Daddy yang ku kenali,
sebenarnya seorang pejuang.
Berjuang menegakkan martabat bahasa,
berjuang demi kemashalatan keluarga.
Beliau arif tentang prosa melayu klasik,
pabila aku dihadapkan dengan manuskrip thesisnya,
Lantas beliau tersenyum - aku bisa memahami dan menafsirkan perenggan-perenggan ayat Melayu lama.
Ku katakan, dahulu aku gemar membaca Hikayat Hang Tuah nukilan Tun Sri Lanang,
membaca dan terus membaca,
tulisan Shahnon Ahmad, Arenawati, Keris Mas & Tongkat Warrant.
tambahan pula banyak kosa kata manuskrip Melayu lama bersadurkan perkataan-perkataan,
yang dipinjam dari bahasa arab dan sanskrit.
Daddy yang ku kenali,
mengangguk, setuju dengan jawapan yang ku berikan.
Baca, membaca, membaca, membaca dan terus membaca dan barulah boleh menulis.
Daddy yang ku kenali,
pernah berpesan kepadaku -
Raihlah kecemerlangan diri.
Bak kata-kata hikmat Pak Guru Daddy sendiri,
"A untuk dewa-dewa,
B untuk saya,
C - layaknya milik kalian semua".
Daddy yang ku kenali,
banyak menyimpan derita diri.
Pertemuan dan perbincangan kita buat terakhir kali di Restoran Endang USJ,
Akan ku kenang selama-lamanya.
Alfatihah untuk Daddy, Hj Mohd Khalid bin Said,
semoga ruhnya dicucuri rahmat Ilahi.
My thoughts actually, unfiltered. A place to record and unload things that I stored in my memories and from the circuits of an ageing pc located somewhere in Shah Alam, Malaysia. "Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis” - Imam Al-Ghazali
Rabu, November 04, 2009
Cukai RM50 untuk setiap kad kredit - adil?

Rather than imposing a blanket rule of RM50-00 per credit card owned by credit card holders, the government should instead consider taxing consumers based on the maximum aggregate credit limit of the credit cards.
For instance, a gold card provides a maximum aggregate credit limit of RM10k, then a taxable fee of RM50-00 should be charged. For silver card, the taxable fee should be half of the charges paid by gold card users.
Nowadays owning a credit card is considered a necessity & kemudahan. But I guess, memang rakyat didahulukan dalam segenap perkara... come to think of it, ini sebenarnya bukan cukai, tapi merupakan penalti kepada pemegang kad kredit. Siapa suruh hangpa berhutang...liat nak bayar ...dah la kena bayaq bunga, la ni gomen nak kenakan "penalti". Syukurlah, aku ini dalam golongan pengguna bijak, bayaq penuh setiap bulan & berupaya kensel kesemua kad kredit yg aku miliki... tapi since aku selalu pi overseas, takde credit card susah gak... hah memang menyusahkan!!!

Itu baru problem kat luar negara. Kat dalam negara kita ni, kome cubalah beli petrol kat stesyen minyak menggunakan debit card. Katakan anda membeli RM30-00 worth of petrol, bila dapat statement of usage, baru anda akan nampak apa yang terjadi... stesyen minyak akan sapu RM150-00. Lepas 3 hari baru amount baki dari actual penggunaan RM30-00 dipulangkan kembali ke dalam akaun debit card anda! Maknanya anda kehilangan hak untuk menggunakan wang sebanyak RM270-00 selama beberapa hari... kalau wang anda banyak dalam akaun tu mungkin tak mengapa.. kalau time tu tengah sengkek... macam mana? Macam aku ni lain la... aku isi gas NGV... biasa kena dalam RM7-00 ..paling penuh pun cuma RM9.80, semua bayar cash... good for at least 140km - 180km.
Jadi sebenarnya tiada inisiatif untuk mengalakkan penggunaan kad debit dipam minyak! Debit card hanya layak digunakan untuk membeli belah di pasaraya sahaja.
Note : what about those privileged few who have platinum cards... It would only be fair that they should be made liable to pay a higher tax!!.

