Isnin, Mac 07, 2011

Photos of loved ones = painkillers

Click on photo to read the above article

Nashwa & Muqarrabin

Muqarrabin & Ayah...

Sakinah's world

A photograph is mere image, a snapshot in time. Depending on the media on which it is recorded, may not last. On the contrary, an image of loved ones, retained in a person mind and held dear in the heart, is held therein forever.

Isnin, Februari 21, 2011

ATM Bank "telan" wang pelanggan

Alkisah, pada pagi Sabtu 19/02/2011, penulis dan isteri singgah di Tesco Shah Alam untuk mengeluarkan sejumlah wang dari ATM Bank R untuk digunakan membayar deposit kenderaan MPV terpakai jenama Toyota yang telah ditempah sebelum penulis berangkat mengerjakan fardu haji tahun lepas. Wang deposit diperlukan (walaupun sebenarnya tak perlu, kerana mekanik kami (berbangsa cina) amat mempercayai kejujuran penulis) sebab dah beberapa kali orang lain termasuk seorang haji juga berkenan nak "pow" MPV tersebut! Cara pembayaran yang akan dilaksanakan adalah secara pembayaran tunai/deraf bank. Khuatir barang yang dihajati kena sapu orang lain, maka apalah kiranya penulis ambil inisiatif keluar sikit deposit tanda setuju. Macam nak pergi meminang la pulak!

Kenderaan tersebut telah digantikan engin, gear box dan beberapa peralatan baru dan kini masih menunggu shipment dari Jepun untuk seats dan steering baru. Walaupun ianya merupakan model lama generasi pertama, Yap, mekanik kepercayaan kami memaklumkan bahawa alat gantinya relatif murah dan amat senang diperolehi.

"You angkatlah itu MPV dulu, bayar kemudian pun tak apa.... saya percaya awak, tak payah deposit tak apa" ujar Yap.

"Nanti orang lain potong que bayar deposit dulu... aku macam mana... malam susah mau tidur maaa..."

"Hei... ini kereta la... bukan awek" .. ditambah dengan hilai ketawa si Yap!

"You punya pasal saya boleh tunggu punya... kalau lain orang saya kena tengok dulu" ujar Yap dengan jujur.

"Terima kasih Yap, habis tiba-tiba kalau aku mati, tak sempat bayar macam mana?... kira free ke?" - Makin gamat Yap ketawa.

Iyelah... anak-anak penulis makin membesar, ruang tempat duduk kenderaan yang sedia ada adalah kecil, ditambah dengan ruang boot kereta yang dihuni tong gas CNG didalamnya! Pandu uji MPV tersebut berjalan lancar. Walapun model lama, ianya amat selesa dan memenuhi keperluan kami sekeluarga.

Kat mesin ATM - tekan punya tekan, maka keluarlah RM1500-00 dari ATM. Nak cukupkan RM3k sebagai deposit, maka penulis pun mengulangi transaksi pengeluaran RM1500-00 sekali lagi. Malang... kali ini setelah menunggu hampir 5 minit, transaksi pengeluaran seakan terhenti "system hang". Akhirnya kad ATM penulis dikeluarkan... slip transaksi tak keluar la pulak... duit pun takde... so nak tak nak kena check baki yang ada.... masuk balik kad ATM semata-mata nak memeriksa baki yang tinggal. ... confirm - wang RM1500-00 pengeluaran kali kedua yang tak keluar tu dah lesap dari jumlah baki yang sepatutnya. Maka dengan hati yang runsing, penulis dan isteri pun cuba menelefon helpdesk Bank R tersebut... tah berepa kali telefon - sama ada tak ada orang yang menjawab atau dijawab oleh mesin... akhirnya adalah suara seorang petugas lelaki berbangsa melayu menyatakan kes seperti ini perlu dilaporkan ke cawangan Bank R yang berhampiran. Ada borang yang perlu diisikan.

S: berapa lama agaknya saya boleh dapat balik duit saya yang tak keluar tu?
J: Abg jangan risau, selalunya dalam seminggu kami akan bank in balik....

S: Seminggu... lamanya! Kalau saya nak pakai duit lagi macam mana?
J: Tak apa, abg boleh pergi ke mana-mana ATM Bank R lain dan ubah had limit pengeluaran abg yang sedia ada dari RM3 ribu ke Rm5 ribu. Lepas tu abg boleh keluarkan baki yang ada.

S: Kalau saya terlupa atau tak buat laporan, apa akan terjadi?
J: Duit tu akan "floating" tak tahu kepada siapa nak dikembalikan....

Begitulah perbualan melalui telefon penulis dengan petugas berkenaan. Carian web di laman sesawang Bank R juga tidak memberikan apa-apa maklumat yang boleh membantu. Maka tiada pilihan lain selain ke pajabat Cawangan Bank R yang berhampiran.

Tengah hari tadi 21/02/2011, penulis ke cawangan Bank R di Seksyen 9 Shah Alam untuk membuat laporan. Dah siap isi borang, penulis bertanya kepada petugas di kaunter:

S: Berapa lama duit yang bank R dah tolak dari akaun saya akan dikembalikan?
J: Biasanya kalau pemilik akaun Bank R, paling cepat tiga minggu....

S: paling cepat.............TIGA MINGGU!!!!!!!!!! Apasal lama sangat???
J: Itu prosedur biasa encik. Nasib baik encik keluarkan wang akaun bank R dengan mesin ATM Bank R juga. Kalau encik pengguna MEPS, paling cepat 4 minggu!!!!

