Penulis serta arwah isteri memperolehi ijazah solawat ini di Indonesia lebih 15 tahun yang lalu daripada seorang tua bernama Pak Choiril, di Jakarta Timur (Jaktim), beliau menisbatkan solawat ini kepada pergerakan AlMuhammadiyah, Sarikat Islam pimpinan Kiyai Ahmad Dahlan. Kemudian daripada kajian peribadi penulis dan pencarian sendiri, melalui bacaan kitab-kitab lama mengenai amalan yang sedikit tapi besar manfaatnya, tersenarai solawat ini. Antara pecahan solawat ini adalah dari Solawat Juwairiyah (salah seorang Ummul Mukminin, isteri Rasulullah S.A.W.), juga daripada solawat yang sering dibaca 3 kali selepas bacaan Surah Yasin & solawat diakhir bacaan Asma'ullahul Husna. Perhatikan betul-betul makna solawat kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dalam kesemua solawat yang saya senaraikan diatas. Mudah-mudahan pebaca budiman mendapat kebaikan sebanyak mana kali selawat yang setara dengan jumlah makhluk Allah yang kekal ingat kepada Allah dan sebanyak mana makhluk Allah yang lalai yang hanya Allah sahaja tahu jumlah keseluruhannya dan semoga apa yang kalian cari selama ini ditemui. Hamba ini hanya berkongsi jumpaan hamba, semoga perkongsian ini menjadi ladang amal untuk saya dan arwah isteri. Aamin.
No comments:
Post a Comment