Debit card gomen tak kenakan cukai, tapi pengalaman aku dengan debit card diluar negara amat mengecewakan. Masa kat Florida & Atlanta hari tu, aku dengan konfiden swipe debit card AlRajhi untuk pembelian kecil.. ceh... depa tak recognise & reject... walaupun duit aku masuk kat dalam tu lebih dari mencukupi. Poorah... bersemangat lagi aku hantar email sebelum pi ke US ari tu untuk memaklumkan aku nak gunakan debit card aku tu kat overseas (ikut agreement kata kena buat) & bersemangat juga depa reply email kata tak perlu maklumkan. Bila aku call customer service tanya beria-ria depa kata boleh pakai & aku dapat janji manis kononnya debit card AlRahji diterimapakai satu dunia....

Jawapan Rajhi Bank yg bertentangan dengan apa yg depa cakap dalam agreement
Itu baru problem kat luar negara. Kat dalam negara kita ni, kome cubalah beli petrol kat stesyen minyak menggunakan debit card. Katakan anda membeli RM30-00 worth of petrol, bila dapat statement of usage, baru anda akan nampak apa yang terjadi... stesyen minyak akan sapu RM150-00. Lepas 3 hari baru amount baki dari actual penggunaan RM30-00 dipulangkan kembali ke dalam akaun debit card anda! Maknanya anda kehilangan hak untuk menggunakan wang sebanyak RM270-00 selama beberapa hari... kalau wang anda banyak dalam akaun tu mungkin tak mengapa.. kalau time tu tengah sengkek... macam mana? Macam aku ni lain la... aku isi gas NGV... biasa kena dalam RM7-00 ..paling penuh pun cuma RM9.80, semua bayar cash... good for at least 140km - 180km.
Jadi sebenarnya tiada inisiatif untuk mengalakkan penggunaan kad debit dipam minyak! Debit card hanya layak digunakan untuk membeli belah di pasaraya sahaja.
Note : what about those privileged few who have platinum cards... It would only be fair that they should be made liable to pay a higher tax!!.
Rabu, Oktober 28, 2009
Helmet Innovasi "Tenggiling Malaya"

click on the above to read
Berita terkini dari
http://www.dahon.com/news/releases/09112009.htm
Begitu innovatif sekali bangsa asing... kita hanya menumpang populariti nama binatang yang memberikan ideanya sahaja.... kalau nak beli helmet ni, tengoklah harganya... harap-harap takdelah kes nak buat topi keledar untuk ride basikal depa kat sini buat dari kulit/sisik tenggiling aslli... habis pupus haiwan yang dilindungi ini... kesian, tah berapa kes yg aku tengok dah tergolek terlentang kat tepi jalan sebab kena langgar lori kat area Puncak Alam.. sekali tengok macam paip berlingkar, tengok betul2 rupanya si tenggiling yang dah mati keras!!!
Hats off... (err.. helmets off) to DAHON!
Siapa cepat... dia dapat... hangpa sume pi la register paten untuk helmet berasaskan idea dari haiwan lain... contohnya binate comel si "landak raya".. apalah rupanya.... Amacam?

Khamis, Oktober 22, 2009
Car Service 21/10/2009
Location Glenmarie Batu 3, Car Care 8, Shah Alam
1. Oil filter;
2. Semi Synthetic Mobil Oil 10w40 4litre Super 2000X2 Formula;
3. labour costs
Total : RM106-00
Add:
Service car Aircond
1. Aircond gas refill RM25-00 (old type); and
2. Compressor oil RM40-00.
Total RM65-00
If needed in the future, cooling coil service cleaning would be RM40-00.

Selasa, Oktober 20, 2009
Hakikat Takwa
Umar bin al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka'ab :
Apakah hakikat takwa?
Apakah hakikat takwa?
Ubai bertanya pula, Pernahkah Amirul Mukminin melalui jalan yang banyak onak dan duri?
Umar menjawab, Ya.
Ubai bertanya lagi, Bagaimana?
Umar menjawab, saya berjalan dengan berwaspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak atau terpijak onak dan duri.
Ubai menjawab, Itulah hakikat takwa!
Ubai menjawab, Itulah hakikat takwa!
Khamis, Oktober 15, 2009
Cara pantas OCR dokumen anda
Selama ini penulis bergantung penuh kepada perisian kommersil OCR di pejabat untuk mengimbas dan convert dokumen kepada teks yang boleh diedit. Ini adalah jalan pintas tanpa memerlukan OCR komersil! Syaratnya :
1. Anda mempunyai MS Office berserta Microsoft Office Document Imaging;
2. sebuah pengimbas atau dokumen yang sedia ada dalam format .tiff.