Penulis cuma menggelengkan kepada.... ku lihat seorang wanita india yang menghadapi masalah yang sama dengan penulis terus duduk terjelepok di atas lantai apabila mendengar penjelasan yang diberikan. Agak penulis, dia memerlukan wang untuk suatu kes kecemasan.... ke manakah dia akan pergi untuk menampung keperluannya itu sementara menunggu paling cepat sebulan lebih...hish.... takkan terpaksa jumpa "Along Bukit Beruntung"???



Hakikatnya :
Syukur penulis panjatkan kepada Illahi kerana-
1. Bukan semua orang mempunyai kemudahan simpanan wang dalam beberapa buah bank seperti penulis.
2. Bukan semua orang boleh dengan mudah mengubah had pengeluaran harian kepada jumlah yang lebih tinggi - ianya bergantung kepada baki akaun yang masih ada.

Menunggu 4 minggu atau sebulan lamanya untuk mendapat kembali wang akibat system error Bank R di zaman Internet yang serba canggih dan pantas ini adalah tidak dapat diterima.

Penulis pernah terlibat dengan rancangan penstrukturan semula beberapa buah bank.... dalam kes sebegini jika dibandingkan dengan Bank M, jangkamasa pengemaskinian akaun adalah 3 hari, sementara Bank C adalah seminggu lamanya.

Keputusan:

Penulis tiada pilihan lain selain dari menutup akaun Bank R dan memindahkan simpanan ke bank lain!

Jumaat, Februari 18, 2011

Photoshoot February 2011

Time to reflect... & reflections.
Location - 5 km away from Lembah Anai waterfall, Sumatra Barat

A rare shot - Kantor Walikota Bukittinggi in good weather. Normally its either gloomy or washed out sky!

Jam Gadang Bukittinggi at night. Fact: believe it or not - it is recorded that the watch tower's main engine is actually a twin sister of the famous Big Ben in London.

A signboard is a signboard.... is a signboard.... is a signboard...
one may notice it....but none shall take heed.
Location : Petaling Street.

I took this shot at Putrajaya during Macro photography class by the humble sifu Cikgu Shark
(Sharkawi Che Din).
Google his name and you will be rewarded with great photographs!

Rabu, Disember 29, 2010

Tentatif Program lawatan ke Padang-Bukittinggi-Pariaman 2011

Various type of air guns for sale... takleh bawa balik ke Malaysia!

Namanya saja Restoran Sederhana... all you can eat, dah makan bayorlah sendiri ya!

Those yang tak fit, tak payahlah naik jenjang 40 ni...

Kita serupa... kita serupa.. (Lagu Headwind)

Home delivery bisa di atur.. jangan dok kat hotel aje..

Untuk para peserta lawatan - dicadangkan agar do your "homework". Tak susah homeworknya ... hehehe... beg, borrow or steal (acah aje) a copy of "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" a novel Karya HAMKA. Kosnya kalau jilid nipis paling mahal Rm15-00. Tapi kalau jilid moden - sama macam harga buku novel masa kini. Silap haribulan anda akan merasa sukar untuk meletakkan novel tersebut dan ingin terus membacanya sampai selesai dan akan timbul keinginan untuk mengenali dengan lebih dekat bumi minang dan sejarahnya. Bagi sesiapa yang pernah membaca "Drakula" yang ditulis oleh Bram Stoker, anda akan mengerti sendiri kenapa ianya best - jalan ceritanya disulami dengan surat dan balasan kepada surat tersebut seolah-olah anda sebagai pembaca juga berada dalam zaman berlakunya kisah yang dibaca. Sangat interaktif.

Bagi sesiapa yang tak berminat nak mengikut saranan penulis, takpe! Sinopsis ringkasnya ada di link ini. Tapi percayalah, baik baca novenya!!!

Semasa di Padang nanti anda akan melalui Jambatan Siti Nurbaya. Kisah ringkas mengenai Siti Nurbaya ada di link ini.

Berikut adalah program tentatif untuk program lawatan ke Padang 2010. Penerangan secara terperinci akan dimaklumkan semasa majlis kenduri yang akan diadakan di TTDI tidak lama lagi.

Those yang belum menjelaskan bayaran lawatan dan/atau belum menyerahkan butiran dokumen perjalanan, sila berbuat demikian kepada Suriani/Adlan pada kadar segera!

Hari pertama 3 Febuari 2011

5:30 – 6:00 AM : Berkumpul di LCCT - Solat Subuh berjemaah di Surau LCCT
6:00 – 7:00 AM : Check in
7:00 – 7:30 AM : Masuk ke balai berlepas
7:50 AM : Pesawat berlepas ke Padang
8:00 AM (Waktu Indonesia Barat) : tiba di Bandaraya Udara Minangkabau
8:45 AM : Keluar dari airport
9:15 AM : Sarapan pagi di Restoran Lamunan Ombak
10:00 AM : Bersiar-siar di Kota Padang, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang (telur penyu)
11:30 AM : Bertolak ke Bukittinggi
12:30 PM : Air Terjun Lembah Anai
1: 00 PM : Makan tengahari & Solat di Restoran Pak Datuk
2:00 PM : Melawat Kerajinan Ukiran Pandai Sikek
3:00 PM : Perjalanan ke Bukittinggi
4:00 PM : Menikmati Pemandangan Ngarai Sianok
5:00 PM : Check In Hotel Pusako, Bukit Tinggi
7:30 PM : Makan malam di Restoran Sederhana
8:30 PM : Rehat & aktiviti bebas


Hari kedua 4 Febuari 2011

6:30 – 7:30 AM : Sarapan pagi
7:30 – 8:00 AM : Perjalanan ke Koto Gadang
8:00 – 8:30 AM : Kerajinan Ukiran Perak di Koto Gadang
8:30 – 9:30 AM : Perjalanan ke Ambun Pagi
9:30 – 10:00 AM : Di Ambun Pagi
10:00 – 10-30 AM : Perjalanan ke Rumah Hamka dan Danau Maninjau
10:30 – 11:00 AM : Di Rumah Hamka
11:00 – 12:30 PM : Perjalanan balik ke Bukittinggi
12:30 – 1:00 PM : Makan Tengahari & Solat
1: 00 – 4:00 PM : Shopping di Pasar Borong Aur Kuning - Pasar Atas, Bukittinggi
4:00 PM : Balik ke Hotel
5:30 PM – 6:30 PM : Ziarah dan Makan Malam di rumah nenek K. Neny di Parit Antang
6: 30 PM : Balik Hotel - Rehat dan aktiviti bebas

Hari ketiga 5 Febuari 2011

6:30 – 7 : 30 AM : Sarapan
7:30 – 8:00 AM : Perjalanan ke Pusat Sulaman Hajjah Rosmah
8:00 – 8:45 AM : di Pusat Sulaman Hajjah Rosmah
8:45 – 9:30 AM : Bertolak ke Tabek Patah (kopi)
9:30 – 10:00 AM : Tabek Patah (minum pagi)
10:00 – 11:30 AM : Pagar Ruyung
11:30 AM - Istana Lindung Bulan
12:30 PM - Istana Besar Pagar Ruyung
12:30 – 1:30 PM : Perjalanan ke Danau Singkarak
1:30 – 2:00 PM : Pasar Umbilin Singkarak -ikan kering,keropok,markisa
2:00 – 3:00 PM : Perjalanan ke Padang Panjang
3:00 – 3:30 PM : Makan Satay Minang
3:30 – 4:30 Pm : Perjalanan ke Pariaman
4:30 PM : Check –in Hotel Pariaman


Hari keempat 6 Febuari 2011

8:00 AM : Sarapan - Mandi bersiar-siar di pantai
9:30 AM : Balik hotel dan bersiap
10:30 AM : Majlis Walimah ustaz Firdaus Sulaiman - Nurmayamin
3:00 PM : Bertolak untuk ziarah ke Rumah Anak Yatim
3:30 PM : melawat tempat pembuatan telekong & sulaman
5:00 PM : balik ke hotel untuk berkemas untuk balik ke Malaysia
7:30 PM : Makan malam

Hari kelima 7 Febuari 2011

6:00 AM : bertolak ke Bandaraya Udara Minangkabau untuk pulang ke Malaysia

Selasa, Disember 28, 2010

Trip to Padang 2011 & on PDAs of sorts

A river runs through it

Mr Horse : Memang kepala hotak aku berjambul!

Green with envy

Kalau nak haggle start at 50% of the displayed price

Dataran Tinggi Minang is surrounded by three volcanoes

Ketika kami menjamu selera (aku menjamu keluarga Ustaz Firdaus dirumahku di Sec 13, Shah Alam beberapa purnama yang lalu) satu pertanyaan terpacul dari mulut Al-Ustaz "Along, bila kita nak buat majlis di Padang?" .. huh... nak buat tahun ni juga ke? Ingatkan depa nak tunggu bulan Februari tahun depan...in conjunction with Tahun Baru Cina.. banyak sikit cutinya... .. so macam mana ye?

Nak pi or tak pi? Nantilah kita work things out. Teringat kat gang telur-telur penyu yang menunggu untuk dibaham dengan lazatnya kat sana... bestnya! Tapi now that ada a real Ustaz dalam keluarga ini, doakanlah kami sekeluarga makin ligat & focus mendekatkan diri dgn masjid dan ikut aktiviti yang berfaedah. Dok sorang-sorang kepala ingat benda-benda lain. I am ever willing to create and maintain a blog for the good Ustaz, kalau dia nak la. Saja nak tumpang pahala.

(More about the Padang Trip for year 2011 in my next posting. So far we managed to rope in around 52 confirmed participants. Tourist area tang mana depa nak serang this February 2011? For me and my family, we already booked our tickets for a 10 days long holiday and our flight would be on the 29th january... maka Insya Allah, dapatlah our new addition - Muqarrabin finally jumpa dengan his moyang.

A couple of months ago, sebelum aku bertolak ke Makkah, I bought myself and my wife new PDAs... not the latest in the market but with a good 3G connectivity features - untuk menggantikan the old but gold, pda yang telah berkhidmat dengan cemerlang begitu lama. Model HTC Dual Touch with Windows Mobile 6.1 as the operating system - not the latest in the market but the technology dah matured - takdelah banyak bugs in the system and applications. Neither of us berminat dengan Blackberry. The staff (Bro Nazri) memang terkejut badak bila aku nak angkat 2 sekali. I Explained to him that I am a self taught expert in windows mobile apps and showed him my trusted DOPOD 838Pro with all the hacked apps therein. For less than RM1K dapat 2 pdas... apa da depa ni suka sangat the latest models (OS baru masih tak stable lagi). Actually there are so many apps for Pocket PC yg sangat berguna... if you are always on the move and malas nak lug the notebook ke mana-mana. The model that we bought are not equipped with wifi connectivity nor that it came equipped with an internal gps - tapi takpe, we already have an external bluetooth gps yg masih berfungsi dengan baik. Herewith are the list of important apps (to me) installed on my ppc.

