Jumaat, Disember 26, 2025

Aku pun sesak!

Wahai Sahabat yang Kukasihi,

Andai kata harta itu sungguh mudah bagaikan dedaun berguguran di musim luruh, nescaya aku kumpulkan semuanya untukmu. Namun hakikatnya, rezekiku kini bagai embun pagi di hujung rumput, baru nampak, sudah hilang!

Teringat aku akan kalam orang tua-tua: "Pinjam itu mudah, membayar itu ujian iman." Bukanlah aku kedekut, tetapi nafasku sendiri pun hampir-hampir tersekat dibebani arus hidup yang deras ini.

Hutangmu yang masih terbungkus rapi awal tahun yang dulu, masih berada dalam ingatanku, biarlah kita selesaikan dulu bagaimana embun menyelesaikan tugasnya pada waktu pagi, dengan tuntas dan jernih. Barulah kita bercakap tentang menyeberangi sungai yang baharu, buku baru...

Kiranya ada rezeki esok lusa, insya-Allah pintu hatiku terbuka luas. Namun buat saat ini, maafkan aku yang hanya mampu menghulurkan doa dan kata-kata nasihat. Moga-moga kau diberi kesabaran dan aku diberi kekuatan, sebelum aku hantar Letter of Demand!

Tiada ulasan: