studios, Orlando.

Kome kalu nak tengok lagi banyak gambo, baik le datang rumah aku tengok kat PC ye.... Kat Universal, sempatlah naik a few roller coaster rides like the Return of the Mummy, Spiderman, VR shows such as The Terminator, Shek & masuk Jurrasic Park serta the Jaws rides... In 2 years times, Universal akan bukak a replica of its Orlando Park... so tunggulah kemuncullannya... khabornya rega tiket dalam RM400 per day... still murah daripada terpaksa naik flight ke US... anyway tiket masuk Universal & sewa kereta kita org beli secara onlike daripada website... For Universal, it was USD85 seorang valid for 9 days from date of first usage... print aje sendiri sebab depa kasi tiket tu dalam bentuk PDF File.

Kereta lak ambik kat Priceline.com... sepatutnya dapat kereta ekonomi aje, tapi sebab flight sampai Orlando lewat, kereta yang ditempah dah habis, so depa offer kereta dua pintu gak... pada rega yang sama USD9-00... dia pun tak kasi tau kereta apa- depa kasi kunci & suruh collect kat parking lot - terkejut gak tengok kereta tu... takkan la kereta sport camni kot.... nasib la ye.... From the Car Rental Collection Center to Disney Carribean beach resort adalah dalam 20km away... dah malam... ada tah berepa kali tertekan minyak kuat sikit... jalan licin sebab hujan, hanpir2 lagi langgar lampu merah... gila power... I was told that the car reganya USD25K.... kalaulah Gomen tak buat duit dgn AP kat Pidah tu... tentu kereta yang best macam ni aku boleh beli... nak buat macam mana, kita org Bolehland.... semuanya boleh belaka... tak payah buat kereta. ambik aje untung cukai depa yang eksport kereta ke Bolehland... terus jadi kaya!!! So memikirkan semua itu, kami pun singgahlah ke spaceshuttle kat Florida ni - manalah tahu, untung-untung dapat merasa "Naik Roket Pergi ke Bulan.. untuk Keadilan"...

Imagine... I bought myself seluar Dockers Ori... kat sini cuma dalam USD17 aje... way back home tah berapa ratus ringgit... so belanja sakanlah... sebab barang murah...

Sabtu, November 24, 2007

Fancy another trip to Singapore?






Last night while I was shopping at Tesco Shah Alam (at the same time waiting for a fellow Lelonger whom had won a Transformers Monopoly Set which I had put up for auction at www.lelong.com.my (thanks a zillion friend), I met with my elder cousin, Amir and his wife. Depa ni merancang nai pi ke Singapore in a few days time, so okay, I thought, the more the merrier as I am also thinking of bringing my mom & maya (kalau dia tak kena pergi klas) but tak tahu bila... this is the right opportunity...right?

Okay, let us see, the brief agenda dia macam ni:

Part 1 - Hikayat TOK DAK menyerang Singapura

1. Me, my wife, and mom would be heading to JB right after office hours Jumaat malam sabtu. Don't worry, I'll have enough rest as next week, for three days, I'll be participating in BioMalaysia 2007 in PWTC. Tengok, belajar & makan aje... Kerja ofis semua dah cover save for a little bit on the visit from the Iranian delegation je.

2. Saturday morning. we shall be heading to papa's fully furnished apartment yg selama ni kosong - kemas-kemas sikit - rumah ni hanya menjadi rumah persinggahan untuk saudara mara datang menginap. Khabarnya depa ni akan ke Muar dulu, attending kenduri kahwin of a distant relative, right after that depa kononnya nak pi makan Nasi Beriani Batu Pahat yang famous tu... famous apa.... It is tried and tested, tak payahlah jauh-jauh nak makan Nasik kat BP tu.. sebab cawangan dia ada kat Putrajaya (somewhere dekat dengan UNITEN). Kalau nak lagi best, my maid & my wife boleh masakkan sendiri. Toksah le pergi jauh-jauh, sendiri masak sudah tentu lebih POWER punya sebab rahsia nasi briani ni dah terbongkar & kita dah berjaya emulate the same taste macam mana depa yang berniaga nasti tu masak. Likewise, kalau nak merasa steamboat, tak payah le pergi Restoran Johnny tu... kita boleh buat sendiri dah.. if not the same, even better!

