Sabtu, Januari 31, 2026

Asma' Allah yg Agung


اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِاسْمِكَ الْأَعْظَمِ

(Allāhumma innā nas'aluka bismikal-a'ẓami)

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu dengan Nama-Mu Yang Maha Agung,

الَّذِي إِذَا دُعِيتَ بِهِ أَجَبْتَ

(Alladhī idhā du'īta bihī ajabta)

yang apabila Engkau diseru dengannya, Engkau perkenankan,

وَإِذَا سُئِلْتَ بِهِ أَعْطَيْتَ

(Wa idhā su'ilta bihī a'ṭayta)

dan apabila Engkau diminta dengannya, Engkau berikan.

نَسْأَلُكَ بِإِنَّا نَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ

(Nas'aluka bi innā nasyhadu annaka antallāhu)

Kami memohon kepada-Mu dengan pengakuan kami bahawa Engkaulah Allah,

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْأَحَدُ الصَّمَدُ

(Lā ilāha illā antal-aḥadus-ṣamadu)

tiada tuhan selain Engkau, Yang Maha Esa, Yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu,


الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

(Alladhī lam yalid wa lam yūlad)

yang tidak beranak dan tidak diperanakkan,

وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

(Wa lam yakun lahū kufuwan aḥadun)

dan tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.

أَنْ تَغْفِرَ لَنَا ذُنُوبَنَا

(An taghfira lanā dhunūbanā)

Agar Engkau mengampunkan bagi kami segala dosa kami,


إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

(Innaka antal-ghafūrur-raḥīmu)

sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Pemohonan:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِاسْمِكَ الْأَعْظَمِ

الَّذِي إِذَا دُعِيتَ بِهِ أَجَبْتَ

وَإِذَا سُئِلْتَ بِهِ أَعْطَيْتَ


Pengakuan Tauhid:

نَسْأَلُكَ بِإِنَّا نَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْأَحَدُ الصَّمَدُ

الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ


Permintaan:

أَنْ تَغْفِرَ لَنَا ذُنُوبَنَا

إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


Muara Rindu (draf)

SINOPSIS

Di bawah rintik hujan koridor batu Kamsis UKM, tiga jiwa terikat dalam ukhuwah dan pencarian makna. Aliza yang tenang, Huda yang berwibawa, dan Amran yang mencari kekuatan usai kehilangan bapanya. Apabila Amran berkelana ke Kelantan untuk penyelidikan dan Huda terbang ke Jordan demi impian sarjana, ukhuwah mereka diuji oleh jarak dan rahsia hati yang terpendam. Ini adalah kisah tentang kesabaran menanti di muara takdir, di mana cinta sejati adalah tentang membawa hati lebih dekat kepada Sang Pencipta.

BAB 1: Rintik Pertama di Kampus

Kampus UKM bergema dengan bunyi kasut pelajar di koridor batu. Aliza, gadis Fakulti Syariah yang gemar berbaju kurung pastel, sentiasa memeluk erat kitab Al-Muwatta’ sebagai perisainya. Berbeza dengan Yuni yang sederhana dan Huda, senior yang penuh wibawa dengan jubah neutralnya. Mereka bertiga bertemu di perpustakaan untuk tugasan Falsafah Sains Islam, namun hati Aliza sebak; sudah tiga hari Amran, jurudebat Bahasa Arab yang dikaguminya, tidak kelihatan.

BAB 2: Langkah Berat di Koridor

Khabar duka tiba—ayah Amran meninggal dunia dalam kemalangan. Kampus terasa sunyi bagi Aliza. Koridor Fakulti Ekonomi yang biasanya riuh dengan pidato Amran kini lengang. Aliza merindui susuk Amran yang sering memakai kemeja rona tanah dengan beg messenger kulit uzurnya. Bayangan itu kini kosong.

BAB 3: Perpustakaan dan Sunyi

"Mari kita buat research untuk tolong dia," usul Huda. Mereka mengumpul bahan untuk tugasan International Trade Law milik Amran. Aliza mencatat bibliografi dengan teliti sambil bermonolog: Buku Fiqh tidak mengajar cara mengetuk hati yang luka dengan pelan, seperti senja...

BAB 4: Ziarah yang Tak Terucap

Seminggu kemudian, Amran kembali dengan wajah pucat dan mata yang kusam. Aliza memberanikan diri menyerahkan fail rujukan yang mereka siapkan. Suara Amran parau saat mengucapkan terima kasih. Fail itu dipegangnya erat, seolah-olah itulah satu-satunya benda nyata yang boleh dipegang hari itu.

BAB 5: Dialog di Bawah Hujan

Di bawah bumbung koridor saat hujan lebat, Amran berkongsi kisah ayahnya, seorang pemandu teksi. Dia kesal kerana terlalu sibuk mengejar gelaran 'hebat' sehingga lupa mendengar cerita kepayahan ayahnya. Kehadiran sunyi Aliza memberi ruang untuk Amran bernafas semula.

BAB 6: Tugasan Berkelompok dan Pemulihan

Mereka digabungkan dalam satu kumpulan ekonomi. Amran mula menunjukkan fokus, membahagikan tugas dengan tajam. Dia meminta Aliza merujuk Kitab Al-Amwal karya Imam Abu Ubayd. Kepimpinan Amran mula kembali.

BAB 7: Senja di Taman Kampus

Berjalan pulang ke hostel, Amran berterima kasih kepada Aliza atas ketenangannya. "Kehadiran kau yang tenang... ia macam kopi pagi. Tak heboh, tapi dah jadi satu keperluan yang dirindui."

BAB 8: Mula yang Baru

Tugasan mereka mendapat markah tertinggi. Amran tersenyum tulus buat pertama kali. Aliza sedar, cinta bukan seperti di filem; ia tentang memilih untuk berada di sana melalui hujan lebat kehidupan.

BAB 9: Kereta Api ke Timur

Amran ke Kelantan untuk penyelidikan pascasiswazah. Di dalam kereta api, dia menggenggam nota Aliza: "Selamat merantau." Dia gementar dengan dialek Kelantan yang asing baginya.

BAB 10: Stesen Bas Kota Bharu

Di tengah kesibukan Stesen Jalan Hamzah yang uzur, Amran bertemu Huda secara tidak sengaja. Huda, anak jati Pasir Mas, terkejut namun gembira melihat Amran di buminya.

BAB 11: Niat Menemui Seorang Guru

Huda mencadangkan Amran menemui Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka untuk mendapatkan bimbingan hidup, bukan sekadar data akademik.

BAB 12: Di Masjid Belakang Rumah

Amran mendengar kuliah Tok Guru. Walaupun dialeknya pekat, pesanan tentang dunia sebagai pinjaman meresap ke hati.

BAB 13: Temuramah Hati ke Hati

Tok Guru menasihati Amran agar tidak hanya melihat ekonomi, tetapi melihat hati masyarakat. Beliau juga mengesan kesedihan Amran dan berpesan: "Sabar itu cahaya (dhiya')."

BAB 14: Perjalanan Pulang dengan Makna Baru

Amran pulang dengan hati yang ringan. Dia menghantar mesej kepada Aliza: "Bukan dapat data, tapi dapat sesuatu yang lebih besar."

BAB 15: Rahsia di Sebalik Debaran

Di sebalik tabir, Huda sebenarnya menyimpan rasa sejak pertemuan di stesen bas itu. Dia mahu mengajak Amran ke rumah, namun malu menghalang. Dia menyimpan perasaan itu, percaya pada rezeki takdir.

BAB 16: Di Sebalik Skrin

Di perpustakaan UKM, Aliza tidak sengaja terlihat mesej Amran di telefon Huda tentang pertemuan mereka di Kelantan. Hati Aliza retak, menyedari ada garis cerita yang dia tidak tahu.

BAB 17: Debaran

Huda mendapat tawaran sarjana ke Universiti Yarmouk, Jordan. Dia menangis di hadapan Aliza, mengaku cintanya pada Amran namun rasa sudah terlambat.

BAB 18: Persiapan dan Hikmah Seorang Ayah

Ayah Huda, Encik Halim, menasihati agar Huda pergi belajar dengan tenang. "Kalau jodoh, jauh ke hujung dunia pun dia akan datang."

BAB 19: Di KLIA - Perpisahan Tak Terduga

Saat Huda mahu berangkat, Amran muncul dalam keadaan tercungap-cungap setelah memandu laju dari Johor.

BAB 20: Doa dan Janji di Balik Awan

Amran mendoakan Huda dengan doa Nabi: "Astawdi'ukillah..." (Aku menitipkanmu kepada Allah). Dia berjanji akan menunggu Huda pulang.

EPILOG: Di Muara Penantian

Dua tahun berlalu. Huda pulang dari Jordan. Aliza dan Amran menanti di balai ketibaan. 



Jumaat, Januari 30, 2026

Pelaburan Emas dan Perak: Mengapa Mereka Tidak Sama dengan Aset Lain?



لاَ يَسْتَوِي مَنْ يَعْلَمُ وَمَنْ لاَ يَعْلَمُ، وَلاَ يَسْتَوِي مَنْ يَعْمَلُ وَمَنْ لاَ يَعْمَلُ


"Tidak sama orang yang berilmu dan yang tidak berilmu, dan tidak sama orang yang berusaha dan yang tidak berusaha."

Dalam dunia pelaburan, kata-kata hikmah ini sangat relevan. Pengetahuan dan tindakan adalah kunci kepada kejayaan. Artikel ini akan menerangkan mengapa pelaburan emas dan perak (logam berharga) adalah unik, dan mengapa ia tidak sama dengan pelaburan lain seperti saham, wang fiat, atau hartanah---

1. Ilmu: Memahami Sifat Unik Emas dan Perak

أَلذَّهَبُ وَالْفِضَّةُ


Emas dan Perak

Orang yang berilmu dalam pelaburan memahami bahawa emas dan perak bukan sekadar komoditi. Ia adalah:

  • Simpanan Nilai (Store of Value): Sejarah membuktikan emas dan perak mengekalkan kuasa beli untuk jangka masa yang sangat panjang, berbeza dengan wang kertas yang mudah mengalami inflasi.
  • Pelindung Kekayaan (Hedge Against Uncertainty): Dalam situasi ketidakstabilan ekonomi, geopolitik, atau matawang, logam berharga sering menjadi tempat perlindungan yang selamat (safe-haven asset).
  • Aset Ketakterhinggaan (Tangible Asset): Anda memegang fizikalnya. Ini berbeza dengan saham atau wang digital yang wujud sebagai nombor di skrin.
Tanpa ilmu ini, seseorang mungkin menganggap emas sebagai barang kemas sahaja, atau perak sebagai barangan industri semata-mata.


2. Usaha: Bertindak dengan Strategi yang Betul

Ilmu sahaja tidak memadai. Perlunya usaha dan tindakan bijak.

أَعْمَالُ الْمُسْتَثْمِرِ الْحَكِيمِ

Tindakan Seorang Pelabur yang Bijak

Orang yang berusaha akan:

  • Mempelbagaikan Portfolio: Tidak meletakkan semua dana dalam satu jenis aset. Emas dan perak adalah komponen penting dalam diversifikasi.
  • Membeli Secara Berkala (Cost Averaging): Konsisten membeli sedikit demi sedikit tanpa mengira pasaran naik atau turun, mengurangkan risiko.
  • Membezakan Jenis Pelaburan: Memahami perbezaan antara emas fizikal (jongkong, syiling), akaun emas, atau ETF. Setiap satunya mempunyai risiko dan kelebihan tersendiri.
  • Menyimpan untuk Jangka Masa Panjang: Melabur dalam logam berharga adalah seperti maraton, bukan pecut. Kesabaran adalah kunci.
Seseorang yang tahu kelebihan emas tetapi tidak bertindak, atau membeli secara spekulatif tanpa strategi, akan mendapat hasil yang berbeza.

Perbandingan: Mengapa Emas & Perak Tidak Sama?

Ini kome perlu fikirkan sendiri! 😁 

Kesimpulan: Gabungkan Ilmu dan Usaha

Pelaburan dalam emas dan perak adalah satu perjalanan yang memerlukan kefahaman mendalam tentang peranannya dalam ekonomi, dan disiplin untuk melaksanakannya secara konsisten.

Mulakan dengan ilmu:

· Kaji pasaran.
· Fahami faktor yang mempengaruhi harga (kadar faedah, inflasi, geopolitik).
· Kenal pasti pembekal yang dipercayai (kedai emas berlesen, bank).

Diikuti dengan usaha:

· Tetapkan matlamat kewangan dan alokasi dana.
· Ambil tindakan untuk membeli dan menyimpan dengan selamat.
· Pantau dan semak portfolio secara berkala.

Dalam dunia pelaburan yang penuh cabaran, orang yang berilmu dan berusaha akan sentiasa mempunyai persediaan dan kedudukan yang tidak sama dengan mereka yang hanya mengikut arus tanpa pengetahuan dan perancangan.

Mulakan langkah bijak anda hari ini. Pelaburan dalam logam berharga adalah usaha menjaga nilai harta untuk masa depan yang lebih kukuh. Penulis "tak time" entry untuk beli perak. Hamba beli masa harganya masih sangat murah 10 tahun yang lalu. Ya orang ketawakan hingga hamba rasa depressed & dah fikir nak jual semula & convert kepada emas...beli berkilo2 tapi harga masa itu masih stagnant, sekarang saya boleh tersenyum sebab nilainya dah boleh beli sebidang tanah! Perak bergabung dengan emas, anda boleh gunakan Gold to Silver ratio (GSR) untuk tentukan bila masa yang sesuai untuk beli emas atau beli perak. So dapat lebih kelebihan ilmu daripada hanya concentrate beli emas sahaja.  

Percayalah....teruk macam mana pun, sampai masanya anda berpeluang tunaikan ibadah zakat emas dan perak. Nak cepat melaksanakan ibadah zakat, boleh try melabur dalam Silver.

Ahad, Januari 25, 2026

LAPORAN POLIS

LAPORAN POLIS

Sangkut Nombor: (Diisi oleh PDRM)

Tarikh:

Balai:

BUTIRAN LAPORAN

Saya dengan ini membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan proses undang-undang jenayah melalui satu laporan polis yang mengandungi dakwaan palsu, mengelirukan serta tidak berasaskan fakta dan undang-undang, berkaitan isu pembinaan bangunan dan rumah ibadat yang didakwa sebagai isu hasutan, kebencian agama dan keselamatan negara.

1. KEDUDUKAN ISU SEBENAR

Isu sebenar yang dipertikaikan ialah pembinaan bangunan secara haram di atas tanah, tanpa kebenaran pemilik tanah atau tanpa kelulusan pihak berkuasa, termasuk pembinaan di atas tanah milik Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan/atau tanah agensi, syarikat milik Kerajaan.

Isu ini adalah isu undang-undang tanah dan pentadbiran, dan bukan isu agama atau perkauman.

Pendekatan ini adalah konsisten dengan prinsip rule of law yang telah lama ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan.

2. UNDANG-UNDANG TANAH & PRINSIP MAHKAMAH PERSEKUTUAN

(a) Penceroboh tidak mempunyai hak undang-undang

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan bahawa: Seseorang yang menceroboh tanah tanpa hak tidak memperoleh sebarang kepentingan undang-undang ke atas tanah tersebut.

Prinsip ini antara lain ditegaskan dalam kes:

Sidek bin Haji Muhamad & Ors v Gvovernment of Malaysia [1982] 1 MLJ 313 (FC)

Mahkamah Persekutuan, telah memutuskan bahawa penceroboh tidak berhak menuntut pampasan, dan hak hanya timbul melalui pemilikan sah di sisi undang-undang.

(b) Tiada pampasan kepada penceroboh

Mahkamah secara konsisten memutuskan bahawa:

Pampasan tidak boleh diberikan kepada pihak yang memasuki atau menduduki tanah secara salah (unlawful occupation).

Ini adalah prinsip teras yang dipetik berulang kali dalam kes-kes tanah dan pengambilan balik tanah.

(c) Prinsip “self-help” oleh pemilik tanah

Mahkamah juga mengiktiraf bahawa:

Pemilik tanah berhak melindungi hak miliknya dan mengambil langkah munasabah untuk mendapatkan kembali tanahnya, selagi tidak melibatkan kesalahan jenayah.

Prinsip ini ditegaskan dalam beberapa penghakiman Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan berkaitan pencerobohan tanah.

3. BEBAN PEMBUKTIAN – AKTA KETERANGAN 1950

Di bawah Seksyen 101 Akta Keterangan 1950:

“Sesiapa yang mendakwa sesuatu fakta, beban membuktikannya terletak ke atas pihak tersebut.”

Oleh itu:

Pihak yang mendakwa sesuatu binaan adalah sah WAJIB mengemukakan bukti seperti:

  • Geran hak milik berdaftar;
  • Pajakan atau lesen/kebenaran sah;
  • Kelulusan pelan pembinaan pihak berkuasa tempatan.

Kegagalan berbuat demikian menjadikan dakwaan tersebut tidak berasas di sisi undang-undang.

Saya merujuk kepada prinsip undang-undang "those who comes to Equity must come with clean hands".

4. SALAH GUNA UNDANG-UNDANG JENAYAH

Saya mendapati laporan polis berkenaan telah secara salah:

1. Menaik taraf isu pentadbiran tanah kepada isu hasutan dan keselamatan negara tanpa asas fakta

2. Mengaitkan individu tertentu dengan niat jahat dan ekstremisme tanpa bukti

3. Mengelirukan pihak polis untuk memulakan siasatan jenayah yang tidak sepatutnya. Perbuatan ini berkemungkinan merupakan kesalahan di bawah:

(a) Seksyen 182 Kanun Keseksaan

– Memberi maklumat palsu kepada penjawat awam dengan niat mencetuskan siasatan atau memudaratkan pihak lain

(b) Seksyen 211 Kanun Keseksaan

– Membuat tuduhan palsu dengan niat mencederakan reputasi atau menyebabkan prosiding jenayah dimulakan

Mahkamah telah menegaskan bahawa: Undang-undang jenayah tidak boleh digunakan sebagai alat tekanan, intimidasi atau propaganda.

5. PRINSIP MAHKAMAH: PROSES JENAYAH TIDAK BOLEH DISALAHGUNAKAN

Mahkamah Malaysia berulang kali menegaskan bahawa:

  • Laporan polis mestilah dibuat secara jujur dan berfakta, bukan dengan niat jahat (mala fide).
  • Laporan palsu atau mengelirukan adalah penyalahgunaan proses keadilan
  • Proses jenayah tidak boleh digunakan untuk menutup pelanggaran undang-undang sivil atau pentadbiran.
  • Perbuatan membuat laporan palsu kepada penjawat awam adalah merupakan kesalahan jenayah.

6. PERMOHONAN KEPADA PIHAK POLIS

Sehubungan itu, saya memohon pihak polis supaya:

1. Menilai laporan asal tersebut berdasarkan prinsip undang-undang tanah dan keterangan

2. Menyiasat sama ada wujud kesalahan di bawah:

  • Seksyen 182 Kanun Keseksaan; dan
  • Seksyen 211 Kanun Keseksaan.

3. Mengelakkan penggunaan undang-undang jenayah sebagai alat sentimen agama.

4. Menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang secara objektif dan konsisten.

PENUTUP

Laporan ini dibuat bagi memastikan undang-undang ditegakkan mengikut prinsip Mahkamah Persekutuan, dan supaya proses jenayah tidak disalahgunakan untuk melindungi perbuatan yang jelas bertentangan dengan undang-undang Malaysia.

Sekian laporan saya.

Nama:

No. KP:

Alamat:

No. Telefon:

Tandatangan:


Tak perlu diucapkan...

Di pejabat dua puluh tingkat itu, Azlyna dari Jabatan Audit dan Kamal dari Jabatan Kewangan hanya dipisahkan oleh sebuah koridor sepanjang lima puluh meter dan satu set peraturan etika tingkah laku yang tidak tertulis. Mereka bertemu setiap minggu dalam mesyuarat, duduk bertentangan, hanya berkongsi pandangan, buah fikiran dan isi kandungan kertas kerja yang kaku.

Pukul 8.28 pagi. Isnin.

Pintu lif terbuka. Seperti yang dijadualkan oleh takdir yang tidak disengajakan, mereka melangkah masuk ke dalam lif dengan serentak.

“Selamat pagi, Cik Azlyna,” ujar Kamal sambil menekan butang tingkat dua puluh. Suaranya tenang, namun ada sedikit garau yang tertahan. Kamal sedikit terlewat pagi itu dek kesesakan jalan.

“Selamat pagi, En. Kamal,” balas Azlyna. 

Dia memberikan senyuman kecil, senyuman 'standard' yang dia berikan kepada semua rakan sekerja, namun di dalam hatinya, dia tahu senyuman itu sedikit lebih satu detik daripada biasa.

Lif mula bergerak. Dalam kerangka logam yang sempit itu, kesunyian mula menjadi berat.

(Monolog Azlyna: "Kenapa aku rasa lif ini naik terlalu perlahan hari ini? Aku boleh dengar bunyi nafasnya. Harum wangian 'sandalwood' itu... masih sama seperti setahun yang lalu. Adakah dia tahu aku perasan?")

Azlyna memandang pantulan Kamal di dinding lif yang berkilat. Dia melihat Kamal meluruskan tali lehernya. Tiba-tiba, minda Azlyna melayang ke belakang, ke sebuah memori yang sering dia cuba kuburkan, namun gagal.

Enam bulan yang lalu - Hujan turun amat lebat ketika dia sampai di lobi pejabat pada pukul 8 malam. Azlyna sedang bergelut dengan payungnya yang tersangkut di pintu keluar. Kamal, yang secara kebetulan lalu berhampiran datang menghulurkan bantuan. Tanpa sengaja, jari mereka bersentuhan pada pemegang payung itu. Hanya sesaat, namun cukup untuk membuatkan Azlyna tersentak dan menarik tangannya dengan drastik sehingga fail Kamal yang dikepit di ketiaknya terjatuh ke atas lantai yang digenangi air Hujan.

Azlyna masih ingat betapa merah wajahnya ketika itu. Dia rasa sangat kerdil dan malu.

"Maaf, saya... saya tak sengaja," gagapnya sebelum bergerak sepantas lipas kudung melarikan diri ke arah tempat letak kereta, meninggalkan Kamal yang terpinga-pinga mengutip failnya yang kini sedikit basah.

Kembali ke masa sekarang.