Pocket Islam - ada azan mengingatkan masuk waktu solat. Ada AlQuran digital berserta tafsir (standard installation would be in english but kalau nak tambah ada versi bahasa Melayu) and e-book hadith (unfortunately the Pocket Hadith is all in arabic, aku hanya memahami sikit-sikit.. nak kena refer kamus gak). Another good application dalam tu, dia boleh calculate bila full moon - untuk kaki pancing berguna untuk mengetahui dengan tepat bila air laut pasang penuh & untuk suri rumah - bila tarikh yang sesuai nak beli ketam yg isi dalamnya penuh. The developer of this application telah mewakafkan program ini untuk kegunaan Ummat Islam sedunia. So its free download. So google aje "Pocket Islam". Dinasihati kome download dari official source sahaja. Apps ni sangat berjasa di Tanah Suci... boleh agak bila masa yang baik nak bergerak ke Masjid hari hotel tanpa merujuk kepada Channel Live yang dipancarkan dari Iqra' TV.

Lexisgoo - dictionary english yang power. Tak payah lagi nak bawa dictionary buku yang tebal around. Kalau anda kerja loyar, amat penting supaya tak tersalah draft agreement!

GPS software - yg aku paling suka would be IGO My Way.. tapi the Malaysian Map yg aku ada tak update. So for the time being I would rely on Mapking - the best part - Mapking selalu ada update. Its free - wakaf dari para pengguna gps di Malaysia yang sukarela memberikan Point of interest (POI) terbaru.

Photo Viewer Pro - untuk showcase all the photos that I took - main slideshow. Rasanya developernya adalad RESCO. With this Apps, I updated friends on Facebook with amazing photos of Makkah & Madinah.

Walaupun dalam PPC ni dah ada Pocket Office, aku masih install "Textmaker" sebagai alternatif for word processing. Kekadang tu word document yg diimport dari my office PC takleh nak open dalam Pocket Word or kes yang paling selalu - formatting dia jauh lari. Tapi kalau ada Textmaker... takde masalah langsung. I am a registered beta tester for Textmaker.. sebulan sekali the developer akan hantar new upgrades via email untuk ditest. Memang pada tanggapan aku Textmaker dari segi ease of use, lebih jauh meninggalkan Microsloth Pocket Office! Percaya atau tidak, entry blog ini aku tulis menggunakan ppc aku! Ada lah juga beberapa agreement yg aku deraf menggunakan ppc ini!

Now with Facebook zero..from DiGi, bolehlah me and my wife stay connected to Facebook, update status for FREE (unless nak tengok gambar-gambar). In any event, commencing from the year 2010 & tah sampai bila... gomen kasi tax rebate RM600 setahun untuk line internet.

The Voice recorder feature memang useful utk record meetings & the technology dah improve by leaps and bounds with good sound clarity. So you guys yg cakap berbelit-belit dalam meeting please beware! Format rakaman adalah *.amr dengan fail audio sebesar 1.7 meg - tak sure sama ada boleh main kat pc biasa. Kalau nak dengar kat pc biasa memerlukan conversion ke format mp3 - tapi hasilnya dekat 17 meg!. May need a conversion software to kecilkan file yang terhasil.

Banyak lagi apps yg menarik... in my old pda masih tersedia apps on ubat-ubat moden, kesan penggunaan & cara nak guna. Bukannya aku nak jadi pharmacist, tapi at least aku dapat check tak ubat apa jadahnya yang dr hospital kasi to my parents.. and myself included. Ada beberapa kali ayah mengadu ubay yg dr hospital kasi menyebabkan kaki dia bengkak etc... so a quick check with my pda.. confirm dr dah kasi terlebih dose or memang ubat tu kesan sampingannya banyak. So, my old pda tak boleh nak retire lagi. masih berfungsi elok, albeit with many battle scars akibat tah berapa banyak kali jatuh (termasuh jatuh tangga). Likewise for the trusted O2 Mini milik my wife - yang ini lagi power.. pernah masuk berenang swimming pool in Wetworld Shah Alam! I had to play doctor - to get rid of the malfunctioned battery yg dah short and nak keringkan the electronic internals of the pocket pc. Adalah dekat 5-6 hari O2 mini tu aku pomen. Beli batteri baru ... reset balik, reinstalled all apps & it worked just like new... cuma the screen aje ada smudged ... tah air swimming pool tu banyak klorin gamaknya . Garam klorin yg terhablur macam bintang-bintang on the pda screen! oh ya.. tip untuk keringkan handphone or any electronic gadget yg masuk air - simpat dalam plastik berisi... beras! Beras acts as a natural dessicant. Biarkan 3-4 hari... tak perlu beli "Thirsty Hippo".

Sesiapa yang berkenan nak beli PDA yg reasonably priced, pls contact Bro Nazri kat PDA Expert @ Sunway Piraun. He is the only malay chap yg kerja situ - his HP 0123846267. Just say, Bro Helmi of [name of my work place] yg beli 2 pda ari tu, reffered you guys to him!

Rabu, Disember 22, 2010

On Asthma, allergies and demonstrasi produk

Look carefully... ada perbezaan ketara di antara dust mite droppings dgn habuk biasa!

Water as the main filter media working in combination with high efficiency particulate air (HEPA) filter. With water as the main filter media, the HEPA filter's job has been greatly reduced. Tak perlu tukar the HEPA filter for years and years and years. Some other product uses several layers of HEPA filters... and the costs of owning such a product jadi teramat mahal due to extensive maintenence!