Caranya :
Caranya :
1. Imbas dokumen dan save dalam bentik ".tiff".
2. Buka dokumen ".tiff" tersebut dalam Microsoft Office Document Imaging.
3. Drag dan pilih kawasan yang perlu di OCRkan kepada bentuk teks.
4. Di dalam Microsoft Office Document Imaging, ketik butang "Tools" dan pilih "Send text to Word".
3. Drag dan pilih kawasan yang perlu di OCRkan kepada bentuk teks.
4. Di dalam Microsoft Office Document Imaging, ketik butang "Tools" dan pilih "Send text to Word".
Selamat mencuba!
Ini adalah wakaf/perkongsian ilmu.
Anda bebas untuk menyebarkan maklumat ini.
Anda bebas untuk menyebarkan maklumat ini.
zaws
15/10/2009
Rabu, Oktober 14, 2009
Tragedi Kapal Nabi Yunus
Keadaan semakin genting. Air laut yang dijulang ombak yang menggunung tinggi berwarna hitam pekat likat dan biru gelap semakin mengganas. Sekali sekala kelihatan pancaran kilat sabung-menyambung yang suara guruhnya tidak lagi kedengaran dek kerasnya deruan angin. Taufan kini semakin mendekatkan diri dengan kedudukan kami. Beberapa puing-puing pusaran air deras yang menakutkan tampak bergegar dengan keras sekejap meliuk ke kiri dan sekejap meliuk ke kanan diudara semakin mendekati kapal kerdil kami yang semakin beroleng-oleng dengan amat keras sekali seumpama kertas dilanda air hujan dan diterpa badai... anak kapal yang berada dalam lingkungan bulatan cuba dengan susah payah, memanaskan diri dengan berdakap-dakapan. Kami menatap satu persatu wajah anak-anak kapal yang masing-masing diwajah mereka, membayangkan kekhuatiran yang teramat sangat. Ada yang berdoa, ada yang menangis dan berteriak-teriak. Masing-masing menyedari bahawa kebarangkalian untuk selamat dari musibah yang bakal melanda sebentar sahaja lagi amatlah tipis.
Bot penyelamat kecil yang tinggal hanya dua buah yang cuba diturunkan dengan jerih payah para kelasi yang kelihatan terhoyong hayang tampaknya tidak akan berupaya menampung keseluruhan anak kapal serta penumpang yang kebanyakannya mengalami kecederaan akibat letupan engin yang mengakibatkan kematian keseluruhan kelasi yang bertugas di ruangan engin. Kapal yang dirundung malang yang tak berhujung ini kini telah hilang keseluruhan kuasanya dan seolah-olah mustahil untuk dapat dikemudikan lagi.
Anak kapal "ESQ165 MCB 007" telah dengan sebeberapa adil yang mungkin memberikan kami tatacaranya untuk menentukan siapakah yang akan terus tinggal berada di atas kapal. Ternyata bahawa kapal yang kami naiki tidak berupaya menampung beban yang banyak - sudah habis segala barangan yang membebani kapal dinaikkan dengan susah payah dari perut kapal ke atas geladak yang basah dilanda badai. Kini, tiada lagi yang masih tersisa kecuali semuanya telah dicampakkan ke laut yang sekejap-sekejap kelihatan putih diselaputi buih-buih yang dicurah oleh ombak yang menggila mengunung tinggi. Sekali-sekala kami akan tersungkur jatuh akibat kerasnya pukulan ombak dan tiupan badai, cuba sedaya upaya untuk menstabilkan kedudukan. Dari jauh kelihatan berbalam-balam, sebuah ombak yang paling tinggi menghampiri kami dengan kecepatan yang amat dahsyat...
Kedengaran para penumpang berdoa bermunajat kepada Allah "Ya Rabbi, Ya Rabbi, Salimna" (Tuhan kami, selamatkanlah kami ini). Ya Rabbi, kami bertaubat kepada mu..... Dalam keadaan tangis inilah kami saling mengundi sesama kami, siapakah yang akan dapat diselamatkan. Hanya kepada Allah sahaja tempat kami merayu dan meletakkan harapan. Tidak teringat lagi difikiran kami tentang kebesaran pangkat dan harta. Masing-masing kini membayangkan maut yang telah jelas tampak dihadapan mata.
