Tuesday, August 24, 2010

On Digital SLRs - a beginner's note

Tersenyum sampai ke telinga penulis, apabila ditunjukkan blog my fellow learned brother yang memaparkan penulis "in action" sedang mengambil gambar semasa majlis walimah perkahwinan adik penulis. Read about it here. Photography is one of my favourite hobbies as it jibes and complements my other main hobby - menulis. Banyak lagi sebenarnya perkara yang penulis hendak ceburi dalam kehidupan yang singkat ini. It all started out masa zaman sekolah rendah... tah kenapa zaman sekolah dulu, tiap-tiap tahun ada aje sessi fotografi, ambil gambar untuk dimasukkan ke dalam majalah Sekolah Sri Petaling "Seruling Jaya". Sekolah masih wujud lagi, cuma status majalah sekolah yang memaparkan karya nukilan pelajar (termasuk cerpen pendek bahasa dalam bahasa Inggeris oleh penulis), tidak diketahui sama ada masih diteruskan atau tidak.

Back to photography, penulis mempunyai rasa ingin tahu yang sangat kuat - macam mana ye sesuatu imej dihasilkan. Then masa penulis di Tingkatan 1, rasanya cuti penggal ketiga, kami sekeluarga dan my cousin kak Muznah pi bercuti ke Johor Bahru, menginap di Rest House JB (kini didirikan sebuah hotel 5 bintang) dan keesokan harinya kami menyeberangi Tambak Johor ke Singapura. Singapura, ayah membeli sebuah kamera SLR jenama Nikon model EM berserta 2 lensa - 35mm dan 50mm dan micro attachment lens untuk merakamkan gambar keluarga. Dengan kamera ini jugalah penulis mula belajar cara-cara mengambil gambar yang betul dan bagaimana nak menghaslkan gambar yang "pleasing to the eye". Takut-takut juga nak membawa kamera SLR balik ke Asrama sekolah di SMKA Maahad Hamidiah - maklumlah hidup di asrama... kalau kena pow or rosak dek tangan-tangan ganas tak ke naya. Dengan berbekalkan kamera tersebut, penulis dapat berniaga kecil-kecilan. Dapatlah juga extra pocket money zaman sekolah dulu. Kamera filem tersebit digunakan dan berfungsi dengan baik sehinggalah ke tahun 2007 dan kini direhatkan kerana tidak lagi praktikal.

Fast forward to zaman sekarang

Penulis dan isteri memiliki dua (2) DSLR body – Nikon D60 dan D40. Kedua-dua body kamera ini tidak lagi berada dalam pasaran. Kalau ada pun dalam pasaran barangan terpakai!

Kenapa penulis memilih Nikon – harga lensanya lebih murah sedikit dari jenama Canon. Kalau nak beli camera – dicadangkan antara Nikon dan Canon sahaja yang kedua-dua jenama ini mempunyai pilihan lensa yang banyak berbanding dengan jenama kamera lain.

Tips - Fill the frame - If you are not close enough, you are not good enough!
My new nephew on his birthday

Faktor kesamaan antara dua body kamera ini (D40 dan D60) adalah kedua-duanya tidak memiliki motor dalam kamera. Oleh itu, ianya memerlukan gabungan body kamera dan juga lensa y ang memiliki motor sekiranya system focus auto diperlukan. Antara body kamera Nikon yang tidak memiliki motor dalaman adalah seperti model D3000 , D5000 dan juga model terbaru yang baru sahaja dilancarkan - D3100. Kamera-kamera ini tergolong dalam katagori yang menggunakan lensa “dx” iaitu luas permukaan sensor (zaman dulu, “sensor” dalam kamera adalah filem) yang lebih kecil. Jadi harganya lebih murah berbanding dengan kamera full frame. Sekadar untuk pengetahuan, kamera Full Frame seperti D700 dan D3 harganya mencecah ribuan ringgit. D3 adalah kamera flagship Nikon - kalau tak salah dalam RM17,000-00 boleh mengambil gambar dalam keadaan cahaya extreme rendah. (As at 2013, the Flagship Full Frame Model for Nikon adalah D800).