I asked the salesperson to clean and sanitise our largest teddy bear... it weights more than 7 kgs... and it is larger in size than my 6 year old daughter

Just look at the turbo suction power ....if other teddy bears yg kami ada jadi macam ni, aku tak terkejut, but our big bear yg memang rigid ni pun jadi kempis!!! (Actually, I was planning to bantai her.... sebab mula-mula lagi dia sendiri terkejut that we have a teddy bear this size, so I argued with her, kalau tak nak try bersihkan yang ini, ada lagi satu yang lebih besar - actually aku gertak dia aje) Note : While cleaning, all the plush toys are being deodorized with a pleasant long lasting aroma.

Dust mites dan kaum kerabatnya yang disedut in less then 2 minutes oleh this product. Try this with a vacuum cleaner, you'll only cause them to be suspended in the air for hours due to the filter not being efficient.

I would like to make it clear from the start - I do not usually endorse a product. Jauh sekali-kali, melainkan sekiranya produk itu memang luar biasa kesan dan/atau kegunaannya. Begitu juga dengan promosi apa-apa produk oleh jurujual yang datang dari rumah ke rumah.... I would normally be my usual self – hardly impressed with apa jua barangan yang depa nak jual. Sedangkan nak beli equipment atau accessories yang berkaitan dengan minat ku dibidang fotografi pun tah berpuluh kali fikir – adakah ini satu keperluan? (to me photography is a very subjective matter – I do not subscribe to the idea that by upgrading to new and "better" gears with lots of new features would definitely turn you into a better photographer. To me photography is an avenue to be creative within the limitations set by your camera as one can have the best photographic equipment, but still be a lousy photographer (secara umumnya, a photographic equipment user) Creativity is lost indeed).


Berbalik kepada isu promosi barangan... baru-baru ini aku didatangai oleh seorang jurujual. Barangan yang ditawarkan... baiklah.. memang sebenarnya aku cari-cari selama ini. Aku buat bodoh aje masa mendengar penjelasan yang diberikan. Kesemua fakta mengenainya memang sedari dulu lagi dah lama dalam pengetahuan aku... hanya menunggu masa nak "tembak" jurujual tu sekiranya dia buat statement yang salah or exeggerate performance barangan yang dia nak promote tu (Nota: zaman cuti semenster university days penulis dulu aku pernah berkerja part time sebagai casual worker di Jaya Jusco TTDI (now depa dah pindah ke Bandar Utama)... bertugas di bahagian jualan electical goods. The pay is not great & sesaja je cari pengalaman.


Antara kerja utama aku selain menyusun barangan adalah test barangan untuk pelanggan. (bab yang palig aku tak gemor dan cukup seksa – kena punggah & angkat peti ais / mesin basuh dari loading bay ke tingkat 3 untuk display. Months later due to the stress and agony of doing these chores had severely contributed to my health problems) Bab yang aku paling minat sekali – test barang! Habis segala blender, mixer, vacuum cleaner, oven, stove, stereka, cerek, fryer, dryer, mesin basuh, kipas dan lain-lain perkakas elektrik dari berbagai jenama aku dah test. Boss kata the customer is always right, so untuk memenuhi harapan pelanggan, memang aku test gila-gila. Sampai meletup dan hangit terbakar pun ada. Dari pengalaman tersebut, tahulah aku bahawa barangan buatan Malaysia walau brand cikai dan tak terkenal sekalipun mempunyai kualiti dan toleransi yang tinggi. Ada gak brand dari luar negara, belum apa-apa dah kena pulangkan kepada supplier – rosak, part yang patah dan yang paling kelakar sekali part yg patut ada dalam kotak - bila dah customer bawak balik rumah, baru depa sedar part tu takde!!! Kepuasan utama semasa tu ialah bila melihat all the smiles dari customer yang berpuas hati dengan barangan yang mereka beli.


Balik kepada si jurujual. Nasib baik dia tak kelentong aku... kalau tidak memang nahas!. Barangan yang kini berpindahmilik menjadi milik ku sebenarnya amat kami diperlukan untuk kesihatan seisi keluarga. The product is a multipurpose air cleaner – yang paling efficient sekali dalam pasaran sekarang. Penapis utamanya adalah air dan peralatan ini menggunakan elektrik pada jumlah wattage yang amat rendah. In my previous posting, ada aku paparkan kisah my eldest daughter, with oxygen mask dalam ward di Darul Ehsan Medical Center, akibat serangan asthma. Setakat ini dah banyak kali kami (termasuk aku sendiri) berulang ke klinik untuk mengambil ubat sehinggalah aku sendiri terpaksa mengeluarkan modal untuk membeli mesin nebuliser (ubat ambik kat DEMC) dan juga stethoscope. Kengkadang tu bila anak-anak aku bercuti ke rumah opah mereka, tetiba kena sakit lelah, aku akan berkejar ke TTDI dengan peralatan yang ada – huh... komen ayah... aku ni dah jadi macam Dr on call yang tak bertauliah!!!!Aku juga turut memiliki sebuah mesin air cleaner didalam rumah.... yang asecara jujur, ku tak nampak keberkesanannya....

Dah bermacam-macam ubat untuk Asthma dan allergi yang kami cuba. Dari perubatan moden sehinggalah perubatan tradisional... kalau ke sesiapa ke Makkah tu dulu memang wajib pi beli hati unta... tapi putus aje bekalan, sakit datang balik. Ada yang suruh makan hati tupai.. hati kelawar... hati cicak kubing... huh.. tak selera betul. Yang paling mujarab yang pernah aku cuba - sarang burung walit - tapi harganya... would cost you an arm and a leg.. baik memang baik...(masa jadi lawyer & buat marketing pada klien dulu selalu gak order sup sarang burung ni) tapi masuk aje musim jerubu... sakit la balik... Masalah sukar bernafas senang sikit nak handle – yang payah nak mengubat adalah allergi kulit!!!! Memang ianya menjadi masalah besar ni... sebab budak-budak semasa tidur akan menggaru-garu... tubuh badan sendiri yang hancur tanpa disedari.....

Pada hemat penulis, ubat penawar yang murah dan paling mujarab untuk masalah pernafasan adalah minyak Habbatus Sauda... yang di perolehi dari saudara-mara yang pulang dari tanah suci Makkah. Cara yang aku gunakan, in addition to sabultamol vial aku tambah 2-3 titik miyak habbatus sauda dalam nebulizer & sedut titisannya. Budak-budak tak berapa suka... kena pujuk depa supaya bersabar.... sebab rasanya sedikit pedas! Tapi keberkesanannya cepat.

Jamilah pernah dimasukkan ke dalam ward di Hospital University, PJ kerana masalah kesihatan yang sama. Bukan sahaja Jamilah, Husna pun nyaris-nyaris masuk ward sekali..... the damage... sekali masuk ward dalam RM7.5k! Demam kita dibuatnya. Heatlh is wealth. Maka kami selama ini mengikut nasihat saranan pakar perubatan, tak diperbolehkan dibentang apa jua permaidani di teratak kecil kami. Kucing, arnab atau apa binatang peliharaan walau cute mana sekalipun tak boleh dibela... harap-harap selepas ini, anak-anak ku dapat menikmati kehidupan yang sihat dan selesa dan bebas dari habuk dan jerebu durjana ujian kepada manusia. Masih teringat aku pada kisah zaman lampau, adik-adikku kesemuanya ke sekolah, namun aku terbaring di rumah – cuti sakit! Kalaulah cuti sakit tu boleh buat macam-macam aktiviti yang menyeronokkan lainlah ceritanya........

Those yang berminat nak demo produk tu, (pada hemat aku yang memang kaki sceptical ni, memang bagus dan berkualiti) untuk first time its free of charge & depa akan bersihkan perkakas dalam yr bedroom. Tak beli pun takpe tak jadi masalah, you still get your room cleaned... bersih sampai berlonggok-longgok hama dan suku-sakatnya dapat dikumpulkan dan dibuang. Warna habuk dari hama ni pun berbeza sungguh.Some of my friends will be contacted by the sales person. Manalah tahu korang berminat nak try. Try dulu sebelum beli and they have a simple way to re-coope your costs purchasing the apparatus. Kalau tak salah aku IJN memang gunakan peralatan ni. Likewise for many hotels - kalau tidak jenuh depa nak kena tanggung kos untuk bersihkan tilam, langsir & udara dalam bilik hotel. Kalau anda berminat, pls drop me an email. Selama ni aku lebih banyak cuba mengubat Asthma & allergies.... now the focus is more on prevention.

Update : Hanya jauhari yang mengenal manikam. At as this update, our good friend Dr Norazah Abd Ghani and her husband (surgeon) were really impressed with the product and immediately bought a set, less than 3 days we bought ours. Depa tu doctors, aku hanyalah a scrupulous equipment tester yang super ganas, equipped with extensive knowledge of consumer law and consumer protection and working with ...... ehem..ehem...heheheh Kalau depa tipu, they got the wrong person.

Sabtu, November 06, 2010

Disturbing news


I read a really disturbing FB posting.

"Aku happy sangat dapat sakit kan hati BF aku gile-gile punya sakit arghh~
HaHaHa, puas hati aku dapat hancur kan hidup seluruh keluarga kau and negok kau hidup sengsara dalam tangan aku Bodoh!!

*Itu kan (name deleted) Yg U Nak".
23 minutes ago · 3 Comments · Like
2 people like this.

Komen penulis : Irhamu man fil ardu yarhamukum man fis sama' (Berbelas-kasihanlah kamu kepada mereka yang ada dimuka bumi, mudah-mudahan mereka yang ada dilangit akan berbelas-kasihan kepada kamu - Mafhum Hadis Nabi S.A.W.)

The writer, live from Makkah Al-Mukarramah.

Jumaat, November 05, 2010

Mengejar Maghfirah

Aku menulis melalui pocket pc line Mobily
Bernilai 40 Riyal. Keadaan di Masjidilharam kian sesak dengan orang memenuhi ruang sementara menunggu masuk waktu Solat Zuhur dan seterusnya Solat Jumaat.

Alhamdulillah...baru semalam aku berjaya menjalankan kewajipan membantu menolak ayah yang berkerusi roda untuk menyempurnakan tawaf dan Saie.Bayangkan jarak perjalanan yang kami harus tempohi untuk ke masjid dari hotel. Oh ya....kami melaksanaan tawaf di tingkat 1 dalam kawasan masjid!