Sejuk dingin membeku menyucuk sehingga ke tulang sumsum. Terdengar suara rintihan dan sekali sekala azan berkumandang. Rakanku Akmal dengan sejak dari tadi berulang-ulang melaungkan azan mengagungkan kebesaran Allah, kini beliau sudah tidak dapat bersuara lagi. Tugasnya itu diganti dengan seorang anak muda yang baru ku kenali bernama Firdaus yang duduk bersebelahan denganku. Beliau masih muda dan belum bernikah. Kami telah diberikan beberapa peralatan untuk membuang undi, habis sahaja peralatan yang diberikan, maka itulah tandanya bahawa seseorang itu harus mengorbankan diri mereka, terjun ke dalam laut yang buas bergelora. Hanya seorang sahaja yang perlu dipilih, untuk terus berada dengan anak-anak kapal - mudah-mudahan kapal yang telah rosak teruk ini masih berupaya diselamatkan melalui pengorbanan yang tidak dapat tidak mesti dilakukan. Hanya seorang sahaja yang akan dipilih untuk meneruskan kehidupan dan memikul amanah sebagai wakil mereka yang terpaksa mengorbankan diri. Masing-masing mengharapkan bahawa insan yang akan dipilih untuk diselamatkan itu adalah dirinya...
Dalam cabutan undi kali pertama, Firdaus memberikan undinya kepada ku walaupun tetap ku tolak, kerana memikirkan beliau masih muda, mempunyai tenaga dan potensi untuk digembelengkan, dan mungkin bisa saja dia bertahan menghadapi musibah ini hingga ke saat akhir, tambahan pula beliau belum berkesempatan untuk bernikah. Aku memikirkan, sekurang-kurangnya aku punya 3 orang anak yang mungkin dapat mendoakan aku apabila aku meninggalkan dunia yang fana ini. Tetapi Firdaus masih berkeras. "Abang Mie, terimalah pengorbanan saya ini, abang masih mempunyai tanggungjawab yang belum selesai, saya tidak, saya masih bujang dan belum ada tanggungan ..." tetap ku tolakkan undinya kembali kepadanya. "Tapi kamu masih punya masa depan yang panjang, kehidupan sebenarmu masih belum bermula"... Tidak bang, ambilah undi saya..."
Lalu dengan berat hati aku mengambil kayu undinya, terasa air panas deras membasahi kedua pipiku yang sedari tadi telah lama kesejukan. Terbayang diruang mataku wajah-wajah orang yang ku sayangi, ketiga-tiga anak perempuanku, Jamilah, Husna dan Sakinah, isteriku dan kedua orangtuaku. Ku dakap erat Firdaus, yang baru sahaja tadi memberikan harapan kehidupannya kepada ku... aku tidak tahu sama ada tepat pilihan yang dibuat oleh Firdaus kepadaku... amat berat rasanya tanggungjawab yang harus ku pikul untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifatullah hanya untuk mendapat kesempatan untuk menyelamatkan diri dari bencana ini....
"Ayoh, segera selesaikan proses undian kalian.. kita kesuntukan masa!!!" teriak Kapten Ary, badannya yang basah lencun dibasahi percikan air laut bercampur keringat, menggunakan hailer dari anjung geladak kapal agar arahannya didengari oleh kesemua yang ada. Kami kemudiannya menyedari bahawa air laut kini telah melepasi dek tingkat pertama kapal malang yang kini kandas ditengah laut.
(bersambung)

Selasa, Oktober 13, 2009
Khamis, Oktober 08, 2009
Majlis Silaturahmi dgn YB Timbalan Menteri
Penulis dijemput sama kerana tidak berpeluang untuk menghadiri lawatan ke Bandung bersama Pak Menteri. Juadah yang disediakan memang sedap dan masakannya memang selera kampung - best!..
Inilah pertama kali penulis dapat berbicara dengan lebih dekat dgn YB Menteri. YB Menteri adalah lulusan Undang-Undang Universiti Malaya dan oleh yang demikian, penulis dan YB Menteri pernah belajar dengan Allahyarham Prof Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim, yang kemudiannya menubuhkan Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa. Pada pemerhatian penulis, YB Menteri tersangat humble orangnya.. sehinggakan penulis boleh menceritakan kepada beliau bagaimana penipuan dilakukan untuk menunjukkan bahawa kawasan Wakil Rakyat tertentu keadaannya baik-baik sahaja kepada mantan Perdana Menteri! Sanggup orang bawahan menipu Perdana Menteri untuk mengekalkan kuasa... kebetulan pula, (tanpa pengetahuan penulis) nak dijadikan cerita isteri YB Timbalan Menteri pun berasal dari tempat yang sama, mengiyakan kejadian tersebut, maka, kepada siapa yang tahu, akan hanya mengelengkan kepala apabila melihat gambar mantan Perdana Menteri kelihatan gembira memegang tanaman cili dan sayuran lain yang lebat berbuah - kononnya hasil usaha muafakat penduduk dan JKKK kampung tertentu, sedangkan perkara sebenarnya tanaman tersebut adalah pokok "instant" ditanam disepanjang jalan sudah siap berbuah! Balik aje PM dari kawasan tersebut, tak sampai 2 minggu habis punah & mati kesemuanya!!! (Nota : Parti pemerintah gagal mempertahankan kawasan tersebut.. kalau ketua sendiri sanggup ditipu, inikan pula rakyat!).
1. Amanah sekiranya gagal dilaksanakan sebaiknya akan merugikan kita dunia dan akhirat. (lebih baik ditolak)
2. Sekiranya tiada orang lain yang lebih baik dan layak ada dikawasan tersebut selain kita, perbuatan menolak amanah akan merugikan agama dan bangsa keseluruhannya dan perbuatan menolak perlantikan akan menyebabkan kita pula yang akab menanggung dosa perbuatan orang tersebut sekiranya dia yang dilantik. Maka mahu tak mahu, perlantikan untuk bertanding pilihanraya diterima oleh beliau. (nota: seingat penulis, yang pernah mempelajari Islamic Jurispridence, kaedah usul fiqh ini dinamakan Shad Alzara'i).
Gambar kenangan Uda Ir & Kak Imas dengan keluarga Pak Menteri
Penulis berpuas hati setelah mendengar penerangan dari YB Menteri, kerana pendapat no. 2 pernah juga diajukan kepada penulis suatu ketika dulu semasa penulis menerima suatu perlantikan yang tidak dapat ditolak kerana tiada orang lain dikawasan tersebut yang boleh memangku perlantikan yang diberikan. Hasilnya, penulis bergaduh dengan pihak pentadbiran UIA sampai bukan sahaja penulis "diblacklistkan" - sesiapa yang bersimpati dgn penulis dan ajak masuk group usrah mereka, keseluruhan mereka diblacklistkan juga, termasuklah si Naqib usrah tersebut!... (Mamat yang bergaduh dgn penulis sekarang ini dah jadi Timbalan Menteri la pulak... Tiap kali tengok muka mamat ni sure penulis akan tergelak besar!!!)
Pak Azhar, yang menjadi supir kami
Uda Ir berkampung di library Legal Department dibawah seliaan penulis
Bergambar kenangan di pejabat YB Timbalan Menteri
Uda Ir berkampung di library Legal Department dibawah seliaan penulis
Bergambar kenangan di pejabat YB Timbalan Menteri
Semasa kami menjamu selera, YB Timbalan Menteri telah memaklumkan kepada kami bahawa Sumatra Barat baru sahaja dilanda gempabumi pada skala 7.9 skala richter (kemudian direvised semula pada 7.6). Terima kasih juga kepada Isteri Timbalan Menteri yang membahasakan dirinya sebagai "kakak". Setelah mengetahui bahawa anak-anak penulis kesemuanya "charlie's angels" memberikan petua bagaimana nak mendapatkan anak lelaki... . kome nak tahu, mai la sini belanja aku minum teh tarik dulu .....
Kepada YB Timbalan Menteri, teruskanlah perjuangan dengan ikhlas. dan janganlah lupakan rakyat biasa seperti kami. Terima kasih daun keladi kami ucapkan, kami semua mendoakan kesejahteraan Pak Menteri & keluarga dalam menempuhi cabaran.

Isnin, Oktober 05, 2009
Bantuan Kemanusiaan ke Padang, Sumatera Barat
Baru-baru ini, Padang, Sumatera Barat dilanda gempabumi yang berukuran 7.6 pada skala richter, melanda Pariaman yang mengakibatkan kemusnahan yang teruk dan mengakibatkan korban nyawa dan harta benda yang dahsyat. Sehingga kini angka korban sebenar bencana tersebut masih tidak diketahui.
Sebagai tambahan kepada bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia yang telah menghantarkan 3 buah kapal terbang pengangkut tentera untuk menyampaikan khidmat bantuan, sularelawan, Unit SMART, pakar perubatan dan ubat-ubatan dan peralatan pembedahan dan bantuan dari pihak swasta dan orang perseorangan juga disalurkan ke Padang, Sumatera Barat dengan bantuan kewangan dari Bank Muamalat Malaysia. Kira-kira seramai 18 orang petugas sukarelawan serta pakar perubatan dari Malaysia dikejarkan ke Padang menaiki sebuah pesawat Fireflyz yang dibiyayai oleh para dermawan.
Penulis sendiri tidak dapat membayangkan betapa teruknya keadaan di Kota Padang yang dilanda bencana. Sehingga ke saat ini kerja-kerja menyelamat masih diteruskan walaupun diketahui bahawa berkemungkinan besar mangsa-mangsa yang masih terperangkap dibawah runtuhan bangunan masih hidup adalah amat tipis. Menurut siaran berita siaran TV1, TV2, TV3 dan KBS World Korea bantuan kemanusiaan dari luar negara mencurah-curah datang dari segala pelusuk dunia menghadapi masalah untuk menyampaikan bantuan bekalan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada organisasi korporat, orang persorangan di Malaysia yang menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan peralatan keperluan asas, ubat-ubatan dan keperluan lain untuk sedikit sebanyak membantu masyarakat Padang terutamanya di Pariaman yang ditimpa musibah. Hanya Allah sahaja yang akan membalas budi ikhlas yang ditaburkan.
Sekiranya ada pihak-pihak lain yang ingin memberikan sumbangan, ianya boleh disalorkan terus kepada Surau Mutiara Damansara yang mempunyai petugas yang akan memastikan barangan yang dihantar sampai ke destinasi.
Click thumbnail to read
Click thumbnail to read
Sedarilah bahawa bencana gempa ini telah diramalkan akan terjadi dan akan berulang kembali. Seharusnya pihak-pihak berwajib telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghadapinya. Kita hanya boleh berusaha dan merancang, kepada Allah jualah kita berharap.
Click thumbnail to read
Rabu, September 30, 2009
Menyambung tali persaudaraan
Demo Kuntau Lintau oleh Abg Azmi
Kaum muslimin perlu saling menasihati di antara mereka bagaikan satu tubuh, apabila sebabagian tubuh itu sakit, rasa sakit itu menjalar ke bahagian-bahagian lain sehingga tubuh itu tidak dapat tidur sehingga kesakitan itu hilang.
"Allah suka pada siapa yang mendamaikan orang yang bersengketa dan amal yang paling mulia daripada puasa, sembahyang dan sedekah adalah mendamaikan mereka yang bersengketa." Ini bukan perkara mudah - kita perlu tetap mencuba dan melakukannya dengan berlandaskan pada semangat cinta dan kasih sayang. Kita juga perlu yakin, hubungan yang retak boleh diperbaiki.
Allah mengingatkan perkara ini dalam hadis qudsi berikut, "Di manakah orang yang dahulu berkasih sayang kerana aku, demi kemuliaan dan kebesaranku. Pada hari ini aku menaungi mereka di bawah naunganku pada hari tidak ada naungan lain kecuali naunganku."
Begitulah berakhirnya jurus "membalikkan awan & menurunkan hujan" ... sudahnya main pukul dalam je.. senang cerita.
Negeri Lima Menara - a good read
Congratulations to my wife who had won herself a book entitled "Negeri 5 Menara" (as stated in the above webcapture). Due to work commitments, I had only managed to read a few chapters.. kandungannya amat menarik.. mengimbau kembali pengalaman nostalgia belajar di sekolah Agama... sebijik sama.. maybe hanya nama tempat dan keadaan yang sedikit berbeza. For those yang berkesempatan ke Indonesia tu, singgah-singgahlah ke kedai buku disana atau boleh order online.
Untuk sinopsis buku - layari http://www.gramediaonline.com/product_detail.cfm?bid=257027
Selasa, September 29, 2009
Contoh Surat Wasiat & Pesanan terakhir seorang Muslim
Beberapa orang teman telah menemuiku untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang soal wasiat & harta pusaka. Diperturunkan contoh wasiat untuk kegunaan kalian semua.
Pertamanya ku mohon ampun dan kemaafan dari kalian semua seandainya ada salah dan silap dariku. Kemaafan yang tidak terhingga sekiranya aku gagal menunaikan tanggungjawabku terhadap kalian semua, sebagai suami/ibu, sebagai anak, sebagai abang/kakak, sebagai adik, sebagai bapa kepada kalian semua.
Wahai anak-anak, isteri/suami dan keluarga yang ku kasihi sekalian.
Dengarlah baik-baik pesanan dariku ini.
Sekarang tiada lagi keinginan yang kuimpikan melainkan secebis doa dan sedekah dari kalian semua yang masih hidup. Lebih-lebih lagi doa dari anak-anak yang ku kasihi sekelian kerana itulah antara amalan yang berupaya menyelamatkan daku dipersemadian ini.
Aku juga berpesan kepada kalian semua agar bertaqwalah pada ALLAH, Rabb yang mencipta kita semua. Dialah juga yang akan mematikan kita nanti. Kerjakan solat dan taatilah ALLAH s.w.t. di mana saja kalian berada. Tinggalkan kejahatan dan kemaksiatan kerana ia bukan sahaja dimurkai ALLAH tetapi dibenci juga oleh manusia.
Ingatlah, sekali kalian meninggalkan solat dan kewajipan yang lain serta melakukan kemaksiatan pada Allah, dikala itu aku juga terseksa di persemadian.
Sedikit harta yang kutinggalkan, jangan sampai kalian bersengketa dan berpecah hati. Langsaikanlah segala hutang piutangku, terhadap ALLAH s.w.t. dan sesama manusia. Ikutlah wasiat aku dalam pembahagian yang telah ku amanahkan.
Ketaatan kalian terhadap semua pesananku adalah kegembiraan bagiku sekaligus merupakan satu hadiah istimewa dari kalian semua. Tetapi seandainya syaitan menguasai hati kalian dengan ketamakan terhadap harta peninggalanku, sehingga pesananku ini tidak lagi diendahkan maka kembalilah kepada hukum ALLAH.
Alangkah gembiranya aku bila harta yang telah kalian miliki itu digunakan sedikit untuk kebajikan dan bersedekah bagi pihak diriku. Janganlah kalian gunakan harta pusaka peninggalan ku ini untuk berbuat maksiat. Kelak, aku juga akan terseksa.
Kepada isteriku/suamiku. Jagalah anak-anak ku dengan didikan agama. Mudah-mudahan ia akan menyejukkan daku dipersemadian.
Kepada anak-anak. Jagalah ibumu/bapamu baik-baik. Jangan sakiti hatinya. Jangan durhaka kepadanya. Muliakanlah dia kerana tiada makhluk di dunia ini yang wajar dimuliakan kecuali kedua ibubapa.
Akhirnya kuharapkan sudilah kiranya dikirimkan setiap hari kepadaku, doa seikhlas hati dari kalian. Dekatkan diri kalian pada ALLAH. Jangan tinggalkan solat dan jagalah aurat kalian. Dampingilah rumah ALLAH.
Semoga kita tidak terpisah di akhirat nanti dan agar dapat kita bertemu di dalam syurga. Amin.
Pesanan dari ku :
1.
2. Wahai anak-anak, isteri/suami dan keluarga yang ku kasihi sekalian.

3. [ isikan dengan pesanan pewasiat]
4.
5.
*Nota : Wasiat hanya sah setakat 1/3 nilai keseluruhan harta simati. Penerima wasiat bukanlah seorang yang berhak kepada harta simati melalui faraid. Sebutkan nama pelaksana wasiat dengan khusus. Segala hutang simati mestilah dibayar sebelum 1/3 nilai keseluruhan harta diperolehi.
Langgan:
Catatan (Atom)