Macam ni la ye.. Februari 2010 yang lalu, ini saya & keluarga berpeluang menziarah tempat dilanda gempa di Pariaman, Sumatra Barat, mengagih-agihkan bantuan yang dikirim dari Malaysia dan menziarah rumah anak-anak yatim di sana yang mana aktivitinya dilakukan secara berkonvoi. Ianya merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Cadangan saya: tak perlulah kita pergi ke tempat yang jauh, cukup dalam Lembah Kelang - berkonvoi & berkelah secara santai menaiki kenderaan sendiri – anggota kerja PERKIS & ahli keluarga ikut bersama.
Aturcara bermula dengan berkumpul di SIRIM. Seorang yang tahu seelok belok tempat nak dituju kena jadi ketua trip. Kena lantik marshals supaya dapat menolong ahli yang ikut serta sekiranya mengalami masalah ditengah jalan. Start dengan tazkirah ringkas doa selamat dan penerangan trip kita adalah untuk aktiviti kebajikan den pendedahan kepada anak-anak.
Kita ziarah sekurang-kurangnya 5 - 6 tempat seperti rumah anak yatim, rumah orang tua (raikan mereka), melawat Maahad Tahfiz, Muzium Kesenian Islam in KL dll (memerlukan persediaan - recce dulu tempat-tempat yang ingin dilawati)
Makan tengah hari kita buat secara potluck – kita kongsi apa yg ada dimasak dan bawa dari rumah. Carilah mana-mana tempat sesuai kita makan bersama-sama. Masuk waktu solat, kita solat berjemaah bersama di masjid terdekat. Oleh yang demikian, aktiviti kita ini adalah:
1. Hemat belanja;
2. menghubungkan siraturahmi sesama anggota kerja;
3. Mendedahkan anak-anak kepada kerja-kerja amal dan kebajikan;
4. menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan;
5. memupuk semangat kekitaan & persaudaraan sesama muslim;
6. berpeluang berkelah bersama ahli keluarga.
Untuk aktiviti ini, kalau on - saya dengan sukarela volunteer untuk jadi paparazi bertauliah.
Amacam? Ok tak?
No comments:
Post a Comment