3. Ikut plan, khabornya dema akan sampai JB malam - selepas tercapai hajat depa nak melawat tanah penghujung benua Asia kat Kukup, Tanjung Piai - kawasan Pontian tu. Dulu masa Indonesia melancarkan "Ganyang Malaysia" kukup adalah tempat askar Indonesia land dengan payung terjun, tapi land aje terus kena tangkap sebab askar kitra memang dah tunggu depa pun... it ended up masuk kes mahkamah & dilaporkan dalam law reports. Komen aku: la ni musim hujan - Batu Pahat ni adalah kawasan banjir... baru aje lagi tak sampai 3 minggu BP tengelam. Baik le kensel je or postpone the trip to Tanjung Piai to some other time. Memang la tarikan dia menarik, in fact my friend Kamarul pernah ajak nak ke sana sebab dia yang selalu masuk keluar hutan buat kajian pun kata tempat tu cun... and ianya juga adalah syurga pemancing! Kalau setakat spend a few hours je setakat capat certificate - tak cukup. Latest news - bandar Muar dan kawasan sekitarnya dilanja banjir dek fenomena "Air Pasang Penuh".

"Ayor pasang pagi
Surut pukul sepuluh
Hujan malam tadi
aiya....belum juga teduh

Cik Kiah - turun Singapura
Banjir kilat datang, kita naik sampan aje"


4. Khabornya juga deme nak terus masuk ke Singapore malam tu jugak!!!! susah ni.. first sebab masalah passport. Kena lak Sabtu malam ahad... tempat menarik yang ada - Mustafa Centre la... mana lagi, other than that, untuk bawak family, woudl be the night safari, tapi kalau nak pergi ke situ, baik le pergi Night Safari kat Taiping or Zoo Negara aje. Lebih murah, jimat & selesa.

5. SO kalau jadi masuk jugak ke Singapore, tempat menarik yang biasa adalah Bugis Junction, OG dan shoppin centre yang sewaktu dengannya - the year end sale is near! Pastikan kereta kosong, bag masuk singapore pun kosong.. balik penuh!!!

So itulah sahaja setakat ni....

Jumaat, November 23, 2007

Crossing the border into Thailand, November 2007








The plan...was after picking up Maya at Kolej Insaniyyah, Alor Setar, was to head to Malaysian - Thai Border. Jalan-jalan lagi. Bertolak after office hours Friday balik ke TTDI, to pick up my mom & straight away chow ke Alor Setar. This is less than a week after our trip to Singapore. The usual suspects now would be me, my wife and my mother... bertiga aje kali ni. BErtolak after Isha' & sampai kat Alor Setar 2 am. Takde stop mana-mana except for filling up for petrol at Tapah and Sungai Petani. Spent one night at Grand Continental - (after asking for a corporate rate).

After breakfast, ambil Maya & headed for rumah Paksu makan tengah hari, get some pointers from Paksu and half and hour later, we are off on our way to Bukit Kayu Hitam. We parked our car at Pusat Bebas Cukai @ The Zon, tukar duit kat sana and jalan kaki aje ke check point Thailand accross the border. Tak jaug mana oun. Mamat tukang tulis kad putih will charge a fee unless you are a Malaysian Police. Likewise, the immigration officer will charge Rm1 seorang. The way depa check org keluar masuk was simple - at each check point, dilengkapi dengan desktop camera - so masa korang masuk or keluar, depa will take your photos - manalah tahu - yang masuk muka lain, keluar muka dah lain...

Thanks to the tips from Wikipedia which was found to be very accurate, just a few hundred metres from the checkpoint ada 7-Eleven, kat situ ada perkhidmatan teksi ke Hai Yai for 50 bath seorang. Kalau naik teksi depa nak 500 bath satu teksi. We decided naik van pun okay gak.. no hurry at all, but untuk sampai ke Hotel yang dicadangkan oleh Paksu, tambah je sikit a few bath.

Hotel dia not bad, for 500 bath = RM50 je. Tapi takde breakfast. Lepas check in & mandi, kami pi makan kat a muslim restaurant - Restoran Sulaiman - biasalah thai food. Immediately lepas makan, kami naik Tut-tut - 4 org 60 bath ke Plaza - a famous trader centre kat Hat Yai ni. Ada masalah bahasa sikit.. as tak semua org faham bahasa melayu. Yang menarik kat sini, leather goods (ladies handbags & kasut) & periuk chop Zebra depa tu. Baju-baju pun okay gak. We bought a baju utk ayah kat sini. Banyak sangat barang - so rambang mata nak pilih yang mana satu!!

Makan malam lak, kat depan Plaza.. ada banyak gerai Thai Muslims berniaga kat sini. Takde masalah, sign language aje. Tah laksa or laksam version siam yg kita makan & teramat murah. Balik pun takde problem sebab Tut-Tut dah banyak ada kat situ untuk hantar kita org balik ke Hotel.

Malam kita org jalan lagi, rupanya tak jauh dari hotel - tiap-tiap malam ada pasar malam & makan-makan. semuanya siam punya barang la... try gak masuk shopping complex depa... gila mahal, style jalan bukit bintang. Ada gak sini kedia Jimmy Choo... rega dia pun beribu-ribu... Yang paling menarik - UDANG GALAH saiz XXL.