Till next time
zaws
Makkah Al Mukarramah

Sabtu, Oktober 23, 2010

Keberangkatan ke Tanah Suci Makkah

Asssalamualaikum wrt wbt

Kepada para sahabat, rakan taulan, abang-adik-kakak, saudara-mara yang mengenali diri ini (tak lupa juga kepada pengunjung blog yang serba sederhana ini), saya dengan rendah hati memohon keampunan, maaf zahir dan batin. Insya Allah, saya akan berangkat menunaikan fardu haji pagi Isnin 25.10.10 ini. Doakan agar insan kerdil ini dan semua para jemaah ummat Islam yang turut sama berada di Tanah Suci dikurniakan maghfirah keampunan dari segala dosa, diperkenankan segala doa (dan kiriman doa), memperolehi haji yang mabrur, dilapangkan dada, dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, bertambah keimanan serta ketakwaan, bila kembali pulang kekal istiqamah dalam menjalankan suruhan dan ibadah kepada Allah dan dapat berbakti kepada masyarakat, memperoleh sakinah, aman dan bahagia bersama keluarga, dijauhi dari keresahan, diterima segala amalan, dianugerahi sifat sabar dan syukur atas segala nikmat, mati atas dasar La Ilaha Illalah, sempurna Islamnya dan mendapat Khusnul Khatimah, ditutup segala keaiban dan mendapat naungan semasa di Mahsyar, mendapat syafaat dari Penghulu segala Nabi, diberi minum dari AlKautar, menerima suratan amalan dari sebelah kanan, dipermudahkan hisab, dijauhkan dari Neraka dan segala azabnya, masuk dalam golongan Muqarrabin, selamat melintasi sirat, dimasukkan ke dalam Jannah dan diberi nikmat berpeluang melihat ALLAH.

Ingatlah ku dalam doa dan permohonan kalian. Amin Ya Allah. Wassalam.

Ahad, Oktober 17, 2010

Golden Half untuk ke Makkah

Blok 3, SIRIM Berhad

Frame it with leaves!


Photos taken with the Golden Half, a toy camera made mostly out of plastic. These were taken using Kodak ISO400 film (that comes FOC with the camera) developed and scanned at the photoprinter- Location SunPhoto SS2, PJ. Costs involved for developing and scanning directly from the film's negatives - RM15.00. Normally it would only cost you RM12-00. The extra RM3-00 was additional since I was using a half frame camera which doubles the exposures i.e. from a 24 exposure film to 48. In my case, for my first roll of film, I managed to get 52 exposures. (Hint: film SLR (full frame) in the secondhand market now costs next to nothing, and scanning technology getting even better than ever, this is definitely a revival of the film media - so there is no urgency at all to upgrade to full frame DSLR).

Lesson to be learned - a cheap camera does not mean that it is not good. If you still get lousy images, its the camera user that is to be blamed!

The price for the Golden Half is RM190-00. It is supposed to be a lomo camera...and it gives blurry images at its edges due to the imperfection of the plastic lens but I think it is too perfect to be in that category. All photos would need to be taken in bright conditions. Thanks to Adrian of the Click Shop for his speedy help in processing my order. This lame camera will accompany me to Makkah. With more than 5 million people performing the haj this year, I would not want to bring my precious DSLR along. Takut hilang focus untuk nak beribadat nanti!

Isnin, Oktober 04, 2010

Jemputan Menjadi tetamu Allah

Surat tawaran telah kuterima dan ku balas melalui 2 media dalam jangkamasa tempoh untuk menjawab iaitu melalui:
1. faksimili; dan
2. e-mail berserta imbasan helaian jawapan yang telah sempurna diisikan;
dan pada setiap kali dokumen jawapan dihantar melalui faks, aku memastikan bahawa terdapat pengesahan ianya telah selamat diterima oleh pihak Tabung Haji (TH) melalui telefon kepada pihak TH.

Namun aku amat berdukacita kerana kemudiannya aku mendapat panggilan telefon dari pihak TH bahawa mereka kononnya
1. aku tidak menjawab tawaran dalam tempoh masa yang ditetapkan;
2. faks yang dihantar sebelum itu telah hilang/tersalah letak & tidak dapat dijumpai sama sekali.
3. Email yang aku hantar hanya boleh dibuka mukasurat 1 sahaja, kononnya mukasurat lainnya hilang secara yang amat misteri!

Oleh itu, aku diminta oleh pihak TH untuk membuat "RAYUAN" agar aku dibolehkan menjawab dalam diluar jangkamasa! Pelik betul. Setelah diamati, didapati bahawa imbasan dokumen tersebut tidak dibuka dengan cara yang sepatutnya. Memang la patut hangpa dapat tengok mukasurat pertama aje - tekanlah butang untuk melihat paparan mukasurat berikutnya! Haru biru blues betul!

Hari berganti hari ...aku tidak mendapat apa-apa jawapan, sedangkan aku adalah waris yang akan menjadi pengiring ayah yang telah disahkan tarikh penerbangannya! Tanpa aku sebagai pengiring, ayah akan mengalami kesulitan. Amat tidak masuk akal sama sekali. Mahu tak mahu atas desakan ayan yang bimbang dengan perkembangan yang tak memberansangkan ini mengesa aku ke HQ TH di KL untuk mendapatkan maklumat lanjut. Alangkah terkejutnya apabila didapati bahawa tiada apa-apa tindakan yang telah diambil oleh pihak TH untuk menyelesaikan perkara ini dan nama aku masih tidak disenaraikan sama sekali. Semuanya adalah lip service semata-mata dan HQ TH tidak tahu menahu kerana rupa-rupanya call/faks centre terletak di Taman Tun Dr Ismail dan maklumat tidak sampai ke HQ TH!

Maka dengan susah payah ayah yang seringkali mengadap TH Uptown mengadukan masalah kami, maka aku diarahkan untuk turut serta Kursus Haji Perdana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Sabtu yang baru ini aku dan ayah sekali lagi berkunjung ke TH, kali ini untuk mengambil bag dan peralatan yang didermakan oleh badan korporat.

Setelah beratur hampir 40 minit, giliran ku pun tiba, dikhabarkan bahawa sistem untuk check senarai jemaah haji tak boleh diakses pada hari Sabtu/Ahad sebab sistem "down". Kena datang hari lain!. Jawapan ajaib ini membuatkan aku yang saban waktu diamanahkan untuk meneliti perjanjian penyelenggaraan IT berfikir : biasanya sistem tidak akan shut down terutama sekali masa kritikal seperti sekarang ini. (Ok takpe, aku bersangka baik... strike 1)

Maka aku serahkan passport kepada hamba Allah yang mengendalikan kaunter dan dinyatakan bahawa serahan passport, bukan di kaunter ini - encik kena pergi kaunter sebelah sana (wing kanan)... baiklah... kami pun berpecah, aku naik ke tingkat atas (rasanya tingkat 17) untuk mengambil bag sementara ayah yang terdengkot-dengkot bertongkat ke wing sebelah mengambil nombor untuk urusan serahan passport untuk tujuan membuat Visa Haji. Sampai sahaja ditingkat atas, setelah mengambil beg, aku melihat ramai ummat manusia beratur... apa hal ni?... oh untuk suntikan optional - H1N1 dan tah apa lagi tah... kosnya RM150-00 jelas seorang pegawai yang sibuk mengira wang dan menampal pelekat immunisasi pada kad kesihatan para bakal jemaah sambil duduk dengan selesa dikerusi empuk. Baiklah... cuma RM150-00 dan aku terus sahaja membuat bayaran. Permerhatian aku - rata-rata kesemua bakal jemaah adalah orang yang telah lanjut usia. Tiada sebarang kerusi disediakan. Ada bakal jemaah yang beratur sekejap duduk diatas lantai, sekejap bangun untuk ke bahagian depan... masing-masing menceritakan pengalaman mereka untuk sampai ke tahap ini. (Takpe aku masih bersangka baik.... strike 2)...

Dalam tak sampai 10 minit aku beratur, datang pula seorang hamba Allah mengedarkan risalah... apa la pulak ... oh tawaran penghantaran air zam-zam ker rumah pada harga RM135 setong 10 liter! Dah murah sangat dah ni bang, kata budak yang mengedarkan risalah. Setahu aku, kat Malaysia ni memang dah ada gudang menyinpan air zam-zam. Kalau nak kome pergilah ke restoran Nasi Arab di TTDI Jaya, Shah Alam - ada risalahnya disitu, siap ada no telefon hamba Allah yang memberikan pekhidmatan tersebut. kalau nak orde aje - RM90 untuk 1 tong yang berisi 10 liter. Otak business betul depa ni - sama juga dengan ruang legar ditingkat bawah TH Perdana... nak lalu pun sempit dengan barangan keperluan jemaah haji. Heran. (fikir punya fikir... Takpe sabar...aku masih bersangka baik.... strike 3)

Setelah selesai mendapatkan suntikan, aku pun turun dan mendapati bahawa giliran ku baru sahaja dipanggil dan kami mendapati kaunter tersebut memang tidak ada urusan penyerahan passpot! Dari dahulu lagi tak pernah urusan pasport dilakukan dibahagian ini, ini kerja wing sebelah sana jelas pegawai yang bertugas. Berubah wajah ayah... dengan keadaannya yang bertongkat dan berjalan terdengkot-dengkot ayah menggagahkan dirinya mendapatkan penjelasan - tadi cik kata urusan passort pergi ke sebelah sana, tapi wing sana kata dari azali lagi urusan serahan passport adalah tugas sebelah sini - kami dah tunggu 1 setengah jam ni - yang mana satu yang betul ni????? Minta maaf, kami baru mendapat arahan untuk terima passport sebentar tadi. (Nota : awal pagi itu aku mendapati ada notis tertulis dengan jelas : Wing kanan adalah untuk Urusan Jemaah yang belum mendapat surat tawaran, serahan passport dan pengesahan buku kesihatan).

(Takpe sabar...aku masih bersangka baik.... strike 4!!!!)
Aku tidak mengetahui cabaran camel apa lagi yang akan aku lalui sebelum dapat bertolak ke Makkah. Kalau Strike kali ke 5 - tah aku dapat sebungkus Lucky Strike kot??? (Pun intended).

Setakat ini sahaja untuk dikongsikan bersama.
Ya Rabb, permudahkanlah urusan kami. Amin.

Ahad, September 05, 2010

Images of West Sumatra

Paddy fields @ Dataran Tinggi Minang surounded by three volcanoes

Dark clouds looms over Bukittinggi's Limpapeh suspension bridge

Siti Nurbaya bridge @ Padang - Click on photo to enlarge

Watch the parade.. location Bukittinggi, West Sumatra

Visit high quality chapal manufacturer..Kiki Suria brand.. you can custom order to your needs

Jamilah enjoying herself @ Air Manis beach, the location of Malim Kundang tragedy

Turtles eggs on sale... Padang beach... we are proud to say that presently the level of conservation efforts is nada, nil, zilch, sifar! Yummy treat - anytime!

Devastation here, there and everywhere... it has been quite a long time since the nasty earthquake in Pariaman, many of the inhabitants here are still living in UNHCR's tents! Rather than busy organising street demonstration against Malaysia, BENDERA should really look at their own backyard.

A serene scenery in a village near Pariaman, West Sumatra

Hunting is a sport in Indonesia.. usually they hunt in groups and would need at least a 3 tonne lorry to transport the dogs.. no joke