Kamal, yang sedar Azlyna sedang memerhatikannya melalui pantulan dinding, sengaja berdehem kecil. Azlyna segera melarikan pandangan, pura-pura memeriksa kukunya. Dia rasa malu yang sama kembali menjalar ke pipi. Adakah Kamal masih ingat kejadian payung itu? Atau adakah hanya dia yang berlebih-lebihan?

(Monolog Kamal: "Dia masih tak berani pandang aku secara terus. Adakah dia masih malu pasal kejadian hujan itu? Aku cuma nak cakap yang aku dah keringkan fail malam itu, tapi aku takut itu akan melampaui batas profesional kami.")

Ding! Pintu terbuka di tingkat dua puluh. 

Realiti pejabat menyapa dengan bunyi telefon dan mesin fotostat. Mereka melangkah keluar. Kamal ke kiri, Azlyna ke kanan. Satu anggukan ringkas sebagai tanda perpisahan.

Cinta mereka tidak hidup dalam kata-kata. Ia hidup dalam cara Kamal menyiapkan laporan kewangan dua hari lebih awal kerana tahu minggu audit Azlyna akan bermula, semata-mata mahu mengurangkan beban kerja wanita itu. Ia hidup dalam cara Azlyna memilih ayat yang paling lembut dalam laporan auditnya supaya integriti jabatan Kamal tidak tercalar.

Kadang-kadang, ketika hujan lebat di luar, Azlyna akan berdiri di sebalik pintu kaca jabatannya, memandang ke arah sayap Kewangan. Dia dapat melihat siluet Kamal yang masih tekun di meja.

(Monolog Azlyna: "Kita adalah dua garisan selari. Dekat, sangat dekat... tapi tak pernah bersilang. Dan mungkin, itu lebih baik. Biarlah rasa malu dan rindu ini tersimpan dalam fail sulit yang tidak akan pernah dibuka oleh sesiapa.")

Petang itu, mereka turun lagi dalam lif yang sama. Masih senyap. Hanya bunyi penghawa dingin yang berdesir, seolah-olah saksi bisu kepada sebuah rahsia hati yang paling selamat di seluruh bangunan itu.

“Selamat petang, En. Kamal,” sapa Azlyna saat mereka sampai di lobi.

“Selamat petang, Cik Azlyna. Jumpa lagi di mesyuarat esok.”

Mereka berjalan ke arah yang berbeza. Tidak ada tolehan kembali. Di dalam kereta masing-masing, satu helaan nafas panjang yang dilepaskan. Sebuah senyuman nipis terukir. Ia adalah sejenis cinta yang paling bersih, cinta yang tidak memerlukan pemilikan, hanya penghormatan yang mendalam di sebalik dinding etika yang mereka berdua patuhi secara suci.

Di sebalik wajah serius mereka, tersimpan satu rahsia yang hanya diketahui oleh mereka berdua—rahsia yang bermula di sebuah resort di Janda Baik, tiga bulan yang lalu.

Pukul 8.28 pagi. Selasa.

"Selamat pagi, Cik Azlyna,” ujar Kamal sambil menekan butang tingkat dua puluh.

“Selamat pagi, En. Kamal,” ujar Azlyna.

Lif mula bergerak. Di dalam ruang sempit itu, Azlyna memandang pantulan Kamal di dinding besi. Hatinya tiba-tiba dipicu oleh satu ingatan—memori malam terakhir team building Operasi Syarikat Kumpulan tempoh hari, ketika mereka duduk di tepi unggun api, jauh daripada suasana hiruk-piruk timbunan fail dan laporan.

Suasana malam itu santai. Sesi suai kenal memaksa mereka melepaskan gelaran Dan jawatan. Azlyna masih ingat betapa dia cuba menjauhkan diri daripada kumpulan staf lelaki, namun takdir meletakkannya duduk bersebelahan dan satu kumpulan pula dengan Kamal.

"En. Kamal orang utara juga ke? Bunyi macam loghat utagha," Azlyna memberanikan diri bertanya.

"Saya? Ya, saya berasal dari Bandar Baharu, Kedah. Hujung negeri," jawab Kamal sambil tersenyum nipis.

Mata Azlyna membulat. "Bandar Baharu? Saya dok kat kawasan Pekan Parit Buntar. Kita... kita ni berjiran rupanya?", gumam Azlyna.

Kamal tergelak kecil, bunyi yang jarang sekali didengari di pejabat. "Dekat ya amat, Cik Azlyna! Seberang jambatan saja. Saya selalu ke pekan Parit Buntar cari makan. Tak sangka, rupa-rupanya orang yang selalu 'tekan' saya kaw-kaw dalam mesyuarat audit ni rupanya orang kampung sebelah!"

Azlyna merasa mukanya membahang panas. Malu. Ada satu rasa aneh yang menjalar- rasa akrab yang datang secara tiba-tiba. Rupa-rupanya, mereka membesar dengan pemandangan bendang yang sama, merasai angin dari Selat Melaka yang sama, dan mungkin pernah berselisih di pasar malam yang sama, tanpa disedari.

Malam itu, mereka bercerita tentang sempadan tiga buah negeri—Kedah, Perak, dan Pulau Pinang, yang hanya dipisahkan oleh Sungai Kerian sebagai sempadan. Namun, sebaik sahaja mata mereka bertembung lama, Azlyna segera melarikan pandangan. Dia malu kerana rahsia lokasi kampungnya kini sudah terbongkar, dan lebih malu kerana dia mula menyukai cara Kamal menyebut nama tempat asalnya.

Kembali ke masa sekarang.

Lif melepasi tingkat sepuluh. Azlyna tunduk, memerhatikan hujung kasutnya.

(Monolog Azlyna: "Bandar Baharu dan Parit Buntaq. Dekat sangat. Tapi di sini, antara sayap Audit dan sayap Kewangan, kenapa rasa jaraknya macam beribu batu? Kenapa setiap kali aku nampak dia, aku rasa macam budak sekolah yang tertangkap kantoi menyimpan perasaan?")

Kamal pula berdiri tegak, namun tangannya yang memegang tablet kelihatan sedikit kaku.

(Monolog Kamal: "Tiap kali aku balik kampung, aku akan lalu depan Menara Jam. Aku tertanya-tanya yang mana satu rumah dia. Tapi di pejabat ini, aku kena berpura-pura tak tahu apa-apa. Aku kena jaga tembok pemisah ini untuk dia, dan juga untuk diriku.")

Mereka masing-masing tertarik, namun darjat profesionalisme menjadi benteng yang paling kukuh. Rasa malu itu bukan kerana benci, tetapi kerana mereka tahu, sekali benteng itu runtuh, tidak ada jalan pulang lagi!

Ding! Tingkat dua puluh.

Pintu lif terbuka. Cahaya lampu kalimantang koridor pejabat menyambut mereka. Kamal melangkah keluar dahulu, kemudian berhenti seketika untuk menahan pintu lif untuk Azlyna.

“Terima kasih,” bisik Azlyna, cukup perlahan.

“Sama-sama,” balas Kamal, suaranya sedikit lembut daripada biasa.

Mereka berpecah. Azlyna ke kanan, Kamal ke kiri. Di koridor yang panjang itu, mereka kembali menjadi 'En. Kamal' dan 'Cik Azlyna'. Namun di dalam hati masing-masing, wujud jambatan baru yang menghubungkan mereka berdua - sebuah jambatan hati yang tidak akan pernah dilalui oleh sesiapa pun, kecuali dalam diam dan iringan doa.

Cinta mereka adalah cinta yang paling selamat. Ia tidak perlu diceritakan di pantry, tidak perlu diusik oleh rakan sekerja. Ia cukup sekadar tahu bahawa di seberang koridor itu, ada seseorang yang berkongsi rasa serta memahami bau tanah dan angin kampung yang sangat hampir lokasinya.

Petang nanti, mereka berdua mungkin akan bertemu lagi di lif yang sama, dan kitaran "malu tapi mahu" itu akan bermula lagi, tersimpan rapi di sebalik pakaian korporat yang digosok kemas dan pas kerja/kad akses syarikat yang terkalung di leher.


(C) Ayahsakinah 25 Januari 2026

 Bersambung.. 😊

Rabu, Januari 21, 2026

50 yrs Anniversary


Alhamdulillah, proud to serve the organisation, but to be the key person directly involved in the completion of the Corporatisation Agreement is a great privilege.

Isnin, Januari 19, 2026

Peta Kenangan

Langit senja di Pantai Irama mula menyadur warna tembaga bercampur lembayung petang. Puputan bayu Laut China Selatan membawa bau hamis masin yang akrab, mengusik lembut pelepah nyiur yang lembut melentur dan hujung telekung Aishah yang sedang melabuh punggung di benteng konkrit itu sementara dia menunggu azan maghrib dilaungkan oleh muazin surau berdekatan.

Nama Bachok bukan sekadar titik pada peta buat dirinya; ia adalah teras kehidupannya. Setelah lima tahun bergelumang dengan degup kota raya dan menjejak langkah di negara asing, Aishah pulang ke tanah air, membawa sekeping hati yang sarat dengan persoalan tentang haluan diri.

Di hadapannya, buih-buih putih pecah di bibir pantai, seakan-akan berbisik tentang rahsia lama. Ingatannya menerawang ke zaman kanak-kanak. Dahulu, di sinilah dia menjadi bayang-bayang ayahnya. Ke mana ayahnya pergi, dia akan ikut menemani.

"Aishah, pakat mari tulong Ayah sikit. Jange duk tengok jah, berasa nyo berat ni!" laung Ayah di celah deruan angin dan bunyi ombak.

Aishah berlari anak ke gigi air, kakinya tenggelam dalam pasir yang basah. Dia memegang hujung tali pukat yang kasar, cuba menarik dengan kudrat kecilnya.

"Ayah, bakpo kito keno tarik pukat ni gak? Penat la Aishah," rungutnya sambil mengelap peluh dengan lengan bajunya.

Ayah tertawa kecil, tangannya yang sasa dan hitam legam dek panas mentari terus menarik pukat dengan rentak yang tenang. 

"Sabar la mek wey. Laut ni luas, tapi dio takkan beri hasil kalau kito tak sabar. Keno pandai baco arus. Kalau pukat kito hanyut ko lain, kito keno tarik ikut caro dio."

"Kalau air deras lagu ni, tak hile ko ikan kito, Yah?" tanya Aishah lagi, matanya bulat memerhati gelora air.

"Sapa kata hile? Air tu sentiaso cari jalan nok sapa ko pantai. Biar ko dio nok mari ikut mano pun, hujung-hujung sapa jugok. Saing la denga arus, jange lawan denga nafsu. Barulah perut kito kenyang, hati kito pun teney," ujar Ayah sambil tersenyum, menampakkan barisan gigi yang jarang. Hasil tangkapan hari itu mencukupi untuk menyara keluarga kecil mereka. Ada masanya hasil tidak mencukupi dek keadaan laut bergelora bila tengkujuh menjelma.

Kenangan itu membawa Aishah ke satu detik penting, saat dia menggenggam slip keputusan SPMnya yang cemerlang. Dia masih ingat riak bangga pada wajah Ayah walaupun lelaki itu hanya berseluar katok dan berbaju pagoda yang lencun dek peluh.

"Ayah... Aishah bulah pegi oversea. Pegi jauh, Yah," bisiknya waktu itu.

Ayah menepuk bahunya lembut. "Pegi la mek. Cari ilmu sapa ko hujung dunio pun takpo. Tapi jange lupo, bakpo jauh pun pkito gi, kito keno tahu 'peta' kito sendiri. Jange pakat ikut jah telunjuk ore, keno ado pendirian. Ingat pesan Ayah, air laut tu cari jalan sapa ko pantai ikut caro dio sendiri."

Kini, di bangku simen yang sama, Aishah menyedari kebenaran kata-kata itu. Di luar negara, dia terlalu sibuk mengikut peta orang lain, peta tuntutan kerjaya dan piawaian kejayaan korporat yang kaku. Roadmap dan framework perniagaan. Dia merasa penat bukan kerana kehilangan arah, tetapi kerana dia lupa cara untuk "bersaing dengan arus" jiwanya sendiri.

Seekor anak ketam merangkak di atas pasir, meninggalkan jejak berliku sebelum hilang di celah akar pokok rhu. Jejak itu tidak lurus, namun ianya tepat bagi sang ketam.

Aishah bangkit dan membetulkan telekungnya. Hatinya yang dahulu ibarat perahu tersangkut di beting pasir, kini mula berlayar mengikut arus nurani. Dia tidak lagi memerlukan peta yang penuh bersimpang siur. Dia adalah anak Bachok yang tahu ke mana air membawanya pulang.

Kembara yang ditentukan untukmu, itulah satu-satunya peta yang perlu kau hayati. Nikmatilah perjalanan yang memang dinanti-nantikan oleh dirimu sendiri.

Glosari Loghat:

Pakat mari: Mari bersama-sama.

Jange duk tengok jah: Jangan hanya melihat.

Berasa nyo berat: Terasa berat (imbuhan 'nyo' sebagai penegas).

Bakpo kito keno tarik: Mengapa kita kena tarik.

Mek wey: Panggilan manja untuk anak perempuan di Kelantan.

Sapa ko: Sampai ke.

Saing: Berkawan/selari/ikut serta.

Teney: Tenang.

(C) Ayahsakinah Januari 2026

Sabtu, Januari 17, 2026

Memori di Koridor Masa

Angin petang membelai lembut dedaunan serta bunga-bungaan pancawarna di pohonan rendang di kampus itu, membawa aroma nostalgia yang hanya difahami oleh mereka yang pernah kehilangan cinta di sini. Namun, sebelum pertemuan diperpustakaan, sebelum perbincangan di seminar, sebelum segala macam puisi, kisah kami bermula di sebuah perhentian bas yang sederhana, di Jalan Universiti, Petaling Jaya, pada suatu petang pada dekad 1990-an.

Hujan lebat baru saja reda, meninggalkan genangan air di celah-celah lopak jalanan dan udara sejuk yang menusuk. Aku sedang menunggu Bas Mini No. 12 yang entah bila ia akan  tiba, ketika pandanganku tertumpu pada seorang gadis tinggi lampai yang berdiri, kehujanan di bawah naungan separa pondok bas yang uzur itu. Rambutnya yang ikal panjang separa basah dilindungi sehelai tudung putih yang masih canggung cara pemakaiannya - lipatannya tidak kemas, broochnya hampir tertanggal, tetapi pada wajahnya terpancar ketenangan ayu yang membuat dunia sekeliling seakan senyap.

Dia menggigil kesejukan. Tanpa berfikir panjang, aku menghampiri dan menawarkan payung hijau tua yang selalu kubawa. “Nanti demam kalau terus ditimpa hujan,” kataku, suaraku sendiri terdengar agak ganjil di telinga.

Dia menoleh, matanya besar dan bersinar. “Terima kasih,” bisiknya, sambil senyuman kecil muncul, menyinari seluruh ruang perhentian bas yang kelam itu.

Itulah Aini.

Daripada perbualan ringkas di dalam bas yang sesak, aku tahu dia mahasiswi baharu Universiti Malaya, jurusan Kesusasteraan Melayu, berasal dari sebuah pekan kecil di Kedah. Tudung putih itu ialah percubaannya kali pertama menutup aurat sepenuhnya, “Mak suruh pakai, tapi saya masih belajar,” ujarnya malu-malu. 

Ada keberanian yang lembut dalam gayanya, seperti puisi yang baharu mahuku tulis.

Pertemuan itu menjadi titik permulaan. Aku, yang kebetulan juga sering menggunakan laluan yang sama, untuk pulang ke Taman Tun Dr. Ismail juga mula secara “kebetulan” selalu berada di perhentian bas yang sama pada waktu itu.

Daripada sekadar bertukar senyuman, kami bertukar cerita. Aku mengetahui dia suka karya Keris Mas dan Tongkat Warrant, aku tahu dia selalu bersarapan roti kaya di kafeteria IIUM setiap rabu pagi, jika bertemu dengan rakan sekolahnya yang mengambil jurusan Ulum Shar’iyah wal Insaniyah, aku tahu dia terasa malu jika aku bercakap terlalu lantang.

Pada suatu hari, setelah melihatnya masih bergelut dengan tudung yang selalu terjatuh atau brooch yang tidak kena gaya, aku memberanikan diri membelikannya beberapa helai tudung yang kubeli di Pasar Payang, Kuala Terengganu - warna pastel biru muda, krim, dan hijau pucat, beserta anak tudung dan beberapa jenis brooch yang kupilih secara rawak

 “Supaya awak ada pilihan,” kataku,  bersahaja. Pipinya merah padam, tetapi matanya berkelip-kelip gembira.

“Awak ni… terlalu baik,” ujarnya sambil memegang bungkusan itu dengan erat.

Aini belajar mengenali diriku dan aku belajar mengenali dirinya. Setiap kali dia memakai tudung warna biru, aku tahu dia gembira. Warna krim dipakainya ketika ujian. Hijau pucat untuk hari-hari biasa. Brooch yang berlainan, kadang-kadang berbentuk bunga, kadang-kadang sederhana bulat, menjadi sebahagian daripada kehidupannya, dan tanpa sedar, sebahagian daripada hari-hariku.

Kami mula menghabiskan petang di perpustakaan UM, membaca antologi puisi dan berbincang tentang makna di sebalik bait-bait yang dalam, walaupun aku sebenarnya mengambil jurusan undang-undang di universiti yang berbeza. Suaranya lembut ketika membaca, caranya merenung sebelum memberi pendapat, segala-galanya menjadikan dunia kesusasteraan yang dahulu hanya teori, kini hidup dan bernafas bersamanya. 

Aini adalah seorang gadis yang cantik, anak seorang guru Bahasa Melayu yang bijaksana pada pandangan mataku. 

Namun, waktu tidak pernah memihak kepadaku. Aku masih bergelut dengan biasiswa yang tidak pasti, sementara dia mengejar impian melanjutkan pengajian ke luar negara. 

Kami hanya ada cinta, untuk menjadikan setiap pertemuan terasa seperti bab terindah dalam sebuah novel tetapi tidak cukup untuk melawan jarak, ketakutan, dan ribut dijiwa yang kami masing-masing lalui.

Aku masih teringat petang terakhir kami di perpustakaan itu. Dia memakai tudung biru muda, brooch bunga kecil di bahagian dada. Dia mengeluarkan buku kecil, ‘Stress for success’. “Ini hadiah untuk awak,” katanya. “Supaya awak jaga kesihatan diri dan tetap ingat, kita bukannya salah, kita hanya belum tepat masanya.”

Kini, bertahun-tahun kemudian, kadang-kadang aku terpandang wajahnya pada orang lain - pada senyuman seorang gadis tinggi lampai di perhentian bas, pada cara seseorang meluruskan tudungnya di cermin, pada kelunakan suaranya yang seringku dengari dicorong telefon, yang hanya dapat dirasakan oleh hati yang pernah terluka. 

Untuk seketika, terasa seakan-akan dia masih di sini, masih menunggu Bas Mini 12 bersamaku, masih belajar cara mengenakan brooch dengan betul.

Tetapi realiti selalu kembali mengingatkan: tidak semua hati dimaksudkan untuk kekal. Ada orang yang hadir hanya untuk mengajar kita bagaimana rasanya cinta sejati - dan bagaimana untuk melepaskannya dengan tenang.

Aini akan selama-lamanya menjadi “what if…” aku,  seseorang yang kulepaskan tanpa suara, hanya linangan air mata. Bukan kerana tidak cukup sayang, tetapi kerana kadang-kadang, mencintai juga bererti memahami bahawa jalan masing-masing harus diteruskan, walaupun berbeza arah. Aku juga berubah..menjadi seorang yang bersikap sangat yakin dan percaya diri, menjadi seorang "why not?". 

Kini, aku hanya mahu hidup, mencintai, dicintai, dan berada dalam kedamaian. Aku tidak mahu lagi berdebat dengan masa lalu, atau menyalahkan takdir. Kerana pada suatu petang  di Jalan Universiti, di sebuah perhentian bas yang mungkin sudah tiada, ada seorang pemuda yang dengan tulis, memberikan payungnya, dan seorang gadis bertudung putih yang menerimanya dengan senyuman, dan ingatan itu sudah cukup abadi.

Cinta bukan selalu tentang kehilangan. Kadang-kadang, ia tentang hujan yang reda, tentang bas yang terlambat tiba, tentang tudung biru muda yang dikenakan pada hari-hari gembira, dan tentang seorang Aini yang pernah mengajar aku erti cinta, dalam makna yang paling sederhana, dan paling dalam.

Indah sungguh bunga bakawali

Diusik jangan dipetik pun jangan

Hati loba, merangkuli

Hati kasih, melepaskan.




Ahad, Januari 11, 2026

Panduan Lengkap: Cara Buat Laporan Polis untuk Ujaran Kebencian Terhadap Islam di Malaysia

Pengenalan

Dengan peningkatan penggunaan media sosial, ujaran kebencian terhadap agama, khususnya Islam, semakin membimbangkan. Di Malaysia, laporan terhadap kandungan sedemikian boleh dibuat melalui saluran rasmi. Panduan ini menerangkan langkah sistematik untuk membuat laporan polis yang berkesan.

Saluran untuk Membuat Laporan

Terdapat dua cara utama untuk melaporkan ujaran kebencian kepada Agama Islam:

1. Secara Dalam Talian (POKIS)

· Laman web: pokis.rmp.gov.my

· Sesuai untuk kes-kes yang tidak memerlukan tindakan segera

· Boleh dilakukan dari rumah dengan bukti digital

2. Secara Fizikal di Balai Polis

· Pergi ke balai polis terdekat

· Sesuai untuk kes serius atau jika perlu berurusan terus dengan pegawai penyiasat

· Mungkin lebih berkesan untuk kes kompleks

Langkah Membuat Laporan

Sebelum Membuat Laporan

1. Kumpulkan Bukti

   · Ambil screenshot kandungan yang bermasalah

   · Pastikan screenshot menunjukkan:

     · Nama profil/akaun suspek

     · Tarikh dan masa posting

     · URL penuh (jika ada)

     · Kandungan penuh yang menyakitkan

   · Simpan bukti asal jangan dipadam

2. Sediakan Dokumen

   · Kad Pengenalan (IC) asal dan salinan

   · Bukti-bukti yang telah dikumpulkan

   · Maklumat peribadi lengkap

Prosedur di Balai Polis

1. Langkah 1: Datang ke Kaunter Laporan

   · Nyatakan hasrat untuk membuat laporan mengenai ujaran kebencian di media sosial

   · Sampaikan bukti yang telah disediakan

2. Langkah 2: Isi Borang Pol. 55

   · Isi butiran mengikut bahagian:

     · Maklumat Pengadu: Nama penuh, No. IC, alamat, nombor telefon

     · Butiran Kejadian: Masa, tarikh, platform media sosial

     · Perihal Kes: Huraikan insiden dengan jelas

     · Suspek: Maklumat yang diketahui tentang suspek

     · Permohonan: Nyatakan tindakan yang diharapkan

3. Langkah 3: Proses Siasatan

   · Polis akan merekod laporan dalam sistem

   · Anda akan menerima nombor rujukan laporan

   · Simpan nombor ini untuk tujuan susulan

   · Siasatan akan dimulakan oleh pegawai penyiasat

Format Contoh Laporan Polis

Berikut adalah templat yang boleh dijadikan rujukan:

LAPORAN POLIS - UJARAN KEBENCIAN TERHADAP ISLAM

Tarikh Laporan: [Contoh: 8 Januari 2026]

Nama Pengadu: [Nama Penuh]

No. Kad Pengenalan: [No. IC]

Alamat: [Alamat Lengkap]

No. Telefon: [Nombor telefon untuk dihubungi]

Masa dan Tarikh Kejadian: [Contoh: 7 Januari 2024, 10:00 PM]

Lokasi Kejadian: [Platform: Facebook/Twitter/Instagram]

Nama Akaun Suspek: [@nama_akaun_suspek]

URL Kandungan: [Pautan penuh jika ada]

Butiran Kes:

"Saya ingin melaporkan bahawa pada tarikh dan masa di atas, suspek telah membuat kenyataan menghina Islam di media sosial. Antara kandungan yang diposting ialah: '[Sebut teks sebenar atau terjemahan]' yang menyatakan 'Islam agama keganasan dan semua Muslim teroris'. Kenyataan ini jelas bertujuan menimbulkan kebencian terhadap Islam dan penganutnya."

Kesan:

"Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan Muslim dan boleh mengancam keharmonian kaum serta keamanan negara."

Asas Undang-Undang:

"Saya percaya ini merupakan kesalahan di bawah:

1. Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - Penyalahgunaan kemudahan rangkaian

2. Seksyen 298A Kanun Keseksaan - Menggalakkan permusuhan antara agama

3. Seksyen 505 Kanun Keseksaan - Penyataan yang menggalakkan kesalahan"

Bukti Dilampirkan:

· Screenshot kandungan asal (_____ keping)

· Maklumat profil suspek

Permohonan:

"Saya memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek."

Asas Undang-Undang yang Berlaku

Memahami dasar undang-undang membantu laporan anda lebih berkesan:

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 233)

· Mengawal kandungan tidak senonoh, mengancam, atau palsu di internet

· Hukuman: Denda hingga RM50,000 atau penjara hingga 1 tahun, atau kedua-duanya

Kanun Keseksaan

· Seksyen 298A: Menghasut perasaan tidak baik, permusuhan atau kebencian antara agama

· Seksyen 505: Membuat penyataan yang menggalakkan kesalahan terhadap orang awam

Akta Hasutan 1948

· Untuk kandungan yang mengancam keselamatan negara atau ketenteraman awam

Tips untuk Laporan yang Berkesan

1. Bukti yang Kukuh

· Ambil screenshot dari pelbagai sudut

· Simpan bukti asal dalam peranti yang selamat

· Jika boleh, dapatkan saksi yang melihat kandungan tersebut

2. Maklumat Lengkap

· Berikan semua butiran yang diminta

· Jangan tinggalkan ruangan kosong dalam borang

· Nyatakan dengan jelas kesan kandungan terhadap anda/komuniti

3. Susulan Laporan

· Simpan nombor rujukan dengan selamat

· Tanyakan tempoh anggaran siasatan

· Hubungi balai polis setelah 1-2 minggu untuk perkembangan

· Catat nama pegawai penyiasat yang bertugas

4. Aduan Tambahan

· Selain polis, anda boleh membuat aduan kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

· Untuk aspek agama Islam, hubungi Jabatan Agama Islam Negeri (cth: JAIS untuk Selangor: 03-5514 3600)

Saluran Bantuan dan Sokongan

Kecemasan

· Polis: 999 (untuk kes mendesak)

· POKIS: pokis.rmp.gov.my (laporan dalam talian)

Bantuan Khas

· JAIS (Selangor): 03-5514 3600

· JAWI (Wilayah Persekutuan): 03-6204 0200

· Jabatan Agama Islam Negeri Lain: Hubungi pejabat agama negeri masing-masing

Pengawal Selia Komunikasi

· MCMC Hotline: 1-800-188-030

· Aduan MCMC: aduan.skmm.gov.my

Penutup

Membuat laporan polis terhadap ujaran kebencian bukan sahaja hak, tetapi tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin terhadap keharmonian negara. Dengan mengikuti panduan sistematik ini, anda membantu pihak berkuasa mengambil tindakan pantas dan berkesan.

Ingat: Setiap laporan yang dibuat dengan bukti kukuh menyumbang kepada Malaysia yang lebih aman dan harmonis. Jangan ragu untuk melaporkan kandungan yang jelas melampaui batas kebebasan bersuara dan menyentuh sensitiviti agama.

Artikel ini adalah untuk panduan umum sahaja. Untuk nasihat undang-undang khusus, sila rujuk kepada peguam atau pihak berkuasa.

Sabtu, Januari 10, 2026

Jalanan

Adam mengenali Maya di sebuah kafe di tengah-tengah segitiga emas Kuala Lumpur, sebuah premis yang harga secawan kopinya sudah cukup untuk membuatkan dompet Adam menjadi ringan. Di sana, di bawah limpahan lampu neon yang samar, Maya kelihatan memukau. Jemari rampingnya melingkari gelas kristal, sementara tawanya bergema, lebih nyaring daripada jenaka yang dilemparkan teman-temannya. Maya memberikan senyuman yang mampu membuatkan Adam terlupa bahawa dirinya hanyalah seorang jurujual yang sedang dihimpit keletihan. Dalam fatamorgana itu, Maya adalah ibarat sebuah oasis.

Permulaan hubungan mereka adalah personifikasi kepada istilah vibe yang sering dilaungkan warga kota: spontan, mengujakan, dan sentiasa berada di lokasi yang "ikonik". Namun, setiap kali Adam menyentuh soal kerjaya, Maya akan mematikan bicara dengan tawa kecil yang manja.

"Aku sedang mencari peluang," dalihnya, sementara matanya tidak lepas daripada melirik skrin telefon yang tidak henti-henti dihujani notifikasi. Maya sentiasa sibuk dengan agenda sosial - makan malam mewah, pesta di bumbung bangunan, dan staycation di hotel berbintang. Adam terpesona, namun dalam masa yang sama, dia terasa kerdil. Di mata Adam, Maya adalah kehidupan; sedangkan dia sendiri hanyalah siri tunggakan bil dan hutang kereta yang menyesakkan dada.

Tanda-tanda awal muncul bagaikan noda kecil pada cermin yang jernih. Galeri media sosial Maya adalah sebuah arkib pemujaan diri. Setiap hantaran seolah-olah jeritan tanpa suara: Lihatlah aku. Inginkan aku. Adam cuba menepis firasat itu. Dia memujuk hati bahawa itu hanyalah sebahagian daripada keyakinan diri wanita moden.

Namun, lingkungan sosial Maya adalah sebuah korus yang menyanyikan lagu yang sama -tentang lelaki yang kedekut, tentang hidup yang harus "diraikan", dan tentang "tenaga" yang perlu dijaga demi kelangsungan gaya hidup. Suatu malam, di sebuah kelab eksklusif, Adam menyaksikan salah seorang rakan Maya bercerita dengan bangga bagaimana dia memanipulasi dua lelaki serentak. Maya ketawa. Kali ini, tawanya kedengaran tajam di telinga Adam, seperti serpihan kaca yang menghiris tangkai hati.

Bagi Maya, masalah sentiasa berpunca daripada orang lain. Bekas kekasihnya dilabel narsisistik, bosnya dianggap kejam, malah pemandu e-hailing yang menghantarnya pulang juga dicop sebagai lelaki miang. Adam dengan rela hati menjadi bahtera penyelamat; pendengar setia yang sentiasa menyediakan bahu, dan dompet yang sentiasa terbuka saat bil tiba. Adam membiayai kembara "pengubatan jiwa" mereka ke Bali, hanya untuk melihat Maya memuat naik gambar matahari terbenam dengan kapsyen ringkas: "Healing."

Kemudian, muncul susuk bernama Rafiq. "Hanya kawan universiti," kata Maya. Namun, nama Rafiq sering kali muncul pada waktu-waktu Adam sedang bergelut dengan kerja di pejabat. Kebenaran akhirnya terbongkar dalam sebuah kebetulan yang pahit. Petang itu, Adam tertinggal beg komputer ribanya di dalam kereta Maya. Saat dia membuka pintu kereta untuk mengambilnya, telefon Maya yang diletakkan di konsol tengah bergetar. Satu pesanan daripada Rafiq terpampang jelas: "Malam ni sama macam semalam? Aku dah rindu."

Malam itu, di ruang tamu apartmen Maya, suhu pendingin hawa yang menderu seakan gagal meredakan bahang yang menjalar di dada Adam.

"Siapa Rafiq sebenarnya, Maya?" suara Adam tenang, namun ada getaran yang tidak dapat disembunyikan.

Maya yang sedang menyapu losyen di lengannya terhenti. Dia berpaling, wajahnya yang cantik itu berubah menjadi topeng kebosanan yang menjengkelkan. "Seriouslah? Dah berapa kali aku cakap, dia tu kawan U aku. He's like a brother to me."

"Abang?" Adam ketawa sinis. "Abang jenis apa yang hantar mesej cakap 'rindu' dan tanya pasal 'malam ni sama macam semalam'? Aku bukan budak kecik, Maya. Aku yang bayar sewa kereta yang kau guna untuk pergi jumpa dia tu."

Maya bingkas bangun. Matanya yang tadi kuyu kini tajam menikam. "Oh, jadi sekarang nak ungkit pasal duit? Low class-lah kau ni, Adam. Aku ingat kau ni high-value man yang faham boundaries. Rupanya kau ni insecure tahap kronik!"

"Ini bukan soal insecure, ini soal respect!" Adam mula meninggikan suara. "Aku korbankan segalanya untuk kau. Aku buat kerja sambilan, aku ikat perut sebab nak pastikan kau dapat hidup 'estetik' yang kau canang dekat Instagram tu. Tapi belakang aku, kau curang?"

"Listen, Adam. Kita ni tak vibe. Kau tu terlalu controlling," celah Maya laju, menggunakan istilah psikologi popular yang dipelajarinya daripada media sosial. "Dalam psikologi, perangai kau ni dipanggil toxic masculinity. Kau cuba nak gaslight aku supaya aku rasa bersalah atas kawan-kawan aku sendiri? Kau sebenarnya yang toksik! Kau tak boleh tengok aku bahagia dengan circle aku!"

Adam terdiam. Kata-kata Maya bukan lagi sekadar hujah; ia adalah belati yang dihalakan tepat ke jantungnya. Dia melihat wanita di hadapannya—sosok yang pernah dia anggap sebagai bidadari—kini kelihatan seperti orang asing yang sangat hodoh pekertinya.

"Keluar, Adam," arah Maya pendek sambil mencapai telefonnya. "Aku perlukan space. Aku tak boleh hidup dengan orang yang ada trust issues macam kau. Go fix yourself before you call me again."

Adam menarik nafas panjang. Dia tidak membalas. Dia mencapai kunci keretanya di atas meja. Saat dia melangkah ke pintu, dia sempat menoleh. "Kau betul, Maya. Aku kena baiki mata aku sebab selama ni aku buta. Aku nampak 'oasis', tapi rupanya aku cuma peluk fatamorgana di tengah jalanan."

EPILOG

Sebulan berlalu. Kuala Lumpur masih sibuk dengan rentak yang sama. Seorang rakan menghantar satu tangkapan skrin ke telefon Adam. Ia adalah profil baharu Maya. Di dalam gambar itu, dia berdiri rapat dengan seorang lelaki yang memakai jam tangan mewah yang berkilau di bawah cahaya matahari. Kapsyennya cukup puitis: "When God writes your love story."

Adam tersenyum pahit. Dia membuka album foto telefon pintarnya, lalu memadam satu persatu kenangan yang pernah dianggapnya sebagai anugerah. Proses itu tidaklah sesakit yang dibayangkan. Sebaliknya, dia merasa hampa, seperti baru sahaja membuang sisa sampah yang sudah terlalu lama membusuk di sudut ruang tamu.

Di luar, hujan mula membasahi jalan. Jalan yang sama yang telah membentuk peribadi Maya, dan yang hampir menghanyutkan seluruh harga diri Adam. Dia menutup daun tingkap rapat-rapat. Malam ini, Adam memutuskan untuk tidur lebih awal. Esok, ada sebuah kehidupan yang perlu dibina semula dengan tangannya sendiri, bukan sekadar untuk dihanyutkan oleh arus kota yang penuh kepalsuan.


Rabu, Januari 07, 2026

Cabaran Harper

Mei 1867

Bulan purnama mengambang penuh di ufuk langit Pasir Salak, menyinari gelanggang yang dikelilingi rumpun buluh. 

Tuan Harper, wakil kompeni Inggeris dari Pulau Pinang, berdiri gagah dengan pedang Sheffield-nya. Namun yang menghadapinya bukan Tok Kijang, tetapi Andak, anak murid paling tua, dengan sepasang tekpi di tangannya 

Di tepi gelanggang, Tok Kijang duduk bersila, matanya tajam memerhatikan keadaan. Harper datang dengan menaiki sebuah kapal wap yang berlabuh di pekan kecil Teluk Mak Intan. Dia datang meninjau kawasan pendalaman sepanjang Sungai Perak mencari lokasi yang sesuai untuk membina logi dan gudang sementara untuk menyimpan bijih timah, sebelum dibawa pulang ke negaranya.

Bijih timah baharu dijumpai di Lukut dan kompeni Inggeris percaya terdapat banyak lagi deposit bijih yang belum diterokai.

"Hanya anak murid?" ejek Harper. "Di mana gurumu itu? Takutkah dia?" Harper yang sombong itu tidak mengenali Tok Kijang. Dia datang untuk menduga ilmu bela diri penduduk tempatan. 

Andak tegang, tapi suara Tok Kijang yang tenang sampai ke telinganya. "Andak, ingatlah - dalam gelanggang, maruah kita dipertaruhkan, bukan sekadar nyawa."

Pusingan Pertama: Ujian Awal

Harper melonjak, pedang menyambar. KLINGGG! Andak menahan hentaman, tapi tangannya bergetar.

"Kukuhkan kuda-kudamu!" pimpin Tok Kijang. "Tapak kaki mencengkam bumi seperti akar pokok buluh!"

Andak mengatur semula kedudukannya, kakinya semakin rendang dan stabil.

Pusingan Kedua: Menahan Diri

Harper menikam lurus. Andak hampir tersilap langkah, tapi suara Tok Kijang membimbingnya. "Jangan melawan kekuatan dengan kekuatan, Andak! Gunakan tanduk tekpimu untuk menyendal senjata lawan!"

Andak menyilangkan tekpi, mengalihkan pedang itu dengan gerakan pantas. SWISH! Pedang itu meleset ke sisi.

"Bagus!" puji Tok Kijang. "Sampir yang berbentuk tanduk kerbau - untuk mengait dan mengalih, senjata lawan, bukan menahan serangan keras."

Pusingan Ketiga: Membaca Gerakan

Harper mula marah, pedangnya berputar liar. Andak kelihatan gugup.

"Andak, tenang!" teriak Tok Kijang. "Baca gerak kakinya! Pedang itu berat - dia akan kehabisan tenaga dan penat sendiri!"

Andak mula mengatur nafas, matanya memerhati setiap gerakan Harper. Seperti yang diramalkan, Harper mulai tercungap-cungap, menahan libasan tekpi Andak yang datang bagaikan hujan.

"Masanya tiba, Andak!" pimpin Tok Kijang. "Tekpi jantan mengunci, tekpi betina yang lebih berat menyerang dengan hentakan! Ingat pelajaran kita!"

Andak bergerak pantas. Tekpi jantan yang tirus mengait pedang, tekpi betina menekan pergelangan tangan Harper.

KRAAK! Bunyi tulang retak.

KLANGGG! Pedang Sheffield jatuh ke tanah. Harper tertirap kesakitan.

Andak mengambil pedang itu, menoleh kepada Tok Kijang untuk arahan.

"Pedang itu milik kita sekarang!" tegas Tok Kijang. "Bawa kepada Sultan sebagai bukti Inggeris boleh dikalahkan!"

Harper menjerit kesakitan, tangannya cedera dalaman, kakinya terseliuh dan terpaksa dipapah pengawalnya menaiki sampan ke arah hilir ke kapalnya untuk kembali ke Pulau Pinang.

Pengajaran

Selepas musuh pergi, malam itu Tok Kijang memanggil Andak dan anak murid yang lain. Ramai murid-murid baru datang dari kampung berdekatan untuk mempelajari ilmu bela diri setelah mendengar orang putih berbadan besar dapat dikalahkan Dan juga untuk melihat pedang berat milik pedagang eropah dengan mata kepala mereka sendiri. 

"Andak, tunjukkan tekpimu kepada mereka," kata Tok Kijang.

Andak mengangkat tekpi. "Inilah bunga lawang," katanya sambil menunjukkan hulu tekpi. "Untuk menghentak titik lemah musuh. Ianya umpama tukul, bukan sekadar hiasan."

Tok Kijang menambah, "Dan telur di tengah ini - ia memudahkan putaran, membolehkan kita bertukar gengaman ketika bertarung.

Andak menunjukkan pedang Harper, "Setiap rampasan perang adalah amanat. Ianya adalah amaran kepada Inggeris - jangan mempermainkan orang Melayu. Pedang ini akan kita persembahkan kepada Sultan sebagai tanda kesetiaan kita."

Ramai mengangumi kebetanian Andak. Tekpinya hanya berukuran selengan jika dibandingkan dengan pedang panjang yang dihadapinya.

Tok Kijang bangga. "Hari ini, Andak bukan sekadar menang bertarung. Dia sudah memahami erti sebenar menjadi pendekar Melayu."

Malam itu, di bawah sinaran bulan purnama, Andak membuktikan bahawa ilmu warisan Tok Kijang akan terus hidup.


 

Ahad, Januari 04, 2026

Isolation

The silence in the apartment on the 14th floor was a living thing. It wasn’t an empty silence, but a dense, textured one, woven from the memory of a laugh that no longer echoed down the hallway, from the ghostly scent of jasmine and antiseptic, and from the unspoken words that hung between Azmi and his daughter, Inah, like a thick pane of glass.

Azmi had once been a lawyer, his voice a tool of precision in courtrooms that smelled of polished wood and ambition. His speciality was technology transfer and licensing, a field that sat at the precise, fascinating intersection of his two loves: the law and the logical architecture of systems. But his heart had yearned to be inside those systems, not just legislating around them. He dreamed of being an IT consultant, a builder. Law had been a safe, respectable path. He was good at it, but it was a language he spoke fluently without ever feeling it was his mother tongue.

Inah’s mother, Aisha, had been a force of luminous intelligence, a computer scientist whose eyes would light up explaining algorithms to a young Inah as if they were fairy tales. Her cancer was a cruel, slow thief. It stole her vitality, then her strength, and finally, over thr

A period of sic months, her life. And in the aftermath, it stole something from Azmi too: his reputation, his place in the family, his voice.

“If he had gotten her to the hodpital sooner,” her brother had said, voice tight at the funeral reception. “The facilities there…”

“Always thinking like a lawyer, not a husband,” an aunt had whispered, not quietly enough. “Arguing with the doctors about protocols instead of just comforting her.”

“Azmi was in his head. When you need heart, you need heart,” the verdict solidified, a life sentence passed in murmurs.

The truth was a different, more private torture. Azmi had used his legal mind to fight for her, to navigate insurance, to secure experimental drugs. He had sold his partnership in the firm to create a cushion of care. He had begun the transition to freelance IT work precisely for the flexibility to be her primary caregiver, to hold her during the bone-deep pain, to talk to her about her old code when the world narrowed to their bedroom. He was the architect of her comfort, the silent system administrator for her failing body. But in the eyes of the world, especially Aisha’s grieving family, he was the cold, analytical man who had treated his wife’s dying like a case to be managed, and failed.

Inah, sixteen and hollowed out by loss, absorbed the narrative. She saw her father’s quietness not as exhaustion, but as a tacit admission of guilt. She saw his retreat into his IT certifications and coding tutorials not as a lifelong passion finally pursued, but as an escape into a world without messy emotions. The man who could dissect a software license agreement now seemed like a defendant who had accepted a silent verdict.

On the day she received her university acceptance letter for Computer Science, she placed it on the dining table like a challenge. “I got into Mum’s alma mater. For her course.”

Azmi looked up from his laptop, where lines of Python code glowed on the screen. His eyes, the colour of weak tea, were perpetually shadowed. He saw the defiance in her posture, the unspoken accusation: I will finish what she started. I will be the legacy you failed to protect.

A part of him broke, silently. He had hoped, foolishly, that she might find her own path—perhaps even one that blended their worlds. But he understood. This was her tribute, her anchor. It was also, he feared, a chain linking her grief to a profession he now associated with immense personal pain.

“That’s wonderful, Inah,” he said, his voice soft, raspy from disuse. “She would be so proud.” He did not say, I am proud too. He did not say, I once dreamed of a world that connected my law to this tech. He did not say, Please, choose for joy, not for penance.

He simply went back to his code, the click-clack of his keyboard the only sound in the tomb of their home. He was waiting, he realized. Biding his time. Longing for a deep, long rest where the whispers stopped and the weight of being the family’s designated failure lifted. But his time was not his own. It belonged to Inah, until his duty was done.

Inah left for university, her goodbye curt. The apartment’s silence grew denser, now entirely Azmi’s own. He worked long hours as a remote security and systems consultant, his unique blend of legal and technical knowledge making him quietly sought-after for sensitive projects. The money went into an account for Inah’s fees, her living costs, the expensive textbooks she never asked him about. He lived frugally, surrounded by ghosts.

One weekend in her second year, Inah came home unannounced. She found her father not at his desk, but asleep on the living room sofa, his glasses askew. His laptop was open on the coffee table, a complex data flow diagram on the screen. Next to it, however, was a familiar, cream-coloured envelope with a logo she didn’t recognize. A paperclip snagged her curiosity. Gently, she pulled from the envelope a single, crisp sheet of paper.

It was an offer letter. From a renowned technology conglomerate based in Singapore. The address was in the gleaming Marina Bay area. The position: Regional Data Protection Officer & Lead Counsel, Technology Licensing. The requirements were a perfect, stunning mosaic of her father’s life: Deep expertise in data governance frameworks (PDPA, GDPR). Comprehensive knowledge of technology transfer agreements and IP licensing. A hybrid legal-technical strategic mindset.

The offered salary was S$30,000 per month, minimum, before performance bonuses and benefits. The date was two months after her mother’s diagnosis.

Scrawled across the bottom, in her father’s familiar, precise hand, was a single line: 

"Politely declined. Aisha needs me here. Family first."

Inah’s breath left her body as if punched. Thirty thousand. Singapore dollars. A stone’s throw from Johor Bahru, a commute many made. It wasn’t a distant Silicon Valley fantasy; it was a tangible, glittering reality just across the Causeway. A role that didn’t ask him to abandon law for tech, but to crown his career by marrying them both into a position of immense prestige and power. He wouldn’t have been just a consultant; he would have been a director, a regional lead.

And he had declined. He had cited “family.” But in the eyes of the family that mattered—Aisha’s, and by extension, her own—he had become the villain. He had stayed, and she had died, and everyone said it was his fault. He had chosen to stay in the eye of that storm, giving up not just a dream, but the perfect reconciliation of his dual selves, to be present for a tragedy that would later be blamed on his absence of heart.

She looked at her sleeping father. The tired lines around his eyes were canyons carved by rivers of unshed tears and unspoken truths. The silence she had interpreted as guilt now screamed a different story: a story of a man who had chosen the certainty of being present for his wife’s pain over the glittering reward of escape. He had chosen to be blamed in person rather than be absolved in absentia.

She sank to the floor, the letter trembling in her hand. The weight of his sacrifice was no longer abstract. It had a salary, a title, a postcode. It was S$30,000 a month. It was respect. It was the life he was meant to have. And he had traded it for the right to sit in hospital rooms and be whispered about at gatherings.

When Azmi stirred, he found her there, the offer letter held against her chest, her face wet. He didn’t jerk upright in alarm this time. He simply looked at the paper in her hands, and a profound, weary resignation settled over him. The final secret was out.

“You gave this up?” Inah’s voice was a cracked whisper. 

“For… for what? So they could all say you didn’t do enough?”

Azmi slowly sat up, taking his glasses off and rubbing the bridge of his nose. “I gave it up so I could hold her hand when the morphine wasn’t enough. So I could argue with the oncologist about dosages. So I could be here, in this apartment, when you came home from school, so you wouldn’t come back to an empty house.” He looked at her, his gaze clear and unbearably sad. “The money, the title… it was just noise, Inah. A very loud, very attractive noise. But your mother’s breath, your safety… that was the signal. I couldn’t leave the signal for the noise.”

“But they all think…”

“Let them think,” he said, a flicker of his old courtroom steel in his voice, instantly softened by exhaustion. “My duty was to her, and to you. Not to their narrative. The offer… it was the right job. But at the absolute wrong time. There is no universe where I would have been in a Singapore boardroom while she was in that bed. My conscience is my only judge, and it is clear.”

Inah finally saw it. Not a guilty man, but a man who had passed the most brutal test of integrity imaginable. He hadn’t failed her mother; he had honored her with the entirety of his presence. The ultimate sacrifice wasn’t just a career shift; it was the conscious, deliberate turning away from a destiny that perfectly fit him, to fulfill a vow that fit no one but was his alone to keep.

The silence between them changed that day. Inah started calling him after her data governance lectures, asking questions that straddled law and tech. His answers were revelatory, connecting principles to practice in ways her professors couldn’t. She began to see the mind that had been offered that job—a strategic, synthesizing intelligence she had mistaken for coldness.

For her final-year project, she built a data privacy toolkit for small healthcare clinics. She showed him the design. He studied it, then pointed to the consent flow. “Here. You’re assuming rational actor theory. But in a medical crisis, the user is in a state of fear. The interface must be a calming guide, not a legal hurdle. The law must be baked in with empathy.” It was the lesson of his life, coded into a UX suggestion.

At her graduation, she was offered jobs. But she came home with a different proposal. She placed a business plan on the table. “Marino Solutions: Data Strategy & Ethical Tech Consulting.” She pointed to the vision statement. ‘Where legal rigor meets technical excellence, guided by human-centric design.’

“You’re the Lead. We start small. We build the kind of firm that would have written you that offer letter, but on our own terms. Here.”

Azmi read the plan. He saw not a tribute to the past, but the reclamation of a future he had deferred. The deep, long rest he longed for was not in inactivity, but in the peace of using his full, complex self—the lawyer, the technologist, the caregiver—without fragmentation or apology. It was the rest of integration.

Their first client was a medical startup. Inah presented the technical architecture. Azmi, in a crisp shirt, outlined the PDPA compliance and licensing framework with a quiet authority that hushed the room. He was, finally, whole.

Walking back to the car, Inah slipped her hand into his. “You never told me it cost you that,” she said, nodding back towards the city skyline, and beyond it, imaginarily, to Singapore.

Azmi squeezed her hand. “Telling you would have made it a debt you felt you owed. It was never a debt, Inah. It was a choice. And seeing you now, choosing this path with clear eyes… it makes the choice finally feel like an investment, not just a cost.”

The silence that fell between them was the sweetest one Azmi had ever known. It was the silence of a long-awaited rest, beginning at last. Not the rest of an ended journey, but the rest of a man who had finally reached the destination he was meant for, with the person who mattered most, the weight of the world he carried for so long finally shared, and the ghost of the S$30,000-a-month man he might have been finally laid to peace.

Sabtu, Januari 03, 2026

R&D Asam Jawa

Makmal Bioteknologi Universiti Malaya, 2023.

Dr. Anis menatap skrin mikroskop elektron dengan perasaan bercampur aduk. 
Di hadapannya, sampel tisu manusia menunjukkan kehadiran partikel mikroplastik - sesuatu yang tidak sepatutnya ada dalam tubuh manusia.

"Prof, lihat ini," bisiknya kepada Profesor Ramli yang berdiri di sebelahnya. "Mikroplastik telah menembusi setiap lapisan tubuh manusia - darah, paru-paru, bahkan hingga ke plasenta!"

Profesor Ramli, dengan pengalaman 30 tahun dalam bidang penyelidikan, mengeluh panjang. "Kita sedang berhadapan dengan krisis, Amira. Plastik telah menjadi sebahagian daripada rantaian makanan kita."

Kajian mereka selama enam bulan menunjukkan fakta yang membimbangkan: 80% sampel darah yang diuji mengandungi sekurang-kurangnya tiga jenis mikroplastik berbeza. Lebih menakutkan, sampel plasenta dari hospital menunjukkan partikel plastik yang mampu menembusi penghalang plasenta.

"Kita perlu mencari penyelesaian," tegas Dr. Anis, "Tetapi bagaimana?"

Inspirasi datang ketika Dr. Anis melawat Pasar Besar Kuala Lumpur. Di sebuah gerai tradisional, dia terpikat dengan layanan penjual asam jawa yang sibuk menyediakan air minuman kepada pelanggan.

"Mak Cik, air asam jawa ini banyak khasiatnya ya?" tanya Dr. Anis penuh minat.

"Sudah tentu, dik," jawab penjual itu sambil mengacau periuk besar berisi air asam jawa. "Dari nenek moyang kita lagi, asam jawa digunakan untuk kesihatan - baik untuk penghadaman, menyejukkan badan - banyaklah khasiatnya."

"Orang Arab menamakannya 'Tamar Hind', bermaksud pokok tamar India"..."sudahnya mat salleh memanggil pohon ini 'Tamarind'",gumam penjual itu.

Kembali ke makmal, Dr. Anis membawa sampel asam jawa untuk dikaji. Proses penyelidikan bermula dengan ekstrak komponen aktif dari buah asam jawa. Minggu pertama menunjukkan hasil yang mengecewakan - tiada perubahan yang ketara dapat dikesan.

"Jangan putus asa," nasihat Profesor Ramli. "Penyelidikan memerlukan kesabaran."

Pada minggu ketiga, kejayaan mula kelihatan. Dr. Anis mendapati bahawa polisakarida dalam asam jawa mempunyai afiniti yang tinggi untuk mengikat partikel mikroplastik.

"Prof, lihat!" seru Dr. Anis suatu pagi. "Dalam model in vitro, komponen asam jawa berjaya mengikat 60% mikroplastik dan memudahkan penyingkirannya."

Kajian lanjutan mendedahkan mekanisme tindakan: mucilage dan pektin dalam asam jawa bertindak seperti span semula jadi, menyerap partikel mikroplastik dan mencegahnya daripada melekat pada tisu tubuh.

Fasa seterusnya melibatkan ujian praklinikal menggunakan model haiwan. Hasilnya amat memberangsangkan - tikus yang diberi ekstrak asam jawa menunjukkan pengurangan 45% mikroplastik dalam darah berbanding kumpulan kawalan.

"Kita mungkin menemui sesuatu yang besar di sini," kata Profesor Ramli dengan mata bersinar. "Penyelesaian semula jadi untuk masalah moden."

Namun, perjalanan masih panjang. Mereka perlu melalui fasa ujian klinikal, menentukan dos yang tepat, dan memastikan tiada kesan sampingan. Proses ini mungkin mengambil masa 5-10 tahun sebelum menjadi rawatan praktikal.

"Yang menarik," tambah Dr. Anis, "penemuan ini membuktikan kebijaksanaan tradisi sering mendahului sains moden. Nenek moyang kita mungkin tidak memahami mekanisme molekul, tetapi mereka tahu asam jawa sangat baik untuk kesihatan."

Kajian mereka menarik perhatian antarabangsa. Jurnal saintifik terkemuka mahu menerbitkan penemuan ini, sementara syarikat farmaseutikal mula menghubungi mereka.

"Kita perlu berhati-hati," amaran Profesor Ramli. "Jangan biarkan proses pengkomersialan mengabui matlamat sebenar kita - kita perlu bantu manusia menghadapi krisis mikroplastik."

Dalam satu persidangan antarabangsa, Dr. Anis membentangkan penemuan mereka kepada komuniti saintifik global. Reaksi positif datang dari pelbagai penjuru dunia - ramai penyelidik berminat mahu bekerjasama untuk melanjutkan kajian ini.

"Penemuan ini mengingatkan kita," kata Dr. Anis dalam pembentangannya, "bahawa kadang-kadang jawapan kepada masalah paling kompleks terdapat dalam alam semula jadi. Sains moden dan kebijaksanaan tradisional boleh bekerjasama untuk kebaikan manusia."

Kembali ke makmal, Dr. Anis dan Profesor Ramli terus bekerja. Mereka kini mengkaji formula terbaik untuk memaksimumkan keberkesanan asam jawa, sambil mengekalkan sifat semula jadinya.

"Suatu hari nanti," impikan Dr. Anis, "kita mungkin mempunyai suplemen berasaskan asam jawa yang boleh membantu tubuh kita melawan pencemaran mikroplastik."

Profesor Ramli mengangguk, "Itulah keindahan sains - kita sentiasa belajar dari alam, dan kadang-kadang, alam memberikan kita hadiah yang tidak terduga."

Di luar, pokok asam jawa berusia puluhan tahun bergoyang ditiup angin, seolah-olah tersenyum dengan rahsia yang akhirnya terungkap.

Penyediaan Pokok Durian untuk Pembungaan Tahun Hadapan – SOP Pembajaan

Kejayaan pembungaan sangat bergantung pada *persediaan nutrien 2–4 bulan sebelum induksi bunga*

Matlamat utama:

✔ Menguatkan akar

✔ Membina simpanan nutrien

✔ Menstabilkan pucuk baharu (flush)

✔ Mencegah kekurangan nutrien

✔ Memastikan pembungaan yang kuat, sekata dan stabil musim depan

1. Masa Pembajaan

   Persediaan untuk pembungaan bermula *sebaik sahaja musim durian tamat*, biasanya:

* Oktober – Disember (Malaysia)

* Awal musim hujan, ketika pucuk baharu mula keluar

* Sebelum kudup bunga mula membengkak

2. Objektif Persediaan Pembajaan

3. Menggantikan nutrien yang hilang semasa berbuah

4. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baharu yang sihat

5. Menguatkan akar dan mencegah akar reput

6. Membina simpanan karbohidrat untuk pembungaan tahun depan

7. Memastikan keseimbangan NPK + Kalsium + Magnesium + unsur mikro

Langkah 1 – Pembetulan Tanah & Kesihatan Akar (November–Disember)

Rawatan Tanah

* 10L Nanoca + 1000L air

* Sembur di kawasan akar untuk 50 pokok

* Kekerapan: 2 kali (November & Disember)

Tujuan:

✔ Membetulkan pH tanah

✔ Meningkatkan penyerapan nutrien

✔ Mengurangkan keasidan tanah selepas pembajaan berat

✔ Mencegah akar reput pada musim hujan

Rawatan Akar (November & Disember)

Campuran:

* 1 kg Root Pro

* 200 ml P400

* 100 ml Fetto

* 200 ml Amino Pure

* 1000L air

Cara aplikasi:

* 50L setiap pokok

* 1000L untuk 20 pokok

* Pokok lemah → setiap 2 minggu sekali

Tujuan:

✔ Baiki akar yang rosak

✔ Kawal peringkat awal akar reput

✔ Merangsang pertumbuhan akar serabut baharu

Langkah 2 – Pembajaan Tanah untuk Persediaan Pembungaan

1. SP2 (Baja tinggi P & K)

* 1–2kg setiap pokok

* Aplikasi pada November, Disember, Januari

Fungsi:

✔ Membina asas kudup bunga yang kuat

✔ Menambah tenaga akar

✔ Mengurangkan pertumbuhan vegetatif (nitrogen rendah)

✔ Menstabilkan pembungaan

2. Super Fruit

* 1–2kg setiap pokok

* Aplikasi sekali pada Disember (setiap 6 bulan sekali)

Fungsi:

✔ Menguatkan dahan pembentukan buah

✔ Menambah unsur mikro penting untuk pembungaan

✔ Meningkatkan stamina pokok selepas musim berbuah

Langkah 3 – Nutrien Daun (Setiap 2 Minggu)

Semburan Minggu 1

* 250 ml P400

* 500 g Monceren

* 500 ml Azatin

* 1 L Vaba

* 250 ml Synergy

* 250 ml Amino Pure

* 250 ml Greenlight

* Campur dalam 1000L air

Tujuan:

✔ Kawal kulat & serangga

✔ Kuatkan daun

✔ Tingkatkan penyerapan nutrien melalui daun

✔ Menggalakkan hormon pembungaan secara tidak langsung

Semburan Minggu 3

* 250 ml Fetto

* 500 ml Arimo

* 500 ml Apronil

* 1 L Vaba

* 250 ml CBK

* 250 ml Amino Pure

* Campur dalam 1000L air

Tujuan:

✔ Mencegah penyakit pada musim hujan

✔ Meningkatkan warna daun & klorofil

✔ Menstabilkan tekanan pokok

✔ Menggalakkan flush yang sihat

4. Pengurusan Pengairan untuk Persediaan Pembungaan

Pengurusan air sangat kritikal:

* Musim hujan → hentikan penyiraman

* Tanah masih basah 1–2 inci → tangguh penyiraman

* Sebelum kudup bunga membesar → kurangkan air

* Semasa anthesis (bunga terbuka) → *STOP siram*

Kawalan tekanan air = pembungaan lebih baik dan stabil.

5. Nota Penting Tambahan

A. Pokok mesti berehat selepas musim berbuah

Jangan rangsang pembungaan terlalu awal.

Matlamat utama: *pulihkan akar + pulihkan pucuk baharu*

B. Elakkan baja nitrogen tinggi

Nitrogen berlebihan menyebabkan:

✘ Pucuk terlalu banyak

✘ Lambat berbunga

✘ Kudup bunga lemah

C. Kawalan rumpai

Pastikan rumpai rendah dan elakkan penggunaan racun rumpai kuat.

D. Mulching (Penutup tanah)

Boleh guna:

✔ rumput

✔ daun cincang

Tetapi jangan terlalu tebal (risiko simpan air → akar reput).

E. Pantau perosak

Terutama:

* Psyllid

* Thrips

* Ulat

Kawalan awal penting untuk elakkan kerosakan flush.

Khamis, Januari 01, 2026

Bom Jesus

Gelora Lautan 

Laksamana Francisco de Noronha berdiri tegak di anjungan, jubah baldu gelapnya dilambai angin kencang lautan Atlantik. Tahun 1533. Kapal Galion beliau, Bom Jesus, berlayar dengan tekad yang lebih besar daripada saiznya. Di hatinya, dia mengulang iktar yang membakar semangat setiap pelayar Portugis: Deus, Ouro, e Glória - Tuhan, Emas, dan Kemuliaan.

"Kapten Duarte," panggil Francisco, berpaling kepada Kapten Duarte Coelho yang sedang memeriksa haluan. "Pastikan jongkong timah itu kekal kering. Ia bukan sekadar kargo, ia adalah bakalan peluru untuk meriam kita di India dan Melaka. Dan gading gajah di Ruang Tiga belas, adakah ia selamat?"

Duarte memberi tabik hormat. "Semua selamat, Laksamana. Lebih seratus batang gading, semuanya gred tertinggi dari Sofala. Ia akan diukir di Cochin oleh tukang-tukang mahir kita, menjadi salib, arca para santo, dan ukiran mewah untuk menghias istana Raja."

Misi Bom Jesus adalah tiga serangkai: Pertama, membawa kekayaan dan bekalan penting ke Goa dan Cochin di India, pusat Empayar Portugis di Timur. Kedua, menyertai rancangan strategik untuk menyekat perdagangan rempah dari Mesir. Ketiga, dan yang paling penting, menjadi pelapis kekuatan untuk armada yang akan mempertahankan Melaka.

"Laksamana," Duarte menyambung, nadanya menjadi serius. "Apabila kita melepasi Laut Merah... adakah kita masih meneruskan arahan untuk mengganggu laluan jemaah haji?"

Francisco merenung ufuk dilangit yang biru pekat. "Ya, Duarte. Ia adalah kehendak Raja. Kita bukan hanya berdagang, kita sedang mengisolasi orang Arab itu dari sumber kekayaan dan kerohanian mereka. Ganggu setiap kapal yang membawa jemaah haji, rampas harta mereka, sebar rasa takut. Ini adalah Guerra Santa (Perang Suci). Setiap tindakan yang menyusahkan laluan ke tanah wuci mereka adalah kemenangan bagi Kristus, dan kemenangan bagi monopoli rempah kita."

Pelayaran awal penuh dengan ketegasan dan keganasan. Mereka singgah di pesisir Timur Afrika, menguatkan armada mereka dan menguruskan penjualan gading. Sewaktu melintasi Laut Arab, Bom Jesus berjaya memintas dua buah kapal kecil yang disangka membawa pedagang Arab, tetapi sebaliknya membawa jemaah Haji. Pertempuran singkat yang kejam berlaku, dan kargo kecil serta perhiasan jemaah dirampas, sebelum kapal-kapal malang itu dibiarkan hanyut.

"Lihatlah ini, Laksamana," seorang kelasi menyerahkan bungkusan kain sutera berisi syiling perak lama. "Harta rampasan kita."

"Bagus," kata Francisco dingin. "Sediakan diri untuk ke India. Dari sana, kita akan bergerak ke Timur Jauh, ke permata yang kita idamkan, Melaka."

Selepas meninggalkan Laut Arab, nasib Bom Jesus berubah secara drastik. Kapal itu bergerak terlalu jauh ke selatan, terpisah dari laluan yang selamat. Mereka terperangkap dalam sistem angin yang tidak menentu.

"Kita tersasar jauh!" teriak ahli navigasi. "Kompas gila, Laksamana! Kita di selatan, terlalu hampir dengan Garis Khatulistiwa!"

Ombak ganas, yang tiada dalam rekod pelayaran biasa, mula membadai. Francisco sedar, mereka dihanyutkan ke kawasan yang belum dipetakan.

"Kita perlu kurangkan berat!" arah Francisco, tetapi sudah terlambat.

Layar kapal itu menjerit dibadai angin, diserang gelombang besar yang mendorongnya ke daratan. Dengan satu hempasan yang dahsyat, Bom Jesus melanggar beting pantai Namibia yang sunyi, pecah, dan mula karam.

Saat-saat akhir adalah kekacauan. Syiling emas yang dimaksudkan untuk penaklukan Melaka jatuh ke dasar, jongkong timah yang sepatutnya menjadi peluru meriam terbenam, dan gading-gading gajah yang diamanahkan untuk ukiran suci terhumban ke dalam air.

Francisco de Noronha, melihat kapalnya pecah, jatuh berlutut. Impiannya untuk mencapai India, mengukir salib dari gading, mengacau jemaah haji, dan menawan Melaka, lenyap bersama air laut.

"Glória... ," bisiknya, suaranya ditelan oleh deruan ombak. Dengan masa, angin padang pasir menolak pasir halus yan bergerak ke arah bangkai kapal, menimbusnya untuk empat setengah abad.

Tahun 2008.

Di kawasan gurun terpencil itu, Dr. Lena Schmidt menggali dengan berhati-hati. Apabila longgokan gading gajah ditemui, terpelihara dengan keadaan luar biasa, salah seorang pekerja bertanya, "Mengapa mereka membawa begitu banyak gading? Untuk apa?"

Lena tersenyum, mengelap debu dari syiling tembaga Jerman. "Mereka bukan hanya berdagang, mereka membina empayar. Gading ini untuk seni dan agama. Syiling ini untuk peperangan. Kapal ini datang membawa 'God, Gold, and Glory'. Tetapi semuanya telah hilang."

Di situ, di bawah lapisan pasir gurun yang tebal, tersembunyi jauh dari Laut Merah dan jauh dari Melaka, bersemadi sisa-sisa Bom Jesus, saksi bisu kepada kezaliman penjajah Portugis dan cita-cita yang tidak tercapai.

https://www.thearchaeologist.org/blog/bom-jesus-a-500-year-old-shipwreck-discovered-in-the-namibian-desert