Meskipun tanpa memiliki lensa bermotor – sebenarnya takde masalah – kita masih lagi boleh menggunakan lensa secara manual – sama seperti zaman awal SLR dulu (pada penulis ini bukan masalah yang besar – alah bisa tegal biasa). Dalam zaman yang serba canggih ini, mungkin ada yang akan mengatakan nak focus secara manual adalah sesuatu yang leceh dan sukar. Tapi tepuk dada; tanya budget anda untuk membeli lensa yang kesemuanya mempunyai motor, bukanlah sesuatu yang murah dan terjangkau oleh kita!

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan DSLR – anda harus melupakan tentang body kamera mana yang akan memberikan megapixel yang besar. Itu hanya gimmik sahaja. Saiz gambar bermegapixel yang besar sememangnya akan memberikan gambar yang cantik – namun persoalannya sama ada kita akan mencetak gambar yang kita ambil. Ada cara untuk mengiranya – kalau tak salah penulis gambar dari kamera seminima 6 megapixel boleh mencetak gambar saiz 8R dengan jelas tanpa kecacatan pecahan pixel gambar yang dicetak. Nak beli body kamera yang menghasilkan gambar megapixel tinggi – boleh, silakan tapi ianya adalah tidak praktikal kerana ianya akan memenuhi storan kad memori/hard disk sahaja. Lainlah kalau anda memang fotografer professional yang memerlukan cetakan ganbar dibuat atas kertas saiz besar untuk tujuan pengiklanan atau memang anda memiliki wang yang banyak untuk dileburkan dalam hobi ini. Memiliki kamera yang paling besar dan model terbaru dalam pasaran tidak memberi anda sebarang kelebihan sekiranya anda tidak mahir menggunakannya. Lihat sahaja hasil dari Nikon D40 penulis di sini.

Selain dari kit lens, pada hemat penulis lensa yang perlu ada untuk beginners adalah lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX. Ianya murah dan amat berguna dalam cahaya rendah kerana mempunyai bukaan rana yang besar 1.8. Lensa ini tidak ada fungsi vibration reduction (VR) kerana ianya sudah cukup laju. Bokeh yang dihasilkan juga amat cantik. Lensa ini boleh didapati dipasaran pada harga RM790 (baru) dan dalam RM600-00 (terpakai).


Lensa 35mm milik penulis - terpakai atau terpokai... janji gambar cantik!
(lensa 35mm pada DSLR format DX (crop factor 1.5) menjadikan focal length lensa
ini lebih panjang daripada asalnya - 52mm)


Antara aksesori penting adalah filter untuk melindungi lensa kamera dari habuk dan calar. Pastikan ianya dipasang.

Antara tempat di alam cyber (sebenarnya ada banyak tak terkira) untuk estimate harga kamera, lensa dan aksessorinya dipasaran terpakai adalah seperti berikut:
http://paparissa.blogspot.com/ (now defunct)
http://www.mir.com.my/rb/photography/ftz/index.php
(The latter ni macam ruangan iklan kat surat khabar - nasihat penulis beli secara COD sebab penipu banyak).

Yang paling penting sekali sebagai beginner – bukan peralatan yang anda guna – tetapi adalah bagaimana (dalam fikiran kepala anda) anda membuat composition gambar yang anda akan ambil. Google “rule of thirds” dan “golden rule” dan pelajari bagaimana ianya diapplikasikan. Percayalah, secanggih manapun peralatan kamera anda jika anda tidak mempunyai imaginasi untuk membuat composition gambar, gambar-gambar anda akan kelihatan hambar.


Contoh gambar yang mematuhi "rule of thirds" - ehsan my cousin, Khairul Rizal Ramli, gambo diambil with his high end Nikon D300 (Now in 2013, not so high end)

Malulah… anda mungkin memiliki sebuah DSLR tetapi orang lain yang hanya memotret gambar menggunakan kamera compact dan kamera telefon dapat menghasilkan gambar yang lebih menarik dan memberikan impak yang lebih besar. Apa barang beli kamera canggih tapi tak reti nak gunakan kesemua feature yang ada. Ada juga yang penulis pernah jumpa, mamat ni memiliki model Nikon D700 atau D800 tapi hanya berupaya shoot gamba r dalam mode “Auto” dan “P” sahaja! Sesunguhnya, kamera yang baik untuk anda adalah kamera yang anda SEDANG MILIKI SEKARANG dan digunakan sepenuhnya tanpa mengira jenis/modelnya sama ada kamera DSLR, kamera telefon, kamera filem ataupun kamera saku. Jurugambar yang baik akan tetap dapat menghasilkan imej yang baik, walau apa jua jenis kamera yang digunakannya. Fahimtum? Eh... kome ni faham ke idak??


Sebuah artikel menarik mengenai kreativiti fotografi secara jujur - untuk membacanya sila klik pada imej untuk membesarkannya

Lagi satu contoh.. a pianist that can really play the piano, kome kasi la dia piano cikai macam mana pun.. for sure dia masih boleh bermain piano dengan baik dan boleh compensate apa jua not yang sumbang sebab piano out of tune... Nah.. berikan piano yang paling mahal dalam dunia pada mamat yg tak reti bermain piano.... hancus tak? Maka, analoginya, peralatan canggih tidak menjamin gambar yang dihasilkan cantik...

Sama aja kisahnya dengan kebanyakan pengguna telefon Blackberry (sama ada di Malaysia dan Indonesia – sama aje), tapi hanya reti nak bercakap, bersms dan ambil gambar aje tanpa menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan lain yang ada – just to show off yang dia banyak duit – bila ditanya nak guna feature yang ini macam mana – muka blank aje!

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan penulis, tapi pada hemat penulis, sebuah gambar digital yang mempunyai nilai artistik yang baik sewajarnya tidak perlu lagi diedit dan dimanipulasi menggunakan perisian Fotoshop dan sebagainya. Ianya boleh berdiri sendiri – dah semulajadi cantik. Manipulasi melalui perisian sewajarnya hanyalah pilihan tambahan dan sekiranya dilakukan, ianya diubah secara minima sahaja. Again, kepakaran m anipulasi digital menggunakan apajua perisian juga tidak menjamin imej akhir yang dihasilkan akan menjadi cantik.... sekiranya gambar yang diambil memang tak kena gaya, tak cukup pencahayaan atau dah memang macam s@aL! hahahahhahhhh!.. (jgn marah - aku dah cakap, kome yang tak nak dengor).

Hakikatnya perisian manipulasi sebenarnya berfungsi untuk touch-up sikit-sikit aje atau hanya salvage gambar cikai daripada terus tak dapat digunakan.

Contoh gambar cikai yang disalvage menggunakan perisian. Imej asal sebenarnya fail/reject sebab dah salah komposisi... macam tak percaya aje org dok puji kononnya cantik.. (hanya selepas dimanipulasi)

Memanglah hasil grafiknya cun, tapi keasliannya sebagai gambar yang dipotret telah tiada. Ianya masih berunsur seni dan bernilai tinggi, namun ianya tapi telah melangkau konsep asal yang kita mahukan iaitu fotografi yang asli.

For a start, pi tumpang sekaki banyak kelab fan forum fotografi yang ada dialam Cyber sama ada lokal atau tempatan. Kadangkala dianjurkan kelas atau gathering ramai-ramai. Those yang serious nak belajar boleh ikut serta kursus di Nikon Centre di Berjaya Times Square. Keahlian adalah percuma. Kelebihan Nikon Centre - hangpa pi la sendiri baru tau!!!

No comments: