Tuesday, August 24, 2010

Opah Chik meninggal dunia

Gambar Opah Chik yang dirakamkan penulis pada bulan Julai 2010

For those yang ambil aliran sastera more than 20 yrs ago, ini bukan footage kisah "Seorang Tua di Kaki Gunung" but actually some photos of Tok Chik yang diambil penulis sebelum & selepas jenazah Opah Chik disemadikan. Opah Chik menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Jumaat petang 20hb Ogos 2010 yang lalu di Teluk Intan Perak kerana sakit tua. Alfatihah untuk arwah Opah Chik, semoga ruhnya dicucuri rahmat. Penulis buat selamba dek aje merakamkan gambar-gambar semasa majlis tahlil ... sampai orang ingat tah mamat dari syarikat media cetak/elektronik manalah pulak nak datang ambil gambo. Bila ditanyakan soalan, senang aje penulis menjawabnya... kita dah la jarang jumpa, sekali sekali bersua pun belum tentu dapat peluang walaupun di Hari Raya.. nak tunggu kenduri kahwin atau kematian.. kalau ada gambo, kan elok boleh tunjukkan pada anak-anak yang sudah tidak lagi mengenal orang-orang tua kaum kerabat keluarga sendiri...

Tok Chik masa dia muda-muda dulu memang champion, mengikut khabar dari Abg E, ada dua org champion kat Kg Teluk Penadah dulu.. First - Tok Chik dan No 2 tak lain ayah penulis sendiri yang kononnya deme berdua boleh mendayung sampan dari Kg Banda ke pekan Teluk Intan pergi balik. Tah betul entah tidak, penulis tak tahulah.. tapi kalau ikut cakap Abg E, itulah sebabnya tangan ayah penulis macam tangan popeye! Itu baru cerita pasal champion mendayung, belum campur cerita siapa yang paling power berlawan makan sambal/cili api...

More than ten years ago, masa penulis masih menjadi pengamal undang-undang, Tok Chik pernah mengadukan bahawa tanah yang diterokainya dengan titik peluh kudrat tulang empat keratnya "ditindan" orang... penat dia membersihkan kawasan tersebut dan menebang balak tah berapa pemeluk, tapi bila dah bersih & bertanam, ada orang pejabat tanah nak sapu, kononnya nak ukur tanah & buatkan geran (sebenarnya depa nak pow tanah tu atas nama depa). Apa lagi, Tok Chik pun pergi ke Pejabat Tanah, nak jumpa Menteri Besor.. Ramli Ngah Talib... (mi, khabornya kamu kerje dengan pejabat peguam si Ramli tuh ... aku mintak tengok pelan & nak tahu siapa yang nak sapu tanah aku... so next time, kalau ada aje orang yang datang kononnya nak ukur tanah, Tok Chik dah siap asah parang...sampai berkilat-kilat... moh le kome ukor masuk tanah aku, siap le aku parang... kalau bab seni mempertahankan diri pulak Tok Chik ada ajar satu jurus... tah silat minang katanya...dia kata untuk kamu ni sebonornya satu jurus je dah cukup dan kalau dia boleh bangun lagi lepas tu, takde susah.. gunakanlah pulak gerak langkah seribu.... (lain macam je pesan Tok Chik...) tapi Alhamdulillah sampai ke hari ini penulis tak pernah menggunakan jurus yang Tok Chik ajor tu.. tapi menurut pengamatan Penulis, jurus Tok Chik ajar tu sebijik ada persamaan macam seni beladiri Krav Maga... kebetulan aje kot...

Inilah dia group sepupu sepapat yang sibuk berposing dgn Muqarrabin. Memang fotogenik deme ni.. masa gambo ni diambil, deme ni tengah mendapat pandangan penulis untuk beli kamera DSLR baru. Penulis dah survey camera yang dihajatkan... dan sampai 3 -4 org ahli keluarga yang berminat nak beli DSLR. Nak beli kena tengok budget.. an entry level Nikon DSLR D3000 with kit lens & 4GB memory card would now cost RM1700. Kalau nak bagus lagi kena aim for D90. Tapi budget kena lebih la... rasanya dalam RM2.5k dah boleh dapat body D90. Nantilah kalau free kita buat trip ramai-ramai & penulis akan tunjukkan lubuk lens second hand in KL & tempat murah beli accessory kamera.

2 comments:

chah said...

semoga roh opah chik dicucuri rahmat..

hafez j malim said...

salam Tuan,
maaf kerana tiba-tiba muncul di blog tuan. Ingin saya bertanya adakah tuan dari garis keturunan Allahyarham Haji Mat Amin Ibni Tok Ege atau Allahyarham Haji Yusoff Ibni Tok Ege? mereka berdua adalah penduduk asal Teluk Penadah dan Allahyarham Haji Yusuf adalah moyang saya. jika memang asal ayah dan datuk dari Teluk Penadah tidak mustahil kita bersaudara.