Tuesday, November 24, 2015

email dari Neny 8 Nov 2010

Neny's artwork circa 2014

Assalamualaikum Yang,

Apa kabar Yang hari ni? Lelah Yang dah berkurangan ker? Neny doakan semoga Yang cepat-cepat sembuh dan boleh selalu pergi Masjidil Haram

Pagi tadi mcm biasa Ni nak pergi ofis Ni call cab Shah Alam. The driver taxi tu berjanggut panjang dan bersongkok haji. So dia tanyalah nak ofis masuk pukul brp. Ni kata ofis masuk pkl 9 tapi nnti kalau naik komuter satu stesyen aje. Ni cakaplah ofis ni kat Subang Jaya so dia offer nak hantar sampai ofis tapi dgn charge yg sama gi Batu 3. Sbb dia nak gi KL and ada janji nak pick up passengger pkl 10. Alhamdulillah, ada gak driver taxi yg baik macam brother ni. Dia kata lah passengger dia a Japanese lady. Dulu duduk Shah Alam tapi dah balik Jepun sbb anak dia nak masuk high school kata sana. So sekali-sekali dia dtg jenguk husband dia yg masih kerja kat Malaysia dia call brother ni bawak dia jalan. Sampai Mesiniaga, Ni bayar lebih tambang komuter and penat kalau jalan.. :-)

Kat ofis takde org Lotus. Ni sorang aje.. try2 akses facebook dr another website tetiba tu boleh akses.. eemm.. he! he! he ! How strange! Dulu Mesiniaga block facebook tapi skrg open pulak. Tapi rasanya Neny tahu apa pasal.. server room tu tgh dibesarkan and add additional server rack.. so mungkin to ensure all the network equipments tu jalan.. dia orang bukak semua dulu.. When everything is in place baru start block again. Arrgh.. sedihnya.. dahla DIGI punye facebook tak boleh gak.. tapi Ni bukan gila fb sgt pun.. cuma suka baca org punye comment but I hardly wrote anything on my status... :-)

Jadi from fb, Neny tahu yg Shidi past away this morning. Semoga segala penderitaan yang Shidi alami tu sbg kaffarah untuk dia menjadi hamba Allah yg lebih baik disisi Allah swt. Alhamdulillah kan Yang kita pun dapat ziarah dia a few times waktu dia kat hospital. Tapi terkilan gak, kita tak dapat organize utk collect duit as suggested by Yazid utk bantu Shidi.. cuma kita dpt bagi dia baki duit reunion 2000 tu aje.

Balik td ingat nak tumpang Nida tp Nida nak gi jumpa kawan dia kat Jln Conlay. Jadi tanya Faridah boleh tumpang tak sampai komuter.. Faridah kata dia hantar Ni sampai rumah ajelah.. since dia takde kerja. Alhamdulillah hari ni Neny senang pergi balik ofis. Terima kasih Yang atas doakan semoga Neny mudah kemana-mana kat Malaysia.

Yang, ingat pasal Jamilah nangis gila2 tak nak cakap dgn cikgu Inggeris dia markah dia salah kira. Semalam dia kata dia cuba cakap dgn cikgu dulu, jadi mama tak yah dtg sekolah. Ni kata ok tapi kalau cikgu tak nak tukar gak, mama gi jumpa gurubesar. Ni suruh dia padam dulu note yg Ni tulis utk cikgu dia kata salah kira.. yg ada cuma ada Razif punye calculation on markah pada setiap page. Tadi ptg dia kata cikgu tak marah tapi cikgu dia tanya kenapa tak bagitau waktu kat kelas. Jamilah bagitau masa dah habis kelas and dan nak balik sekolah. Haaahhh ! Penat nak convince dia yg cikgu tak kan marah n tak patut marah kalau setakat tukar markah yg salah kira.

Dearest Yang, jaga kesihatan Yang ya sbb tak lama lagi nak menjalankan ibadah haji. Doa2 byk tau pada Allah swt semoga Yang sihat waktu mengerjakan ibadah haji ya. Ni pun turut mendoakan semoga Allah swt sentiasa menjaga Yang, Ayah, Mama dan Maya di sana. My dearest love, walaupun Yang kata Yang bukan siapa-siapa without Ni, but you are always the love of my life along with our children and after Allah swt dan RasulNya till the end of time and in the our next life. Thank you so much for saying that you don't mind me being possesive of you.. I am ! I am! Truly I am ! Though I don't show it that much.. tapi dlm hati Allah swt saje yg tahu.. Sebab kekadang Ni fikir whether 'my jealousy' akan mengongkong Yang and that you would hate me for that. Salam sayang dan rindu buat
Yang yg jauh di pandangan tapi dekat di hati.

Wassalam.

1 comment:

LadyNur -<-<@ said...

Ingat2..nida pi jumpak mmbr doctor kat hosp kelantan mai kl sbb ada persidangan menteri2 asean. Dia kena bertugas kot2 menteri pengsan.