Pagi tadi semasa menunggu lif
untuk naik ke pejabat, Presiden dan Ketua Eksekutif organisasi penulis bertugas
telah menegur dan bertanyakan kepada penulis yang ketika itu sedang memegang
handie talkie amatur radio dual band UV-82. Huh…Dato’ Presiden pun berminat nak
tahu lebih lanjut mengenai amatur radio rupanya!….huhuhu…Saya masih SWL, boleh
mendengar, tapi takleh memancar lagi… exam minggu depan ni… nanti kita cerita
lagi ya…. Selagi takleh memancar, takleh la penulis buar review set dualband
VHF/UHF Baofeng UV-82 ni lagi.
Dalam rangka usaha memahami radio
mudah alih, penulis telah membeli 2 set handie
talkie Baofeng 888S melalui talian pada harga RM130 sepasang dan pada masa yang
sama memesan kabel programming untuk set frekuensi yang akan digunakan supaya
ianya beroperasi dalam julat yang dibenarkan undang-undang (sila rujuk dokumen terkini dari MCMC) iaitu FRMS 16
channel. FRMS tu binatang apa? Pi baca kat Pakcik Google. Software opensource Chirp boleh dimuat turun untuk membuat
setting yang diperlukan. Baca aje manual! Tak sesusah mana pun. Penggunaan
diluar julat frequensi yang dibenarkan adalah menjadi kesalahan disisi
undang-undang. Kalau kena dakwa oleh MCMC, terduduk anda nanti. Denda maksimum
RM300k. Penjara maksimum 3 tahun atau yang best - anda kena kedua-dua sekali!
Mengapa perlu guna walkie talkie? Anda mungkin tertanya-tanya mengapa kita memerlukan peralatan ini. Ianya membolehkan anda untuk segera berbual dengan orang lain tanpa perlu mendail nombor telefon atau bergantung kepada perkhidmatan telefon mudah alih. Radio dua hala merupakan alternatif yang berguna selain telefon bimbit. Tidak ada kontrak atau perkhidmatan bayaran bulanan, anda tidak perlu bimbang tentang caj berlebihan, dan radio akan terus bekerja walaupun anda berada di luar kawasan perkhidmatan syarikat telefon selular. Ciri-ciri ini membuat radio dua hala popular digunakan oleh pemburu, kaki pancing, aktiviti berkhemah dan lain-lain. Ada kalanya umpamanya semasa cuti perayaan, talian sistem telefon selular menjadi sesak, atau ketika berlaku bencana, umpamanya maka ketika keadaan itu berlaku, radio dua hala, atau lebih tepat lagi radio amatur adalah alternatif yang terbaik untuk berkomunikasi.
Balik kepada revieu kita ini, penulis menggunakan set ini untuk
tujuan perhubungan secara simplex semasa beriadah
di Taman Tasik Shah Alam dan semasa berwindow
shopping di pusat membeli-belah dan juga
untuk kegunaan konvoi berkenderaan ke tempat-tempat lain. Dengan adanya handie
talkie ini, penulis memberikan kebebasan untuk anak-anak penulis berjalan
sendiri menjelajah tapak pasar minggu Shah Alam yang amat besar macam tapak
pesta tu. Takdelah dema boring kena jalan dengan mak ayah aje. Output kuasa yang rendah sedia ada juga amat memadai.Set handie ini berukuran kecil,
ringan dan mempunyai jangka hayat bateri yang sangat baik. Jauh juga ruang
lingkup signal jelas yang boleh diperolehi tertakluk kepada keadaan mukabumi. Harga – dah tentu murah untuk frekuensi
gelombang 70cm (400-470Mhz).
Audio
isyarat yang keluar melalui pembesar suara juga sangat kuat. Antara fitur lain
adalah kemudahan lampu suluh LED yang sangat berguna semasa kecemasan walaupun
tidak berapa terang pada hemat penulis.
Terdapat tiga model radio ini
iaitu BF-666, BF-777, dan BF-888. Hanya ada beberapa perbezaan kecil diantara model-model radio ini. Sama aje pada
penulis. Kesemuanya tidak mempunyai paparan frekuensi dan perlu diset terlebih
dahulu melalui software. Pemilihan channel yang telah diset, dibuat dengan memusing tombol
berputar di atas badan radio.
Pek bateri 3.7v berkuasa 1500Ah dan
dibekalkan dengan sebuah pengecas meja. Tempoh mengecas bateri dari keadaan kosong
sepenuhnya mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam lamanya. Hayat bateri sangat
panjang. Menurut pengalaman penulis bertahan selama 3 hari dalam mode monitoring
sebelum set handy ini mengeluarkan bunyi amaran kuasa rendah sehinggalah bateri
kong – senyap terus.
Radio handie ini nampak macam set
radio bodoh, hampeh, takde fitur mewah, tiada paparan langsung dan langsung tidak
ada menu, seolah-olah ianya hanya alat permainan, namun dengan hanya tombol
berputarnya ianya mampu memberikan anda kemudahan berkomunikasi jarak dekat
(bergantung kepada keadaan bentuk muka bumi sehingga 3-4 km) pada harga yang
amat berpatutan. Harganya yang murah anggaran RM64 sebiji…. Kalau rosak, campak
aje set ni ke dalam tong sampah (ambil bateri, antenna dan klip untuk recycle kegunaannya
dengan handie talkie baru). Kalau nak repair… gamaknya kos membaik pulih lagi
mahal dari membeli set baru!
Sebelum ini penulis pernah menggunakan sepasang set walkie talkie FRMS keluaran Aztech Technologies 40 channel yang jauh lebih kecil dan antenna body kontot yang menggunakan 3 biji bateri AAA. Dengan set walkie talkie ini penulis mengembara ke USA, merata tempat di Indonesia, Jepun dan pernah digunakan semasa mengerjakan fardu haji untuk berhubung dengan arwah Ibu dan adik perempuan penulis yang turut sama mengerjakan haji. Payah kalau terpisah. Ada yang ikut muassassah dan ada yg ambil pakej. Memang kecil.. stealth...berwarna putih... boleh lepas guard masjid, cuma jangkauan sangat terhad dan kuasa bateri tak berapa nak tahan jika dibandingkan dengan set Baofeng 888s yg dibincangkan ini.
Sebelum ini penulis pernah menggunakan sepasang set walkie talkie FRMS keluaran Aztech Technologies 40 channel yang jauh lebih kecil dan antenna body kontot yang menggunakan 3 biji bateri AAA. Dengan set walkie talkie ini penulis mengembara ke USA, merata tempat di Indonesia, Jepun dan pernah digunakan semasa mengerjakan fardu haji untuk berhubung dengan arwah Ibu dan adik perempuan penulis yang turut sama mengerjakan haji. Payah kalau terpisah. Ada yang ikut muassassah dan ada yg ambil pakej. Memang kecil.. stealth...berwarna putih... boleh lepas guard masjid, cuma jangkauan sangat terhad dan kuasa bateri tak berapa nak tahan jika dibandingkan dengan set Baofeng 888s yg dibincangkan ini.
73 untuk anda yang sudi membaca entry ini.
4 comments:
Bro boleh cerita pasal walkie talkie kat mekah tak?
Nak tahu frequency ape pakai sana
Saya gunakan jaluran 477Mhz 40 Channel
Set yang saya gunakan boleh tengok link dibawah ini. Kecil dan mudah disorokkan.
Tak tau sama ada masih ada dipasaran. Beli pun kat Carrefour S Jaya RM100 sepasang.
https://forum.lowyat.net/topic/2841718/all
Bos, saya nk bertanya.
Baofeng BF-888S Walkie Talkie ni kena ada lesen dari SKMM tak? atau masuk dlm free lesen? ingat nak beli untuk kegunaan di rumah bagi anak2 main. lagipun BF-888S ni tak mahal. sesuai dengan bajet saya. dah berkali beli walkie talkie model untuk kanak2 xpi cepat rosak, kadang terlalu bising bunyi statik dan tak jelas suara.
minta pandangan/nasihat bos.
Ya set ini murah dan boleh diharapkan. Saya baru pulang dari berkonvoi di Melaka semasa kesesakan jalan raya dan kenderaan ahli rombongan kami terpisah. Banyak gunanya!
Tuan perlu mempunyai ilmu (software dan programming cable utk sambung kepada pc) untuk set walkie talkie tersebut kepada jaluran percuma yang telah dibenarkan oleh SKMM (ya tak perlu lesen);
ATAU
secara alternatifnya belilah set walkir talkie ini daripada penjual yang boleh setkan frequencynya dalam julat yang dibenarkan. Set default walkir talkie ini masa baru dibeli selalunya dalam frequency yg tak dibenarkan diMalaysia. Kalau penjual kata semuanya sama dah macam tu dari kilang takleh ubah frekuensinya, maka dia hanya tukang jual peralatan sahaja!
http://www.miklor.com/COM/Review_BF888S.php
Post a Comment