Thursday, November 14, 2024

MicroLeap - Pelaburan berlesen yang menarik

Ulasan MicroLeap: Platform Crowdfunding P2P

Lompat sikatak lompat,
Siapa invest dia mendapat!

MicroLeap ni kira platform pembiayaan P2P yang tengah naik kat Malaysia. Kiranya dia connect pelabur kecik dengan usahawan yang nak pinjam duit. Tapi macam biasa, ada pro dan kontra. Dapat tahu pasal platform ni daripada influencer FB. So aku try dah masuk 3 bulan, Alhamdulillah nampak telus dan berjaya generate income.

Apa Yang Best:

1. Pelaburan Kecik: Khabarnya dengan RM50 pun dah boleh start. Tapi kome percaya tak? Aku lenjan RM20 (itu je duit free yg aku ada masa tu) elok je diterima. Sesuai la untuk budak baru nak up yang nak try pelaburan tanpa keluarkan duit banyak.

2. Patuh Syariah: Ada pilihan yang ikut hukum Islam, so senang untuk orang Muslim yang nak pastikan pelaburan dia halal. Kalau ko nak ikut hukum setan pun ada… hat ni jangan gatal mulut tanya aku pasal logo halal…

3. Info Lengkap: Dia bagi details pasal peminjam, risiko, dan tujuan pembiayaan. So, tak adalah main letak duit je, boleh buat keputusan dengan lebih yakin. Fahamkan Low Riks (LR), Medium Risk (MR) dan Low Risk (LR) sebelum ko melebur …eh… melabur duit tu…

4. Pulangan Tinggi: Pulangan dari 8% sampai 18%. Kira lebih la daripada ko buat simpanan biasa atau FD bank.

5. Berlesen dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti. Tentunya ini bukan skim cepat kaya/kayap!
Apa Yang Tak Best:

(i)  Risiko ikut citarasa anda: Mana-mana pelaburan takde yang dapat jamin peminjam akan bayar balik semua. Lagi-lagi kalau peminjam tu takde rekod kredit yang kuat. Nama pun peer-to-peer, target syarikat yang baru nak up, dan mungkin depa ni nak dapat loan dengan bank komersial pun tak lepas, so sementara nak mantap niaga, depa ikut jalan ni untuk dapat modal kerja disamping membina kredibiliti perniagaan. Setakat ini default rate masih rendah.

(ii) Takde Pasaran Sekunder: Kalau nak cepat dapat balik duit, susah sikit. Kena tunggu sampai pinjaman settle baru boleh dapat balik duit.

(iii) Kurang Kawalan: Pelabur tak boleh control sangat portfolio sebab kena pilih dari senarai pinjaman yang ada je.(Cer pantau...Ada je org sambar, offer kepada pelabut utk letak duit, tak sampai beberapa jam, khalas....semuanya fully subscribed!)

(iv) Customer Service Slow: Ada orang cakap support dia lambat sikit nak respond bila ada masalah. Nama pun bukan bank… platform online.

Kesimpulan:

MicroLeap ni okay untuk yang baru nak try pelaburan, especially dengan modal kecik. Pulangan tinggi dan ada pilihan patuh Syariah. Tapi risiko ikut citarasa pelabur, dan duit mungkin tak cair cepat.
Kalau sanggup, boleh try. Dah try...ketagih!

Komen peribadi: Nampak ok. Perjanjian pelaburan pun jelas termanya, ada dalam platform. Duit dimasukkan tu pemegang amanah yang simpan sebelum kita komit release kepada pelabur. Platform yang tolong check keterangan projek pihak yang nak guna duit kita tu. Ingat ye.. bullet payment (dapat balik duit yang kita leburkan kat hujung nanti). Kita akan dikenakan caj platform 1 peratus yang diambil daripada instalment pertama. Tapi aku jarang jumpa yg bagi pulangan tinggi mcm ni.

Kome yang nak try pelaburan ni, boleh guna no rujukan bila nak daftar:
582425628
kome akan dapat hadiah kredit RM10.00 daripada Microleap.

Microleap ye (bukan microsleep yg sebab terbabas masuk gaung tu!). Rezeki sama dikongsi. Aku share screen capture, kome tengok dan nilaikan sendiri.

Meh ambe sertakan sekali calculator pengiraan untuk memudahkan kira congak berapa keuntungan yang dapat. Kadar, tenor (jangkamasa) dan jumlah pelaburan, boleh tengok term sheet syarikat yang terbitkan nota kat website MicroLeap.

Microleap Investment Calculator




Results

No comments: