“Bolehkah aku katakan sesuatu… jika kau tidak keberatan mendengarnya?” tanyanya perlahan.
“Ya, katakanlah,” jawabnya.
Dia menghela nafas lalu berkata, “Aku cuma ingin kau tahu… jika suatu hari hidupmu terasa membebankan, jika segala-galanya menjadi terlalu sukar untuk kau tangani… kau boleh memanggilku. Aku akan datang padamu, ke mana sahaja kau berada.”
Dia tersenyum lembut. “Terima kasih, tapi aku boleh melalui saat-saat sukar ini bersendirian.”
Dia mengangguk. “Baiklah. Aku hormati semangatmu. Aku sedia maklum kau wanita tabah. Tapi tetap… aku ingin bersamamu di hari-hari paling getirmu.”
Dia memandangnya dengan penuh tanda tanya. “Tapi kenapa?”
Dia melangkah untuk mendekat dan berkata dengan suara tenang, “Kerana jika suatu hari…seandainya… kau tidak lagi mampu menanggung semuanya, aku tidak mahu kau risau untuk jatuh. Aku ingin kau tahu bahawa aku berada di sana. Aku akan biarkan kau berusaha sendiri, tapi saat kau terjatuh… kuharap kau mendarat dengan selamat dalam pelukanku. Jika hari itu tiba.”
I was advised to unpublish kisah Amir & Dhia Puteri sbb khabarnya cara penyampaian epic sangat. Kalau nak tulis dlm blog, tulis bodoh2 je. convert kpd ebook..hang kena pi kursus dulu. Entahlah. Baik ambe ikut kursus dulu.
Aku menulis kerana aku ada.
Tulis dari hati, sampai ke hati.
Dengan menulis, aku menjadi diriku sendiri.
No comments:
Post a Comment